Wednesday, August 31, 2011

What I had in August 2011?

0 comments

Post ini adalah bagi kategori month summary untuk bulan Ogos 2011, tapi sebenarnya saya menulis pada 8 September 2011. Lewat seminggu daripada deadline.. huhu..


Assalamualaikum, hye kawan-kawan di NizamMalek.com,

Terima kasih kerana masih sudi untuk melayari blog saya ini walaupun saya dah jarang update dengan post-post terbaru. Apa yang anda baca di blog ni agaknya ya? =p

Ok untuk sepanjang bulan 8 tahun 2011 ni, saya masih lagi sedang bercuti dan duduk di rumah saja. Seperkara yang menarik dalam bulan ni adalah kehadiran bulan Ramadhan bermula 1 Ogos dan berakhir 29 Ogos.

Jadi kiranya dalam bulan Ogos ni berpuasa sajalah kerjanya. Alhamdulillah bulan Ramadhan tahun ni puasa penuh 29 hari dan dapat disempurnakan dengan baik. Seronok dapat berpuasa bersama keluarga tercinta dan menunaikan solat terawih bersama-sama di surau yang baru saja siap di bina, iaitu Surau Austin Perdana.

Pada setiap hari ahad pada bulan Ramadhan yang lalu, saya menyertai program iftar jamaie yang diadakan di surau tersebut. Dapatlah berkenal-kenalan dengan komuniti setempat. Ramainya lebih berumur daripada saya. Tapi oklah, ada yang kerja doktor pakar, ada juga ahli farmasi (pengerusi surau) dan lain-lain. Kira boleh masuk liga gak lah saya ni.. =p

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan di surau tersebut adalah seperti tazkirah Ramadhan selepas selesai solat terawih dan witir oleh ustaz-ustaz jemputan. Saya ni memang suka dengar ceramah dan tazkirah. Lagi-lagi kalau ustaz yang suka buat lawak.. Memang terhibur gak hati nurani.. Tapi yang penting di akhir sekali, peringatan dan nasihat daripada tazkirah itulah yang menjadi pegangan dan azimat untuk meneruskan hidup yang penuh dugaan selepas ini..

Selain itu seperkara yang menarik pada bulan Ramadhan yang baru berlalu ini juga adalah program terbaru di channel Alhijrah Astro, iaitu Ihya Ramadhan yang dihoskan oleh seorang ustaz muda daripada Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Ihya Ramadhan telah disiarkan secara langsung setiap hari dalam bulan Ramadhan pada pukul 4.30 petang sehingga 5 petang dan membicarakan secara detail berkenaan ibadah puasa dan persoalan-persoalan masalah yang berkaitan dengannya.

Jadi bila ada masa kelapangan, kami sekeluarga akan menonton bersama dan berbincang-bincang berkenaan informasi yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal. Penyampaian yang bersahaja dan penuh interaksi bersama penonton memang membuatkan program Ihya Ramadhan itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Tapi bila berakhir saja Ramadhan, tiadalah lagi Ihya Ramadhan dan menjadi kenangan.. Terima kasih atas usaha yang amat bermanfaat tersebut dan saya doakan usaha memahamkan masyarakat berkenaan Islam akan terus berkembang dari semasa ke semasa.

Begitu juga dengan fanpage RahsiaMotivasi di mana saya berkongsikan tips-tips, info, tazkirah dan bicara Ramadhan setiap hari dalam bulan Ramadhan yang lalu. Walaupun usaha tersebut amat kecil tetapi amat bermakna pada saya dan jika tidak memberi kesan kepada orang lain pun, sekurang-kurangnya ia memberi kesan kepada diri sendiri yang menulisnya. =)

Tahun ni saya dapat berpuasa, bersahur dan berbuka bersama-sama dengan keluarga setiap hari. Mungkin bermula tahun depan saya akan mula bekerja dan tak tahu lah akan dapat posting di mana, mungkin akan berjauhan dengan keluarga. Tapi tak mengapalah, semoga kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan dan datang dan seterusnya. Sesungguhnya bulan Ramadhan memang terlalu manis nikmatnya, terasa bezanya dengan bulan-bulan yang lain..

