Salam, hello2. Apa khabar semua? Hope semuanya sihat walafiat selalu. Saya sihat-sihat saje di sini, alhamdulillah. =)
Ok seperti biasa, satu post akan ditulis khas pada tarikh akhir setiap bulan untuk berceritakan hampir semua aktiviti yang saya lakukan dalam 30 hari yang ada. Rupa-rupanya, dah setengah tahun berlalu dalam tahun 2011 ini. Sekelip mata je rasa kan? (tolonglah jangan bagi ayat tipikal je.. =p)..
Huhu memang betul, 6 bulan telah kita lalui. Bermakna kita berada betul-betul di pertengahan tahun 2011 ini. Jadi bagaimana dengan matlamat yang ditulis pada awal tahun tempoh hari? Dah dapat capai ke belum?
Tanya orang, sendiri macam mane? huhu.. Lek-lek.. tengah buka semula document matlamat 2011 saya.. Nak buat pemerhatian jap.. =p
Matlamat 2011 saya ada 14 semuanya. Teknik menulis matlamat yang saya gunakan adalah teknik yang diajar oleh mentor saya iaitu Dr Irfan Khairi dan saya gabungkan dengan teknik yang diajarkan oleh Jutawan Hartanah Malaysia, Azizi Ali dalam buku mini beliau bertajuk "Senjata Paling Berkuasa".
Alhamdulillah, bila dilihat semula matlamat tersebut, sekurang-kurangnya 4-5 matlamat tahun 2011 saya telah tercapai sebelum berakhirnya 6 bulan pertama dalam tahun 2011 ini. Matlamat no 1 yang paling saya idamkan adalah untuk mempelajari teknik pemasaran email sebenar dan umpama magis, saya sentiasa terbawa ke arah ilmu tersebut.
Sekarang saya dah reti menggunakan teknik pemasaran email dan semuanya amat menjadi amat mudah bagi saya. Bila ada ilmu, yang gelap menjadi cerah. Bukan setakat dapat mencapai matlamat saya saja, malah, saya berpeluang untuk mengenali dan berkawan dengan ramai pakar pemasaran internet bertaraf Malaysia seperti Rahman Basri dan ramai lagi. Peluang untuk menceburi bidang ini menjadi lebih terbuka dan menyeronokkan.
Ok, setakat itu dulu berkaitan internet marketing. Sebenarnya saya kurang menggunakan Nizam Malek Blog untuk berbicara berkenaan internet marketing, sebab saya telah membina satu laman web khas untuk berkongsikan idea dan ilmu saya berkaitan internet marketing iaitu di www.StrategiInternet.com.
Jadi pada sesiapa yang berminat untuk belajar ilmu perniagaan dan pemasaran internet daripada saya, bolehlah berkunjung ke StrategiInternet.com sebab saya banyak berkongsi ilmu saya di situ, dan kebanyakannya saya berikan secara percuma. Saya dalam proses untuk memasang sistem satu kempen email di StrategiInternet.com untuk membantu mereka yang betul-betul berminat hendak belajar. InsyaAllah akan siap dalam bulan Julai ini.
Ok, jom berbicara berkaitan aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam bulan Jun 2011.
Yang pertama sekali dalam bulan Jun ini, saya telah menziarahi negeri tempat kelahiran saya iaitu negeri Kelantan. Dah lame rasanya tak balik Kelantan, sampai nak kecek Kelantan pun dah tak reti.. Orang Kelantan semua maafkan saya ya.. hehe..
Kenapa balik Kelantan? Owh, time tu balik sebab nak menghadiri majlis saudara yang berpangkat dua pupu. (Bukan kupu-kupu ya..) =p.. Alhamdulillah seorang lagi ahli keluarga saya telah mendirikan rumah tangga.
Time kat Kelantan tu tersangat lah panas.. Saya plak terbuang tebiat dok pakai baju kemeja 2 lapis.. Ingat nak g New Castle.. Rupanya Kota Bharu je.. huhu.. Memang panas habis la, berpeluh-peluh.. Naik segan ngan tetamu yang lain semua.. Heheh.. =p
Hmm, masa kat Kelantan tu, antara kenangan yang menarik adalah saya asyik kena attack je dengan pak-pak sedara.. Diorg tanya Jan bila pula?? Dah ada awek?? Bak sini handphone nak tengok.. Huhuh.. Kasi wa tambah berpeluh.. Panas beb! Huhu, tapi memang best la lepak dengan diorg semua..
