Saturday, September 28, 2013

Senario Dunia Farmasi Retail Di Malaysia

0 comments

Kerjaya Farmasi Retail merupakan satu kerjaya yang berpermintaan tinggi kerana ianya melibatkan traksaksi perniagaan produk ubat-ubatan dan kesihatan yang sentiasa diperlukan oleh para pengguna.

Malah di negara-negara tertentu, industri Farmasi dilabelkan sebagai kerjaya 'money making machine' kerana potensi jumlah keuntungan besar yang dapat dijana daripadanya.

Disebabkan itu juga, ada sebilangan para pelajar jurusan Ijazah Sarjana Farmasi dan mungkin juga Pegawai Farmasi yang berkira-kira untuk masuk ke bidang Farmasi Retail ini selepas berjaya mendapatkan Lesen Penuh Sebagai Seorang Pegawai Farmasi (Fully Registered Pharmacist/FRP).

Memang benar, bidang Farmasi Retail ini boleh mendatangkan keuntungan yang besar berlipat kali ganda, namun, sebenarnya, bidang Farmasi Retail ini telah menjadi lebih mencabar dan sukar.

Beberapa tahun sebelum ini, beberapa syarikat besar di Malaysia telah bertindak membuat pelaburan dalam arena Farmasi Retail ini. Antaranya contohnya adalah syarikat seperti Cosway (M) Sdn Bhd yang telah menambah ruangan untuk Farmasi di kedai-kedai Cosway milik mereka.

Apa yang berlaku adalah, banyak kedai Farmasi Retail mula beroperasi di bawah syarikat Cosway yang telah pun mempunyai kedai Cosway yang banyak di seluruh Malaysia.

Group/Chain Pharmacy yang besar ini adalah satu bentuk monopoli dalam bidang Farmasi Retail. Kewujudan Cosway Pharmacy secara dasarnya telah mengubah senario dunia Farmasi Retail di malaysia.

Salah satu masalah yang bakal dihadapi oleh mereka yang mahu membuka Stand Alone Pharmacy adalah berkaitan kos harga. Sebagai contoh, jika kos satu tablet Paracetamol berharga RM0.30, Group / Chain Pharmacy ini dapat membeli satu tablet Paracetamol tersebut pada harga RM0.10 satu tablet kerana jumlah tempahannya adalah lebih besar berbanding Stand Alone Pharmacy.

Akibatnya, Group/Chain Pharmacy ini dapat membeli produk-produk Farmaseutikal pada harga kos yang jauh lebih murah daripada kilang ubat dan menjualnya semula pada harga yang lebih kompetitif berbanding Stand Alone Pharmacy.

Di akhirnya, Stand Alone Pharmacy tidak dapat bersaing dari faktor harga dan arena Farmasi Retail di Malaysia ini akan dipegang oleh Group/Chain Pharmacy yang paling stabil dan konsisten.

Untuk itu, bagi mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang Farmasi Retail, membuka kedai Farmasi sendiri dan mengharapkan keuntungan adalah langkah yang terkebelakang. Secara teori dan praktikalnya, adalah sukar untuk Stand Alone Pharmacy untuk bersaing dengan gergasi seperi Group/Chain Pharmacy.

Salah satu pilihan yang hebat adalah dengan membina satu empayar baru dengan membuka syarikat Group/Chain Pharmacy yang baru dan mencuba untuk bersaing dengan Group/Chain Pharmacy yang sedia ada.

Namun sudah pasti modal yang diperlukan untuk membangunkan Group/Chain Pharmacy ini amat besar dan melibatkan perancangan yang amat rapi. Jika tersilap langkah, kerugiannya juga pasti adalah amat memeritkan.

Oleh itu, salah satu pilihan yang ada dalam bidang Farmasi Retail di Malaysia, adalah dengan menyertai Group/Chain Pharmacy yang sedia ada, belajar dan berkembang bersama mereka.

Ingin tahu bagaimana caranya untuk menyertai Group/Chain Pharmacy ini?

Klik link di bawah ini: 

Thursday, September 26, 2013

Status 42

0 comments

"Untuk terus hidup, seseorang harus sanggup menghadapi risiko."

"Sebenarnya, risikonya bukan terletak di dalam pelaburan. Risiko paling tinggi ialah diri anda sendiri."

-Azizi Ali
Penulis dan Mentor Kewangan #1 Malaysia.

