Thursday, June 30, 2011

It's a long June 2011

0 comments

Salam, hello2. Apa khabar semua? Hope semuanya sihat walafiat selalu. Saya sihat-sihat saje di sini, alhamdulillah. =)

Ok seperti biasa, satu post akan ditulis khas pada tarikh akhir setiap bulan untuk berceritakan hampir semua aktiviti yang saya lakukan dalam 30 hari yang ada. Rupa-rupanya, dah setengah tahun berlalu dalam tahun 2011 ini. Sekelip mata je rasa kan? (tolonglah jangan bagi ayat tipikal je.. =p)..

Huhu memang betul, 6 bulan telah kita lalui. Bermakna kita berada betul-betul di pertengahan tahun 2011 ini. Jadi bagaimana dengan matlamat yang ditulis pada awal tahun tempoh hari? Dah dapat capai ke belum?

Tanya orang, sendiri macam mane? huhu.. Lek-lek.. tengah buka semula document matlamat 2011 saya.. Nak buat pemerhatian jap.. =p

Matlamat 2011 saya ada 14 semuanya. Teknik menulis matlamat yang saya gunakan adalah teknik yang diajar oleh mentor saya iaitu Dr Irfan Khairi dan saya gabungkan dengan teknik yang diajarkan oleh Jutawan Hartanah Malaysia, Azizi Ali dalam buku mini beliau bertajuk "Senjata Paling Berkuasa".

Alhamdulillah, bila dilihat semula matlamat tersebut, sekurang-kurangnya 4-5 matlamat tahun 2011 saya telah tercapai sebelum berakhirnya 6 bulan pertama dalam tahun 2011 ini. Matlamat no 1 yang paling saya idamkan adalah untuk mempelajari teknik pemasaran email sebenar dan umpama magis, saya sentiasa terbawa ke arah ilmu tersebut.

Sekarang saya dah reti menggunakan teknik pemasaran email dan semuanya amat menjadi amat mudah bagi saya. Bila ada ilmu, yang gelap menjadi cerah. Bukan setakat dapat mencapai matlamat saya saja, malah, saya berpeluang untuk mengenali dan berkawan dengan ramai pakar pemasaran internet bertaraf Malaysia seperti Rahman Basri dan ramai lagi. Peluang untuk menceburi bidang ini menjadi lebih terbuka dan menyeronokkan.

Ok, setakat itu dulu berkaitan internet marketing. Sebenarnya saya kurang menggunakan Nizam Malek Blog untuk berbicara berkenaan internet marketing, sebab saya telah membina satu laman web khas untuk berkongsikan idea dan ilmu saya berkaitan internet marketing iaitu di www.StrategiInternet.com.

Jadi pada sesiapa yang berminat untuk belajar ilmu perniagaan dan pemasaran internet daripada saya, bolehlah berkunjung ke StrategiInternet.com sebab saya banyak berkongsi ilmu saya di situ, dan kebanyakannya saya berikan secara percuma. Saya dalam proses untuk memasang sistem satu kempen email di StrategiInternet.com untuk membantu mereka yang betul-betul berminat hendak belajar. InsyaAllah akan siap dalam bulan Julai ini.

Ok, jom berbicara berkaitan aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam bulan Jun 2011.

Yang pertama sekali dalam bulan Jun ini, saya telah menziarahi negeri tempat kelahiran saya iaitu negeri Kelantan. Dah lame rasanya tak balik Kelantan, sampai nak kecek Kelantan pun dah tak reti.. Orang Kelantan semua maafkan saya ya.. hehe..

Kenapa balik Kelantan? Owh, time tu balik sebab nak menghadiri majlis saudara yang berpangkat dua pupu. (Bukan kupu-kupu ya..) =p.. Alhamdulillah seorang lagi ahli keluarga saya telah mendirikan rumah tangga.

Time kat Kelantan tu tersangat lah panas.. Saya plak terbuang tebiat dok pakai baju kemeja 2 lapis.. Ingat nak g New Castle.. Rupanya Kota Bharu je.. huhu.. Memang panas habis la, berpeluh-peluh.. Naik segan ngan tetamu yang lain semua.. Heheh.. =p

Hmm, masa kat Kelantan tu, antara kenangan yang menarik adalah saya asyik kena attack je dengan pak-pak sedara.. Diorg tanya Jan bila pula?? Dah ada awek?? Bak sini handphone nak tengok.. Huhuh.. Kasi wa tambah berpeluh.. Panas beb! Huhu, tapi memang best la lepak dengan diorg semua..

I enjoyed my day in Kelantan, walaupun cuma balik 1 hari, dan khas hanya untuk menghadiri menghadiri majlis kahwin tersebut.

Then dalam 2 minggu pertama dalam bulan Jun ni saya banyak duduk kat rumah je.. Bermulalah cuti yang sebenar, tanpa gangguan pape dan bebas nak buat pape je.. Nak main game ke, nak tido ke, nak makan ke.. Suka hati.. Tiada siapa yang kacau..

I'm in my own world.. Sangat best macam ni.. Tapi makin hari makin bosan.. Tiada aktiviti yang menarik, kurang berjumpa orang, so jadi rasa macam distorted sikit.. dan ada lah rasa bosan sikit..

Malas sebenarnya nak pergi cari kerja.. Sebab I want to take this opportunity untuk berehat di rumah ja, selain gunakan masa yang ada untuk belajar benda-benda yang saya minati macam pemasaran internet. Kalau dah start kerja nanti, mana ada masa kan? Jadi hargailah kesempatan yang ada ni.. Bila sampai masa untuk bekerja nanti, kerja bersungguh-sungguh, insyaAllah..

Jadi nak dijadikan cerita, mulalah keluar mencari kursus-kursus atau program yang menarik untuk disertai bagi mengisi masa lapang. So untuk permulaan, saya pun sign up untuk masuk kelas gitar di Yamaha Music School. Memang sejak awal tahun lagi masa di Cyberjaya/Putrajaya lagi dok sibuk nak belajar main gitar letrik, dapat juga akhirnya. Yeay..

Dulu, masa belajar gitar akustik, cikgu saya adalah cikgu Lim, sekarang untuk gitar letrik, cikgu saya adalah cikgu Azam. Tunjuk ajar ku sifu.. Cuma dalam kelas gitar letrik ni, belajar tak pakai buku. Semua teknik cikgu Azam akan tunjuk masa kelas dan saya perlu ikut dan berlatih kat rumah.

Kebanyakannya saya belajar teknik-teknik untuk memainkan lagu rock dengan lebih banyak efek. Tapi bila basic tak cukup mantap, memang terkial-kial lah.. Tapi tak pe, learn for fun.. Tak perlu stress2, insyaAllah kalau berlatih bersungguh-sungguh, one day I will acquire the skills yang diajar. Dulu pun masa belajar gitar akustik, it took me 7 months untuk dapat 'tangkap' skills nya.. Jadi, it's the matter of time juga..

