Friday, February 28, 2014

Why I regret getting Straight A1 in SPM

0 comments

Written by Akira Wong, first published on his personal blog.

1. I lost friends and family.
2. Lack of sleep.
3. When A1 becomes just the average.
4. Mediocre talents.
5. You forgot what you have learnt.
6. All and all, nobody really cares.

But wait! I need straight A1 to get scholarship!

Retrieved from: http://www.malaysia-students.com/2013/11/why-i-regret-getting-straight-a1-in-spm.html?fb_action_ids=739649602727011&fb_action_types=og.likes&fb_source=other_multiline&action_object_map=%5B431857583582289%5D&action_type_map=%5B%22og.likes%22%5D&action_ref_map=%5B%5D

Nasib baik saya bukan straight A1's.. =)

Afterall, everything has pros and cons.

This is life..

"Choose what you want, do what you want, be what you want." -Nizam Malek

Monday, February 24, 2014

Teknik Perancangan Kewangan & Pelaburan

0 comments

Jom tonton video ini.

Sangat menarik presentationnya berkenaan perancangan kewangan dan pelaburan.

Tuesday, February 18, 2014

Apa Itu Virtual Office?

0 comments

Semasa saya sertai preview 'Be Your Own Boss' di MSC Cyberport Johor, saya terbaca satu iklan yang terdapat di meja kaunter pendaftaran.

Header iklan tu bertajuk, Virtual Office Package MSC Cyberport.

Sebelum ni saya pernah lah juga terbaca dan terdengar tentang Virtual Office ni, tapi saya sendiri tak berapa pasti apa itu Virtual Office.

Jadi saya pun tanyalah pada staf di kaunter tersebut beberapa soalan dan saya pun dapatlah gambaran sedikit tentang apa itu Virtual Office.

Virtual Office ini atau dalam bahasa Melayu dipanggil Pejabat Maya merupakan sebuah pejabat syarikat lain yang kita gunakan sebagai alamat syarikat kita.

Sebagai contoh, sekarangkan ramai orang buat online business dari rumah. Apabila nak register nama syarikat dengan SSM, kalau letak alamat rumah, mestilah nampak tak menarik dan tak meyakinkan, kan?

Ada juga yang tak mahu dedahkan alamat rumah sendiri sebab menganggap rumah sendiri perlu lebih privasi dan tidak mahu pelanggan hantar surat atau datang ke rumah.

Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita boleh mendaftar untuk menggunakan Virtual Office ini.

Bermaksud, kita gunakan pejabat syarikat lain sebagai alamat pejabat kita.

Dalam contoh ini, MSC Cyberport Sdn Bhd menawarkan pakej Virtual Office ini.

Apabila kita mendaftar pakej Virtual Office dengan mereka, kita boleh gunakan alamat pejabat MSC Cyberport untuk mendaftar syarikat (Enterprise, Trading, Sdn Bhd dan sebagainya) dan gunakan alamat pejabat MSC Cyberport sebagai alamat syarikat kita.

Kita boleh gunakan alamat MSC Cyberport itu di Business Card kita dan juga laman web syarikat kita.

Ini akan membuatkan syarikat kita nampak lebih professional dan meyakinkan.

Apabila pelanggan kita ingin menghantar surat kepada syarikat kita, surat itu akan ditujukan ke alamat pejabat di MSC Cyberport dan surat itu akan dihantar ke rumah kita oleh staf MSC Cyberport.

Selain itu, jika kita pelanggan kita ingin menelefon kita, mereka boleh mendail nombor Virtual Office kita di MSC Cyberport itu dan panggilan tersebut akan di'divert' terus ke handphone kita.


Malah, untuk pakej-pakej tertentu, kita boleh menggunakan bilik mesyuarat dan bilik seminar di Pejabat MSC Cyberport untuk tujuan kerja syarikat kita.



Jadi tak perlulah pelanggan syarikat kita datang ke rumah kita untuk berbincang berkenaan urusan kerja, gunakan Virtual Office dan kita ibaratnya mempunyai satu pejabat yang sangat cantik dan kelihatan professional.

Konsep Virtual Office ini bagi saya amat menarik dan dapat menjimatkan banyak kos pembinaan sesebuah syarikat Home Based yang banyak dilakukan oleh ramai orang pada masa kini.

Dalam iklan yang saya baca tersebut, kos untuk mendaftar Virtual Office ini dengan MSC Cyberport adalah serendah RM88 sebulan (Silver), RM188 sebulan (Gold) dan RM288 sebulan (Platinum).