Tuesday, September 24, 2013

Apa Itu Cosway Pharmacy?

0 comments

Masih ramai lagi di kalangan mereka yang terlibat dalam bidang Farmasi terutamanya yang berstatus Pegawai Farmasi, belum tahu apakah itu Cosway Pharmacy.

Kebanyakannya sekadar mendengar khabar-khabar berkenaan Cosway Pharmacy daripada kawan-kawan, saudara mara atau khabar angin tentang Cosway Pharmacy. Sama ada betul atau tidak, ianya belum tentu dapat dipastikan.

Kekurangan informasi atau maklumat yang jelas berkenaan Cosway Pharmacy membuatkan masih ramai di antara Pegawai Farmasi yang tidak mempertimbangkan Cosway Pharmacy sebagai satu cabang kerjaya yang berpotensi untuk diterokai.

Apakah itu Cosway Pharmacy? Cosway Pharmacy merupakan satu idea yang telah diwujudkan untuk membentuk sebuah rangkaian kedai Farmasi (chain Pharmacy) yang meluas di seluruh Malaysia bertujuan memberikan perkhidmatan Farmasi terbaik kepada masyarakat dan para pengguna di peringkat komuniti.

Cosway Pharmacy telah dimulakan sejak Oktober 2011 dan terus berkembang pesat sehingga ke hari ini.

Cosway Pharmacy merupakan anak syarikat Cosway (M) Sdn Bhd yang terlebih dahulu menempa nama dalam bidang Multi-Level-Marketing dan mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. 

Seiring dengan perkembangan masa dan zaman, Cosway mengambil langkah proaktif untuk menggabungkan kedai retail Cosway dengan kedai retail Farmasi. 

Ini adalah satu langkah yang kreatif dan inovatif menggunakan teknik yang dinamakan 'forced connection' untuk menghasilkan satu perkhidmatan yang lebih berkesan pada kos yang lebih murah.

Dengan kata lain, hampir semua kedai retail Cosway yang terdapat di seluruh Malaysia ini akan diberi nilai tambah dengan memasukkan fungsi Farmasi di dalamnya. 

Di Nizam Malek Blog, saya telah mewujudkan satu kategori khas yang akan membincangkan dengan lebih detail berkenaan Cosway Pharmacy terutamanya dari segi idea pelaksanaannya, manfaat yang boleh diperolehi jika seseorang Pegawai Farmasi itu menyertai Cosway Pharmacy, prospek perkembangan kerjaya dan mungkin juga cabaran-cabaran yang perlu dihadapi untuk bekerja di Cosway Pharmacy.

Jika anda berminat untuk tahu lebih banyak informasi menarik berkenaan kerjaya seorang Pegawai Farmasi di Cosway Pharmacy, teruskan melayari Nizam Malek Blog di bawah kategori 'Cosway Pharmacy' dari semasa ke semasa.

Sunday, September 22, 2013

Seroja Lagenda Budak Hostel Cover by Nizam Malek + Chord

1 comments

Hi semua!

Hari ni saya ada buat video musik yang baru,
iaitu lagu Seroja yang dipopularkan oleh kumpulan rock
legend Malaysia, Search.

Lagu ni dulu saya tak minat sangat pun, tapi rasa
tertarik dan best masa tonton movie Lagenda Budak Hostel.

Untuk video kali ni, saya buat full view, boleh tengok
rupa saya masa main gitar. Special edition lah kira.
Jangan kutuk ea. =p

Ok sampai sini dulu, kalau tak volume tak cukup kuat,
try dengar guna earphone. =D




Chord yang digunakan:

Am                     E
Terpancar sejalur cahaya

E                       Am
 Di kelopak nya seroja

Am                  Dm
 Bak gemilang samarenda

                Am               E          F
 Memukau mata hati ini seketika


                      Dm
 Lamunanku tersentak

                     G
 Lalu ku mendongak

                C
 Gemuruh rasa

                Am
 Terpaku sukma
            
                    Dm                          G
 Terkena lontaran senyuman misteri

           C                     E
 Siapa gerangan sang puteri


                    F 
 Mengalung cinta di leherku
      
                Dm
 Dan terus berlari

            G                                C
 Aku cuba menangkap bayang-bayangnya


           F                                     G
 Di antara kembang seroja tasik cinta

                           E                                                  
 Tapi malangnya jatuh ke lembah 

E
 Berduri dan sepi


              F         G
 Puteri Seroja~

               F              E       Am
Pasti cintanya, bersua~


Videographer import: Ina

Tuesday, September 10, 2013

Singapore Dollar Vs Ringgit Malaysia

0 comments

Setelah sekian lama di bawah tampuk kepemimpinan yang sama, 
Ringgit Malaysia terus-menerus ketinggalan berbanding Dollar Singapura. 