Gitar letrik yang saya gunakan adalah gitar Yamaha Pacifica 012 dan power amp Laney 20 watts. Kalau nak tengok gambarnya boleh lihat melalui album Facebook saya di My Guitar Hero.

Then pada 18 Jun 2011, kami sekeluarga telah bersama-sama menyambut Hari Bapa di Restoran Warung Kampungku, Bandar Seri Alam. Makanan kat situ memang best, seafood kat area Stulang pun boleh kalah.. huhu.. To abah, Happy Father's Day. Thanks for being a great dad to us and I will always pray for your happiness, success and health.. Take care always..

Ohya, dalam bulan Jun ni banyak juga seminar dan kursus yang saya join.. Antaranya, seperti dalam post saya sebelum ini, saya berkesempatan untuk menyertai satu seminar berkaitan pelaburan hartanah.

Seminar tu kira oklah, cuma kadang-kadang bila banyak sangat info pasal strategi-strategi terkini yang saya 1st time dengar, jadi overload juga lah rasanya. Salah satu strategi yang disarankan adalah dengan membuat pelaburan hartanah dengan memberi aset di Amerika kerana mereka sedang dilanda krisis ekonomi yang teruk. Jadi peluang sebegini adalah baik untuk orang Asia. Tapi for me, kat Malaysia pun belum tersentuh lagi, ini kan Amerika.. Huhuhu..

Bercakap pasal seminar juga, saya berkesempatan untuk menyertai seminar yang dianjurkan oleh kumpulan Usahawan Internet Selatan (UIS) di UTM Skudai pada 26 Jun yang lepas. Walaupun tajuk seminar tersebut adalah Seminar Asas Perniagaan Internet, tetapi saya boleh katakan yang para speaker telah membongkarkan rahsia perniagaan internet yang lebih daripada perkara asas.

Sangat best satu hari tu. Saya berkesempatan untuk bertemu sendiri dengan pakar-pakar IM Malaysia yang berada di area selatan. Antaranya adalah Presiden UIS, En. Mohd Najib Asaddok, graphic designer Malaysia, En. Dee dan Mohamad Izuan dan ramai lagi.

Yang menariknya juga, saya telah diperlawa untuk memberikan testimonial khas dalam bentuk video untuk seminar anjuran UIS tersebut. Rasa kelakar pun ade, berterabur ayat spontan.. hehe, tak pelah, first time..



Papepun seminar tu memang best.. Sekarang saya ada lebih ramai kawan yang buat internet marketing.. So tak de la bosan sangat, sebab ramai kawan yang 'like-minded'.. InsyaAllah sekarang dalam proses product developing.. Harapnya dapat launch dalam bulan Julai or Ogos nanti.. =)

Ok tak habis lagi bercakap pasal aktiviti internet marketing saya. Dalam bulan 6 ni, income saya tak lah sekencang mana, sebab saya lebih banyak luangkan masa untuk belajar teknik-teknik baru dalam pemasaran internet ni. Tapi dapat la juga income sikit-sikit. Kebanyakannya datang daripada servis buat design minisite dan sales copywriting. Alhamdulillah, tak sia-sia belajar buat design minisite dan tulis sales copywriting.. Dapat juga buat jualan daripada situ.

Memang best sebenarnya buat servis di internet ni, sebab ianya tak perlukan modal. Just perlu rajin buat kerja dan penuhi permintaan customer. Waktu kerja pun flexible.. Kadang-kadang rasa tak de mood nak buat design, so stop kejap, pergi main game, tengok cerita pape ke.. Then boleh sambung buat kerja semula bila-bila masa tak de boss yang marah pun.. Siap kerja, duit masuk.. Best la kan.. ^ ^ Tapi semua tu perlukan ilmu.. Jika belajar cara buat duit di internet dengan cara yang betul, insyaAllah akan dapat hasilnya. =)

Selain tu, dalam bulan Jun ini juga, saya dah berjaya setup kempen pemasaran email saya sendiri di Nizam Malek Blog ini. Dalam kempen pemasaran email tersebut, saya telah menghasilkan satu ebook yang bertajuk "10 Cara Efektif Membina Keyakinan Diri" dan ebook ini telah dipilih untuk diberikan sebagai hadiah kepada mereka yang mendaftarkan nama dan alamat email mereka di Nizam Malek Blog.

Ebook itu telah ditulis dalam topik motivasi dan peningkatan kemahiran diri (soft skills). InsyaAllah saya akan tuliskan satu review khas berkaitan ebook itu dan kelebihan-kelebihan yang akan anda perolehi apabila mendaftar. Setakat ini, saya menerima respond yang baik daripada subscriber saya dan berharap dapat membantu mereka dalam aspek motivasi dan keyakinan diri.

Selain tu, di Nizam Malek Blog, saya dah install satu lagi aplikasi baru di bahagian bawah setiap post. Kalau anda perasan, di bawah setiap post saya akan ada satu kotak seperti ini:


Kotak ini dinamakan Facebook Comment. Mesti semua tahukan.. hehe.. Yup, saya dah install Facebook Comment dalam Nizam Malek Blog ni, untuk memudahkan anda respond/komen setiap post yang saya tulis. Mungkin bukan semua ada akaun google, dan kadang-kadang malas nak sign in just untuk tinggalkan komen.

Jadi dengan adanya Facebook Comment ini, maka lebih senang untuk anda memberi komen asalkan anda telah terlebih dahulu sign in Facebook account anda. Jadi anda boleh gunakan ruang ini untuk berinteraksi dengan saya di Nizam Malek Blog ok. Saya menanti respond anda. Huhuhu.. =)

Oh hampir terlupa, dalam bulan Jun ni juga saya berjaya mendapatkan satu lagi gadget baru iaitu iPad. iPad ni memang best lah.. Ibarat bawa sekeping kad, tapi boleh access internet, baca ebook, tengok video, rakam suara, main game best2 dan bermacam-macam lagi aplikasi menarik boleh didownload dengan mudah.

Cuma iPad ni kurang best kalau tak dijailbreak. Jadi dalam minggu pertama tu saya sibuk peningkan kepala cari jalan untuk jailbreak ipad saya tu. Cuba punya cuba, akhirnya berjaya juga. Seronok sebab boleh download semua applikasi berbayar secara percuma.

Setakat ni pakai memang tiada masalah, tak de crash dan baterinya sangat tahan lama. Memang puas hati. Jadi sekarang ni kalau travel saya dah tak bawa macbook lagi, just bawa iPad saja. All in one, memang seronok. Tapi setakat ni iPad selalu diconquer oleh adik beradik yang suka main game HD nya.. Tak pe, layankan aje~ huhu..

