Thursday, October 31, 2013

Pantaskah Syurga Untuk Ku

0 comments



Mengapa begitu berat
Jalankan segala perintah Mu
Begitu banyak rintangan
Tuk mengarahkan wajah
Bersujud kepada Mu Tuhan
wooo ooo

Indahnya dunia ini
Membuat orang terlena
Bekerja terus bekerja
Tak kenal waktu dan tak kenal lelah
hoooo

Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku

Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku

Gema adzan Maghrib, aku di perjalanan
Gema adzan Isya',lelah tubuhku Tuhan
Tak pernah lagi ku baca firman MU
Tuhan tolonglah hambamu uuhuu
Tuhan

-Tegar-

Wednesday, October 30, 2013

Senarai 23 Pemain terbaik Anugerah Ballon dOr 2013

0 comments

Senarai 23 pemain terbaik yang akan dipilih sebagai pemenang anugerah Ballon dOr 2013.

1. Gareth BALE (Real Madrid)
2. Edinson CAVANI (Paris Saint-Germain)
3. FALCAO (Monaco)
4. Eden HAZARD (Chelsea)
5. Zlatan IBRAHIMOVIC (Paris Saint-Germain)
6. INIESTA (Barcelona)
7. Philipp LAHM (Bayern Munich)
8. Robert LEWANDOWSKI Borussia Dortmund)
9. Lionel MESSI (Barcelona)
10. Thomas MUELLER (Bayern Munich)
11. Manuel NEUER (Bayern Munich)
12. NEYMAR (Barcelona)
13. Mesut OEZIL (Arsenal)
14. Andrea PIRLO (Juventus)
15. Franck RIBERY (Bayern Munich)
16. Arjen ROBBEN (Bayern Munich)
17. CRISTIANO RONALDO (Real Madrid)
18. Bastian SCHWEINSTEIGER (Bayern Munich)
19. Luis SUAREZ (Liverpool)
20. THIAGO SILVA (Paris Saint-Germain)
21. Yaya TOURE (Manchester City)
22. Robin VAN PERSIE (Manchester United)
23. XAVI (Barcelona)

Hanya satu pemenang.

Agak-agak siapa menang, korang pilih siapa? =)

Tuesday, October 29, 2013

Tips Bagaimana Buat Vlog

1 comments

Berminat nak buat vlog juga?

Ok kali ini saya sharekan tips macam mana nak buat vlog yang baik.

Tips ni sebenarnya adalah untuk diri saya sendiri yang nak bervlogging.

InsyaAllah video-video blogging saya yang akan datang pun saya akan gunakan tips ini.



Btw, macam seronok pulak rakam video blogging ni.

Lebih menarik dan menyeronokkan berbanding menulis artikel.

Apa orang nak kata, letak kat belakang.

Yang penting buat je dulu dan perbaiki dari semasa ke semasa kualiti video yang dihasilkan.

Terima kasih kerana menonton.

Segala komen adalah amat dihargai. =D

Monday, October 28, 2013

Kesan Bajet 2014, Harga Rumah Naik Atau Turun?

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Antara perkara menarik yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia pada masa kini adalah berkenaan isi Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya rasa terpanggil untuk memberikan beberapa pandangan dan komen secara ringkas berkenaan isi Bajet 2014 kali ini di sini.

Kebiasaannya, apabila Perdana Menteri mengumumkan Bajet tahunan, apa yang ditunggu adalah berkenaan bonus yang akan diperolehi terutamanya di kalangan para penjawat awam.

Penutup pembentangan Bajet selalunya disambut dengan kegembiraan kerana rata-ratanya rakyat Malaysia akan mendapat manfaatnya tak kiralah dari segi bonus yang diberikan ataupun rancangan penambahbaikan ekonomi bagi sektor-sektor tertentu.

Namun buat julung-julung kalinya, Bajet 2014 mendapat reaksi kurang enak di kalangan rakyat Malaysia terutamanya di media sosial seperti di Facebook.

Antara isu yang dibincangkan secara hangat di Facebook adalah berkenaan pengenalan GST (Goods and Services Tax) sebanyak 6% yang akan bermula pada 1 April 2015 dan satu lagi berkenaan RPGT (Real Property Gans Tax) yang akan memberi kesan besar pada penjualan rumah dalam tempoh 5 tahun selepas pembelian.


Selain itu, dalam Bajet 2014 juga menyatakan, warga asing yang ingin membeli hartanah di Malaysia hanya boleh membeli hartanah yang bernilai RM1 juta ke atas sahaja berbanding RM500k sebelum ini.

Tak kurang juga reaksi orang ramai berikutan tindakan kerajaan menarik subsidi gula sebagai tujuan mengajar rakyat agar mengurangkan pengambilan gula dalam penggunaan makanan seharian.

Dalam artikel ini, saya ingin memfokuskan berkenaan isu harga rumah di Malaysia, sama ada akan terus naik atau turun disebabkan pengenalan GST dan kenaikan kadar cukai RPGT ini serta isu warga asing hanya boleh membeli rumah berharga minimum RM1 juta dan apa kesannya apabila subsidi gula ditarik.

Pertama sekali, GST adalah satu cukai yang akan dikenakan kepada seluruh lapisan masyarakat sama ada pembayar cukai mahupun tidak.

