Iklan TV merupakan satu medium utama untuk memperkenalkan produk. Bagi memperkukuhkan populariti dan meningkatkan keuntungan perniagaan, mutu serta mesej yang tepat dalam iklan adalah sangat penting bagi sesebuah syarikat. Iklan yang berkesan secara tidak langsung akan menarik minat pembeli dan sekaligus meninggalkan tawaran produk daripada syarikat saingan.
Sebelum ini, sudah tentu ramai yang tersenyum melihat iklan Digi dengan maskot kuning nya. Digi menggunakan teknik kepelbagaian dalam pengiklanan dengan harapan ia dapat meningkatkan kebarangkalian orang ramai untuk beralih kepada Digi.
Selain tawaran harga komunikasi yang lebih murah, iklan Digi yang banyak adalah penyumbang utama kenapa orang ramai mula terpengaruh untuk membeli sim pack Digi. Walaubagaimanapun, bagi saya, iklan Digi gagal untuk menyerlahkan kelebihan Digi serta menarik minat pengguna. Iklan Digi sekadar mengingatkan orang ramai tentang kewujudan maskot kuning mereka yang 'bekerja keras' dan juga lagu tema "Bersamamu"~ Itu saja..
Lupakan sebentar iklan Digi tu.
Masa terus berlalu dan broadband P1 W1max mula menembusi pasaran internet Malaysia. Dengan bertimbun komplain dan rungutan pengguna terhadap tahap kualiti internet drpd streamyx, idea membawa masuk P1 W1max adalah tepat pada masa dan merupakan strategi business yang baik. Dengan menawarkan harapan speed internet yang jauh lebih pantas, pastinya P1 W1max akan menjadi rebutan para pengguna internet yang dahagakan speed sepantas kilat.
Setelah beberapa bulan mendapat sambutan pengguna, P1 W1max mengorak langkah, mencuba untuk menyingkirkan Streamyx dari arena khidmat internet di Malaysia dengan menggunakan pengaruh iklan TV. Sekali lagi P1 W1max telah melakukan strategi yang betul. Maka terhasillah iklan 'potong'. Idea utamanya ialah untuk mengajak pengguna internet untuk meninggalkan Streamyx dan beralih sepenuhnya kepada P1 W1max.
Namun, nampaknya idea 'potong' telah memakan diri. Setelah didebatkan atas alasan iklan berunsur '18 tahun ke atas', iklan tersebut tidak lagi menjadi senjata tajam P1 W1max untuk mengalahkan Streamyx. Ada pengguna yang sibuk mendebatkan isu 'potong' dan tidak kurang juga yang lupa akan mesej utama iklan tersebut. Secara dasarnya, iklan 'potong' itu juga dikira gagal. Walaupun kesannya kurang ketara, mentaliti pengguna masih tegar mengatakan P1 W1max tetap lebih baik daripada Streamyx.
Kini Streamyx tampil mempertahankan imej yang bagai dipijak2. Dengan idea yang segar dan bermesej jelas, saya rasa iklan kali ini akan berjaya mengembalikan kepercayaan pengguna pada Streamyx. Pasti ramai yang sudah menonton iklan terbaru Streamyx yang menunjukkan kepayahan seorang pengguna mendapatkan line internet dari sebuah kotak hitam. Walaupun tanpa logo dan nama P1 W1max, pengguna pastinya maklum; kotak hitam itu menggambarkan apa.
Idea bijak designer iklan Streamyx ini memang patut dipuji!
Kenapa? Pertama, iklan ini secara terang-terangnya menunjukkan masalah yang dihadapi pengguna P1 W1max untuk mendapatkan line. Membawa laptop dan modem hingga ke luar tingkap sememangnya melucukan, tapi itu lah yang terjadi kepada kebanyakkan pengguna P1 W1max. Ketepatan isu yg ditonjolkan memang dapat membuka minda pengguna.
Kedua, iklan ini menawarkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi pengguna P1 W1max. Line Streamyx penuh yang ditunjukkan akan menarik minat pengguna. Line yang baik sentiasa menjadi keutamaan pengguna.
Ketiga, aksi kotak hitam itu dibuang ke dalam tong sampah juga merupakan satu mesej yang kuat. Di sini, pengguna diajar dengan jelas untuk melupakan terus P1 W1max; ibarat sampah.
Keempat, warna latar yang ceria, kemas dan tidak terlalu terang membuatkan pengguna selesa menontonnya. Ini penting untuk meninggalkan kesan positif dalam minda pengguna.
Iklan TV memainkan peranan untuk memanipulasi emosi pengguna untuk memilih produk yang ditawarkan. Kualiti dan kekuatan produk tersebut belum tentu seperti yang diperkatakan, tapi apabila pengguna telah tertarik dan berminat, maka iklan tersebut akan menjadi punca utama transaksi perniagaan berlaku.
Begitulah kuasa iklan dalam mempromosikan perniagaan. Idea yang bernas serta isi mesej yang tepat pastinya akan meningkatkan keuntungan syarikat. Namun iklan yang kurang efektif juga mungkin akan menjatuhkan kredibiliti sesebuah syarikat.
1 comments:
perhatikan muka model iklan streamyx yang cuba mencari line kat tepi tingkap tu~~muka nya 98% seiras CEO P1 Wimax~~
Post a Comment