Kita boleh mendaftar pakej Virtual Office ini mengikut bajet dan keperluan syarikat Perniagaan Internet yang kita lakukan.

Kini tiada alasan lagi untuk membina empayar Perniagaan Internet pada kos yang lebih murah tapi kelihatan sangat professional.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat! =)

Sunday, February 16, 2014

3 Tips Jana Wang Dengan Ilmu eCommerce!

0 comments

Dalam artikel sebelum ni, saya berkongsi dengan anda bagaimana cara nya untuk membuat laman web eCommerce dengan mudah tanpa perlu mengupah pakar eCommerce yang kosnya mencecah ribuan ringgit, menggunakan platform easy.my Store.

Mungkin anda akan kata, bosanlah nak belajar pasal eCommerce ni, apa faedahnya pun..

Memang bosan kalau kita belajar tanpa mengetahui apakah manfaat yang kita perolehi apabila mempelajari sesuatu ilmu baru.

Untuk pengetahuan anda, ada banyak cara untuk menjana pendapatan dari Internet apabila anda belajar dan mahir cara untuk membuat laman web eCommerce.

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan 3 cara untuk menukarkan ilmu eCommerce tersebut kepada wang!

1. Bina laman web eCommerce dan jual produk di Internet!

Ok ini adalah perkara paling asas. Apabila anda belajar cara-cara untuk membuat laman web eCommerce, anda dapat berjimat ribuan ringgit kerana anda tidak perlu mengupah orang lain untuk melakukannya.



Anda bina laman web eCommerce anda menggunakan easy.my Store dan promosikan produk yang berpermintaan tinggi.

Hasil jualan di Internet itu merupakan wang sampingan terbaru yang anda akan dapat jana setiap hari atau setiap bulan!


2. Tawarkan perkhidmatan membuat laman web eCommerce!

Apabila anda belajar cara-cara untuk membuat laman web eCommerce, anda berada satu langkah di hadapan mereka yang tidak belajar cara-cara membuatnya.

Dengan itu, anda boleh menawarkan perkhidmatan membuat laman web eCommerce menggunakan platform yang amat mudah iaitu easy.my Store ini dan letakkan harga yang bersesuaian dengan perkhidmatan yang anda tawarkan.



Orang yang tidak reti langsung untuk membuat laman web eCommerce akan mengharapkan anda untuk membuat laman web eCommerce untuk mereka.

Katakan kos yang dikenakan oleh pakar untuk membuat laman web eCommerce adalah RM3000, apa kata anda tawarkan perkhidmatan membuat laman web eCommerce yang sama pada harga sekitar RM300 sahaja?

Pelanggan anda dapat berjimat dan anda pula dapat menjana keuntungan tanpa modal. Untung 100%, menarik bukan?

Cari 10 orang yang berminat untuk membuat laman web eCommerce, anda bina laman web eCommerce untuk mereka menggunakan platform easy.my Store dan anda boleh menjana keuntungan bersih sehingga RM3000 sahaja dengan mudah!


3. Cipta produk informasi berbentuk tutorial dan jual!

Apabila anda mempunyai pelanggan perkhidmatan eCommerce, mereka sudah pasti ingin tahu juga bagaimana caranya untuk menguruskan laman web eCommerce mereka sendiri.

Jika mereka terpaksa bergantung kepada anda semata-mata untuk menguruskan laman web eCommerce mereka, ia akan mengambil banyak masa anda dan mereka tidak dapat menjalankan Perniagaan Internet mereka dengan lancar.

Oleh itu, apa yang anda boleh buat adalah, anda hasilkan produk informasi seperti ebook atau video tutorial step by step yang dapat membantu mereka belajar cara-cara menguruskan laman web eCommerce mereka sendiri.

Ebook atau video tutorial itu anda boleh jual pada harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh pelanggan anda, contohnya RM10-RM30 sahaja.

Dari situ, anda boleh mencipta jualan Back End Sale yang sangat berkuasa dari semasa ke semasa.


Demikian 3 tips yang boleh anda gunakan apabila anda mempunyai ilmu untuk membuat laman web eCommerce.

Dengan menggunakan easy.my Store, kerja-kerja membina laman web eCommerce menjadi amat mudah dan jika kita memanfaatkan peluang ini, kita boleh menjana pendapatan sampingan dengan amat mudah.

Dalam artikel seterusnya pula, saya nak berkongsikan dengan anda 1 lagi info menarik yang saya dapat di MSC Cyberport hari ini, iaitu berkenaan Virtual Office.

Nak tahu apa itu Virtual Office?

