Sunday, June 12, 2011

10 Point Review Belajar di CUCMS


Hye, salam semua.


Dalam beberapa minggu sejak tamat belajar di CUCMS ni, ada beberapa orang juga yang menghubungi saya dan bertanyakan berkaitan CUCMS melalui sms, facebook message dan email. Antara mereka yang bertanya adalah bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di CUCMS dan ada juga yang bertanyakan untuk saudara-mara yang berminat untuk menyertai CUCMS.

Bermacam-macam soalan yang saya terima seperti best tak CUCMS, bagus ke tempatnya, tenaga pengajar macam mane, ade pape masalah ke dan banyak lagi, sampai tak menang tangan (guna tangan menaip.. =p) untuk menjawabnya.

Memang betul, bila kita atau adik-beradik kita nak belajar di sesuatu kolej swasta, pasti kita akan cuba mencari info yang berkaitan kolej tersebut di internet. Walaupun banyak maklumat yang kita boleh dapat melalui laman web rasmi kolej, tapi kalau kita dapat info daripada bekas pelajar CUCMS pasti lebih jelas lagi maklumatnya.

Saya menghargai sesiapa saja yang telah berusaha untuk menghubungi saya untuk bertanyakan berkenaan CUCMS dan harapnya jawapan yang saya bagi dapat memberi gambaran yang sedikit sebanyak seperti yang diharapkan.

Mungkin masih ada lagi yang di luar sana sedang mencari info-info berkaitan CUCMS untuk dijadikan sebagai rujukan sebelum membuat keputusan untuk menyertai CUCMS. Jadi untuk membantu anda, saya rasa bolehlah saya tuliskan satu post khas iaitu review berkenaan CUCMS khususnya Fakulti Farmasi mengikut pandangan dan pengalaman saya sendiri. Harap ia membantu anda. =)

______________________________________________________________________


1. Apakah CUCMS?
CUCMS adalah singkatan bagi nama Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) yang terletak di Cyberjaya, Selangor. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan mula beroperasi sejak tahun 2005.

2. Kursus apakah yang ditawarkan di CUCMS?
Pada awal penubuhannya, CUCMS hanya memfokuskan pada 2 fakulti utama sahaja iaitu Fakulti Perubatan (MBBS) dan Fakulti Farmasi (Bpharm) selain Center for Foundation in Sciences Studies. Selepas beberapa tahun, CUCMS mula berkembang dan mempunyai beberapa fakulti lain seperti Academy of Paramedical Sciences (Diploma), Faculty of Traditional and Complementary Medicine dan lain-lain.

3. Apakah keunikan CUCMS?
CUCMS merupakan satu kolej sains perubatan yang dimiliki oleh golongan bumiputera dan majoriti pelajarnya adalah Melayu Islam. Pelajar bukan bumiputera adalah dalam sekitar 10-20%.

Secara filosofinya, CUCMS menerapkan nilai-nilai holistik dalam rangka perkembangan para pelajarnya. Aspek-aspek keagamaan yang baik menjadi teras dalam pembentukan minda para pelajarnya dengan harapan dapat melahirkan pakar-pakar dalam bidang perubatan yang lebih berketerampilan, berkualiti dan berdaya saing.

Salah satu modul unik yang digunakan di CUCMS adalah modul pembangunan insan yang dinamakan Effective Domain. Modul ini merupakan modul yang digunakan untuk memantau dan membentuk peribadi pelajar yang bersifat bertanggungjawab, dan penyayang selaras dengan motto CUCMS iaitu 'Nurturing The Passion To Care'.

Kebiasaannya, para pelajar dari jurusan perubatan dan farmasi umumnya lebih fokus kepada akademik semata-mata, tetapi di CUCMS, para pelajar diterapkan dengan program-program kemanusiaan dan komuniti atau aktiviti-aktiviti sukarelawan yang secara langsung dan tidak langsung dapat menghubungkan para pelajar dengan masyarakat setempat.