Walaupun ahli politik mendakwa yang jumlah GST 6% adalah antara yang terendah di peringkat negara-negara ASEAN, hakikatnya, ia tetap adalah sesuatu yang akan membebankan terutamanya kepada kelompok rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Apabila GST ini diperkenalkan, semua kos akan naik kerana semua orang di setiap lapisan perlu membayar cukai ini. Dan begitulah kita dapat melihat harga rumah akan naik lebih tinggi kerana di setiap bahagian pembinaan rumah, kosnya akan naik.

Kedua berkenaan RPGT. Kenaikan kadar cukai RPGT ini memberi tamparan yang amat kuat kepada para pelabur hartanah yang menggunakan teknik flipping iaitu beli pada harga murah dan jual semula apabila harganya naik. RPGT akan menyedut keuntungan yang boleh dibuat oleh para pelabur hartanah yang bergantung kepada teknik flip dalam tempoh 5 tahun selepas dibeli.


Ada yang mendakwa bahawa, kenaikan kadar cukai RPGT ini akan membuatkan harga rumah turun kerana aktiviti flipping dan spekulasi harga rumah akan berkurangan untuk mengelakkan kerugian dari proses jual beli rumah, malah permintaan terhadap pembelian rumah juga berkurangan. 

Namun, hakikatnya, harga hartanah akan terus naik kerana permintaan terhadap rumah meningkat setiap 5 tahun. Malah harganya akan naik lebih tinggi untuk menampung kerugian penjual daripada RPGT yang dikenakan. 

Dari situlah kadar cukai RPGT yang tinggi ini akan membuatkan harga rumah akan terus naik dan tidak mampu dibeli oleh sebilangan besar rakyat Malaysia yang masih belum memiliki rumah.

Ketiga adalah berkenaan syarat warga asing yang hanya boleh membeli harga rumah bernilai sekurang-kurangnya RM1 juta. Adakah perkara ini satu yang baik kepada negara Malaysia?

Sesetengah orang berpendapat bahawa langkah ini adalah baik kerana ianya akan menghalang warga asing terutamanya rakyat Singapura daripada terus-terusan membeli rumah dan hartanah di Malaysia sehingga tiada lagi tinggal buat rakyat Malaysia.

Pada pandangan saya, langkah ini akan lebih menyakitkan rakyat, kerana disebabkan harga minimum yang boleh dibeli oleh warga asing adalah minimum RM1 juta, para pemaju akan membina lebih banyak rumah berskala tinggi yang berharga RM1 juta dan ke atas supaya ianya akan dapat dibeli oleh warga asing (dan pastinya para pemaju dapat membuat keuntungan dari situ).

Apabila projek-projek perumahan baru telah pun bernilai RM1 juta ke atas, ia akan memberi tekanan kepada harga rumah-rumah subsale (second hand) untuk ikut sama naik.

Ialah, kalau harga rumah projek baru di sesuatu kawasan berharga RM1 juta, tak kan rumah subsale di kawasan yang sama hanya dijual pada harga RM200k-RM300k? Sudah pasti harga rumah subsale juga akan naik sama dan harga-harga ini tidak akan dapat dijangkau oleh rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Keempat, subsidi gula, iaitu barang keperluan asas rakyat ditarik dengan alasan untuk 'membantu' rakyat mengawal pengambilan gula dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan kes penyakit Diabetes yang semakin meruncit di Malaysia.

Dari satu sudut, ia tetap langkah yang prihatin dari pihak kerajaan Malaysia apabila berhajat untuk menangani masalah penyakit Diabetes di Malaysia.

Datuk Seri Najib mengatakan kita perlu melakukan perkara yang betul dan terus bercakap yang betul demi kepentingan rakyat. Sudah pasti, matlamat mengawal penyakit Diabetes itu amat murni, namun itu bukan soal yang ingin dikritik di sini.

Tapi apabila subsidi gula ini ditarik dan membuatkan rakyat perlu membayar lebih untuk keperluan harian mereka, ia membuatkan kos sara hidup meningkat secara luar biasa.

Sekali lagi, apabila kos sara hidup rakyat meningkat, kemampuan untuk membeli, menyimpan dan melabur berkurangan. Tekanan yang dihadapi ini akan menjadi makanan harian rakyat Malaysia di seluruh negara samada di bandar mahupun di kawasan pedalaman.

Jika kos sara hidup meningkat sedemikian rupa, adakah rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mampu membeli rumah walaupun jika harganya turun dan menjadi lebih murah? Sudah pasti masih belum tentu.

Saya ingin menambah point ke lima, iaitu dalam Bajet 2014 juga, DIBS (Developer Interest Bearing Scheme) telah dihapuskan.

DIBS adalah satu skim di mana pihak pemaju akan menanggung segala kos interest pinjaman perumahan yang dibuat oleh pembeli sepanjang tempoh pembinaan rumah sehinggalah pembeli mendapat kunci rumah mereka.

DIBS ini biasanya dipakejkan dengan diskaun harga rumah 10%-15% yang diberikan oleh pihak pemaju yang membolehkan pembeli membeli rumah tanpa perlu mengeluarkan wang pendahuluan 10% dan kemudiannya tidak perlu membayar interest pinjaman bulanan kepada bank selagi rumah belum siap.

Pakej diskaun dan DIBS daripada pemaju ini membuatkan orang boleh membeli rumah dengan amat mudah walaupun ibaratnya mereka tiada duit dalam akaun simpanan.