Ok jom cakap pasal statistik Nizam Malek Blog pulak. Alhamdulillah target minimum 600 pelawat sebulan telah berjaya dicapai, malah lebih tinggi daripada rekod bulan Januari dan Februari. Cuma rekod bulan April masih belum boleh dicabar. Biasalah, bulan April kan bulan best.. =p


Selain menggunakan SiteMeter untuk membuat analisa statistik pengunjung Nizam Malek Blog, saya juga telah menggunakan servis Google Analytics untuk membuat kajian yang lebih tepat lagi. Dalam Google Analytics, saya boleh lihat rekod pengunjung, post paling popular dan sumber trafik ke Nizam Malek Blog.
Seperti yang anda dapat lihat dalam pie chart di atas, sumber trafik utama ke Nizam Malek blog adalah daripada Search Engines. Mungkin ini adalah salah satu petunjuk bahawa teknik SEO yang saya lakukan telah berjaya dan progres ini akan terus saya perhatikan dari masa ke semasa untuk membuat kesimpulan yang lebih tepat.

Ada yang bertanya berkenaan teknik SEO yang saya gunakan. InsyaAllah saya akan sediakan satu manual khas untuk membantu sesiapa yang berminat untuk belajar berkenaan SEO. InsyaAllah saya akan cuba buatkan manualnya semudah yang boleh untuk difahami. Itu pun kalau ada yang berminat nak tahu. Jadi kalau berminat, contact2lah saya k. Baru boleh bincang2.. =p

Rasanya setakat ini dulu kot month summary for June 2011.

Learning Lesson

Ok untuk learning lesson kali ini, apa yang saya boleh simpulkan adalah pentingnya fokus untuk mencapai kejayaan. Dalam hidup kita sehari-hari, masa sentiasa bergerak tanpa henti dan tanpa kita sedari, terlalu banyak masa yang kita buangkan untuk aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah.

Sesungguhnya kita dalam kerugiaan apabila banyak membuang masa saja. Oleh itu sebagai peringatan untuk diri sendiri juga, kita perlu fokus dalam melakukan tugasan-tugasan seharian kita. Dengan mengamalkan elemen fokus dalam setiap perancangan, lebih banyak kerja yang dapat disiapkan dalam tempoh masa yang diperuntukkan.

Selain itu berkaitan masa, walaupun kita mempunyai masa senggang yang banyak, ia tidak bemakna kita akan mendapat ruang yang lebih banyak untuk produktiviti. Sedangkan mutiara kata berbunyi, "lebih banyak masa yang kita ada, lebih banyak masa yang kita buangkan". Jadi gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Waktu muda adalah waktu yang paling efektif untuk belajar dan mencuba. Jadikan masa itu untuk mendapatkan ilmu yang dapat membina masa depan yang lebih bahagia.

Jumpa lagi dalam post seterusnya di bulan Julai! =)

Wednesday, June 29, 2011

Status 10

0 comments

"Salah satu sebab saya suka tengok video komedi adalah sebab saya mahu hilangkan stress..

Stress yang sangat banyak di depan mata.."

Monday, June 27, 2011

Jozan still the best! =)

0 comments


Walaupun final Maharaja Lawak dah berlalu beberapa hari, saya tetap nak share video ni dalam blog saya.

Satu Malaysia dah tahu yang Sepah adalah juara Maharaja Lawak dan Jozan hanya berjaya menang tempat ke dua.

Tahniah diucapkan kepada Sepah yang berjaya membawa fenomena 'Manisnya Kurma ini~'.

Memang persembahan mereka paling mantap pada malam final tu dan layak diberi gelaran juara.

Tapi bagi saya, Jozan tetap peserta terbaik di antara semua dan persembahan kedua Jozan pada malam final tersebut iaitu 'Mael Lambung VS Acai The Musical' adalah sangat menarik dan kreatif.

Jozan sangat style especially bila masuk lagu 'Beat It'. =)

Cuma dalam persembahan Jozan tu saya rasa agak spoil bila mic Zizan terputus sebentar pada minit ke 4.29. Zizan nampak agak blurr dan confuse selepas tu.. Tempo pun ada lari sikit lepas tu.. Kalau tak, mesti persembahan Jozan malam tu dah perfect.

Itulah kadang-kadang sebab tiada rezeki juga kan..

Peminat yang sorang ni nak tak puas hati pun tak boleh..

Tu la, sape suroh tak ngundi pun nye.. kan..? =p

Pape pun, all the best Jozan.. You guys are still the best!

Saturday, June 25, 2011

[KISSinsights] 9 Questions For Nizam Malek

2 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~

Dah lama saya tak menulis post yang panjang lebar. Patutnya time cuti ni lah banyak aktiviti yang boleh diceritakan di blog ni.. Tapi tu lah, bila ada banyak masa untuk digunakan, lebih banyak masa yang akan kita buangkan.. Hmm.. Sangat tak bagus..

Ok dalam post kali ini saya akan ambil kesempatan yang ada untuk menjawab soalan-soalan atau respond daripada pembaca Nizam Malek Blog yang telah diajukan kepada saya melalui aplikasi blog social yang saya gunakan di bahagian footer blog ini iaitu Kissinsights.

Untuk set soalan ke dua ini, saya telah menerima 9 soalan daripada anda yang direkodkan sejak 16 Januari 2011. Bayangkan soalan anda sejak awal tahun baru sekarang saya nak balas. Huhu sorry sesangat, tapi saya tetap akan cuba luangkan masa untuk menjawabnya ok.


"What should we write about next?


Soalan 1: Weii..ak tnya soalan dulu.. ko x jawb pun.. racisst.. hahhaa..

Ok untuk soalan pertama ni, nak kata soalan, tak soalan, nak kata ayat penyataan, pun bukan.. Mungkin ni ayat komplen kot.. hehe.. Cuma saya tak pasti soalan mana yang encik ni bagi pada saya 'dulu'.. Rasanya kalau dalam post Kissingsights sebelum ni saya dah jawab semua soalan yang masuk.. Jadi tak dapatlah nak dipastikan soalan mana yang belum terjawab tu..

Biasanya kalau ada soalan, walau lambat pun saya akan try jawab. Cuma kalau saya terlupa atau terlepas pandang tu, cuba buzz sekali lagi k.. =p

Dan yang terakhir tu.... Racist? Saye tak racist lah.. Malah saya sangat menghargai kawan-kawan yang berbeza bangsa.. Teringat masa kat sekolah dulu, saya sekolah di sekolah harian biasa.. dan saya ada ramai kawan berbangsa Cina dan India.. Kami bersaing secara sihat untuk akademik (especially for Maths), kami makan bersama di kantin dan kami bermain bola bersama di padang sekolah..

Sangat seronok sebenarnya lahir di Malaysia yang mempunyai keunikan masyarakat berbilang bangsa.. Dari situ kita dapat mengenali dan memahami antara satu sama lain.. Jadi say no to racist!! =)


Soalan 2: Salam.. read thru ur responds and it triggers my brain to ask u one question.. wat is ur own definition of responsibilty? u know the interpretation can be anyting, but would like to hear from ur thought. :) wat is your opinion bout responsibility towards ur religion, parents, studies or even ur love one, girlfrend, fiancee or ur wife in the future. hope this question is not too much bout u. :) n will be waiting for ur reply.. thx :)

Ok, ini adalah salah satu soalan untuk Kissinsights yang saya tunggu-tunggu daripada anda. Soalan-soalan kritikal, menjana minda dan padat sebegini memang elok untuk dibincangkan dan saya berterima kasih kerana ada yang sudi bertanyakannya dan meminta pendapat saya. =)

I will try my best to answer those questions accordingly. First is about my responsibility definition. For me, responsibility is a positive value in a person that he/she carries all the time in completing tasks. The tasks may be different from each other such as bringing something to a person, keeping a secret, taking care of a person, or doing something for yourself. If a person fails to practice the responsibility, it will affect the person's credibility.