Dahulu kala, ketika Singapura mengambil keputusan untuk keluar dari Malaysia, 
nilai 1 Dollar Singapura bersamaan RM1.

Singapura dan Malaysia adalah setara pada waktu itu.

Kemudian nisbah itu cepat berubah kepada 1:1.5, 1:2.0 dan 1:2.5.

Pada hari ini, 1 Dollar Singapura bernilai kira-kira RM2.60.

Rakyat Malaysia (terutamanya di Johor Bahru) semakin miskin.

Kos sara hidup pula semakin meningkat.

Ini adalah realiti sebenar ekonomi Malaysia.

Apa yang berlaku di sepanjang 56 tahun selepas Malaysia mengecapi kemerdekaan?

Adakah kita nak teruskan trend kemiskinan ini?

Bukalah minda..

Berhentilah menggunakan perkataan 'bersyukur' (mempergunakan perkataan dalam agama) 

untuk sekadar menutup mulut orang lain yang teraniaya.

Bukan setakat itu, dalam masa yang sama, 

anda juga sebenarnya adalah orang yang teraniaya itu.

Jemput tonton video PERCUMA di bawah:

Sunday, September 8, 2013

Status 41

0 comments

Ketahui sebab anda melakukan sesuatu. 

Lebih kuat sebab itu, lebih mudah anda melakukannya 
dan lebih cepat anda dapat mencapai apa yang anda mahukan.

-Nizam Malek

Persepsi Negatif Terhadap Kekayaan

0 comments

Kekayaan secara ringkasnya, membawa maksud mempunyai sejumlah wang yang banyak berbanding orang lain. Bermakna, jika Ali mempunyai wang yang lebih banyak daripada orang lain di sekelilingnya, Ali adalah orang yang kaya di situ.


Kekayaan apabila dilihat dengan lebih mendalam, adalah apabila wang yang banyak itu boleh digunakan untuk apa-apa hajat atau tujuan. Jika Ali ada duit yang banyak, tetapi duit itu perlu digunakan untuk membayar hutang sehingga habis semuanya, Ali dikira tidak kaya.

Dalam masyarakat kita sejak dulu hingga kini, wang dan kekayaan dilihat sebagai simbol kejahatan. Ramai orang berpendapat, apabila seseorang itu menjadi kaya, orang itu akan menjadi lebih tamak, liar, sombong, berlagak, tidak akan bercampur gaul mesra dengan orang yang miskin dan pelbagai lagi persepsi negatif.

Akibat daripada persepsi negatif terhadap kekayaan itu, ramai di kalangan masyarakat kita lebih senang berada di tengah-tengah di antara kategori kaya dan miskin. Tidak punya lebihan wang dan tidak pula terasa ketidakcukupan wang.

Memang benar, apabila menjadi tidak kaya dan tidak miskin, malah hati senang dan cukup, itu sudah memadai untuk semua orang. Itu asas kehidupan.

Namun perlu disedari bahawa, hidup ini ada naik dan turun. Tidak sepanjang masa hidup kita ini senang sentiasa. Banyak masa dan keadaannya, kita memerlukan wang lebihan untuk menampung komitmen hidup yang semakin meningkat setiap hari.

Memiliki lebihan wang untuk digunakan adalah lebih baik berbanding memiliki wang yang cukup-cukup sahaja kerana kita perlu bersiap sedia apabila kita diuji dengan masalah-masalah harian yang memerlukan wang.

Berkenaan persepsi negatif terhadap kekayaan, mungkin ia adalah pengaruh cerita-cerita yang ditayangkan di televisyen. Televisyen banyak memaparkan watak negatif bagi orang kaya dan watak teraniaya bagi golongan miskin. 

Walaupun keadaan itu benar ada terjadi, tapi kenapa kita tidak menukar persepsi kita terhadap kekayaan menjadi lebih positif?

Dalam hidup ini sudah pasti ada orang yang kurang bernasib baik menjadi miskin dan tidak cukup makan minum dan pakaian. Alangkah baiknya jika kita mempunyai kekayaan yang dapat digunakan untuk membantu mereka.