Kemudian selepas tamat saja bulan Ramadhan, masuklah bulan Syawal. Kita di Malaysia menyambut 1 Syawal setelah berpuasa selama 29 hari. Tidak sama seperti kebanyakkan negara lain seperti Saudi Arabia dan Indonesia. Terdapat perbezaan pendapat, tapi kerajaan Malaysia dah putuskan dan sahkan, jadi kita raya sajalah. =)

Tahun ni saya beraya ala kadar saja di Johor Bahru bersama keluarga nuckleus saya. Paling penting sekali di pagi raya selepas menunaikan solat sunat aidilfitri adalah memohon keampunan daripada ke dua-dua ibubapa yang selama ini telah banyak berkorban untuk membesarkan, mendidik dan menyayangi saya.

Yang menariknya juga, tahun ni saya masih dapat duit raya, jangan jeles ya.. hehe.. Mungkin ini tahun terakhir saya menerima duit raya dan insyaAllah pada tahun hadapan akan jadi orang yang memberi duit raya pula. Siapa nak duit raya kena buat baik ngan saya k.. Huhuhu.. =p

Saya ada upload beberapa gambar raya pada tahun ini di facebook. Kalau ada masa, jemputlah melihatnya di sana ya. Jangan lupa turunkan komen sekali.. =p

Huhu ok cukup dulu cakap pasal raya, kembali kepada perancangan selepas raya. By the way, jika anda nak tahu, saya mungkin akan kurang berblogging selepas ini, dan akan lebih aktif di fanpage-fanpage saya. Bukan apa, facebook ni saya rasa lebih senang nak update pape dan lebih ramai yang boleh membaca tulisan saya.

Cuma limitasinya pada jumlah perkataan yang boleh dimasukkan di ruangan wall post tu.. Setakat lebih kurang 500 huruf saja. Tapi tak mengapa, saya ada trik nak jadikannya post tu lebih panjang. Kata Internet Marketer.. =p

Jadi di kesempatan ini, saya menjemput anda untuk melawat ke fanpage saya dengan lebih kerap melalui facebook iaitu fanpage RahsiaMotivasi (saya berbicara berkenaan topik motivasi) dan fanpage StrategiInternet (khas buat mereka yang ingin mempelajari selok belok cara-cara menjana wang di Internet).

Oklah, sampai sini dulu buat month summary bulan Ogos 2011. Tidak ada banyak sharing sangat tapi boleh lah ya sikit2.. =p

Berjumpa lagi dalam post saya yang seterusnya! Salam~

Tuesday, August 30, 2011

Salam Kemerdekaan 2011!

0 comments

31 Ogos 1957 merupakan tarikh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia kerana pada tarikh tersebutlah kita telah bebas daripada penjajahan negara-negara luar yang datang mengambil kesempatan di negara kita.

Kemerdekaan ini besar ertinya kerana ianya membolehkan kita membina negara ini dengan acuan sendiri dan terbebas daripada genggaman penjajahan yang amat memeritkan.

Sudah pasti, saya, rakan sebaya serta generasi muda yang lain tidak dapat merasai perjuangan yang telah dicurahkan oleh para pemimpin dan pejuang kemerdekaan Tanah Melayu pada zaman tersebut.

Tetapi harapnya, ia tidak menjadi penghalang untuk kita sama-sama menghargai dan menghayati segala kesusahan yang mereka telah tempuhi untuk membolehkan kita menikmati kemerdekaan pada hari ini.

Pada tahun 2011 ini, Malaysia menyambut tahun kemerdekaan yang ke 54 dengan bertemakan '1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera' dan akan disambut pada 16 September 2011 bersamaan dengan Hari Malaysia kerana pada 31 Ogos 2011 ini masa terlalu dekat dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri (Kena lah ambil tahu sikit-sikit hal semasa, kalau tak asyik kena 'ketuk' je ngan abah.. hehe.. =p).

Selama 54 tahun ini, tidak dinafikan, banyak perkembangan positif telah dinikmati oleh rakyat Malaysia dan taraf hidup kita boleh dikatakan baik dan sederhana walaupun ada banyak isu-isu dan masalah politik semasa. Alhamdulillah Malaysia masih lagi kekal sebagai sebuah negara yang aman dan damai di samping kehidupan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

Saya secara peribadi berasa amat bertuah kerana lahir di bumi Malaysia yang bertuah ini. Seperti kata pepatah, "Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri. Lebih Elok di Negeri Sendiri". Memang betul, sebagai seorang muslim, saya berasa amat selesa dengan persekitaran Malaysia yang berteraskan agama Islam.