Towards religion, basically I would say that, my main responsibilities are to obey to all the religion orders and to protect the good name and pride of my religion. For me, to get the blessing from Allah is the most important thing in this life because I came from Him. Thus, I regard the responsibility to retain the real Islam in me as the most important thing in my life.

The responsibility towards parents is also very important for a child. Since small, I was taught to be nice and good to parents. I do believe too, if someone would like to be successful in life, the 'easy' key is to get the blessing from his/her parents. As a son, I believe that my responsibility to listen to my parents is essential in my life. As the first son out of my siblings, I carry great responsibility to ensure the health of my parents, to ensure they are always happy and to listen to their orders. If I were about to make a decision that would object their preferences, I would talk and try to discuss nicely with them.

The next proportion of responsibility is towards our self. We were introduced to this world to be a khalifah in order to prosper this earth with the good deeds. In order to make this world a peaceful place to live, we need to gain the knowledge. Thus, I believe that to learn and use our knowledge for good is one of the self responsibilities. Being a student is a jihad (to strive for the best), and it is a noble responsibility to everyone.

Another one is the responsibility to take care of our health. We have to avoid doing things that may harm our body and mind like smoking, talking rubbish (hoho) or maybe being violent.

Regarding the loved ones, like future girlfriend, fiancee or wife, I do believe that 'respect' will be the best word to describe the responsibility towards our partner apart of taking care and being truthful. Hmm.. I still have to learn more about this.. =p

However, even though I said above that responsibility may evaluate someone's credibility, it should not be the ultimate guide to judge someone. Life is about learning. Thus, we will learn more about responsibility when we grow older and be more matured as we past through many obstacles in our lives.


Soalan 3: En Nizam, bolehkah anda mengupas isu berkaitan lelaki muda berkahwin dengan perempuan yang lebih berusia daripada lelaki. Apakah kelebihan dan impak positif. Tq.

Hehe, ni macam suruh saya bersetuju je dengan statement awal.. Grr.. =p Ok2, isu sosial ni sememangnya banyak berlaku dalam masyarakat. Sejujurnya, saya tak lah reti sangat bab-bab ni, tetapi boleh lah kalau setakat nak bagi pandangan..

Saye pun tak pastilah kalau lelaki kahwin dengan perempuan yang lebih berusia ni cam bagus ke tak, sebab saya pun belum kahwin.. kui kui.. Tapi nak kata kelebihan dan impak positif tu memang ada saja.. Kalau kita nak lihat dari sudut positif, positiflah jadinya dan begitu juga sebaliknya. Jadi saya senaraikan 3 kelebihan yang boleh difikirkan bagi isu ini.
  • Perempuan yang lebih berusia ni kebiasaannya mempunyai tahap kematangan yang lebih tinggi. Bila lelaki berkahwin dengan perempuan yang matang ni, hidup akan menjadi lebih tersusun dan kemas. Kebiasaannya, isteri yang matang lebih tahu menjaga keperluan si suami daripada mementingkan diri sendiri sahaja. Jadi hidup lelaki itu akan menjadi lebih terurus.
  • Perempuan yang lebih berusia ini kebiasaannya mempunyai nilai kesabaran yang lebih tinggi. Walaupun mungkin bukan 100%, tetapi elemen emosi dapat dikurangkan ketika berbeza pendapat antara satu sama lain. Jadi, kebiasaannya perbalahan tidak berlanjutan dengan lama dan dapat diselesaikan dengan baik jika si suami juga dapat memainkan peranan sebagai ketua keluarga dengan baik.
  • Perempuan yang lebih berusia juga biasanya dah reti memasak lebih daripada perempuan muda yang baru belajar memasak. Jadi kebiasaannya masakannya akan lebih sedap, macam makan kat restoran... hehehe.. (boleh terima ke point ni.. =p)
Hmm, kalau nak kata kebaikan dan keburukan, memang semuanya ada. Tapi sekali lagi, terpulang kepada individu yang membuat keputusan. Sebaik-baiknya, lakukanlah terlebih dahulu solat istikharah dan dapatkan nasihat daripada saudara mara atau kawan-kawan rapat yang lebih berpengalaman. All the best!


Soalan 4: Badminton wif ti. hahhahahah..

Respond ni direkodkan pada 25 Februari 2011. Kalau tak silap masa tu tengah aktif bermain badminton di Cyberjaya dan Putrajaya. Hmm, tak dapat peluang nak main badminton dengan my junior, Dean Ti. Tapi tak pe, next time kalau kita buat alumni reunion, mungkin kita boleh buat game senior lawan junior.. Sape kalah kene belanja ais krim.. hehe..


Soalan 5: What's your opinion about social victims?

Hoho.. Soalan panas bertarikh 10 Mac 2011..

First of all before we come into the question, let's define the social victim term. For me, social victim means a person that is being abused by a group of people. The abuse can be classified in terms of physical and mental.

There are many reasons that allow someone to be targeted as a social victim by the surrounding. Some of the reasons are due to the bizarre physical appearance, family background or maybe due to the self-upbringing of the person that exposes him/her to negative social manipulation. One of the example of social manipulation is being isolated by friends or 'friends'.

Actually social victim is a broad topic because it can be seen in many angles. However, I just can conclude that having social victim in society is not a good culture for anyone. We have to stop this from being bigger for the next generation and settle problems in a more rational approaches.


Soalan 6: Saye dah follow awak.. Follow saye balik yee~

Hye, thanks for following my blog. Cuma shiapa kah awak, macam mana saya nak follow kalau macam ni.. hehe.. InsyaAllah siapa yang follow Nizam Malek Blog, saya akan follow blog anda juga.

Hmm, setakat ni, followers saya cuma 60 orang je. Amat sikit jika nak dibandingkan dengan blog-blog lain. Antara sebabnya sebab saya tiada masa sangat nak blog walking dan marketkan Nizam Malek Blog.

Tapi tak pelah, niat saya blogging pun sebenarnya nak publish idea dan pendapat saya di internet. Kalau ada yang nak follow, baguslah, terima kasih banyak-banyak. Kalau tak nak follow pun tak pe, tiada paksaan. Tapi saye tahu Nizam Malek Blog ada ramai silent readers dari seluruh dunia.. hehehe.. (perasan je.. =p)..


Soalan 7: About your family or future plan.. Besides being a pharmacist maybe! :)

Ok, my family sebenarnya berasal daripada Kelantan dan Terengganu. Tapi sejak kecil lagi kami dah berpindah ke selatan Malaysia iaitu Johor Bahru dan dibesarkan hingga kini.