Contohnya, setiap tahun, para pelajar farmasi CUCMS akan menganjurkan program Karnival Mesra Ubat (KaMU) di mana para pelajar akan mendekati masyarakat setempat untuk memberikan informasi dan khidmat berkaitan kesihatan dan ubat-ubatan. Program KaMU juga selalunya disertai oleh pelajar-pelajar dari fakulti lain di CUCMS seperti Perubatan, Paramedik serta Traditional dan Complimentary Medicine.

Pendedahan sebegini yang lebih kerap membolehkan para pelajar membentuk nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi dan minat yang mendalam dalam bidang kesihatan.

4. Pengalaman belajar di CUCMS
Ok, saya menyertai CUCMS pada tahun 2007 dalam jurusan Bachelor of Pharmacy (Hons) dengan menggunakan result matrikulasi. Saya merupakan pelajar batch ke 3 dalam Fakulti Farmasi CUCMS.

Masa awal masuk tu, fasiliti CUCMS bolehlah dikatakan serba kekurangan. Kami belajar di bangunan induk yang kecil berhampiran dengan Street Mall atau Hentian Bas di Cyberjaya.

Masa tu kira ok lagi sebab bilangan pelajar pun sikit saja. Cuma keadaan waktu tu agak daiflah, sebab kami terpaksa berkongsi-kongsi kelas dan kadang-kadang tu terpaksa berpindah-randah dari satu bangunan ke bangunan lain untuk mencari kelas yang kosong. Namun segala kepayahan tersebut kini menjadi kenangan yang manis bagi kami semua.

Ketika saya di tahun ke 3, CUCMS telah berjaya mendapatkan kampus utama iaitu bangunan InventQ Jaya yang berdekatan dengan bangunan TM dan Ericsson. Bangunan yang dulunya merupakan sebuah research center negara diubah suai hampir 70% untuk disesuaikan dengan suasana pembelajaran peringkat universiti terutamanya bagi jurusan Perubatan dan Farmasi. Pelajar-pelajar bagi Center for Foundation in Sciences Studies kekal berada di bangunan lama (kampus di Street Mall).

Belajar di kampus utama (main camp) CUCMS adalah sangat selesa dan menyeronokkan. Antara fasiliti yang ada di kampus utama adalah seperti big library, dewan kuliah, kelas, dewan peperiksaan, auditorium, cafetaria, meeting room dan fakulti.

5. Fakta Fakulti Farmasi CUCMS
Untuk bilangan pelajar, batch pertama Fakulti Farmasi CUCMS adalah seramai 14 orang, batch kedua pula 22 orang dan batch saya seramai 30 orang manakala batch ke empat dan ke lima lebih kurang 30 lebih pelajar juga. Namun bermula batch yang ke enam, jumlah pelajar meningkat sehingga lebih 90 pelajar dan mula menerima pelajar antarabangsa.

Majoriti tenaga pengajarnya adalah bumiputera Melayu dan terdapat beberapa pensyarah dari luar negara seperti dari Iran, Iraq, India dan Euthopia yang sememangnya mempunyai kepakaran dalam subjek masing-masing.

Silibus Fakulti Farmasi merangkumi semua aspek yang diperlukan untk membentuk bakal ahli farmasi yang bertauliah. Tapi saya boleh katakan bahawa setakat ini, fokus utama adalah adalah lebih kepada melatih para pelajarnya dalam bidang Farmasi Klinikal (Clinical Pharmacy).

Pada waktu saya, kos yuran pembelajaran sahaja (tidak termasuk sewa hostel dan lain-lain) yang perlu ditanggung untuk memasuki Fakulti Farmasi CUCMS adalah RM104k. Tapi saya rasa kosnya adalah lebih tinggi untuk tahun-tahun seterusnya. Untuk maklumat lanjut berkaitan kos yuran pembelajaran dan kos-kos lain, anda boleh menghubungi department finance CUCMS (http://www.cybermed.edu.my/cucms-web/new_web/contact_us.html).