Kekayaan itu sebenarnya adalah satu tanggungjawab. Dan kerana itu lah juga salah satu rukun Islam adalah membayar Zakat. Zakat itu adalah satu tabung khas yang mengumpul wang bagi membantu golongan-golangan tertentu yang memerlukan termasuklah fakir miskin.

Jika kita mempunyai kekayaan, lebih banyak perkara baik yang dapat kita lakukan untuk membantu orang lain dan memperkasakan agama, bangsa dan negara. Bukankah itu sesuatu yang bermanfaat untuk dilakukan?

Jika kita sekadar mempunyai cukup wang untuk kegunaan sendiri, bagaimana kita dapat membantu orang lain yang benar-benar memerlukan sokongan kewangan? Mungkin mereka adalah orang yang kita tidak kenali, tapi mungkin juga mereka yang memerlukan pertolongan itu adalah saudara kita atau keluarga kita.

Dalam banyak keadaan, kekayaan itu sebenarnya adalah perkara yang baik. Namun kekayaan perlu diseiringkan dengan nilai-nilai murni dalam ajaran Islam seperti tolong-menolong dan menyalurkan kekayaan itu kepada perkara yang bermanfaat.

Orang Islam dan Melayu masih banyak lagi yang ketinggalan dalam aspek ekonomi. Hal ini menyebabkan kita tertinggal dalam banyak bidang berbanding bangsa lain. Jika persepsi terhadap kekayaan masih lagi negatif sehingga ke hari ini, adalah sukar untuk kita bangkit menjadi bangsa yang kuat dan dihormati.

Saturday, September 7, 2013

Kenapa Ya MLM dan Kenapa Tidak MLM Part 2

3 comments

Assalamualaikum, salam hormat.

Ok saya akan sambung lagi artikel yang saya tulis minggu lepas berkenaan MLM.

Beberapa hari yang lalu, ada yang bertanya kepada saya, "Nizam, kau anti-MLM ke?"

Soalan itu direct to the point.

Jawapan ringkasnya, ya betul, saya adalah seorang yang anti-MLM. Secara peribadinya, saya kurang menggemari sistem MLM dan cara menjana wang melalui MLM.

Ada beberapa sebab yang membuatkan saya cenderung untuk tidak menerima apa-apa ajakan untuk menyertai mana-mana syarikat MLM walaupun dalam artikel 'Kenapa Ya MLM dan Kenapa Tidak MLM Part 1', saya ada menyenaraikan beberapa manfaat yang akan diperolehi jika seseorang itu menyertai MLM secara aktif.

Ingin tahu kenapa saya mengatakan tidak terhadap MLM?

1. Multi Level Marketing Vs Single Level Marketing.

Secara peribadinya, saya adalah seseorang yang suka bergerak sendirian. No 1 adalah nombor yang sinonim dengan saya, iaitu, saya senang bersendirian melakukan sesuatu perancangan kerana saya berkuasa menentukan apa yang saya mahukan dan bergerak mengikut kebebasan sendiri.

Dalam MLM, pergerakan kita banyak melibatkan orang lain. Teamwork yang mantap adalah salah satu teknik untuk berkembang dengan pantas dalam sistem MLM. Ia melibatkan banyak kepala, dan sudah pasti melibatkan banyak ragam. Ragam itu menjadi lebih ketara apabila ianya melibatkan soal wang dan keuntungan.

Saya juga adalah seorang yang terlibat dengan marketing (pemasaran). Tapi pendekatan saya lebih kepada '1 to 1 business' dan saya lebih menikmati keseronokan menjana wang sebegitu berbanding perlu melibatkan orang lain untuk mendapatkan wang.

Mungkin ada yang mengatakan, networking adalah amat penting, dalam apa-apa bentuk perniagaan dan juga pelaburan. Memang betul. Saya bersetuju networking adalah penting, tetapi networking tidak bermaksud ianya perlu mengongkong pergerakan kita.

Networking sekadar satu terma yang menunjukkan kita mengenali ramai orang. Tetapi hakikat sebenar yang lebih penting dalam networking adalah leverage. Tak guna kita mengenali ramai orang, tapi mereka tidak dapat memberikan nilai tambah kepada kita.

Konsep leverage digunakan dalam Single Level Marketing, iaitu bertukar-tukar kepakaran antara satu sama lain untuk kebaikan bersama.