Alhamdulillah, I have a great supportive parents and family. For sure things are not that always perfect for every family, but again Alhamdulillah, I am happy with my family and what I have. Both my parents work in the health care related business. I'm in the middle of 5 siblings. I have two elder sisters and two younger brothers.

Apart of being a pharmacist, my main interest is actually on building up a business. I have a dream to own my own private pharmacy that provides specialized therapy just for asthmatic patients. It's such a great dream of having a National Asthmatic Center just like National Cancer Institute (NCI) in Nilai. However, it's just a dream.. Never see how it can be reached yet now.. hehe..

Other than that, I'm also interested to venture into property investment. I could see that property is a tool to be richer and establish financial freedom. However, it's not just about wealth.. For me, it's about the interest and passion in me.. Something that I like to do..

In order to reach my aims for the future, I'm preparing my self with the knowledge and skills needed for that. I may have nothing today, but InsyaAllah, I'm working for a better tomorrow. Please help by praying for my success. =)


Soalan 8: Assalamualaikum... Saya mndapat tawaran bidang Farmasi tajaan MARA. Tarikh melapur diri pada 2 Julai 2011. Penempatan di CUCMS (foundation science 1+4). Adakah saya akan selama 5 tahun di CUCMS atau setahun foundation science kemudian 4 tahun lagi keluar negara.. sebab masa interview dgn MARA adalah Program Ijazah Luar Negara (PILN).. saya mushkil.. tlg encik nizam huraikan.. terima kasih...

Waalaikummusalam Warahmatullah.. Tahniah saya ucapkan kepada anda kerana berjaya mendapat tawaran bidang Farmasi tajaan MARA. Erm untuk soalan anda, saya pun kurang pasti.

Cuma setakat yang saya tahu, fakulti Farmasi CUCMS tidak pernah menawarkan twinning programme untuk sebarang kursus yang ditawarkan. Bermakna, pelajar yang mengikuti kursus foundation science CUCMS akan terus diserap ke fakulti Farmasi CUCMS. Namun, mungkin ada sedikit perbezaan dengan program tajaan MARA anda (Program Ijazah Luar Negara).

Nasihat saya, anda perlu pastikan program sebenar yang ditawarkan oleh pihak MARA kepada anda dan kemudian, anda perlu hubungi CUCMS untuk mengesahkan jenis program yang telah diberikan kepada anda tersebut.

Untuk CUCMS, anda boleh cuba hubungi department yang berkenaan melalui link ini:

Semoga berjaya!


Soalan 9: BESH2

Untuk respond yang terakhir bagi set KISSinsight kali ni adalah Besh2 sahaja. Bukan soalan rasanya ni.. hehe.. Jadi saya anggap ia adalah respond positif daripada anda ya. Huhu.


____________________________________________________


Baiklah, demikianlah 9 soalan yang telah saya jawab dalam aplikasi KISSinsights kali ini. Harapnya jawapan yang saya berikan tersebut dapat menjawab soalan bagi yang bertanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang sudi meninggalkan soalan dan respond.

Jika anda ada soalan untuk ditanyakan kepada saya, jangan segan-segan untuk masukkannya di aplikasi KISSinsights tersebut dan klik SEND. Jangan risau butiran diri anda tidak akan diambil langsung dan yang penting kita dapat menjana minda daripada persoalan yang disampaikan.

Jumpa lagi dalam blog post yang seterusnya. Arigatogozaimaz~

Thursday, June 23, 2011

Di Saat Aku Mencintaimu (Dadali) Cover by Nizam Malek

0 comments

Hello~

Ok untuk post kali ni, saya ada buat satu lagi mp3 khas untuk visitors Nizam Malek Blog.

Lagu pilihan adalah lagu 'Di Saat Aku Mencintaimu' nyanyian asal kumpulan band Dadali.

Ok jangan buang masa lagi, klik butang download di bawah untuk mendapatkan access ke file mp3 itu secara PERCUMA. =)


Audio recording powered by iPad + Macbook.

Sunday, June 19, 2011

My first Property Investment Seminar

3 comments

Salam hye,


Ok untuk post kali ini, saya nak berkongsikan pengalaman saya menyertai sebuah seminar berkaitan pelaburan hartanah.

Seminar tu bertajuk "Empowering Property Investment Strategies: How Property Guru Robert Kiyosaki Owns 2000 Properties" dan telah diadakan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru pada 15 June 2011. Seminar tu dikendalikan oleh sebuah syarikat pelaburan hartanah terkenal dari Singapura iaitu AZEA Property.

Time tu mostly peserta yang hadir adalah Chinese dan Indian.. Melayu cuma ada 2 orang (termasuk saya).. Dan for sure, saye lah peserta termuda.. =p Erh bukan Imam muda.. hehe..

Itulah kali pertama saya menyertai seminar yang membincangkan berkenaan pelaburan hartanah. Kiranya knowledge saya berkaitan pelaburan hartanah sebelum ni zero to the ground lah, hehe..

Kire seronok jugalah sebab dapat belajar ilmu baru. Kalau nak tahu, pelaburan hartanah adalah salah satu rahsia terbesar yang selama ini disimpan rapi oleh mereka yang kaya-raya. Rahsia inilah juga yang membuatkan mereka yang kaya bertambah kaya dan mereka yang miskin bertambah miskin. It sounds interesting right?

Ok, dalam post kali ni, saya akan kongsikan dengan anda beberapa perkara asas berkaitan pelaburan hartanah yang sudah semestinya amat menarik dan di luar kotak pemikiran orang-orang kebiasaan.

1. Apakah itu pelaburan hartanah?
Saya tak lah pakar dalam bidang ni, tapi setakat yang saya faham, pelaburan hartanah adalah satu jenis pelaburan yang melibatkan pembelian dan sewa aset yang bernilai seperti rumah dan bangunan. Pelaburan hartanah merupakan satu jenis pelaburan jangka panjang yang sememangnya diakui boleh memberi pulangan yang amat lumayan. Antara nama besar dalam pelaburan hartanah adalah Robert Kiyosaki yang juga popular dengan buku best sellernya iaitu Rich Dad Poor Dad.

2. Konsep aset dan liabiliti
Dalam pelaburan hartanah, terdapat beberapa term yang perlu diketahui seperti capital, cash flow dan macam-macam lagi. Oleh sebab kekurangan knowledge berkaitan hartanah, saya agak terkapai-kapai juga ketika penceramah memberi penjelasan dengan menggunakan term-term yang agak janggal bagi saya. Tapi ada 2 term yang dapat saya tangkap dengan jelas sepanjang seminar 3 jam lebih tersebut iaitu berkenaan aset dan liabiliti.