I enjoyed my day in Kelantan, walaupun cuma balik 1 hari, dan khas hanya untuk menghadiri menghadiri majlis kahwin tersebut.
Then dalam 2 minggu pertama dalam bulan Jun ni saya banyak duduk kat rumah je.. Bermulalah cuti yang sebenar, tanpa gangguan pape dan bebas nak buat pape je.. Nak main game ke, nak tido ke, nak makan ke.. Suka hati.. Tiada siapa yang kacau..
I'm in my own world.. Sangat best macam ni.. Tapi makin hari makin bosan.. Tiada aktiviti yang menarik, kurang berjumpa orang, so jadi rasa macam distorted sikit.. dan ada lah rasa bosan sikit..
Malas sebenarnya nak pergi cari kerja.. Sebab I want to take this opportunity untuk berehat di rumah ja, selain gunakan masa yang ada untuk belajar benda-benda yang saya minati macam pemasaran internet. Kalau dah start kerja nanti, mana ada masa kan? Jadi hargailah kesempatan yang ada ni.. Bila sampai masa untuk bekerja nanti, kerja bersungguh-sungguh, insyaAllah..
Jadi nak dijadikan cerita, mulalah keluar mencari kursus-kursus atau program yang menarik untuk disertai bagi mengisi masa lapang. So untuk permulaan, saya pun sign up untuk masuk kelas gitar di Yamaha Music School. Memang sejak awal tahun lagi masa di Cyberjaya/Putrajaya lagi dok sibuk nak belajar main gitar letrik, dapat juga akhirnya. Yeay..
Dulu, masa belajar gitar akustik, cikgu saya adalah cikgu Lim, sekarang untuk gitar letrik, cikgu saya adalah cikgu Azam. Tunjuk ajar ku sifu.. Cuma dalam kelas gitar letrik ni, belajar tak pakai buku. Semua teknik cikgu Azam akan tunjuk masa kelas dan saya perlu ikut dan berlatih kat rumah.
Kebanyakannya saya belajar teknik-teknik untuk memainkan lagu rock dengan lebih banyak efek. Tapi bila basic tak cukup mantap, memang terkial-kial lah.. Tapi tak pe, learn for fun.. Tak perlu stress2, insyaAllah kalau berlatih bersungguh-sungguh, one day I will acquire the skills yang diajar. Dulu pun masa belajar gitar akustik, it took me 7 months untuk dapat 'tangkap' skills nya.. Jadi, it's the matter of time juga..
Gitar letrik yang saya gunakan adalah gitar Yamaha Pacifica 012 dan power amp Laney 20 watts. Kalau nak tengok gambarnya boleh lihat melalui album Facebook saya di My Guitar Hero.
Then pada 18 Jun 2011, kami sekeluarga telah bersama-sama menyambut Hari Bapa di Restoran Warung Kampungku, Bandar Seri Alam. Makanan kat situ memang best, seafood kat area Stulang pun boleh kalah.. huhu.. To abah, Happy Father's Day. Thanks for being a great dad to us and I will always pray for your happiness, success and health.. Take care always..
Ohya, dalam bulan Jun ni banyak juga seminar dan kursus yang saya join.. Antaranya, seperti dalam post saya sebelum ini, saya berkesempatan untuk menyertai satu seminar berkaitan pelaburan hartanah.
Seminar tu kira oklah, cuma kadang-kadang bila banyak sangat info pasal strategi-strategi terkini yang saya 1st time dengar, jadi overload juga lah rasanya. Salah satu strategi yang disarankan adalah dengan membuat pelaburan hartanah dengan memberi aset di Amerika kerana mereka sedang dilanda krisis ekonomi yang teruk. Jadi peluang sebegini adalah baik untuk orang Asia. Tapi for me, kat Malaysia pun belum tersentuh lagi, ini kan Amerika.. Huhuhu..