6. Ada tak bantuan pinjaman atau biasiswa?
Pada setiap sesi kemasukan pelajar baru, bahagian Student Affair akan membantu para pelajar untuk membuat permohonan bantuan pinjaman daripada MARA dan PTPTN. Kebiasaannya satu sesi taklimat akan diadakan untuk para pelajar berkaitan proses permohonan pinjaman dan para pelajar yang ingin memohon perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Kebiasaannya juga, permohonan pinjaman akan diproses selepas para pelajar menerima result exam semester pertama. Bermakna, sekurang-kurangnya para pelajar tetap perlu menanggung kos yuran dan perbelanjaan sendiri terlebih dahulu pada semester pertama sebelum status permohonan pinjaman diumumkan.

7. Fakulti Farmasi CUCMS ni diiktiraf tak?
Pada tahun 2011, Fakulti Farmasi CUCMS telah diberi akreditasi penuh daripada Lembaga Farmasi Malaysia di mana graduan daripada Fakulti Farmasi CUCMS adalah sah dan diiktiraf untuk bekerja di hospital-hospital kerajaan seluruh Malaysia seperti ahli farmasi lepasan IPT awam yang lain.

8. Pengalaman saya menetap di Cyberjaya
Berkaitan hostel, pada tahun pertama sahaja, kami diberi sewa di serviced apartment Smart Home Cyberia. Satu rumah ada 8 pelajar semuanya dan siap dengan kelengkapan asas seperti katil, almari, meja dan kerusi untuk belajar (internet kena pasang sendiri kalau nak). Kemudahan asas macam kedai runcit dan kedai makan berdekatan memang ada.

Yang terbaru, pihak CUCMS juga ada menyediakan hostel di Cyberheights untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah setiap tahun. Saya pun ada pengalaman tinggal di Cyberheights selama 2 tahun. Tempatnya lebih 'aman' daripada Cyberia. Kalau nak study memang ok lah. Cuma kalau bagi yang suka havoc-havoc, memang terasa sangat bosan sangat la kot kat Cyberheights. =p

Jarak hostel ke kolej tidaklah berapa jauh, tapi kalau nak jalan agak lunyai juga lah. Pengangkutan awam seperti bas ada disediakan, tapi sepanjang 4 tahun, saya tak pernah naik bas ke kelas.

Berbeza dengan IPT awam, kami diberi kebenaran untuk membawa kenderaan sejak tahun pertama lagi. Bagi saya, kalau ada kenderaan ni senang sikitlah sebab jadual kelas kadang-kadang tak menentu. Tak perlulah kereta besar-besar, mahal-mahal. Cukuplah sekadar yang boleh dipandu dari A ke B. Contohnya Viva 1.0. =p

Bab makanan di Cyberjaya ni ok ja. Banyak kedai makan yang mahal-mahal macam di Saba' (restoran Arab), Padi, Hassan & Ariff Cafe dan ada juga yang lebih murah sikit seperti di Hentian Bas Cyberjaya dan Restoran Mak Teh. Restoran favourite saya adalah Indo Cafe di Cyberia. Makanannya sedap sangat dan harga pun berpatutan. =p

9. Secara overal, pendapat saya pasal CUCMS?
Erm, belajar di CUCMS ni boleh dikatakan agak seronok jugalah. Nak kata senang, tak senang, nak kata susah, ada masanya susahlah juga. Tapi alhamdulillah, sepanjang 4 tahun tu saya belajar banyak juga berkaitan kehidupan selain subjek teras berkaitan farmasi.

Memang betul, sebagai kolej yang masih lagi boleh dianggap 'muda', CUCMS tidaklah selengkap dan se'perfect' yang dibayangkan. Pasti ada kekurangan di sini dan di sana sepanjang jalan (along the way lah maksudnya.. =p). Tetapi bagi saya CUCMS sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik terhadap kebajikan para pelajar.