Aset adalah apa sahaja yang boleh memberi wang kepada kita manakala liabiliti adalah apa sahaja yang akan menyebabkan duit kita keluar daripada poket (ya ya, atau bank.. =p). Kesimpulan yang saya dapat adalah rumah yang boleh kita jadikan sebagai rumah sewaan adalah satu aset yang amat bernilai dan tetapi rumah pertama yang kita beli untuk diduduki merupakan satu liabiliti. Kereta juga diklasifikasikan sebagai satu liabiliti.

Memang seminar tersebut berjaya membuka minda saya berkaitan konsep asas untuk menjadi pelabur yang mempraktikkan strategi yang telah terbukti berkesan melalui kajian dan case study.

3. Kenapa melabur dalam hartanah?
Soalan ini adalah soalan paling asas yang perlu diketahui berkaitan pelaburan hartanah. Ada beberapa sebab utama yang menjadikan pelaburan hartanah sesuatu yang menarik.

Pertama, hartanah adalah merupakan aset yang mempunyai sesuatu nilai yang besar dan nilainya itu akan sentiasa meningkat setiap tahun. Katakan tahun ini sebuah rumah yang kita beli berharga RM100,000 akan bernilai kira-kira RM300,000 berapa tahun kemudian dan nilainya akan terus bertambah setiap tahun.

Kedua, hartanah seperti rumah yang dibeli boleh disewakan untuk mendapat pendapatan bulanan secara tetap tanpa perlu bekerja! Inilah yang dinamakan sebagai passive income yang selalu diimpikan ramai orang.

Dan yang ketiga, aset yang dibeli dan menjadi milik kita itu boleh diperturunkan kepada waris kita. Bermakna, nilai aset tersebut akan terus menjadi milik ahli keluarga kita dan menjamin masa depan mereka. Alasan ini menjadi sebab yang amat kuat bagi mereka yang sentiasa memikirkan tanggungjawab zahir mereka terhadap ahli keluarga mereka. Dan banyak lagi sebab-sebab rational lain.

4. Risiko pelaburan hartanah
Ramai yang berminat dengan konsep asas pelaburan hartanah yang membolehkan status financial freedom tercapai. Namun, lebih ramai juga yang berfikir lebih 100 kali untuk menceburkan diri dalam bidang pelaburan hartanah kerana memikirkan risiko yang terlalu besar untuk ditanggung dan gagal mendapat pulangan atas pelaburan awal.

Gagal dalam pelaburan hartanah adalah sesuatu yang mungkin. Tiada sesiapa yang dapat menjamin kita akan berjaya dalam pelaburan hartanah kerana ia melibatkan terlalu banyak faktor. Selain itu, untuk memulakan pelaburan hartanah, kita memerlukan sejumlah wang yang banyak contohnya minimum RM20,000.

5. Cara memulakan pelaburan hartanah
Dalam seminar tersebut, saya dapati, ada 2 sebab yang menyebabkan seseorang itu tidak berani mencuba melakukan pelaburan hartanah.

Pertama, kerana ada perasaan takut dan risau (fear). Perasaan ini timbul apabila memikirkan risiko-risiko yang perlu ditanggung. Perasaan tersebut juga timbul kerana kurangnya pengetahuan berkaitan pelaburan hartanah. Pelaburan hartanah adalah sesuatu yang kritikal. Seseorang tidak boleh melakukannya dengan sesuka hati dan mengharapkan pulangan yang tinggi tanpa sebarang usaha. Jika tidak, kecenderungan untuk gagal adalah amat tinggi. Oleh itu, untuk menghilangkan perasaan fear tersebut daripada membelenggu pemikiran, kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu yang bersesuaian dengan pelaburan hartanah. Segala strategi rahsia perlu diketahui dengan jelas sebelum pelaburan hartanah dapat dilakukan.

Sebab kedua yang menyebabkan ramai orang juga tidak berani untuk berjaya dalam pelaburan hartanah adalah kerana memiliki sikap ingin cepat kaya. Pelaburan hartanah adalah satu pelaburan jangka panjang yang perlu dilakukan dengan penuh disiplin. Jika seseorang itu tamak dan ingin mendapatkan duit yang banyak dalam tempoh yang singkat, orang itu akan dapati bahawa pelaburan hartanah akan menjadi satu perkara yang paling menyakitkan apabila hutang yang perlu ditanggung menjadi setinggi gunung.

_______________________________________________________

Pelaburan hartanah adalah sesuatu yang menarik untuk diketahui. Memang benar bukan semua orang boleh melakukannya kerana ia melibatkan modal awal yang amat besar. Cerita saya berkaitan pelaburan hartanah baru saja bermula dan ia bermula dengan mendapatkan maklumat dan ilmu yang bersesuaian. Mungkin belum masanya untuk saya melakukan pelaburan hartanah, tetapi insyaAllah ia akan menjadi perancangan untuk masa depan.

Wednesday, June 15, 2011

Hadiah mp3 lagu Favourite Girl

2 comments

Thanks to those yang really berminat dengar video lagu-lagu yang saya nyanyikan.

Walaupun tak seberapa, tapi bila ada yang menghargainya, rasa happy la sikit. =)

Jadi untuk menghargai sokongan anda, saya buatkan satu lagu dalam bentuk mp3 sebagai hadiah.

Lagunya adalah lagu 'Favourite Girl' yang dipopularkan Justin Bieber.

Boleh download free dengan 'right click' imej download di bawah dan pilih 'save target as' ke desktop laptop anda:


Hope you guys enjoy it. =p

P/S: Download segera sebelum download link ini menjadi tidak valid lagi.. =)

P/P/S: Kalau suka boleh klik 'like' yang di atas post ni ya. =p

Tuesday, June 14, 2011

Aishiteru Cover

2 comments

Terimalah lagu cover Aishiteru versi 2 rangkap..

Tak larat eden nak nyanyi sampai habis..

Tak cukup nafas..

haha..

Again, playing it without the sixth string on the fret..

Asyik putus je tali.. reti ke tak main gitar ni.. hehe.. =p


Chord yang digunakan adalah A, E, F#m dan E sahaja.

P/S: Blog post kali ni adalah hasil song request.. =p

Saye minat Jozan. =p

3 comments

Ok untuk blog post kategori Entertainment kali ni saya
nak share with you all video Maharaja Lawak
minggu ke 11, persembahan Jozan.

Sangat kreatif dan menghiburkan.


Jadi lepas ni marilah kita selami lautan dalam.. hahaha..

Beginilah awan nano nano nano ~ =p

Sunday, June 12, 2011

10 Point Review Belajar di CUCMS

56 comments

Hye, salam semua.


Dalam beberapa minggu sejak tamat belajar di CUCMS ni, ada beberapa orang juga yang menghubungi saya dan bertanyakan berkaitan CUCMS melalui sms, facebook message dan email. Antara mereka yang bertanya adalah bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di CUCMS dan ada juga yang bertanyakan untuk saudara-mara yang berminat untuk menyertai CUCMS.

Bermacam-macam soalan yang saya terima seperti best tak CUCMS, bagus ke tempatnya, tenaga pengajar macam mane, ade pape masalah ke dan banyak lagi, sampai tak menang tangan (guna tangan menaip.. =p) untuk menjawabnya.

