Sunday, June 3, 2012

Setelah 7 bulan bekerja..


Dah lama rasanya saya tak menulis blog post dalam kategori My life. Hari ni saya nak tulis-tulis sikit pasal pengalaman kerja saya dalam tempoh lebih kurang 7 bulan bekerja. Fuh, cepat betul masa berlalu, sekejap je dah 7 bulan.. Beberapa bulan saja lagi sebelum tamatnya setahun PRP di HSI JB..

Yup, memang cepat masa berlalu, dan banyak juga pengalaman yang diperolehi sepanjang 7 bulan tersebut. Ada suka, ada duka, biasalah kan.. Setakat ini, dah beberapa department/rotation yang telah saya pergi seperti Out Patient Department (OPD), In Patient Department (Satelite Pharmacy), Clinical, dan Store.

Dan yang terkini, saya baru sahaja melepasi 4 minggu rotation di Satelite Pharmacy. Selepas ini, saya akan terus 'menetap' di level 1 untuk mengikuti training Total Parenteral Rotation (TPN) selama lebih kurang 4 minggu lagi, secara terus menerus.

Ok, sebelum itu, saya nak share sikit pengalaman saya bekerja di Satelite Pharmacy. Di HSI JB, Satelite Pharmacy nya ada dua iaitu Satelite Pharmacy 4 yang berada di aras 4 dan keduanya adalah Satelite Pharmacy 6 yang berada di aras 6.

Kedua-dua Satelite Pharmacy ini menjalankan fungsi yang agak sama iaitu menyediakan troli ubat kepada ward selain menyediakan ubat apabila diminta oleh ward dan juga menyediakan ubat-ubat discharge.

Agak seronok juga sebenarnya bekerja di Satelite Pharmacy. Bidang tugasnya boleh dikatakan rutin, dan yang seronoknya apabila bekerja dalam sistem yang baik dan kemas. Apabila dah tahu kerja-kerja yang perlu dibuat, pergi kerja pun tak begitu stress. Tidur malam pun rasa lebih tenang.. hehe.. =p

Satu lagi perkara yang saya suka bila bekerja di Satelite Pharmacy adalah kita bekerja dalam kumpulan. Bermakna, jika ada 4 orang dalam satu Satelite Pharmacy tu, setiap orang ada tugas masing-masing. Contohnya, FRP akan buat verify label, PRP & PPF akan buat filling ubat tablet, IV antibiotic dan other dosage forms (powder, etc), dan PPF juga akan buat floor stock filling jika ada.

Apabila setiap individu yang bekerja dalam kumpulan itu tahu tugas masing-masing, dan mampu bertindak pantas, semuanya jadi mudah dan menyeronokkan, terutamanya apabila kerja-kerja dapat disiapkan sebelum masa yang ditetapkan.

Tapi, biasalah, jika gagal bekerja dengan baik dalam kumpulan, contohnya satu individu terlambat atau ada masalah teknikal, konflik boleh timbul dengan mudah dan menyebabkan stress yang sukar dibendung.. Yelah, kalau dah stress, nak lari kat mana kan.. Kena la juga stay di Satelite Pharmacy tu.. Terperap di situ dalam suasana yang tak best.. huhu.. =p

Papepun, 4 minggu terkini saya di Satelite Pharmacy telah pun berakhir dan tiba pula masa untuk ke satu department yang agak asing bagi saya iaitu Total Parenteral Nutrition (TPN). Banyak reaksi berbeda yang saya terima daripada kawan-kawan PRP yang telah menjalani latihan di department TPN. Ada yang kata ok, ada yang kata sikit stress dan ada juga yang kata sebenarnya rileks sahaja.

Yang banyak orang sebut adalah berkenaan kemahiran membuang bubble dalam syringe. Benda itu antara perkara paling leceh untuk dibuat.. Well, saya pun tak tahu nak cakap macam mana, sebab tak berdepan lagi dengan bubble-bubble tu.. Nanti bila dah start training esok tahu lah cam ne perit nya kot.. =p

Cuma harap-harapnya best lah nanti. Ohya, sebab training saya 4 minggu straight, jadi log book pun perlu diisi setiap hari dan minggu supaya mudah bila diakhir rotation nanti, boleh terus hantar log book. Setakat ni, hanya 1 log book saja yang berjaya dihantar iaitu rotation untuk Manufacturing. Hopefully log book TPN ini pun akan dipermudahkan, sama macam log book Manufacturing.. Amin..

Oklah, sampai sini dulu coretan buat masa ini, doakan urusan saya di department TPN dipermudahkan ya! Thanks! =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.