Sunday, June 17, 2012

[KISSinsights] Menjadi Wanita Idaman Malaya??



Salam, hi! 

Bagaimana nak jadi wanita idaman Malaya?

*soalan yang masuk pada 11 Jun 2012 yang lalu..

Fuh, soalan kaw-kaw punya saya dapat dalam ruangan KISSinsights kali ni..

Macam mana nak jawab ya? 

Mana lah saya reti, saya pun bukan lah wanita atau jejaka idaman Malaya.. hehe.. =p

Hmm, oklah, demi tidak menghampakan anda yang telah bertanyakan soalan ini, saya akan sharekan beberapa cara yang mungkin boleh dilakukan untuk menjadi wanita idaman malaya.. hua hua.. =p

Pertama sekali, untuk menjadi gadis idaman Malaya, anda perlulah mengetahui, apakah ciri-ciri wanita yang menjadi idaman Malaya. Untuk mengetahuinya, anda boleh sediakan satu set questionnaire dan sebarkannya ke seluruh pelosok Malaya (seluruh pelosok Malaya ya, bukan pada kawan-kawan sekeliling anda sahaja.. hehe..).

Sebelum itu, anda perlu tahu berapakah population size seluruh Malaya untuk mendapatkan sample size yang sesuai. Sebagai contoh, jika population size seluruh Malaya adalah 300 000, dengan menggunakan 95% confidence level dan 5% margin of error, anda hanya memerlukan kira-kira 384 orang responden sahaja.

Apabila anda telah mendapat sample size yang cukup, kemudian anda perlu kumpul dan proseskan data yang ada  perolehi tersebut menggunakan aplikasi Statistical Package for the Social Sciences atau lebih dikenali dengan nama pendek SPSS. Gunakan versi terbaru iaitu SPSS 20th Edition IBM untuk mendapatkan nilai yang lebih tepat dan meyakinkan. Tapi kalau tak reti guna SPSS, pakai Microsoft Excel pun boleh lah.. =p

Setelah mendapatkan nilai SPSS yang diperlukan, anda perlu menganalisis dan memastikan, apakah ciri-ciri sebenar wanita yang menjadi idaman Malaya.

Akhirnya, anda telahpun mengetahui apakah rahsia untuk menjadi wanita idaman Malaya! Langkah seterusnya adalah, anda perlu perbaiki diri anda dan pastikan anda dapat memenuhi ciri-ciri gadis idaman yang ditetapkan oleh seluruh Malaya.

Mudah bukan? Ohya, pastikan anda tidak kongsikan hasil kajian anda di atas dengan wanita lain.. Takut-takut wanita tersebut pula yang akan menjadi wanita idaman Malaya.. heheh..

Ok bye! =p

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.