Dari satu sudut, DIBS ini bagus kerana ia membolehkan rakyat Malaysia tidak perlu membayar interest pinjaman perumahan kepada bank selagi rumah belum siap dan menjamin pihak pemaju akan menyiapkan projek pembinaan rumah tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

Namun dari sudut lainnya, rakyat Malaysia yang rata-ratanya masih lemah dari segi pengurusan kewangan peribadi membuatkan DIBS satu jerat yang akan memakan diri sendiri apabila rumah yang dibeli itu siap.
Langkah kerajaan memansuhkan DIBS melalui Bajet 2014 ada sisi baik dan buruknya. 

Baik kerana ianya akan mengurangkan kecenderungan pembelian rumah dan mengurangkan tekanan kenaikan harga rumah yang mendadak, selain membantu mengelakkan rakyat Malaysia daripada terjebak dengan hutang pinjaman perumahan yang akan menjerut leher mereka sehingga ke tua.

Sisi buruknya pemansuhan DIBS adalah, ianya akan mengurangkan fasiliti serta peluang rakyat Malaysia untuk membeli rumah walaupun mereka adalah calon yang layak dan berkemampuan, serta komited untuk membeli rumah dan membayar pinjaman perumahan dengan baik.

Secara kesimpulannya, daripada hujah-hujah di atas, harga rumah di Malaysia akan terus naik dan dalam masa yang sama, rakyat akan tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi dan membuatkan impian membeli rumah menjadi lebih samar untuk beberapa tahun ke hadapan.

Akhir kata, Bajet 2014 kali ini bukanlah satu khabar gembira buat rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Memang benar langkah yang ampuh perlu diambil segera untuk memperbetulkan kembali ekonomi negara Malaysia yang dilihat kurang bermaya.

Namun persoalannya, kenapa Malaysia perlu jadi sehingga seperti ini..?

Monday, October 21, 2013

Kembali BerVlogging!

6 comments

Nizam Malek Blog kembali dengan Video Blogging!

Kadang-kadang penat dan tiada masa untuk menulis blog,
jadi alternatifnya adalah dengan membuat video.

Nantikan siri-siri video saya yang akan datang.



Video ini saya rakam guna Smartphone Sony Ericsson Xperia Pro kesayangan saya tu.

Guna kamera depan dia, VGA je. Tapi boleh lah.

Bukan kualiti video yang diutamakan, tapi isi video tu yang lebih penting.

Semoga anda akan sentiasa seronok menonton video blogging di Nizam Malek Blog.

Dan InsyaAllah saya akan buat video untuk share lebih banyak info menarik dan luar biasa.

Klik lah LIKE sikit! =)

Friday, October 18, 2013

Review: KL Gangster 2 Bukan Sekadar Filem Gangster

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam jumaat!

Hari ni saya nak menulis satu review berkenaan movie terbaru yang saya tonton iaitu filem KL Gangster 2 yang telah diarahkan oleh pengarah muda berbakat Malaysia, Syamsul Yusof.

KL Gangster 2 Tersebar Secara Haram

Sebelum saya memberi review berkenaan movie ini, KL Gangster 2 menjadi isu besar yang mengecewakan dalam industri perfileman negara apabila filem ini telah 'bocor' di Internet dan pasaran cetak rompak sebulan sebelum tarikh tayangan rasmi di pawagam akibat daripada perbuatan tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.

Sebagai tanda sokongan pada Syamsul Yusof yang membuat filem ini dengan penuh cabaran dan kesukaran, saya tidak berminat langsung untuk mendownload atau membeli VCD cetak rompak KL Gangster 2 dan hanya menontonnya di pawagam.

Sudah pasti menonton di pawagam dan menonton di Internet atau VCD cetak rompak ada bezanya. Dan seperti dijangka, KL Gangster 2 amat tidak mengecewakan dari segi mutu persembahannya.

Kembali Ke Waktu Yang Dulu

Menarik berkenaan filem arahan Syamsul Yusof ini, KL Gangster 2 menceritakan perkara-perkara yang berlaku sebelum KL Gangster (filem yang pertama).

Sorotan ceritanya memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang terdapat dalam filem KL Gangster seperti apakah punca Malik (lakonan Aaron Aziz) masuk penjara dan siapakah King, Shark, Ajib dan lain-lain.

Komen Tentang Pelakon Dan Watak

Dalam KL Gangster 2, perkembangan karektor dalam setiap watak adalah jelas dan ia tidak tertumpu kepada Malik, Shark atau sesiapa sahaja. Semuanya seimbang dan menonjol membuatkan ceritanya lebih nampak real dan penonton dapat menyelami jalan cerita dari setiap watak.
Berbeza daripada KL Gangster yang sebelumnya, Syamsul Yusof yang melakonkan watak Shark kelihatan kurang berbisa, menunjukkan yang Shark pada waktu itu masih belum merupakan nama besar dalam dunia gangster di Kuala Lumpur.

Penghasilan KL Gangster 2 ini juga dilihat amat halus kerana pelakon-pelakon dan cara persembahan adalah sama dengan filem KL Gangster yang sebelumnya, membuatkan KL Gangster 2 ini betul-betul ibarat satu kesinambungan yang kemas.

Tailong Kurang Menyengat

Cuma, pada pendapat saya, watak Tailong yang digambarkan sebagai gangster paling besar dan ganas di Kuala Lumpur yang dilakonkan oleh Rosyam Nor agak kurang sesuai.
Dalam filem ini, saya melihat susuk tubuh Rosyam Nor agak kecil berbanding Aaron Aziz dan membuatkan scene pergaduhan mereka nampak kurang seimbang.