Nantikan artikel saya yang seterusnya. =)

Friday, February 14, 2014

Bagaimana Membina Laman eCommerce Dengan Mudah!

2 comments

Assalamualaikum dan salam hormat,

Apa khabar? Semoga sihat sentiasa.

Hari ini saya berkesempatan untuk menyertai satu sesi preview berkenaan topik Perniagaan Internet yang dianjurkan oleh syarikat MSC Cyberport Sdn Bhd di Johor Bahru.

Tajuk preview tersebut adalah 'Be Your Own Boss'.

Saya bayar RM50 untuk menyertai sesi preview tersebut dan adalah lebih kurang 20 orang peserta semuanya.

Walaupun saya dah banyak pergi seminar tentang Perniagaan Internet sejak tahun 2009, saya tetap datang dan sertai sesi preview ini kerana saya percaya yang dunia Internet berkembang dengan amat pesat dan kita perlu sentiasa mencari informasi terbaru supaya tidak ketinggalan dengan perkembangan teknologi terkini.

Sesi preview tersebut telah disampaikan oleh Mr Johnson dan Ms Jocelyn dengan cara yang amat informatif.

Dalam artikel ini, saya nak berkongsi dengan anda, beberapa info terkini menarik yang saya dapat dari sesi preview tersebut.

Perkara utama yang dibentang oleh Mr Johnson dan Ms Jocelyn adalah berkenaan prospek membawa perniagaan ke medium di Internet menggunakan platform eCommerce.

Kalau sebelum ini, kalau ada sesiapa yang tanya saya macam mana cara nak buat kedai online di Internet, saya akan katakan, buat satu akaun blogspot, tukarkan domain name blogspot.com ke .com, masukkan informasi berkenaan produk, dan siap!

Ini adalah antara cara termudah untuk membina perniagaan di Internet bagi saya.

Sebaliknya, perkataan eCommerce jarang sekali hadir dalam minda saya.

Saya beranggapan yang laman web eCommerce ini sangat teknikal untuk dilakukan dan kita perlu mengupah orang lain yang lebih pakar untuk membina laman web eCommerce untuk kita.

Malah kos untuk mengupah pakar untuk membina laman web eCommerce boleh mencecah harga ribuan ringgit.

Tapi alhamdulillah, dari sesi preview yang saya hadiri tersebut, saya didedahkan dengan rahsia laman web eCommerce yang sangat mudah untuk dibina dan diuruskan.

Kita boleh membina laman web eCommerce kita sendiri dengan menggunakan satu platform yang dinamakan easy.my Store.

Anda boleh lihat di link http://easystore.my/


Apa itu laman web eCommerce? 

Ok secara ringkasnya, laman web eCommerce ini adalah satu laman web yang membolehkan kita mempamerkan produk yang ingin kita jual di Internet dalam bentuk persembahan yang nampak professional dan meyakinkan.

Apa kelebihan membuat laman web eCommerce menggunakan easy.my Store berbanding menggunakan Facebook Fanpage atau platform Blogspot?

Ini adalah satu soalan yang menarik, secara asasnya, kita boleh mempamerkan produk yang ingin kita jual di Internet menggunakan Facebook Fanpage atau Blogspot, malah jumlah prospek adalah lebih ramai di medium sosial seperti itu. 

Tetapi, kelebihan laman web eCommerce adalah, ia mempunyai satu sistem yang lebih kemas dan tersusun, nampak lebih professional untuk menjual dan yang paling penting, ia mempunyai satu sistem yang membolehkan kita menerima pembayaran menggunakan kad kredit.
________________________________________

Apabila anda mempunyai satu laman web eCommerce yang boleh menerima method pembayaran menggunakan kad kredit, ia akan meningkatkan potensi jualan dan anda boleh menerima pelanggan dari dalam dan luar negara.

Terdapat banyak ciri-ciri menarik yang boleh anda gunakan semudah menekan klik di mouse anda seperti membuat promosi diskaun, code voucher dan bermacam-macam lagi.

Selain itu, platform easy.my Store ini adalah mesra pengguna dan boleh dilayari menggunakan komputer, ipad dan smartphone dalam resolusi terbaik dan pantas.

Dalam sesi preview tersebut, para peserta ditunjukan live demo bagaimana menggunakan sistem easy.my Store ini dan saya dapat lihat betapa mudahnya untuk membina satu laman web eCommerce.

Ia amat mudah sehingga budak sekolah pun boleh melakukannya, tanpa perlu mengetahui sebarang coding-coding komputer yang memeningkan seperti HTML, PHP, JavaScript dan sebagainya.