Bagaimana nak leverage kalau networking kurang? Mudah saja, sekarang semua ada di Internet, cari saja.

2. MLM Mengambil Masa, Tenaga dan Wang Yang Terlalu Banyak.

Saya tidak nafikan yang ada ramai orang yang buat MLM boleh menjadi kaya. Tapi bagi yang baru bermula, jalannya terlalu berliku. Banyak perkara yang perlu dikorbankan untuk hasil yang tidak seberapa.

Tak perlu saya khabarkan di sini, apa yang perlu dilakukan jika seseorang menyertai MLM, umum semua orang tahu. Yang pasti, apa yang dilakukan itu mengikat masa, tenaga dan wang kita terlalu banyak untuk hasil yang kecil.

Bagi saya, ada jalan yang lebih mudah untuk menjana wang selain bersusah payah melakukan MLM. Contohnya melakukan perniagaan melalui Internet yang kosnya sangat murah dan caranya juga sangat mudah.

Alasan tidak tahu tidak boleh lagi digunakan. Zaman sekarang zaman informasi di mana ilmu yang kita mahu boleh diperolehi dengan lebih mudah. Jadi luangkan sedikit masa untuk belajar dan mula menjana wang dengan cepat di Internet.

Persoalannya, jika ada jalan yang lebih mudah, kenapa MLM juga yang dipilih?

2. MLM Bukan Satu Perniagaan, Tapi Ia Satu Pekerjaan.

MLM selalunya digambarkan sebagai satu perniagaan, sedangkan sesiapa yang termasuk dalam sistem MLM itu sebenarnya mengembangkan empayar seseorang individu yang berada bertingkat-tingkat di atas mereka.

Ramai yang melakukan MLM telah menyalahgunakan definisi untuk kepentingan sendiri. MLM adalah satu sistem yang memberikan komisyen apabila sesuatu produk berjaya dijual. Komisyen pula pada skala yang amat kecil seperti 3%, 6%, 9%, 12% sehinggalah ke 21% sahaja daripada jumlah jualan yang dilakukan.

Hakikatnya, komisyen adalah komisyen, dan bukannya keuntungan. Komisyen hanyalah satu jumlah yang kecil daripada keseluruhan harga jualan. Ia diberi sebagai upah.

Malah, dengan mempromosikan produk MLM, kita sebenarnya nyata bekerja dengan syarikat MLM tersebut yang menggunakan kita sebagai tentera promosi mereka sepanjang masa.

Saya pernah melakukan perniagaan dan pemasaran di Internet untuk produk perkhidmatan membuat design banner ketika di zaman universiti beberapa tahun dahulu. Jumlah keuntungan saya adalah 100% daripada jumlah harga yang saya sendiri tetapkan.

Dengan itu, sayalah boss, saya yang bekerja, sayalah yang menerima bayaran dan sayalah yang menikmati keuntungan penuh daripada transaksi tersebut. Dengan kemahiran menutup jualan yang ada, saya dapat meningkatkan margin keuntungan mengikut kemahuan saya.

Bagi saya, itu sekurang-kurangnya jauh lebih menarik berbanding MLM.

3. MLM Mengajar Seseorang Untuk Berpura-pura dan Terdedah Kepada Penipuan.

Memandu kereta mewah seperti BMW, melancong ke tempat-tempat menarik di luar negara dan bermacam-macam imej kekayaan selalunya perlu ditonjolkan oleh mereka yang bergiat aktif dalam MLM.

Yelah, kalau kata dapat buat beribu-ribu ringgit melalui MLM, tak kan tak mampu beli kereta mewah kan? Hakikatnya, kereta mewah yang dibeli, walaupun mungkin mereka mampu, sebenarnya adalah satu cara yang digunakan untuk menarik perhatian orang untuk menyertai sistem MLM mereka.

Sudah menjadi budaya manusia, mudah tertarik dengan wang tunai yang banyak dan kereta mewah. Jadi elemen ini dipergunakan sepenuhnya oleh mereka yang melakukan MLM dengan tujuan mengaburi mata prospek untuk menyertai mereka.

Kereta mewah ditunjuk-tunjuk, kononnya berjaya dibeli hasil wang yang dijana melalui MLM. Ia tiada tujuan lain kecuali untuk memperdayakan prospek. Malangnya, ramai orang terpedaya..