Antara contohnya apabila satu scene di mana Malik dan Jai bersama-sama menyerang Tailong secara serentak, tapi kedua-duanya gagal menumbangkan Tailong.

Pada pendapat saya, watak Tailong lebih sesuai dibawakan oleh pelakon lain yang mempunyai susuk badan yang lebih besar dan nampak gagah, ganas dan jahat.

KL Gangster 2 Bukan Sekadar Filem Gangster

Walaupun KL Gangster 2 digambarkan sebagai sebuah filem yang memaparkan dunia kumpulan gangster di Kuala Lumpur, tapi pada pandangan saya, KL Gangster 2 mempunyai jalan cerita yang tersendiri dan bukan sekadar untuk memaparkan dunia gangster yang kotor semata-mata.

KL Gangster 2 sebenarnya bagi saya mengisahkan tentang keluarga Malik iaitu beliau, Jai, ibunya dan adik perempuannya yang hidup dalam kesempitan dan kesusahan.

Hal tersebut menyebabkan Jai terpaksa terlibat dengan dunia gangster kerana ianya dapat memberikan beliau wang untuk membayar hutang-hutang yang ditinggalkan oleh ayah mereka dan membantu menyara kehidupan keluarga.

Jai dilihat sebagai anak yang jahat dan mengecewakan hati ibunya. Begitu jugalah yang terjadi kepada Malik yang terpaksa menyertai kumpulan gangster King untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos perubatan ibunya.

Kasih Sayang Pada Keluarga Lebih Dari Segalanya

Pokoknya, apa yang dapat saya simpulkan di sini, filem ini mengangkat cerita manusia yang terpaksa terlibat dalam dunia yang kotor kerana keterpaksaan.

Kesusahan hidup dan terdesak membuatkan manusia sanggup melakukan apa sahaja atas dasar cinta dan kasih sayang terhadap keluarga walaupun terpaksa membahayakan diri sendiri.

Ramai yang berpendapat, dialog dan cerita dalam KL Gangster amat teruk dan akan merosakkan minda golongan muda. Memang betul, KL Gangster 2 tidak sesuai ditonton oleh remaja bawah umur yang masih belum matang dan tidak dapat menilai sesuatu secara kritis dari sudut yang lebih positif yang dapat memberi pengajaran kepada diri sendiri.

Tapi KL Gangster 2 bukan sekadar cerita gangster semata-mata, ianya sarat dengan persoalan-persoalan tentang kehidupan di antara 2 dunia yang berbeza.

Thursday, October 17, 2013

Punca Harga Minyak Naik -UAI

0 comments

Hari ni saya nak berkongsikan satu video Ustaz Azhar Idrus
yang berhujah berkenaan isu harga minyak naik di Malaysia.

Video ini berdurasi 7.37 minit dan telah diupload pada
23 September 2013 yang lalu berlanjutan daripada peristiwa
kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seliter.

Hujah yang dilontarkan oleh Ustaz Azhar Idrus ini mudah
untuk difahami dan saya berkongsikan video ini untuk menyampaikan
hujahnya agar dapat difikirkan oleh sesiapa sahaja yang merupakan
rakyat Malaysia.

Selamat menonton dan nilaikan sendiri hujah beliau. =)

Wednesday, October 16, 2013

Status 43

0 comments

"Takdir kita berubah mengikut pemikiran.

Kita boleh menjadi apa yang kita mahu dan lakukan apa yang kita mahu,
apabila pemikiran kita bertindak balas dengan kemahuan".

-Orison Swett Marden

Monday, October 14, 2013

Langkah-langkah Ke Arah Kejayaan

0 comments

Hari ni saya sempat youtube walking dan menonton beberapa video.

Ada satu video yang agak menarik perhatian saya iaitu video yang dihasilkan oleh Saudara Wahi.

Beliau berkongsikan rahsia dan ilmu yang beliau dapat dari Seminar Jutawan Industri kendalian Dr Azizan Osman yang beliau sertai sebelum ini.

Apa yang menarik perhatian saya adalah, langkah pertama adalah 'Writer' iaitu menjadi penulis.

Langkah pertama ini amat penting kerana tanpa langkah pertama, langkah seterusnya tidakakan terhasil.

Semoga video ini menjadi inspirasi untuk saya terus menulis dan menulis di media-media blog yang saya ada.

Dan siapa tahu, saya dapat terbitkan buku saya sendiri pula, kan? =)

Ok tonton lah video ringkas dan padat di bawah yang amat bermanfaat ini.

Sunday, October 13, 2013

Pegawai Farmasi Sambung Belajar, Pro & Con.

8 comments

Pegawai Farmasi Sambung Belajar, Pro & Con.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak beberapa bulan yang lalu, banyak kali saya diajukan soalan daripada kawan-kawan yang merupakan Pegawai Farmasi di sektor awam berkenaan sambung belajar ke peringkat Masters dan PhD.

Ramai Nak Tanya Pendapat, Sama Ada..

Ramai yang nak dapatkan pendapat-pendapat bernas sama ada berbaloi atau tidak untuk sambung belajar atau kekal saja dengan taraf pendidikan Ijazah Sarjana Muda / Bachelor of Pharmacy (Bpharm).

Sudah pasti setiap orang ada kecenderungan masing-masing. Maka pendapat setiap orang berbeza-beza bergantung kepada matlamat masa depan yang ingin dicapai.