10. Isu/masalah Fakulti Perubatan CUCMS?
Masalah pengurusan dalam Fakulti Perubatan yang melibatkan kuota pelajar yang memberi kesan kepada pengiktirafan sijil Jurusan Perubatan (MBBS) CUCMS oleh Malaysian Medical Council (MMC) sememangnya bukan isu yang tersembunyi lagi apabila ianya dilaporkan dalam surat khabar perdana Malaysia seperti Utusan Malaysia pada awal 2011.

Ramai yang ingin mengetahui masalah sebenar yang terjadi dalam Fakulti Perubatan CUCMS dan status semasanya. Tambahan pula adakah masalah tersebut akan memberi kesan kepada fakulti-fakulti lain seperti Fakulti Farmasi dan pelajar Foundation. Ini antara soalan yang selalu ditanya kepada saya.

Secara jujurnya, memang betul masalah melibatkan kuota pelajar perubatan tahun pertama sesi 2010/2011 CUCMS wujud. Namun masalah tersebut hanyalah melibatkan pihak pengurusan kolej dan Fakulti Perubatan CUCMS.

Setahu saya, akreditasi dan pengiktirafan Fakulti Farmasi CUCMS diberikan oleh Lembaga Farmasi dan begitu juga sebaliknya untuk fakulti-fakulti lain di CUCMS. Masalah yang melanda Fakulti Perubatan CUCMS itu tidak menjejaskan pengiktirafan para pelajar jurusan Farmasi CUCMS dan fakulti yang lain. Jadi, bakal pelajar yang bakal menyertai Fakulti Farmasi CUCMS tidak perlu risau dengan masalah tersebut.

Saya dari Fakulti Farmasi CUCMS sememangnya bersimpati dengan berita masalah Fakulti Perubatan CUCMS tersebut. Saya berharap dan mendoakan semua masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik dan pantas, dan para pelajar perubatan CUCMS akan mendapat pengiktirafan penuh daripada MMC. InsyaAllah semuanya akan dapat diselesaikan dengan baik.

_____________________________________________________________________


Saya rasa setakat ini saja dulu 10 point review saya berkaitan CUCMS dan saya berharap ianya padat dengan informasi bagi anda yang mencarinya di internet. Anda boleh bertanya lebih lagi di ruangan komen, fb chat atau melalui email saya (mizamio87@yahoo.com) jika anda perlukan lebih info berkaitan CUCMS.

Selain itu, anda boleh layari laman web utama CUCMS untuk mendapatkan lebih banyak info melalui link: http://www.cybermed.edu.my/cucms-web/new_web/index.html.

55 comments:

Anonymous said...

mr nizam memulakan pengajian farmasi cucms pada 2007 kan..manakala farmasi cucums mendapat accreditation pada 2011..saya nak tanya sekiranya meneruskan pengajian dalam kursus yang tidak diiktiraf atau the accreditation is pending..nak kerja lepas graduate nanti mcam mana? sya risau kerana saya bakal memulakan pengajian di MSU dan kursus farmasi tersebut belum mendapat sebarang pengiktifan..mohon pendapat encik. thanks.

Nizam Malek on May 28, 2012 at 11:08 PM said...

Hi, ok berkenaan pengiktirafan atau akreditasi ini, ia memang tiada untuk IPTS yang baru. Kebiasaannya, akreditasi ini dinilai dari semasa ke semasa terutamanya pada graduan pertama yang dihasilkan.

Bermaksud, prestasi batch pertama yang dihasilkan oleh kolej swasta tersebut akan dinilai dan menjadi antara penentu utama untuk mendapatkan kelulusan akreditasi tersebut.

Melanjutkan pelajaran di kolej swasta yang masih belum mendapat status akreditasi yang lengkap sememangnya boleh mendedahkan pelajar kepada risiko seperti sijil atau sarjana yang tidak diiktiraf, malah mungkin juga tidak dipanggil untuk bekerja.