Bercakap pasal seminar juga, saya berkesempatan untuk menyertai seminar yang dianjurkan oleh kumpulan Usahawan Internet Selatan (UIS) di UTM Skudai pada 26 Jun yang lepas. Walaupun tajuk seminar tersebut adalah Seminar Asas Perniagaan Internet, tetapi saya boleh katakan yang para speaker telah membongkarkan rahsia perniagaan internet yang lebih daripada perkara asas.
Sangat best satu hari tu. Saya berkesempatan untuk bertemu sendiri dengan pakar-pakar IM Malaysia yang berada di area selatan. Antaranya adalah Presiden UIS, En. Mohd Najib Asaddok, graphic designer Malaysia, En. Dee dan Mohamad Izuan dan ramai lagi.
Yang menariknya juga, saya telah diperlawa untuk memberikan testimonial khas dalam bentuk video untuk seminar anjuran UIS tersebut. Rasa kelakar pun ade, berterabur ayat spontan.. hehe, tak pelah, first time..
Lawati: http://www.imselatan.com/
Papepun seminar tu memang best.. Sekarang saya ada lebih ramai kawan yang buat internet marketing.. So tak de la bosan sangat, sebab ramai kawan yang 'like-minded'.. InsyaAllah sekarang dalam proses product developing.. Harapnya dapat launch dalam bulan Julai or Ogos nanti.. =)
Ok tak habis lagi bercakap pasal aktiviti internet marketing saya. Dalam bulan 6 ni, income saya tak lah sekencang mana, sebab saya lebih banyak luangkan masa untuk belajar teknik-teknik baru dalam pemasaran internet ni. Tapi dapat la juga income sikit-sikit. Kebanyakannya datang daripada servis buat design minisite dan sales copywriting. Alhamdulillah, tak sia-sia belajar buat design minisite dan tulis sales copywriting.. Dapat juga buat jualan daripada situ.
Memang best sebenarnya buat servis di internet ni, sebab ianya tak perlukan modal. Just perlu rajin buat kerja dan penuhi permintaan customer. Waktu kerja pun flexible.. Kadang-kadang rasa tak de mood nak buat design, so stop kejap, pergi main game, tengok cerita pape ke.. Then boleh sambung buat kerja semula bila-bila masa tak de boss yang marah pun.. Siap kerja, duit masuk.. Best la kan.. ^ ^ Tapi semua tu perlukan ilmu.. Jika belajar cara buat duit di internet dengan cara yang betul, insyaAllah akan dapat hasilnya. =)
Selain tu, dalam bulan Jun ini juga, saya dah berjaya setup kempen pemasaran email saya sendiri di Nizam Malek Blog ini. Dalam kempen pemasaran email tersebut, saya telah menghasilkan satu ebook yang bertajuk "10 Cara Efektif Membina Keyakinan Diri" dan ebook ini telah dipilih untuk diberikan sebagai hadiah kepada mereka yang mendaftarkan nama dan alamat email mereka di Nizam Malek Blog.
Ebook itu telah ditulis dalam topik motivasi dan peningkatan kemahiran diri (soft skills). InsyaAllah saya akan tuliskan satu review khas berkaitan ebook itu dan kelebihan-kelebihan yang akan anda perolehi apabila mendaftar. Setakat ini, saya menerima respond yang baik daripada subscriber saya dan berharap dapat membantu mereka dalam aspek motivasi dan keyakinan diri.
Selain tu, di Nizam Malek Blog, saya dah install satu lagi aplikasi baru di bahagian bawah setiap post. Kalau anda perasan, di bawah setiap post saya akan ada satu kotak seperti ini:
Kotak ini dinamakan Facebook Comment. Mesti semua tahukan.. hehe.. Yup, saya dah install Facebook Comment dalam Nizam Malek Blog ni, untuk memudahkan anda respond/komen setiap post yang saya tulis. Mungkin bukan semua ada akaun google, dan kadang-kadang malas nak sign in just untuk tinggalkan komen.