Saya juga mempunyai pendapat yang tersendiri terhadap pilihan untuk sambung belajar.

Walaubagaimanapun, sebelum saya mencurahkan pendapat saya di sini, saya gunakan Facebook wall saya untuk mendapatkan beberapa pendapat tentang sebab-sebab kenapa ada yang berpendapat sambung belajar itu memberi faedah yang positif.

Antara Pendapat, Bagus Sambung Belajar

Saya kongsikan beberapa untuk tujuan mendapatkan idea sebanyak yang mungkin.

Antara sebab/jawapan yang saya terima, kenapa perlu sambung belajar ke peringkat Masters dan PhD adalah seperti berikut.

1. Minat belajar
2. Nak jadi tenaga pengajar di universiti
3. Nak mendalami ilmu yg sedia ada
4. Self satisfaction
5. To gain respect from other profession as well
6. Amalkan ilmu tu untuk tingkatkan produktiviti
7. Upgrade research kkm supaya lebih diterima internationally
8. Boleh supervise lebih ramai junior pharmacist utk buat research.
9. You are widely accepted in many sectors, gov/private.
10. You can become dean's of pharmacy schools
11. Your resume is well accepted all over the world
12. Respect will be there with out questions

Terima Kasih Banyak-banyak

Saya amat berterima kasih kepada kawan-kawan Pharmacist saya di Facebook yang sudi untuk menurunkan komen memberikan pendapat bernas mereka, walaupun mungkin saya dilabel sebagai penentang pendapat mereka yang tegar. ;)

Bagi mereka (Pegawai Farmasi) yang berminat untuk sambung belajar di peringkat Masters dan PhD, mungkin anda boleh lihat sebab-sebab di atas dan lihat yang mana sesuai untuk diri anda dan menilai sendiri sama ada ianya releven atau tidak.

Pendapat Saya, Bagus Atau Tidak Sambung Belajar

Kini kita sampai ke sesi pendapat saya seorang. Mesti lah ada ruang yang khas, saya kan pemilik blog ni. =D

Benar, Sambung Belajar Ini Penting

Baiklah, secara asasnya, saya amat bersetuju, sambung belajar ni satu perkara yang dapat membantu meningkatkan lagi progres kerjaya kita. Bayangkan kalau saya cuma belajar di peringkat SPM, sudah pasti peluang kerjaya saya adalah amat terbatas.

Begitu juga kalau saya cuma belajar di peringkat Diploma Farmasi, saya tidak layak bergelar seorang Pegawai Farmasi berdaftar, apatah lagi menceburi bidang Farmasi yang amat luas ini.

Jadi saya amat bersetuju, sambung belajar itu amat penting, lebih tinggi lebih baik. Namun dalam bidang Farmasi, saya berpendapat, Ijazah Sarjana Muda Bpharm adalah sudah cukup.

Bpharm Sahaja Sudah Cukup Untuk Semua

Dengan mempunyai Bpharm saja, seorang Pegawai Farmasi sudah boleh masuk ke banyak cabang yang terdapat dalam kerjaya Farmasi seperti Clinical Pharmacy, Pharmacy Law, Industrial Pharmacy dan juga Retail Pharmacy.

Malah, sambung belajar ke peringkat Masters hampir tidak memberi kesan kepada progres kerjaya seorang Pegawai Farmasi.

Bpharm Vs Masters In Clinical Pharmacy

Saya ambil contoh, jika seorang Pegawai Farmasi sambung belajar ke peringkat Masters dalam bidang Clinical Pharmacy, manakala saya kekal dengan Bpharm sahaja, saya dan dia tetap sama-sama boleh masuk ke wad dan melakukan tugas sebagai seorang Clinical Pharmacist tanpa ada perbezaan.

Tugas dan pengetahuan Pegawai Farmasi yang mempunyai Masters in Clinical Pharmacy masih tetap dapat diserap sama oleh Pegawai Farmasi yang sekadar mempunyai Bpharm.

Salah satu sifat kerjaya Farmasi di Malaysia adalah, masih belum ada pengiktirafan terhadap pengkhususan taraf pendidikan bagi Pegawai Farmasi. Jadi dari segi gaji dan pangkat, sambung belajar ke peringkat Masters atau PhD tidak memberi kesan yang ketara.

Jika sambung belajar tidak memberikan faedah terhadap progres kerjaya, ia mungkin boleh dilakukan atas dasar minat untuk belajar, self-satisfaction dan juga mungkin, untuk sekadar suka-suka.

Isu Title Dr Dan Respek

Ada juga yang berpendapat yang dengan sambung belajar ke peringkat PhD, mendapat title Dr akan membuatkan kerjaya Farmasi lebih dihormati dan suara akan lebih didengari terutamanya berkenaan isu Dispensing Separation yang menjadi harapan bagi kerjaya Farmasi ini di Malaysia.

Saya menghargai pendapat tersebut. Tapi pada pendapat saya, sesiapa saja tidak akan menghormati kita semata-mata kita telahpun mendapat title Dr.

Pendapat yang mengatakan apabila ada title Dr, orang akan respek pada kita itu bagi saya terpakai untuk masyarakat yang terdahulu. Pada masa kini, masyarakat lebih bijak menilai, dan bukan sekadar bergantung kepada title Dr sahaja.