Walaubagaimanapun, semuanya bergantung kepada keyakinan kita pada institusi yang kita pilih. Oleh itu, anda perlu bertanya pada pihak pengurusan kolej tersebut berkenaan status akreditasi kolej tersebut. Pastikan anda mendapat jawapan yang konkrit dan meyakinkan.

Berkenaan kursus Farmasi di MSU, saya kurang pasti status terkini akreditasi institusi tersebut, walaubagaimanapun, saya mempunyai beberapa kenalan graduan Farmasi MSU yang telah pun mula bekerja sebagai PRP di hospital kerajaan.

Mungkin intake posting mereka agak lambat, tapi mereka tetap mendapat kelayakan untuk bekerja di hospital kerajaan, sama seperti graduan institusi-institusi yang lain.

Pada saya, fakulti Farmasi MSU bukanlah nama asing dalam dunia akademik Farmasi Malaysia dan saya berpendapat ianya tidak menjadi masalah.

Walaubagaimanapun, lebih baik anda bertanya terus pada pihak pengurusan MSU dan dapatkan jawapan yang pasti daripada mereka.

Semoga berjaya! =)

Anonymous said...

Salam en nizam, saya akan memulakan degree farmasi dalam uitm dan penerima biasiswa jpa..apa yang menakutkan saya, terdapat artikel yang mengatakan lambakan graduan farmasi di malaysia pada masa sekarang dan ada yang masih belum dipanggil posting..apa pandangan encik nizam untuk bidang farmasi 3,4 tahun akan datang?

Nizam Malek on December 29, 2012 at 3:48 PM said...

Salam,

Memang benar, sudah ramai lepasan jurusan Farmasi dan semakin bertambah setiap tahun.

Lambakan yang dimaksudkan adalah kerana post atau kekosongan yang ada semakin cepat diisi.

Walaubagaimanapun, kerjaya Farmasi akan terus berkembang dan Pegawai Farmasi adalah sentiasa diperlukan dari semasa ke semasa.

Dalam tempoh 4-5 tahun lagi, kerjaya Farmasi mungkin menjadi kerjaya kritikal dan tiada lagi jaminan pasti dapat kerja selepas tamat belajar.

Dan sudah pasti, lepasan jurusan Farmasi perlu mempersiapkan diri dengan lebih ampuh dari segi kemahiran soft skill dan interpersonal untuk mendapatkan kerja.

Persaingan akan lebih tinggi, dan hanya yang terbaik akan mendapat tempat.

Ini adalah satu cabaran untuk pelajar jurusan Farmasi masa kini.

Namun saya pasti, peluang kerjaya tetap ada, InsyaAllah. =)

Anonymous said...

Salam. Saya nak tanya, sekarang encik nizam bekerja di mana? Bagaimana dengan peluang bekerja bagi lepasan cucms?

Nizam Malek on January 4, 2013 at 12:33 AM said...

Salam, Anonymous.

Saya kini berkhidmat di Cawangan Penguatkuasa Farmasi Johor.

Untuk soalan kedua, saya boleh katakan bahawa peluang bekerja bagi lepasan CUCMS adalah cerah.

Walaubagaimanapun, peluang pekerjaan akan menjadi lebih kompetitif di masa hadapan dan saya menjangkakan lepasan CUCMS perlu lebih berdaya saing untuk mendapatkan pekerjaan.

Anonymous said...

As'kum..saya berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang farmasi..saya mempunyai ijazah pertama dalam bidang sains..adakah kemungkinan saya boleh diterima masuk mengikuti pengajian farmasi di CUCMS jika saya menggunakan kelayakan ijazah pertama saya?

Nizam Malek on March 22, 2013 at 5:35 PM said...

Wasalam,

Berikut adalah Entry Requirement untuk masuk ke Fakulti Farmasi CUCMS.

http://www.cybermed.edu.my/cucms-web/new_web/bpharmprogramme.html

Untuk pertanyaan lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak CUCMS melalui telefon.