Di akhir sesi preview tersebut, seperti biasa, mereka akan 'push' para peserta untuk menyertai workshop premium jika berminat untuk belajar bagaimana untuk menggunakan sistem easy.my Store ini dari A hingga Z pada harga RM300 sahaja.

Saya tak sertailah, sebab fokus saya bukan untuk belajar tentang laman web eCommerce, malah dengan pengetahuan sedia ada, insyaAllah saya boleh belajar dan buat sendiri.

Tapi bagi yang berminat nak belajar, workshop ini memang sangat bermanfaat dan dalam artikel seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda 3 tips, bagaimana anda boleh menjana pendapat setelah anda belajar cara-cara membuat laman web eCommerce menggunakan platform easy.my Store ini.


Saturday, February 8, 2014

Masuk Unit Baru, UPKP!

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar, semoga semua sihat sejahtera sentiasa.

Dah lama rasanya saya tak menulis dalam kategori 'My Life' ni.

Kebelakangan ni saya banyak menulis dan berkongsi video berkenaan Pengurusan Kewangan dan Pelaburan Hartanah saja di Facebook.

Walaubagaimanapun, untuk blog post kali ini, saya nak memaklumkan yang saya dah pun bertukar ke unit baru, efektif bermula 1 Februari 2014 yang lalu.

Kalau sebelum ini saya berada di Unit Kawalan Pintu Masuk, kini saya akan mengorak langkah membina kerjaya di Unit Perlindungan dan Pengguna, atau lebih mesra dipanggil UPKP.

Sekejap je, dah setahun lebih berlalu di Unit Kawalan Pintu Masuk.

Best lah juga, sebab masa kerja yang agak flexible, cuma pastilah, ada yang best, ada juga yang tak best, sejujurnya.

Apa-apapun, saya nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ketua Unit Kawalan Pintu Masuk dan semua pegawai Unit Kawalan Pintu Masuk sepanjang tempoh kita berkerja bersama. You guys have been very fantastic!

Mohon maaf juga atas segala kesilapan dan kekurangan di sepanjang tempoh perkhidmatan saya di Unit Kawalan Pintu Masuk.

UPKP ini sebenarnya agak asing juga pada saya. Setakat ini yang saya tahu, UPKP ni banyak buat sesi pameran dan ceramah berkenaan dunia Farmasi di klinik-klinik kesihatan dan sekolah-sekolah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan ubat.

Memang, unit ini amat penting bagi saya. Kesedaran masyarakat berkenaan ubat dan dunia Farmasi perlu diperluaskan.

Tapi sudah pasti, bukan itu sahaja kerja yang dilakukan di UPKP. Mungkin apabila mendapat serahan tugas nanti, baru tahu apakah lagi skop kerja di UPKP. Harap-harapnya tidak lah sibuk sangat. =p

Oklah, sampai sini dulu perkongsian dan makluman buat kali ini.

Jumpa lagi dalam blog post seterusnya, dengan info-info yang lebih menarik.



Aku Yang Kadang Rapuh

1 comments



Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati


Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata


Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Saturday, February 1, 2014

Tips Pengurusan Masa Parkinson

7 comments


Tips Pengurusan Masa Parkinson



Ramai juga di kalangan kenalan saya yang sentiasa mengadu tidak cukup masa untuk menyiapkan kerja yang mereka ada.

"24 jam sehari memang tak pernah cukup.. Kerja banyak.." -anonymous

Seseorang yang berkata seperti di atas sebenarnya sekadar mencari alasan apabila kerja yang ada gagal disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Parkinson Law dalam pengurusan masa menyatakan, kerja kita akan bertambah selagi kita mempunyai masa untuk menyiapkannya.

Walaupun kita punya masa yang panjang, kita cenderung untuk melengah-lengahkannya dan tidak sedar masa yang berlalu.

Oleh itu, untuk mengelakkan pembaziran masa dan menjadi lebih efektif dalam pengurusan masa, caranya adalah sentiasa letakkan deadline jangka pendek untuk setiap tugasan yang anda perlu lakukan.

Lebih singkat deadline anda, lebih efektif kerja yang anda akan hasilkan dalam tempoh masa yang ada itu.

Tuliskan deadline itu di sesuatu tempat yang membuatkan minda anda ingat tentang deadline kerja yang perlu dilakukan.

Dan secara automatik, anda akan sentiasa dapat melakukan sesuatu kerja dengan lebih pantas berbanding orang lain.

2014 adalah tahun yang lebih mencabar.

Penuhi minda dengan info terkini dan capai kejayaan lebih pantas berbanding tahun-tahun yang lepas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.