Pada pendapat saya juga, orang lain akan menghormati kita jika kita dapat memberikan nilai tambah dalam kehidupan mereka melalui kerjaya kita. Kerjaya Farmasi adalah satu kerjaya kritikal yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Jika kita dapat memenangi hati masyarakat dengan memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik, nilai hormat terhadap Pegawai Farmasi itu akan datang sendiri dan ianya lebih bernilai daripada title Dr semata-mata.

Malah, adakah Doktor Perubatan akan suka dan hormat kepada kita (Pegawai Farmasi) setelah kita selesai belajar dan mempunyai title Dr? Bagi saya, ia tidak seperti itu.

Kita menganggap orang akan menghormati kita kerana ada title Dr, tapi orang lain sebenarnya tak kesah pun.. Jadilah kita golongan yang syok sendiri..

Trik Dan Hakikat Di Sektor Swasta

Jika kita bercadang untuk terjun ke bidang swasta pula, taraf pendidikan Masters dan PhD tidak memberikan kesan yang ketara terhadap peluang kita untuk diterima bekerja.

Kenapa ya?

Sebenarnya, bagi Pegawai Farmasi, di peringkat swasta, pengalaman dan kemahiran modal insan serta ciri-ciri kepemimpinan yang baik adalah lebih diutamakan.

Tidak kira kita mempunyai taraf pendidikan setinggi mana pun, jika kita tidak mempunyai kualiti atau sikap kerja yang diperlukan oleh syarikat swasta, kita tidak tidak akan dipertimbangkan untuk diambil bekerja.

Mungkin ada yang beranggapan, dengan adanya Masters dan PhD umpamanya, peluang kita untuk diterima bekerja adalah lebih tinggi berbanding Pegawai Farmasi lain yang sekadar mempunyai Bpharm.

Memang cantik benar anggapan itu, tapi hakikatnya, syarikat swasta tetap adalah syarikat swasta. Cost benefit menjadi perkara utama dalam membuat sesuatu keputusan untuk syarikat.

Jika calon A mempunyai Masters atau PhD, sedangkan calon B mempunyai Bpharm sahaja, lebih baik syarikat swasta mengambil calon B kerana sudah pasti calon A akan meminta gaji yang lebih tinggi atas dasar taraf pendidikan.

Jika Calon B boleh melakukan perkara yang sama boleh dilakukan oleh calon A, malah pada kos gaji yang lebih efektif, secara logiknya, sudah pasti syarikat swasta tersebut akan memilih calon B untuk bekerja dan mereka dapat menjimatkan duit syarikat.

Sambung Belajar Untuk Memperjuangkan 
Dispensing Separation

Seterusnya, berkenaan isu Dispensing Separation. Sejak zaman undergraduate lagi (ketika di CUCMS) saya sudah membentangkan abstrak satu kertas kajian berkenaan Dispensing Separation di konferens berstatus antarabangsa di Melbourne Australia pada tahun 2010.

Tapi adakah dengan usaha-usaha sebegini dapat membuka mata orang ramai tentang isu Dispensing Separation? Sudah pasti ada kesannya untuk jangka masa panjang. Mungkin 20 atau 30 tahun akan datang, ia menjadi khazanah penting dalam dunia kerjaya Farmasi.

Cuma pada pendapat saya, untuk memperjuangkan isu Dispensing Separation di Malaysia, langkah yang paling hebat adalah dengan Pegawai Farmasi sendiri masuk ke arena Politik Malaysia, noktah.

Dan jika ini berlaku, sudah pasti suara Pharmacist akan lebih kuat kedengaran dan dapat mempengaruhi polisi-polisi tertentu yang kini membataskan pengiktirafan kerjaya sebagai seorang Pegawai Farmasi di Malaysia.
Kesimpulannya..

Memang benar, ada pro dan con dalam sesuatu keputusan yang dibuat jika hendak sambung belajar. Dan ianya tidak ada betul atau salah, sebab semuanya adalah keputusan individu.

Saya tidak mengatakan bahawa sambung belajar adalah sesuatu yang merugikan, tetapi keputusan tersebut perlulah dilakukan dengan matlamat yang jelas.

Kalau sekadar untuk self-satisfaction atau suka-suka dan tidak memberi faedah kepada perkembangan kerjaya, itu terpulanglah kepada wang dan masa masing-masing.

Sambung belajar juga bagi saya sesuai bagi mereka yang berminat untuk masuk ke arena akademik dengan bekerja menjadi tenaga pengajar / pensyarah kursus Farmasi di peringkat kolej dan universiti.

Saya tahu, mungkin ada yang tidak bersependapat dengan banyak hujah saya yang di atas. Tidak mengapa, saya menerima hakikat yang sejumlah 6 billion manusia di atas muka bumi ini tidak akan pernah mempunyai pendapat yang sama.

Tapi sekurang-kurangnya penulisan ini diterbitkan untuk memberi idea, pandangan dan buah fikiran kepada anda yang mencari bahan-bahan untuk persoalan sambung belajar bagi Pegawai Farmasi.

Semoga artikel ini dapat membantu memberi idea kepada Pegawai-pegawai Farmasi di luar sana yang sedang berkira-kira hendak sambung belajar ke peringkat Masters atau PhD.

Terima kasih kerana membaca.

Peace, no war.
-Nizam Malek

Review: Huawei Ascend Y210

0 comments

Artikel pertama yang saya tulis berkenaan smartphone adalah artikel Review: Sony Ericsson Xperia Pro bertarikh 15 Januari 2013.