4. Saya Mempunyai Matlamat Perancangan Kewangan Lain Yang Lebih Jelas.

Jika ada kawan-kawan yang mengajak saya menyertai mereka dalam apa-apa program MLM yang mereka lakukan, saya memang akan mencari jalan untuk menolaknya dengan cara yang baik.

Bukan bermakna saya nak mengatakan bahawa apa yang mereka lakukan itu salah atau tidak akan berjaya. Saya boleh nampak, memang ramai yang menjadi kaya dengan membuat MLM.

Tapi saya menolaknya kerana saya sudah pun menceburi sesuatu bidang yang pada pendapat saya lebih baik dan bersesuaian dengan diri saya berbanding MLM iaitu Pelaburan Hartanah.

Kenapa Pelaburan Hartanah lebih baik berbanding MLM? Mungkin saya boleh tulis satu lagi artikel perbandingan berkenaannya. =)

5. Saya Tidak Nampak Bagaimana MLM Boleh Menjadikan Seseorang Financially Free.

Keuntungan adalah perkara asas yang utama untuk difikirkan apabila sesuatu bidang diceburi. Sudah pasti tidak ada gunanya melakukan sesuatu jika ia tidak mendatangkan keuntungan yang diinginkan.

Mereka yang melakukan MLM mengatakan bahawa MLM boleh menjadikan seseorang itu mencapai tahap Financial Freedom. Sejujurnya, saya suka akan sesuatu sistem atau pelaburan yang boleh membuatkan saya mencapai status Financial Freedom.

Namun setakat hari ini, saya masih lagi belum nampak hala tuju MLM yang boleh menjadikan seseorang itu mendapat status Financial Free.

Jika boleh pun mendapat status Financially Free, ia adalah hasil memakan komisyen orang-orang yang di bawah. Tak mungkin kita mendapat duit daripada satu perniagaan yang menjual produk, tapi kita tidak menjualnya secara terus melainkan kita mengambil sebahagian kecil komisyen daripada penjualan produk yang dilakukan oleh downline kita (yang ramai itu).

Apa yang lebih mendukacitakan, kebanyakan mereka yang melakukan MLM tidak tahu pun apa itu maksud sebenarnya Financial Freedom. Mereka cuma copy dan paste apa yang mereka dengar daripada upline atau speaker yang berucap ketika meeting larut malam mereka.

6. Masalah Halal Dan Haram.

Saya tidak mengkaji status halal dan haram sistem MLM secara mendalam. Tapi secara umumnya, sistem MLM itu amat terdedah kepada satu sistem yang cenderung berlawanan dengan syariat Islam.

Hal ini banyak diperdebatkan beberapa tahun lalu melibatkan mereka yang melakukan MLM dengan para alim ulamak dan ustaz. Sudah tentu soal halal haram ini amat penting kerana rezeki yang kita perolehi perlulah diberkati.

Saya tak pasti sistem MLM mana yang halal, tapi yang saya agak pasti, syarikat MLM StormReaders adalah satu program MLM yang berlandaskan syariah dan dipercayai kerana mempunyai panel penasihat syariah yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

Saya secara mudah, tidak mahu pening dan menyerabutkan kepala. Jika ia terdedah kepada unsur yang ditolak Islam, saya akan cuba untuk menjauhkan diri daripadanya.

Nak untung tu untunglah juga, tapi kalau keuntungannya itu berlandaskan sesuatu yang haram, ia menjadi tidak bermakna lagi. Mungkin point ini sukar untuk difahami oleh mereka yang bukan beragama Islam, tapi bagi mereka yang beragama Islam, sepatutnya tiada kompromi.

Saya jadi lebih jelak jika ada di kalangan mereka yang melakukan MLM ini lantang menyatakan yang MLM yang mereka lakukan itu halal sedangkan mereka tidak mempunyai authoriti untuk menentukannya.

Ada juga satu video yang saya tonton di Youtube, seorang Medical Doktor yang melakukan MLM berucap dalam satu majlis, dan beliau mengatakan bahawa syarikat MLM yang disertainya itu satu mandat daripada Tuhan.

Tolonglah jangan terlalu taksub dengan MLM sehingga bercakap sesuka hati dan melibatkan agama dan Tuhan pula..

Kebiasaannya begitu, orang MLM akan cakap apa saja untuk mengatakan produk, sistem dan syarikat MLM mereka adalah yang paling bagus dan betul di dunia sehingga sanggup bercakap melampaui batas dan membuta tuli.

Sebagai manusia yang waras, saya tidak dapat menerimanya. Tak tahulah orang lain macam mana..