Begitu juga peluang untuk para penganut agama lain bagi mempraktikkan agama mereka menjadikan Malaysia sebuah negara yang wajar dicontohi dan dibanggakan.

Walaubagaimanapun, masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan untuk memastikan Malaysia terus unggul dan berjaya. Kalau kita lihat pada sejarah, wilayah Hiroshima dan Nagasaki yang telah musnah teruk akibat serangan nuklear bom atom berlaku pada 1945 iaitu beberapa tahun lebih awal daripada tahun kemerdekaan Malaysia, tetapi 2 wilayah ini telah berkembang pesat membangun dan lebih maju berbanding Malaysia secara relatifnya.

Bukanlah nak membandingkan secara terus atau menghukum, tetapi realitinya, masih banyak perkara yang boleh diusahakan untuk menjadikan Malaysia lebih maju, berdaya saing serta aman dan damai tanpa mempertaruhkan keselamatan dan kebajikan rakyat.

Selain itu, ada juga pendapat yang mengatakan metodologi penjajahan masa kini adalah melalui penjajahan minda. Memang benar, kerana minda yang terjajah ini boleh meruntuhkan perkembangan positif minda generasi muda. Cara untuk mengelakkannya adalah dengan menilai dan memahami sesuatu perkara yang datang menggunakan pemikiran yang kritis dan terbuka serta sentiasa kembali kepada tafsiran sebenar Alquran, alhadis serta para ulama'.

Jadi inilah tanggungjawab dan amanah bagi golongan generasi muda seperti saya dan kita semua untuk memastikan Malaysia terus unggul pada masa hadapan. Usahlah dijadikan perpecahan sebagai agenda dan permusuhan sebagai permainan. Lebih banyak lagi usaha murni yang perlu dicurahkan khas buat negara Malaysia kita yang tercinta ini.

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga nikmat kemerdekaan ini terus menjadi milik kita semua sampai bila-bila. =)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011!

0 comments

Salam Hari Raya Aidilfitri 2011 buat semua rakan dan taulan tak kira di mana anda berada.

Maaf Zahir dan Batin.

Salah silap mohon diampunkan. =)

Terimalah lagu raya Salam Dunia nyanyian saya yang dibuat pada malam raya tahun ni. =p

Monday, August 29, 2011

Berakhirnya Ramadhan, Datangnya Syawal.

0 comments

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua kawan-kawan.

Bulan Ramadhan yang penuh pengharapan dan pengurniaan baru saja berlalu pergi meninggalkan kita. Alhamdulillah, tahun ini, cukup 29 hari kita semua menjalani ibadah puasa yang merupakan perintah Allah SWT yang merupakan rukun Islam ke 3.

Bulan Ramadhan kali ini terasa pantas berlalu. Tiap bermula dengan bersahur pada pukul 5.15 pagi, tidak sempat merasa terlalu letih tetapi sudah sampai waktu untuk berbuka puasa kira-kira pada pukul 7.16 petang.

Begitulah seharian yang dirasai dan berterusan dari hari ke hari sehinggalah hari terakhir Ramadhan kali ini.

Bagi saya secara peribadi, saya merasakan bulan Ramadhan kali ini amat bermakna. Hari-hari yang dilalui terasa tenang dan mendamaikan. Semuanya berjalan dengan amat baik. Semoga amalan yang telah diusahakan, telah diterima dan kita semua mendapat pengampunan daripada Tuhan yang Maha Benar.
Bergambar di hadapan Surau Austin perdana. =)

Ketika menikmati juadah berbuka puasa di Iftar Jamaie Perdana di Surau Austin Perdana.

Tengok tu, ada Cik Senorita Salz nak 'menyelit' populariti NizamMalek.com. =p

Dalam bulan Ramadhan kali ini juga saya merasakan ianya amat bermakna kerana saya telah mendapat ruang untuk menyampaikan tip-tips atau tazkirah ringkas berkenaan Ramadhan di fanpage RahsiaMotivasi.

Perkongsian yang tak seberapa itu mungkin kecil, tetapi amat besar maknanya bagi saya dan sekurang-kurangnya menjadi pesanan/nasihat yang amat penting buat diri sendiri. Semoga usaha yang kecil tersebut membawa kebaikan kepada orang lain yang membacanya. =)

Selain itu, bila berbicara berkenaan fanpage, saya telah berjaya membina fanpage kedua yang bernichekan topik pemasaran Internet. Inilah dia satu ruang khas untuk saya berkongsikan semua ilmu, kemahiran dan pengalaman saya yang tak seberapa dengan kawan-kawan Internet yang lain.