Memang betul, bila kita atau adik-beradik kita nak belajar di sesuatu kolej swasta, pasti kita akan cuba mencari info yang berkaitan kolej tersebut di internet. Walaupun banyak maklumat yang kita boleh dapat melalui laman web rasmi kolej, tapi kalau kita dapat info daripada bekas pelajar CUCMS pasti lebih jelas lagi maklumatnya.

Saya menghargai sesiapa saja yang telah berusaha untuk menghubungi saya untuk bertanyakan berkenaan CUCMS dan harapnya jawapan yang saya bagi dapat memberi gambaran yang sedikit sebanyak seperti yang diharapkan.

Mungkin masih ada lagi yang di luar sana sedang mencari info-info berkaitan CUCMS untuk dijadikan sebagai rujukan sebelum membuat keputusan untuk menyertai CUCMS. Jadi untuk membantu anda, saya rasa bolehlah saya tuliskan satu post khas iaitu review berkenaan CUCMS khususnya Fakulti Farmasi mengikut pandangan dan pengalaman saya sendiri. Harap ia membantu anda. =)

______________________________________________________________________


1. Apakah CUCMS?
CUCMS adalah singkatan bagi nama Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) yang terletak di Cyberjaya, Selangor. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan mula beroperasi sejak tahun 2005.

2. Kursus apakah yang ditawarkan di CUCMS?
Pada awal penubuhannya, CUCMS hanya memfokuskan pada 2 fakulti utama sahaja iaitu Fakulti Perubatan (MBBS) dan Fakulti Farmasi (Bpharm) selain Center for Foundation in Sciences Studies. Selepas beberapa tahun, CUCMS mula berkembang dan mempunyai beberapa fakulti lain seperti Academy of Paramedical Sciences (Diploma), Faculty of Traditional and Complementary Medicine dan lain-lain.

3. Apakah keunikan CUCMS?
CUCMS merupakan satu kolej sains perubatan yang dimiliki oleh golongan bumiputera dan majoriti pelajarnya adalah Melayu Islam. Pelajar bukan bumiputera adalah dalam sekitar 10-20%.

Secara filosofinya, CUCMS menerapkan nilai-nilai holistik dalam rangka perkembangan para pelajarnya. Aspek-aspek keagamaan yang baik menjadi teras dalam pembentukan minda para pelajarnya dengan harapan dapat melahirkan pakar-pakar dalam bidang perubatan yang lebih berketerampilan, berkualiti dan berdaya saing.

Salah satu modul unik yang digunakan di CUCMS adalah modul pembangunan insan yang dinamakan Effective Domain. Modul ini merupakan modul yang digunakan untuk memantau dan membentuk peribadi pelajar yang bersifat bertanggungjawab, dan penyayang selaras dengan motto CUCMS iaitu 'Nurturing The Passion To Care'.

Kebiasaannya, para pelajar dari jurusan perubatan dan farmasi umumnya lebih fokus kepada akademik semata-mata, tetapi di CUCMS, para pelajar diterapkan dengan program-program kemanusiaan dan komuniti atau aktiviti-aktiviti sukarelawan yang secara langsung dan tidak langsung dapat menghubungkan para pelajar dengan masyarakat setempat.

Contohnya, setiap tahun, para pelajar farmasi CUCMS akan menganjurkan program Karnival Mesra Ubat (KaMU) di mana para pelajar akan mendekati masyarakat setempat untuk memberikan informasi dan khidmat berkaitan kesihatan dan ubat-ubatan. Program KaMU juga selalunya disertai oleh pelajar-pelajar dari fakulti lain di CUCMS seperti Perubatan, Paramedik serta Traditional dan Complimentary Medicine.

Pendedahan sebegini yang lebih kerap membolehkan para pelajar membentuk nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi dan minat yang mendalam dalam bidang kesihatan.

4. Pengalaman belajar di CUCMS
Ok, saya menyertai CUCMS pada tahun 2007 dalam jurusan Bachelor of Pharmacy (Hons) dengan menggunakan result matrikulasi. Saya merupakan pelajar batch ke 3 dalam Fakulti Farmasi CUCMS.

Masa awal masuk tu, fasiliti CUCMS bolehlah dikatakan serba kekurangan. Kami belajar di bangunan induk yang kecil berhampiran dengan Street Mall atau Hentian Bas di Cyberjaya.

Masa tu kira ok lagi sebab bilangan pelajar pun sikit saja. Cuma keadaan waktu tu agak daiflah, sebab kami terpaksa berkongsi-kongsi kelas dan kadang-kadang tu terpaksa berpindah-randah dari satu bangunan ke bangunan lain untuk mencari kelas yang kosong. Namun segala kepayahan tersebut kini menjadi kenangan yang manis bagi kami semua.

Ketika saya di tahun ke 3, CUCMS telah berjaya mendapatkan kampus utama iaitu bangunan InventQ Jaya yang berdekatan dengan bangunan TM dan Ericsson. Bangunan yang dulunya merupakan sebuah research center negara diubah suai hampir 70% untuk disesuaikan dengan suasana pembelajaran peringkat universiti terutamanya bagi jurusan Perubatan dan Farmasi. Pelajar-pelajar bagi Center for Foundation in Sciences Studies kekal berada di bangunan lama (kampus di Street Mall).

Belajar di kampus utama (main camp) CUCMS adalah sangat selesa dan menyeronokkan. Antara fasiliti yang ada di kampus utama adalah seperti big library, dewan kuliah, kelas, dewan peperiksaan, auditorium, cafetaria, meeting room dan fakulti.

5. Fakta Fakulti Farmasi CUCMS
Untuk bilangan pelajar, batch pertama Fakulti Farmasi CUCMS adalah seramai 14 orang, batch kedua pula 22 orang dan batch saya seramai 30 orang manakala batch ke empat dan ke lima lebih kurang 30 lebih pelajar juga. Namun bermula batch yang ke enam, jumlah pelajar meningkat sehingga lebih 90 pelajar dan mula menerima pelajar antarabangsa.

Majoriti tenaga pengajarnya adalah bumiputera Melayu dan terdapat beberapa pensyarah dari luar negara seperti dari Iran, Iraq, India dan Euthopia yang sememangnya mempunyai kepakaran dalam subjek masing-masing.

Silibus Fakulti Farmasi merangkumi semua aspek yang diperlukan untk membentuk bakal ahli farmasi yang bertauliah. Tapi saya boleh katakan bahawa setakat ini, fokus utama adalah adalah lebih kepada melatih para pelajarnya dalam bidang Farmasi Klinikal (Clinical Pharmacy).

Pada waktu saya, kos yuran pembelajaran sahaja (tidak termasuk sewa hostel dan lain-lain) yang perlu ditanggung untuk memasuki Fakulti Farmasi CUCMS adalah RM104k. Tapi saya rasa kosnya adalah lebih tinggi untuk tahun-tahun seterusnya. Untuk maklumat lanjut berkaitan kos yuran pembelajaran dan kos-kos lain, anda boleh menghubungi department finance CUCMS (http://www.cybermed.edu.my/cucms-web/new_web/contact_us.html).