Artikel tersebut telah mendapat perhatian ramai dan sehingga kini, artikel tersebut telah menerima sejumlah 2200 pageviews menjadikan artikel tersebut termasuk dalam top 10 artikel paling popular di Nizam Malek Blog.

Oleh kerana sambutan yang agak memberangsangkan berkenaan review smartphone, saya ingin mengambil peluang ini untuk membuat satu lagi artikel review iaitu untuk smartphone model Huawei Ascend Y210 yang baru saya beli semalam di Danga City Mall, Johor Bahru.

Huawei? Brand apakah? China? Taiwan? Ciplak? Pasti anda tertanya-tanya, apakah jenama Huawei dalam dunia smartphone, bukan?

Untuk pengetahuan anda, Huawei merupakan sebuah syarikat vendor telekomunikasi yang bermula di Shenzen, China. Visi Huawei adalah "Enrich people's life through communication."

Huawei telah bertapak di Malaysia sejak satu dekad yang lalu. Huawei pernah memenangi anugerah 'Most Established Brand Award" pada 2012-2013 oleh The Brandlaureate.

Huawei juga bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang biasa digunakan di Malaysia seperti Maxis, Celcom, TM, Digi & Umobile.

Smartphone Huawei Ascend Y210 yang saya beli tu bukanlah smartphone yang paling canggih di pasaran. Malah harganya sangat murah iaitu RM290 sahaja.

Jika harganya murah sebegini, sudah pasti anda boleh menjangkakan kualiti yang ada pada Huawei Ascend Y210, iaitu tidak sehebat mana.

Contohnya, kamera belakangnya hanyalah dilengkapi dengan kamera 2 Mega Pixel tanpa flash. Memang kualiti gambarnya tidak sejelas smartphone Sony Xperia, tapi boleh lah setakat nak ambil gambar.

Huawei Ascend Y210 ini saya beli untuk dijadikan sebagai second phone bagi tujuan bisnes dan komunikasi luar yang bukan personal.

Sebelum ni saya cuma pakai handphone biasa yang cuma ada fungsi call dan sms. Bagi saya ia sudah cukup untuk berkomunikasi. Tapi dunia berkembang pesat. Call dan sms hampir tidak lagi digemari oleh pengguna-pengguna smartphone.

Kalau kita nak publish satu iklan di Mudah.my, terdapat satu pilihan yang berbunyi, "Yes, buyers can message me on Whatsapp." Ia menjadi satu pilihan yang amat penting dalam dunia bisnes pada hari ini kerana komunikasi menjadi lebih murah dan mudah dengan adanya Whatsapp.

Oleh itu, jika tujuan utama untuk menggunakan Whatsapp, saya tidak memerlukan Samsung Galaxy Mega yang bernilai RM1599 untuk memenuhi keperluan itu. Cukup sekadar satu smartphone murah yang membolehkan saya menggunakan aplikasi Whatsapp di tempat yang mempunyai kemudahan wifi.

Pelaburan RM290 ini telah membuatkan saya dapat berjimat sekitar RM1309!

Huawei Ascend Y210 didatangkan dengan waranti daripada Nokia (satu jenama handphone yang tidak asing di Malaysia).

Bermakna, kalau ada sebarang masalah berkenaannya dalam tempoh setahun selepas pembelian, kita boleh hantar ke mana-mana cawangan Nokia untuk mendapatkan bantuan baikpulih secara percuma.

Salah satu kelebihan Huawei Ascend Y210 adalah, sistem android dan soket untuk chargernya menggunakan bentuk yang sama dengan smartphone  keluaran Samsung. Jadi ia adalah praktikal dan mudah untuk digunakan.

Kini kita ada pilihan jika mahu untuk menggunakan smartphone. Jika dulu, smartphone dianggap satu benda yang mahal, kerana kita perlu keluarkan duit sehingga RM1000 ke RM2000 untuk membeli smartphone, kini kita ada pilihan untuk membeli jenama smartphone lain yang lebih murah.

Perkara yang paling penting ialah praktikal. Jika sesuatu smartphone itu lebih murah, tapi ia boleh memenuhi keperluan kita, kenapa pilih smartphone yang lebih mahal?

Friday, October 11, 2013

Downgrade Kereta, Satu Pilihan?

2 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah lama juga saya tak menulis artikel di Nizam Malek Blog ni, sementelah agak sibuk dengan beberapa urusan kerja serta masalah-masalah yang melanda. 

Jadi seminggu dua ni agak tiada mood untuk menulis di blog. Mesti anda semua tertunggu-tunggu update terbaru daripada saya kan? Huhu..

Baiklah, dalam blog post kali ini, saya nak menulis satu artikel berkenaan kereta. 

Yup, isu kereta ini menjadi satu isu yang boleh melibatkan sedikit emosi jika dibincangkan, namun bagi yang berfikiran terbuka dan bersedia menerima pendapat orang lain, pasti anda akan dapat melihat sesuatu sudut pandang yang mungkin sama dengan anda atau berbeza kali ini.

Tak kesah lah berbeza pendapat atau tak, saya tetap nak tulis juga. =D

Pagi tadi, di Facebook, saya update satu status yang berbunyi begini:

"Kalau dah biasa pandu kereta besar dan mewah, susah nak downgrade ke kereta kecil dan lebih ekonomi. Hakikat atau mitos?"
Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang telah LIKE dan sudi untuk menurunkan komen, memberikan pendapat dan pandangan yang bernas berkenaan persoalan yang cuba dilontarkan.