Fanpage ini diberi nama StrategiInternet dan ianya telah dibina dengan perancangan yang agak rapi apabila melibatkan beberapa teknik pemasaran yang telah saya pelajari sebelum ini seperti pemasaran Email dan static iframe.

Setakat lebih kurang 2 minggu ianya dilancarkan, 180 fans telah berjaya dikumpul dengan menggunakan teknik percuma sahaja. Kekuatan fanpage tersebut adalah pada ebook 'Strategi Kumpul Fans Fanpage Cara Percuma & Efektif' yang saya tawarkan secara percuma kepada mereka yang berminat untuk menjadi fans.

Seronok juga melihat sambutan yang agak menggalakkan terhadap ebook tersebut, sehingga masih ada yang meminta link download tersebut dibuka semula (setelah saya tutup kerana kuota yang ditetapkan telah dipenuhi).

InsyaAllah banyak perancangan aktiviti menarik yang akan dilaksankan di fanpage StrategiInternet terutamanya apabila fanpage tersebut telah berkembang dengan baik dan mendapat respond yang diharapkan.

Fanpage StrategiInternet berlangsung dengan baik di sepanjang Ramadhan dan insyaAllah akan lebih aktif selepas raya nanti.

Jadi untuk masa kini, saya akan fokuskan perhatian kepada 2 niche utama ini iaitu Motivasi di fanpage RahsiaMotivasi (www.facebook.com/RahsiaMotivasi) dan Pemasaran Internet di fanpage StrategiInternet (www.faceboo.com/StrategiInternet). Kepada sesiapa yang nak belajar daripada saya, boleh contact2 ya! =)

InsyaAllah, esok/hari ini (30 Ogos 2011), kita akan menyambut Hari Raya aidilfitri 2011. Pada tahun ini, saya akan beraya di Johor Bahru di rumah keluarga saya. Alhamdulillah semuanya dapat berkumpul beraya bersama tahun ini. Seronok juga rasanya. =)

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri ini.

Monday, August 15, 2011

Kenangan Berpuasa Masa Belajar di KMNS

4 comments

Assalamualaikum~ hai, salam ramadhan semua!

Wuhuu, dah 15 ogos rupanya hari ni. Cepat masa berlalu, dan dah separuh bulan Ramadhan kita tempohi. Kesian Nizam Malek Blog ni, macam dah lama tak update dengan artikel-artikel panjang yang menarik dan berfaedah..

Huhu, bukan apa, saya agak sibuk dengan beberapa aktiviti sepanjang bulan Ramadhan ni, selain banyak tidur dan main game.. hehehe.. =p

Oklah, dalam post kali ini, saya nak share-share sikit dengan pembaca semua, pasal kenangan saya berpuasa time belajar di kolej beberapa tahun lalu. Kalau anda seorang pelajar, atau bekas pelajar, mesti ada kenangan dan pengalaman manis juga kan, so mari baca cerita saya yang biasa-biasa je ni.. huhu..

Masa time sekolah dulu, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, saya belajar di sekolah harian biasa di Johor Bahru, jadi tiada pengalaman menarik sangat berbuka puasa di luar. Selalunya berbuka dengan family je kat rumah.

Tapi bila masuk matrikulasi di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan pada tahun 2005, bermulalah pengalaman saya berpuasa di luar bersama kawan-kawan.

Bas KMNS yang saya pun tak pernah naik.. Tak berkesempatan.. hehe.. =p

Cuma tak bestlah, time tu tak sempat ambik gambar sangat, just ada beberapalah untuk dikongsikan di blog ni. Time tu pakai camera handphone..

Time tu memang hot handphone jenis sabun lah, daunlah yang ada fungsi camera dan memori kad. Sape ada handphone tu dulu memang hot lah.. huhu.. So gambar yang mana ada je lah ea saya upload ke blog post kali ni k.. Puas godek2 album KMNS yang ada dalam external hardisk ni.. Kenangan gak tu.. =p

Kelakar gak pengalaman hari pertama bersahur tu.. Semangat nak bersahur, tapi tak de makanan.. Then keluar ramai-ramai dalam gelap-gelap sebelum subuh tu pergi cari kafe/kantin kat blok-blok lain..