6. Ada tak bantuan pinjaman atau biasiswa?
Pada setiap sesi kemasukan pelajar baru, bahagian Student Affair akan membantu para pelajar untuk membuat permohonan bantuan pinjaman daripada MARA dan PTPTN. Kebiasaannya satu sesi taklimat akan diadakan untuk para pelajar berkaitan proses permohonan pinjaman dan para pelajar yang ingin memohon perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Kebiasaannya juga, permohonan pinjaman akan diproses selepas para pelajar menerima result exam semester pertama. Bermakna, sekurang-kurangnya para pelajar tetap perlu menanggung kos yuran dan perbelanjaan sendiri terlebih dahulu pada semester pertama sebelum status permohonan pinjaman diumumkan.

7. Fakulti Farmasi CUCMS ni diiktiraf tak?
Pada tahun 2011, Fakulti Farmasi CUCMS telah diberi akreditasi penuh daripada Lembaga Farmasi Malaysia di mana graduan daripada Fakulti Farmasi CUCMS adalah sah dan diiktiraf untuk bekerja di hospital-hospital kerajaan seluruh Malaysia seperti ahli farmasi lepasan IPT awam yang lain.

8. Pengalaman saya menetap di Cyberjaya
Berkaitan hostel, pada tahun pertama sahaja, kami diberi sewa di serviced apartment Smart Home Cyberia. Satu rumah ada 8 pelajar semuanya dan siap dengan kelengkapan asas seperti katil, almari, meja dan kerusi untuk belajar (internet kena pasang sendiri kalau nak). Kemudahan asas macam kedai runcit dan kedai makan berdekatan memang ada.

Yang terbaru, pihak CUCMS juga ada menyediakan hostel di Cyberheights untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah setiap tahun. Saya pun ada pengalaman tinggal di Cyberheights selama 2 tahun. Tempatnya lebih 'aman' daripada Cyberia. Kalau nak study memang ok lah. Cuma kalau bagi yang suka havoc-havoc, memang terasa sangat bosan sangat la kot kat Cyberheights. =p

Jarak hostel ke kolej tidaklah berapa jauh, tapi kalau nak jalan agak lunyai juga lah. Pengangkutan awam seperti bas ada disediakan, tapi sepanjang 4 tahun, saya tak pernah naik bas ke kelas.

Berbeza dengan IPT awam, kami diberi kebenaran untuk membawa kenderaan sejak tahun pertama lagi. Bagi saya, kalau ada kenderaan ni senang sikitlah sebab jadual kelas kadang-kadang tak menentu. Tak perlulah kereta besar-besar, mahal-mahal. Cukuplah sekadar yang boleh dipandu dari A ke B. Contohnya Viva 1.0. =p

Bab makanan di Cyberjaya ni ok ja. Banyak kedai makan yang mahal-mahal macam di Saba' (restoran Arab), Padi, Hassan & Ariff Cafe dan ada juga yang lebih murah sikit seperti di Hentian Bas Cyberjaya dan Restoran Mak Teh. Restoran favourite saya adalah Indo Cafe di Cyberia. Makanannya sedap sangat dan harga pun berpatutan. =p

9. Secara overal, pendapat saya pasal CUCMS?
Erm, belajar di CUCMS ni boleh dikatakan agak seronok jugalah. Nak kata senang, tak senang, nak kata susah, ada masanya susahlah juga. Tapi alhamdulillah, sepanjang 4 tahun tu saya belajar banyak juga berkaitan kehidupan selain subjek teras berkaitan farmasi.

Memang betul, sebagai kolej yang masih lagi boleh dianggap 'muda', CUCMS tidaklah selengkap dan se'perfect' yang dibayangkan. Pasti ada kekurangan di sini dan di sana sepanjang jalan (along the way lah maksudnya.. =p). Tetapi bagi saya CUCMS sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik terhadap kebajikan para pelajar.

10. Isu/masalah Fakulti Perubatan CUCMS?
Masalah pengurusan dalam Fakulti Perubatan yang melibatkan kuota pelajar yang memberi kesan kepada pengiktirafan sijil Jurusan Perubatan (MBBS) CUCMS oleh Malaysian Medical Council (MMC) sememangnya bukan isu yang tersembunyi lagi apabila ianya dilaporkan dalam surat khabar perdana Malaysia seperti Utusan Malaysia pada awal 2011.

Ramai yang ingin mengetahui masalah sebenar yang terjadi dalam Fakulti Perubatan CUCMS dan status semasanya. Tambahan pula adakah masalah tersebut akan memberi kesan kepada fakulti-fakulti lain seperti Fakulti Farmasi dan pelajar Foundation. Ini antara soalan yang selalu ditanya kepada saya.

Secara jujurnya, memang betul masalah melibatkan kuota pelajar perubatan tahun pertama sesi 2010/2011 CUCMS wujud. Namun masalah tersebut hanyalah melibatkan pihak pengurusan kolej dan Fakulti Perubatan CUCMS.

Setahu saya, akreditasi dan pengiktirafan Fakulti Farmasi CUCMS diberikan oleh Lembaga Farmasi dan begitu juga sebaliknya untuk fakulti-fakulti lain di CUCMS. Masalah yang melanda Fakulti Perubatan CUCMS itu tidak menjejaskan pengiktirafan para pelajar jurusan Farmasi CUCMS dan fakulti yang lain. Jadi, bakal pelajar yang bakal menyertai Fakulti Farmasi CUCMS tidak perlu risau dengan masalah tersebut.

Saya dari Fakulti Farmasi CUCMS sememangnya bersimpati dengan berita masalah Fakulti Perubatan CUCMS tersebut. Saya berharap dan mendoakan semua masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik dan pantas, dan para pelajar perubatan CUCMS akan mendapat pengiktirafan penuh daripada MMC. InsyaAllah semuanya akan dapat diselesaikan dengan baik.

_____________________________________________________________________


Saya rasa setakat ini saja dulu 10 point review saya berkaitan CUCMS dan saya berharap ianya padat dengan informasi bagi anda yang mencarinya di internet. Anda boleh bertanya lebih lagi di ruangan komen, fb chat atau melalui email saya (mizamio87@yahoo.com) jika anda perlukan lebih info berkaitan CUCMS.

Selain itu, anda boleh layari laman web utama CUCMS untuk mendapatkan lebih banyak info melalui link: http://www.cybermed.edu.my/cucms-web/new_web/index.html.

Tuesday, June 7, 2011

Status 9

2 comments

First week of June..

I was busy with offline stuffs..

and travelling..

Plus I was sick for several days..

It has been a struggling period within past 2 weeks..

With many things happened and weird stories..

But in the end, Alhamdulillah..

Things were not that bad than what I had to face and handle..

By the way..

What ever it is..

The clock would never stop (kalau tak habis bateri lah.. =p)..

life has to go on..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.