7. MLM Hanya Panas Bermusim.

Apabila seseorang kawan saya datang mempromosikan syarikat MLM yang disertainya, antara pointnya adalah, syarikat MLM ini adalah sangat kukuh dan 'well established' sejak berbelas atau berpuluh tahun yang lalu.

Dulunya, panas nama syarikat Luxor (sekadar menyebut satu nama) dalam arena MLM, tapi kini, saya tidak mendengar tentangnya di mana-mana lagi. Mungkin syarikat MLM seperti ini masih lagi bergerak aktif secara underground, saya pun tak tahu dan tak berminat untuk ambil tahu.

Begitu jugalah dengan syarikat-syarikat MLM yang lain. Panas sekejap dan selepas itu surut tak kedengaran lagi.

Apa nasib orang-orang yang menyertai MLM ini sebelum ini? Saya pun tak pasti sama ada mereka masih lagi memandu kereta mewah BMW atau sudah kembali ke kereta Kancil dalam zaman inflasi yang makin ketara kini.


Demikian 7 point daripada banyak lagi point yang boleh saya kongsikan dalam artikel kali ini. Apa yang saya nak tekan kan adalah, untuk menyertai dan melakukan MLM adalah pilihan masing-masing.

Ada orang yang suka melakukan MLM dan orang itu amat berjaya dalam bidang tersebut. Saya tidak mengatakan mereka membuat sesuatu yang salah. Tapi mereka sendiri yang dapat menjawab secara jujur sama ada MLM adalah sesuatu yang baik atau tidak.

Point-point yang saya utarakan di atas adalah pendapat peribadi saya yang tidak menggemari sistem MLM dan tidak merujuk kepada sesiapa yang melakukan MLM. Bagi saya, diri sendiriyang menentukan pilihan apa kah yang ingin dilakukan dalam hidup masing-masing.

Kepada kawan-kawan yang suka berMLM, teruskan dengan apa yang anda lakukan asalkan ia tidak menyusahkan orang lain. Secara umumnya, susahkan diri sendiri tak mengapa, yang penting jangan sampai ianya menyusahkan atau melibatkan orang lain pula.

Jika saya diberi pilihan untuk memilih cara untuk menjana wang selain MLM, jawapan saya adalah:

  • Perniagaan Internet
  • Pelaburan Hartanah
  • Kerja dengan lebih bersungguh-sungguh
  • Bersedekah kerana ianya akan menambahkan rezeki
Ok sekian sahaja artikel saya kali ini.

Terima kasih kerana membaca dengan minda yang terbuka. =)

Friday, September 6, 2013

Status 40

0 comments


"Kadangkala, saya ada berjumpa beberapa orang 
yang tidak setuju dengan pandangan saya. 

Saya menerima hakikat bahawa enam bilion manusia 
tidak semestinya akan bersependapat di dunia ini."

-Azizi Ali, Jurulatih Jutawan & Kewangan No 1 Malaysia

Sunday, September 1, 2013

Blog+Website Rumah Johor Bahru Dot Com!

0 comments

Hi, Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Di kesempatan ini, saya ingin mengumumkan kelahiran blog kedua saya iaitu RumahJohorBahru.com yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Blog RumahJohorBahru.com ini merupakan satu blog berbentuk website yang dikhususkan untuk berkongsikan tips dan informasi terkini lagi praktikal berkenaan dunia Pelaburan Hartanah khususnya untuk pasaran Johor Bahru.

Bermakna, blog ini merupakan satu blog yang amat micro-niched kerana ianya tertumpu kepada pasaran hartanah di Johor Bahru sahaja.

Jadi kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui selok belok pasaran hartanah di Johor Bahru yang sangat menguntungkan ini, blog RumahJohorBahru ini pastinya akan menjadi destinasi anda yang terpenting selepas ini.

Selain daripada berkongsikan tips dan informasi, blog RumahJohorBahru ini juga menyediakan ruang-ruang pengikalan percuma untuk rumah-rumah yang ingin dijual atau disewakan di sekitar Johor Bahru.

Bermakna, jika anda mempunyai rumah di Johor Bahru yang ingin dijual atau disewakan, anda boleh iklankan rumah anda itu di blog RumahJohorBahru secara PERCUMA! Di sini, sang penjual dan pembeli serta tuan rumah dan penyewa dapat bertemu dengan lebih mudah.