Suasana blok B2 ketika waktu bersahur.. =)

Pergi kat kafe blok A perempuan (sebab makanan sedap sikit.. =p), tapi sedih, kafe tak bukak pulak.. Then beraraklah ke kafe blok B5 lelaki yang jauh di atas bukit sana.. Menapak punya menapak, dapatlah berjumpa makanan, bolehla beli mee goreng ke, nasi goreng ke, yang simple-simple.. Beli air teh tarik panas.. =p Makan ngan kawan-kawan.. Seronok gak time tu.. =)

Then antara kenangan jugak time bulan Ramadhan kat KMNS adalah bersolat terawih di surau KMNS.


Gambar kat atas nilah gambar surau tersebut. Seronok sebab time Ramadhanlah kitaorang jadi lebih rapat dan dapat mengenali kawan-kawan lain daripada aliran lain (sains hayat atau sains fizikal dan aliran perakaunan).

Then dapat dengar tazkirah daripada ustaz dan wakil pelajar. Menenangkan jiwa dan rohani jugalah time tu. Tapi bukanlah tiap-tiap malam pergi solat terawih.. Alasan nak study la.. konon.. hehe.. =p

Lagi, time kat Matrik biasalah, kadang-kadang ada majlis berbuka puasa beramai-ramai. Selalunya buat kat dewan utama (apakah namanya saya pun dah lupa.. =p).. Time tu masih ingat, sibuk buat pilihan, nak pakai baju melayu biru ke maroon.. Manelah tahu ada yang usha-usha ke.. Sembang je.. hehe.. =p

With my best friend kat KMNS, Firdaus a.k.a Chiko kat majlis berbuka beramai-ramai. Kawan bilik depan kat blok B3 dulu.. Selalu temankan saya kalau nak pergi keluar makan kat kafe.. =)

Selain tu, time berpuasa tu banyaklah masa senggang.. Kadang-kadang kelas tak pack sangat. Jadi ambil peluang untuk belajar lebih kerap. Dan bila belek-belek album lama, terjumpa satu gambar time study group masa tengah berpuasa..

(Group la sangat, 2 orang je kot.. haha..) Kawan sibuk study Math n Chem, saya sibuk shoot gambar.. Patut dia skor, saya biasa2 je.. huhu.. =p

Selain study kat blok, ada juga study kat cafe malam2 ngan kawan-kawan praktikum sambil buat parti makan-makan sikit.

Sukanya dengan handphone daun coklatku.. =)

Majlis makan-makan bersama geng praktikum H3P6 dan geng-geng silat.

Oh ya, time berpuasa kat KMNS dulu pun saya sempat buat satu video saya beriadah kat padang KMNS. Time main lompat tinggi, konon-konon nak berlatih lah wakil kolej Matrik. Memang terpilih dan dapat no 2 masa lawan kat Kolej Matrikulasi Changlun, Kedah.

Trylah tengok videonya kat bawah ni. =)



Inilah antara kenangan ketika berpuasa kat KMNS dulu.. Seronok gaklah, happy-happy ngan kawan-kawan. Kini tiada lagi, my study time has past and over. I will be introduced to the new atmosphere, it's called the working world. Things will be different, not the same like before.

Papepun, just go through this life. Kitalah yang menjadikan sesuatu itu menarik atau tidak. Ok, harap anda seronok membaca blog post kali ini. Berjumpa lagi kita dalam blog post seterusnya.

Sunday, August 14, 2011

Status 12

0 comments

"Getting married and having kids?

Not yet thinking so.."

Friday, August 5, 2011

Terima Kasih Cinta mp3 Cover by NizamMalek

0 comments

Salam, hye semua..

Amacam berpuasa hari ni? Mesti ok kan? =)

Ok untuk post kali ni, saya ada sediakan
satu lagu mp3 yang baru je saya buat pagi tadi.

Lagu cover Terima Kasih Cinta daripada Afgan
versi short term.. hehe.. =p

Seperti biasa, anda boleh download percuma untuk mendengar
lagu nyanyian saya tu melalui link imej download di bawah ini.
Have fun ya! =)

Thursday, August 4, 2011

Welcoming Design to RahsiaMotivasi Fanpage. =)

0 comments

Ini design untuk menyambut tetamu di fanpage RahsiaMotivasi.
Selamat datang ke fanpage RahsiaMotivasi, jangan lupa klik LIKE untuk menjadi fan dan menerima tips motivasi praktikal setiap hari.. Semuanya percuma!! =)


Ikhlas daripada, Nizam Malek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.