Kenapa saya update status di Facebook sebegitu? Pasti ada sebabnya.. Kereta kini menjadi satu isu yang meruncing dalam masyarakat Malaysia. 

Jika dulu sesiapa yang memiliki kereta dianggap orang kaya, kini kereta dilihat sebagai satu keperluan yang akan memudahkan urusan kita seharian untuk ke sana dan ke mari.

Namun, dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi sejak kebelakangan ini, antaranya lantaran kenaikan harga minyak 20 sen seliter yang diumumkan oleh Kerajaan baru-baru ini, memiliki kereta telah menjadi satu beban kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan muda.

Sudah menjadi kelaziman golongan muda untuk membeli kereta yang selesa, agak mewah dan bergaya dalam tempoh 3 bulan pertama selepas mendapat pekerjaan. 

Antara kereta yang menjadi golongan muda ini adalah seperti Kia Forte 6 Speed, Honda City, Toyota Vios, Ford Fiesta dan seumpamanya yang berharga sekurang-kurangnya RM80k ke atas. 

Jumlah pinjaman yang perlu dibayar kepada pihak pula adalah sekitar RM800-1000 sebulan. Perbelanjaan untuk kereta tersebut tidak terhenti disitu kerana banyak lagi kos perlu diperuntukan untuk penggunaan minyak petrol dan servis.

Memang seronok memandu kereta baru, besar dan bergaya, tapi keseronokan tersebut hanya bertahan paling lama 3 bulan. Selepas itu, barulah ada sedikit timbul rasa menyesal kerana terbeban dengan kos yang amat tinggi untuk terus menggunakan kereta tersebut setiap bulan.

Bayangkan jika gaji seseorang sekitar RM3000, separuh daripada duit gajinya itu telah 'hilang' untuk 'memenuhi' keperluan kereta dan seseorang itu harus menempuh hari-hari sebelum gaji bulan hadapan masuk dengan jumlah wang separuh daripada gajinya. 

Jadi pembelian kereta yang sudah sedia maklum dilabelkan sebagai satu liabiliti telah menjadi beban yang amat ketara untuk golongan muda ini. 

Komitmen yang tinggi terhadap liabiliti kereta ini sahaja telah menjerat mereka dan membuatkan mereka tidak dapat menggunakan peluang masa muda dan kemampuan yang ada untuk melabur dalam sistem-sistem yang terbukti mampu memberikan masa depan yang lebih baik seperti Pelaburan Hartanah dan sebagainya.

Persoalannya, apakah yang boleh dilakukan oleh golongan ini? Sudah terlewatkah untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dengan mengambil liabiliti kereta ini? Semuanya bergantung kepada diri sendiri. 

Seperti update status saya di Facebook, adakah downgrade kereta satu pilihan? Bolehkah golongan muda ini menjual semula kereta besar dan bergaya mereka dan menukarkannya dengan sebuah kereta yang lebih kecil dan ekonomi seperti Myvi ataupun Viva?

Sudah semestinya, kesan psikologi dan emosi memberi kesan yang ketara dalam keputusan yang perlu dibuat. Jika sudah terbiasa memandu kereta mewah dan bergaya, sudah pasti terasa tergugat ego bila terpaksa memandu kereta lain yang lebih murah. Apa kata orang lain nanti? 

Itulah masalahnya, pandangan, kata-kata dan persepsi orang lebih diambil perhatian berbanding kesesakan kewangan yang dihadapi. Dan kerana itu jugalah ada pepatah mengatakan 'Biar Papa Asal Bergaya' itu wujud, khas buat mereka. Downgrade kereta tidak mungkin wujud dalam kamus hidup.

Apa-apapun, semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing. Sama ada untuk terus berada dalam situasi kesesakan kewangan ataupun bertindak untuk memperbaikinya dan mendapatkan ruang kewangan yang lebih selesa dan sihat.

Sebaliknya, bagi mereka yang masih belum sampai ke fasa seperti ini, contohnya golongan Mahasiswa dan Mahasiswi di universiti serta kolej, perkembangan semasa serta masalah-masalah yang dihadapi oleh generasi terdahulu perlu dikaji. 

Jangan ulangi kesilapan pengurusan kewangan yang telah dilakukan oleh generasi abang dan kakak anda. Bermulalah dengan kereta kecil yang lebih ekonomi dan di bawah kemampuan. Mungkin setelah naik pangkat dan mempunyai lebihan wang simpanan, baru lah upgrade kepada kereta yang lebih selesa dan bergaya. 

Akhir kata, jangan jadikan downgrade kereta sebagai satu pilihan.

Thursday, October 10, 2013

Isu Halal Produk Farmaseutikal

1 comments

Sebagai Pegawai Farmasi muslim, tak lengkap rasanya kalau tak bersedia untuk membincangkan isu berkenaan kehalalan produk Farmaseutikal seperti ubat-ubatan dan produk tambahan (supplement).

Malaysia melalui badan Farmasinya merupakan satu-satunya negara yang berusaha untuk meneliti dan menerangkan aspek kehalalan dalam produk Farmaseutikal yang digunakan oleh para pengguna.

Untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan isu halal produk Farmaseutikal, anda dijemput untuk menonton video di bawah iaitu satu temubual yang dilakukan oleh pihak TV3 bersama Ketua Pegawai Farmasi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Tuan Amrahi Buang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.