Tuesday, January 29, 2013
Sunday, January 13, 2013
Penggunaan Nama Allah Oleh Bukan Islam
Berikut adalah rakaman video ulasan daripada Dr Asri Zainul Abidin berkenaan isu penggunaan kalimah Allah bagi orang-orang bukan Islam.
Saturday, January 12, 2013
Friday, January 11, 2013
Bicara Fanpage RahsiaMotivasi
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mungkin ada di kalangan pembaca Nizam Malek Blog akan ternampak di bahagian side bar (sebelah bawah profile picture blog ini), terdapat satu kotak Facebook fanpage iaitu Nizam Malek | Motivation & Soft Skill Tips.
Apakah sebenarnya fanpage tersebut? Siapakah sebenarnya yang menguruskan fanpage tersebut? Dan apakah tujuan fanpage tersebut dibina? Untuk mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan tersebut, saya akan membentangkan secara ringkas dalam blog post kali ini dalam bentuk soal jawab.
Nak tahu? Jom baca! =)
1. Boleh terangkan secara ringkas, apakah sebenarnya fanpage tersebut?
Fanpage ini diberi nama Nizam Malek | Motivation & Soft Skill Tips dan telah mula beroperasi secara rasmi sejak 7 Julai 2011. Fanpage tersebut adalah satu medium untuk saya berkongsi tip-tip motivasi dan juga teknik-teknik untuk menguasai kemahiran modal insan atau saya suka sebut sebagai soft skill.
Untuk memendekkan nama fanpage yang panjang, fanpage tersebut dinamakan fanpage RahsiaMotivasi seperti nama yang tertulis pada link URL nya (www.facebook.com/RahsiaMotivasi).
2. Apakah yang membuatkan anda tergerak hati untuk membina fanpage RahsiaMotivasi ini?
Sebenarnya, dunia motivasi adalah amat dekat dengan diri saya sejak di bangku sekolah lagi. Apa saja aktiviti berkenaan motivasi seperti ceramah atau kem motivasi amat menarik minat saya. Bagi saya, motivasi diri adalah amat penting untuk membina personaliti, karisma dan keyakinan diri.
Walaubagaimanapun, apa yang saya perhatikan, ramai di kalangan generasi muda mengambil mudah berkenaan motivasi diri dan menganggapnya tidak penting, malah cenderung memperlekehkan individu yang ingin membina motivasi diri. Perkara ini menimbulkan suasana atau 'environment' yang kurang kondusif untuk masyarakat secara amnya, kerana aspek motivasi diri semakin pudar dari kalangan golongan muda.
3. Apakah aktiviti yang dilakukan di fanpage RahsiaMotivasi, dan apakah kesannya?
Di fanpage RahsiaMotivasi, saya selaku admin akan menulis tip-tip ringkas berkenaan motivasi diri dan kemahiran modal insan di wall post. Saya cuba untuk berkongsikan tips dan mutiara kata ringkas yang dapat meningkatkan motivasi diri sesiapa saja yang membacanya.
Selain menulis tip-tip berkenaan motivasi diri dan kemahiran modal insan, dalam masa yang sama, saya juga memasukkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam ajaran Islam seperti berbuat baik sesama insan, maaf-memaafi, membudayakan amalan berterima kasih dan pelbagai lagi dengan harapan perkongsian yang sedikit itu dapat memberikan manfaat dan mengubah seseorang daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik.
Pada akhir tahun 2011, saya juga telah menganjurkan satu peraduan di fanpage RahsiaMotivasi iaitu Peraduan Motivasi, Kejayaan dan Anda di mana para peserta akan menghantar gambar yang memaparkan kisah kejayaan mereka dan menimbulkan kesedaran bahawa kejayaan adalah milik kita dan kita mampu untuk merealisasikannya kerana kita sememangnya boleh. Peraduan tersebut mendapat sambutan yang amat baik dan para pemenang telah dihadiahkan dengan ganjaran wang tunai.
Untuk menambahkan interaksi dengan fans, saya juga memberikan ruang kepada fans untuk bertanyakan soalan. Mungkin di antara fans yang mempunyai masalah, tidak kiralah masalah tidak mempunyai ruang untuk meluahkan masalah mereka tersebut.
Saya akan memberikan pandangan dan nasihat berkenaan masalah yang mereka hadapi tersebut. Walaubagaimanapun, ia bukan satu sesi kaunseling profesional. Ia ibarat sesi berkongsi masalah dan medium untuk bertanyakan pendapat. Kebanyakan soalan yang saya terima adalah berkenaan masalah keyakinan diri, masalah di tempat kerja, masalah mendidik anak-anak dan juga masalah pelajaran.
Pada pandangan saya, sesi soal jawab dan perkongsian masalah ini adalah salah satu usaha untuk memberi sokongan moral kepada mereka yang memerlukan.