Boleh rujuk link ini:

http://www.cybermed.edu.my/cucms-web/new_web/contact_us.html

Semoga berjaya.

Anonymous said...

hi. Saya apply untuk MBBS dan ada interview dalam beberapa hari. Ada tak apa-apa yang perlu dipelajari?

Nizam Malek on April 9, 2013 at 8:57 AM said...

Hi, tiada apa yang perlu dipelajari.

Apa yang perlu anda buat adalah mempersiapkan diri agar dapat menghadapi sesi interview dengan yakin.

Berlatih teknik memperkenalkan diri secara lisan dan penulisan.

Banyakkan membaca berkenaan kursus perubatan semasa.

Dan yang paling penting, anda perlu tahu, kenapa anda memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang MBBS.

Soalan itu adalah soalan wajib.

Semoga berjaya!

Anonymous said...

Salam.
Saya nak apply mbbs untuk intake ogos akan datang, tapi muet saya baru nak ambil bulan july ni. So, sy boleh terus apply or kena tunggu result muet dulu?

Anonymous said...

salam,
saya nak tanya adakah cucms masih mengambil intake baru utk bln ogos 2013 dlm course mbbs?

Nizam Malek on June 13, 2013 at 9:48 PM said...

Salam,

Anonymous 1 & 2:
Sila berhubung terus dengan staff CUCMS untuk mendapatkan jawapan yang terkini dan lebih tepat.

http://www.cybermed.edu.my/cucms-web/new_web/contact_us.html

Anonymous said...

Salam encik nizam saya ingin bertanya apakah butiran borang yang akan diminta oleh pihak MARA semasa ingin memohon pinjaman loan MARA?

Nizam Malek on July 17, 2013 at 10:47 AM said...

Salam Anonymous,

Anda boleh mendapatkan butiran borang untuk tujuan permohonan pinjaman MARA daripada pihak student affairs universiti.

Selain itu, anda boleh menghubungi pihak MARA secara langsung untuk mendapatkan maklumat terkini yang lebih tepat.

amira said...

Assalamualaikum.
1.sy nak tanye pengalaman encik nizam belajar di cucms menggunakan biasiswa @ pinjaman??
2.Jika pinjaman contoh nya mara @ ptptn adakah pinjaman diberikan sepenuhnya @ hanya sebahagian shj?? @ bergantung kepada syarat2 tertentu??
3. Adakah bayaran balik pinjaman berpatutan dengan gaji yg dpt sbg pegawai?? Mksd sy x membebankan.. harap encik dpt bg pendapat.. terima kasih..

Anonymous said...

Salam Encik Nizam.

Maksud encik, pelajar kena bayar terlebih dahulu yuran pendaftaran sebelum memohon loan mara kan? Berapa anggaran sekali dengan accommodation ye? If student dapat pinjaman tu, kira dapat from sem 2 onwards eh? Tq :)

Nizam Malek on August 3, 2013 at 10:50 AM said...

Salam, Anonymous,

Yup, biasanya memang perlu bayar dahulu. Masa zaman saya, kena sediakan minimum RM10k untuk pendaftaran awal termasuk yuran belajar dan accomodation.

Tapi itu pada tahun 2007. Sekarang mungkin nilainya lebih tinggi. Anda boleh berhubung dengan pihak CUCMS dan mereka akan memberikan details pembayaran yang perlu dibuat.

Yup, jika dapat pinjaman, badan yang memberi pinjaman akan menanggung kos pembelajaran bermula dari semester pinjaman diluluskan.

Jika dapat pinjaman penuh, pelajar akan mendapat wang saku setiap bulan, manakala jika sekadar mendapat pinjaman separa, maka cuma bayaran yuran pembelajaran yang akan ditanggung.

Jadi kos sara hidup pelajar tersebut perlu ditanggung sendiri atau oleh ibu bapa.

Anonymous said...