Sudah pasti medium pengiklanan percuma ini akan menyemarakkan lagi pasaran hartanah di Johor Bahru dan mengembangkan lagi prospek Pelaburan Hartanah di Johor Bahru. Malah, ia akan membantu rakyat Johor untuk mencari rumah untuk disewakan untuk keperluan masing-masing.

Idea penghasilan blog RumahJohorBahru ini telah dibangunkan pada pertengahan tahun 2013 dan insyaAllah akan diuruskan dengan lebih teratur dan kemas dari semasa ke semasa.

Kepada anda yang sedang mencari-cari maklumat berkenaan Pelaburan Hartanah, layari http://www.rumahjohorbahru.com/ sekarang dan mulakan langkah anda untuk menjadi seorang Pelabur Hartanah yang berjaya!

Berminat Belajar Pasal Pelaburan Hartanah?

0 comments

Ramai di kalangan golongan belia hari ini lebih terdedah dengan informasi berkenaan dunia hartanah.

Jika beberapa tahun dahulu, lebih ramai orang yang membeli hartanah pada umur sedikit lanjut, 
namun kini, golongan muda sudah mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya
untuk membeli rumah pada usia yang lebih muda.

Walaubagaimanapun, dunia hartanah adalah satu dunia yang 'tricky' dan 
tidak seperti yang selalunya diperkatakan.

Sudah pasti semua orang boleh membeli rumah, tapi ada dua situasi yang akan berlaku apabila
sesebuah rumah itu dibeli, sama ada ianya akan membahagiakan kita, ataupun ianya akan
membuatkan kita sengsara.

Benar, hartanah seperti rumah yang dibeli (biasanya menggunakan pinjaman perumahan)
tidak sama seperti membeli baju atau handphone.

Ia melibatkan satu komitmen dan perancangan yang jitu agar pembelian itu tidak menjadi sesuatu pengalaman hidup yang menyakitkan.

Ramai juga yang menghubungi saya dan menyatakan minat untuk belajar berkenaan pelaburan
hartanah yang kononnya dapat memberikan keuntungan masa depan yang berpanjangan
dengan cara yang lebih mudah.

Namun hakikatnya, pelaburan hartanah adalah satu perkara yang lebih tinggi.

Jika mengikut Quadrant Kekayaan yang dicadangkan oleh Pakar Kewangan No 1 barat, Robert T. Kiyosaki, pelaburan merupakan satu tahap yang lebih tinggi daripada sesebuah kekayaan dan pelaburan hartanah adalah antara yang terbaik boleh dilakukan dalam Quadrant Kekayaan tersebut.

Walaubagaimanapun, untuk sampai ke Quadrant pelaburan hartanah tersebut, bagi saya, seseorang perlu menguasai terlebih dahulu asas pengurusan kewangan yang betul.

Jika seseorang tidak mempunyai minda pengursan kewangan yang baik, tidak kiralah sama ada ia adalah seorang pemilik perniagaan yang amat berjaya atau memiliki puluhan bilangan aset hartanah pun, orang tersebut tidak akan dapat menggunakan atau menikmati kekayaan yang ada di hadapan matanya.

Atau dalam bahasa lainnya, dia adalah orang yang miskin walaupun berada
dalam kekayaan wang ringgit.

 Oleh itu, jika anda berminat untuk belajar berkenaan pelaburan hartanah, itu adalah permulaan yang bagus.

Tapi sebelum ini, adalah lebih baik jika anda belajar terlebih dahulu aspek asas pengurusan kewangan yang akan membantu anda menguasai teknik pelaburan hartanah dengan lebih baik dan selamat.

Jika menyimpan wang secara konsisten pun tidak boleh, atau nafsu berbelanja pun tidak mampu dibendung, sudah pasti ia akan membuatkan anda percaya, yang pelaburan hartanah itu hanya sesuai dilakukan oleh orang lain, dan bukannya anda.

Maka selamanya anda dalam keadaan kewangan yang sama, sedangkan orang lain lebih ke hadapan.

Back to basic, kembali kepada asas. Uruskan kewangan anda dengan lebih sihat, dan pasti anda mampu mencapai kejayaan yang lebih pantas dan tinggi dalam dunia pelaburan hartanah yang sangat menarik ini.

Walaubagaimanapun, soal kewangan adalah soal masing-masing. Wang anda adalah milik anda dan anda sendiri yang lebih berhak untuk meletakkan wang anda di mana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.