4. Berapakah jumlah fans dan bagaimanakah caranya anda mengumpul fans?
Alhamdulillah, ketika blog post ini ditulis (11 Januari 2013), jumlah fans terkumpul adalah seramai 2599 fans. Pada permulaan, saya mengumpul fans dengan menggunakan cara manual iaitu memberi jemputan kepada kenalan di Facebook profile saya. Kemudian saya menyertai komuniti-komuniti motivasi lain yang terdapat di alam Facebook. Kebanyakannya dari Indonesia.
Kemudian selepas beberapa bulan, saya mencuba menggunakan Facebook Ads dan berjaya meningkatkan jumlah fans beberapa ratus. Walaubagaimanapun, disebabkan fund yang kurang pada waktu tersebut, jadi saya berhenti menggunakan Facebook Ads dan mencuba teknik peraduan pada akhir tahun 2011.
Selepas mendapat lebih kurang 1800 fans, saya membiarkan saja fanpage tersebut tanpa sebarang promosi dan melihat jumlah fans meningkat sendiri. Walaupun graf peningkatan jumlah fans tersebut tidak lah ketara, saya rasa agak berpuas hati dengan jumlah fans terkini.
Lebih seronok mendapat fans yang benar-benar mencari tips motivasi diri berbanding menggunakan software autolike yang boleh menjadikan jumlah fans melambung tinggi sehingga 200k fans. Biarlah sedikit, tapi real. Hehe.. =)
5. Ada ucapan khas untuk fans di fanpage RahsiaMotivasi?
Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang telah bersama dalam fanpage RahsiaMotivasi, aktif memberikan LIKE pada setiap tips, memberikan komen, bertanya soalan dan berkongsikan link fanpage RahsiaMotivasi ini dengan kawan-kawan anda.
Kepada yang masih belum menjadi fans, dan berminat menyertainya, klik pada link ini
==>> www.facebook.com/RahsiaMotivasi, dan hanya klik LIKE.
Jumpa di sana! =)
Thursday, January 10, 2013
Bermalam di Port BSI
Assalamualaikum, salam sejahtera.
Dah masuk 10 Januari 2013 dah..
Pantas masa berlalu, seminggu habis macam tu saja..
Best sebab masa sambut tahun baru, saya dapat cuti lebih kurang seminggu.
Kalau kerja hospital, jaranglah nak dapat peluang cuti panjang macam tu..
Jadi masa cuti yang panjang tu saya habiskan dengan berehat dan buat apa-apa aktiviti yang saya suka..
Apa azam tahun baru 2013?
Hmm, sebenarnya saya tak adalah tetapkan azam tahun baru yang spesifik.
Bukan tiada target jelas, tapi sebenarnya saya masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan tugas-tugas di tempat kerja yang baru ni..
Banyak bezanya dengan tugas sebagai Pegawai Farmasi di hospital setting.
Kalau di enforcement ni, agak banyak travel ke sana ke mari..
Walaupun kerja tidaklah urgent dan hectic, tapi proses travel tu agaklah, membuatkan badan terasa penat dan letih sikit..
Bila dah dapat sesuaikan diri, maka akan rasa lebih selesa dan senanglah nak buat perancangan dengan masa yang ada.
Dalam tahun 2013 ni, saya plan nak kembali aktif dalam dunia Internet Marketing. Dunia yang lama saya tinggalkan dulu, disebabkan fokus pada 'dunia prp'.. Kononlah.. =p
Yup, Internet Marketing yang tercinta itu..
InsyaAllah saya akan mulakan dengan aktif membuat affiliate di Clickbank menggunakan teknik pemasaran artikel dan email.
Teknik pemasaran artikel ni sebenarnya saya tak pernah buat dulu.
Tapi sekarang nak mula mencuba dan saya pilih ezine@rticles.com sebagai medan untuk aktif dalam pemasaran artikel. Semoga berjayalah hendaknya.
Selain buat Clickbank, saya juga bercadang untuk menerbitkan sebuah buku satu hari nanti dalam tahun 2013 ni..
Saya kena lakukannya secepat mungkin, sebab pertengahan tahun nanti dah kahwin dan nanti mesti jadi lebih sibuk..
Walaubagaimanapun, insyaAllah semua ini akan diusahakan dengan sebaik mungkin.
Aspek pengurusan masa dan kewangan adalah amat penting dan ianya akan jadi lebih mencabar.
Semoga 2013 akan menjadi titikmula untuk perkembangan pencapaian yang baru.
Ohya, saya berada di Port Bangunan Sultan Iskandar ketika menulis blog post ini.
Hari ni saya nak bermalam di port, sebab esok kerja pukul 7am.
Tidur atas katil lipat pun jadilah, survival orang kata.. =p
Oklah sampai sini dulu blog post kali ini.
Jumpa lagi!