Salam. Saya baru sahaja tamat program matrikulasi may lepas. Saya amat berminat pada bidang perubatan cuma pointer di matrik tak berapa bagus. Cuma 3.36. Layak tak saya memohon ke cucms? if tak, ade tak kolej swasta lain yg boleh saya mohon? tq

Nizam Malek on August 11, 2013 at 11:04 PM said...

Salam Anonymous,

Untuk permohonan kemasukan ke CUCMS untuk jurusan Perubatan, anda perlu mendapat minimum GPA 3.00 untuk 3 subjek Sains (daripada 4, iaitu Biologi dan Kimia, dan Fizik atau Matematik).

Jika anda memenuhi syarat ini, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke CUCMS. Sama ada anda diterima atau tidak, banyak bergantung pada sesi interview nanti dan juga kekosongan yang ada.

Anda boleh merujuk link di bawah untuk mendapatkan info berkenaan syarat-syarat kelayakan kemasukan ke CUCMS dalam jurusan Perubatan:

http://www.cybermed.edu.my/cucms-web/new_web/mbbsprogramme.html

hanafi19 said...

salam, saya pelajar lepasan SPM lepas. utk masuk ke CUCMS adakah saya perlu ambil foundation dahulu ataupun terus kepada degree? dan bilakah intake yg terdekat utk masa ini? dan adakah persaingan utk masuk ke cucms ini tinggi dan memerlukan result yg sgt baik? sbb result spm saya melepasi semua entry requirements, ttpi adakah itu menjamin kedudukan saya utk ke CUCMS? terima kasih jzkk

Nizam Malek on August 22, 2013 at 9:46 AM said...

Salam Hanafi19,

Yup, anda perlu ke foundation terlebih dahulu, kemudian baru ke degree. Biasanya intake bulan Ogos. Namun permohonan perlu dibuat lebih awal, kerana ada sesi Interview. Apa pun, boleh berhubung terus dengan pihak CUCMS untuk kepastian.

Persaingan kini menjadi semakin tinggi. Oleh itu anda perlu bertindak pantas dan fokus jika ingin menyambung pelajaran, dalam bidang apa jua sekalipun.

Jika result SPM anda melepasi semua entry requirements, itu melayakkan anda untuk memohon sambung belajar di CUCMS. Tiada jaminan, tapi anda boleh berusaha dan jika anda berjaya dalam sesi Interview serta ada kekosongan, insyaAllah anda akan mendapat tempat di CUCMS.

Semoga berjaya. =)

Anonymous said...

salam, saya nak tanya bro belaja farmasi dapat biasiswa or duit sendiri...klau biasiswa dapat biasiswa apa dan bagaimana nak dapat kan biasiswa...saya pelajar diploma farmasi tahun kedua di kpj healthacare univ. college

Nizam Malek on September 8, 2013 at 6:38 PM said...

Salam,

Saya belajar Farmasi under loan MARA.

Saya tak dapat biasiswa. Biasanya student yang dapat biasiswa ni sangat cemerlang ketika di peringkat A-Level.

Mereka asalnya mendapat tajaan MARA atau JPA untuk ke luar negara, tapi disebabkan masalah-masalah tertentu, mereka ditempatkan di CUCMS dengan tajaan penuh.

Kalau tidak silap, kini tiada lagi skim biasiswa ditawarkan. Sekarang cuma ada pinjaman untuk pelajaran daripada MARA atau PTPTN.

Untuk MARA, jika pointer CGPA anda bagus, jumlah bayaran balik akan dikurangkan menjadi 10% daripada total yang dipinjam.

Anonymous said...

salam tuan,saya pelajar baru cucms..sekarang berada di semester 1 farmasi..tapi saya risau yang pointer saya seperti kurang daripada min requirement..saya foundation sains daripada kolej masterskill dengan cgpa 3.44..dekat laman web farmasi malaysia min requirement macam cgpa 3.5..semua kelayakan minima lain dipenuhi..saya tengok kawan2 saya ada yang foundation uitm jugak dgn pointer yang sama..saya harap xda apa2 jadi,saya nak terus study dekat cucms..