Jadi dengan adanya Facebook Comment ini, maka lebih senang untuk anda memberi komen asalkan anda telah terlebih dahulu sign in Facebook account anda. Jadi anda boleh gunakan ruang ini untuk berinteraksi dengan saya di Nizam Malek Blog ok. Saya menanti respond anda. Huhuhu.. =)
Oh hampir terlupa, dalam bulan Jun ni juga saya berjaya mendapatkan satu lagi gadget baru iaitu iPad. iPad ni memang best lah.. Ibarat bawa sekeping kad, tapi boleh access internet, baca ebook, tengok video, rakam suara, main game best2 dan bermacam-macam lagi aplikasi menarik boleh didownload dengan mudah.
Cuma iPad ni kurang best kalau tak dijailbreak. Jadi dalam minggu pertama tu saya sibuk peningkan kepala cari jalan untuk jailbreak ipad saya tu. Cuba punya cuba, akhirnya berjaya juga. Seronok sebab boleh download semua applikasi berbayar secara percuma.
Setakat ni pakai memang tiada masalah, tak de crash dan baterinya sangat tahan lama. Memang puas hati. Jadi sekarang ni kalau travel saya dah tak bawa macbook lagi, just bawa iPad saja. All in one, memang seronok. Tapi setakat ni iPad selalu diconquer oleh adik beradik yang suka main game HD nya.. Tak pe, layankan aje~ huhu..
Ok jom cakap pasal statistik Nizam Malek Blog pulak. Alhamdulillah target minimum 600 pelawat sebulan telah berjaya dicapai, malah lebih tinggi daripada rekod bulan Januari dan Februari. Cuma rekod bulan April masih belum boleh dicabar. Biasalah, bulan April kan bulan best.. =p
Selain menggunakan SiteMeter untuk membuat analisa statistik pengunjung Nizam Malek Blog, saya juga telah menggunakan servis Google Analytics untuk membuat kajian yang lebih tepat lagi. Dalam Google Analytics, saya boleh lihat rekod pengunjung, post paling popular dan sumber trafik ke Nizam Malek Blog.
Seperti yang anda dapat lihat dalam pie chart di atas, sumber trafik utama ke Nizam Malek blog adalah daripada Search Engines. Mungkin ini adalah salah satu petunjuk bahawa teknik SEO yang saya lakukan telah berjaya dan progres ini akan terus saya perhatikan dari masa ke semasa untuk membuat kesimpulan yang lebih tepat.
Ada yang bertanya berkenaan teknik SEO yang saya gunakan. InsyaAllah saya akan sediakan satu manual khas untuk membantu sesiapa yang berminat untuk belajar berkenaan SEO. InsyaAllah saya akan cuba buatkan manualnya semudah yang boleh untuk difahami. Itu pun kalau ada yang berminat nak tahu. Jadi kalau berminat, contact2lah saya k. Baru boleh bincang2.. =p
Rasanya setakat ini dulu kot month summary for June 2011.
Learning Lesson
Ok untuk learning lesson kali ini, apa yang saya boleh simpulkan adalah pentingnya fokus untuk mencapai kejayaan. Dalam hidup kita sehari-hari, masa sentiasa bergerak tanpa henti dan tanpa kita sedari, terlalu banyak masa yang kita buangkan untuk aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah.
Sesungguhnya kita dalam kerugiaan apabila banyak membuang masa saja. Oleh itu sebagai peringatan untuk diri sendiri juga, kita perlu fokus dalam melakukan tugasan-tugasan seharian kita. Dengan mengamalkan elemen fokus dalam setiap perancangan, lebih banyak kerja yang dapat disiapkan dalam tempoh masa yang diperuntukkan.
Selain itu berkaitan masa, walaupun kita mempunyai masa senggang yang banyak, ia tidak bemakna kita akan mendapat ruang yang lebih banyak untuk produktiviti. Sedangkan mutiara kata berbunyi, "lebih banyak masa yang kita ada, lebih banyak masa yang kita buangkan". Jadi gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Waktu muda adalah waktu yang paling efektif untuk belajar dan mencuba. Jadikan masa itu untuk mendapatkan ilmu yang dapat membina masa depan yang lebih bahagia.
Jumpa lagi dalam post seterusnya di bulan Julai! =)
0 comments:
Post a Comment