Nizam Malek on September 13, 2013 at 11:43 PM said...

Salam Anonymous,

Pada pendapat saya, anda tidak perlu risau apa-apa sekarang, kerana anda telah pun berjaya memasuki Fakulti Farmasi menggunakan kelayakan anda.

Sekarang anda cuma perlu berusaha agar CGPA anda di peringkat ini adalah sentiasa baik dari semasa ke semasa.



Nizam Malek on April 28, 2014 at 11:45 PM said...

Salam Izyan Yussuf,

Kolej atau universiti itu tidak penting.

Yang penting sijil dan sarjana yang dikeluarkannya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan lembaga penilai yang berkaitan.

Pertolongan apa yang dimaksudkan?

Anonymous said...

salam tuan,
scholarship jpa ada tak untuk ijazah pharmacy kat cucms? ke pinjaman mara sahaja?

Nizam Malek on June 9, 2014 at 9:36 PM said...

Salam Anonymous,

Ada, semua jenis pinjaman ada di CUCMS, MARA, JPA, Petronas, PTPTN..

Bergantung kepada pencapaian akademik pelajar.

Boleh tanya Student Affairs untuk maklumat lanjut ya.

Anonymous said...

Assalamualaikum saya lepasan pasum. pointer saya cuma 2.33 sahaja. Pada pndpt awak Layak tak saya mohon course medik di cucms? Terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum saya lepasan pasum. pointer saya cuma 2.33 sahaja. Pada pndpt awak Layak tak saya mohon course medik di cucms? Terima kasih

Nizam Malek on June 10, 2014 at 9:51 PM said...

Wasalam Anonymous, berkemungkinan tinggi pointer anda tidak melayakkan anda memohon course Medic di CUCMS.

Cuba hubungi CUCMS dan bertanya pilihan lain.

Mungkin anda boleh menyertai Foundation in Science CUCMS terlebih dahulu selama setahun untuk menyambung pelajaran ke course Medic.

Anonymous said...

Salam. Saya nak tahu tentang rumah di cucms, dengar cerita ada 4 bilik yang lain harganya. Masa pendaftaran, boleh tak pilih kita nak duduk bilik mana dan sebilik dengan siapa? Ataupun cucms yg tetapkan?

Nizam Malek on July 2, 2014 at 6:35 PM said...

Salam,

Yup harga bilik tidak sama.

CUCMS akan tentukan dengan siapa kita akan duduk sebilik dan biasanya dalam satu rumah akan ada Melayu, Cina dan India.

Anonymous said...

Saya akan masuk bulan ogos ini..mngambil course ohsa..adakah course itu susah..saya harap ada pengangkutan dsediakan dan tmpat tinggal yang selesa..

sakura_epi on July 21, 2014 at 11:44 PM said...

Salam. Mr nizam, saya ex medical student ipta local. Disebbkan msalah akademik sy trpaksa bhenti di 2 thun terakhir. Pd pndapat tuan blh x sy join cucms utk intake ogos thun ini??

Nizam Malek on August 1, 2014 at 2:03 PM said...

Salam Anonymous,

Persoalan sama ada course OHSA itu susah atau tidak itu subjektif.

Kalau saya kata senang, mungkin ia susah bagi anda.

Kalau saya kata susah, mungkin ianya senang bagi anda.

Seeloknya anda melakukan persediaan untuk menjalani kursus OHSA ini dan menumpukan sepenuh perhatian ketika berada dalam dewan kuliah.

Salam sakura_epi,

Boleh, tapi kalau nak lebih kepastian, sila hubungi pihak CUCMS untuk maklumat yang lebih tepat.

Anonymous said...

Salam...saya pljr spm dlm perakaunn...bolehkh saya nk menyertai cucms dlm bidang homoephaty

Nizam Malek on September 5, 2014 at 8:36 PM said...

Salam, boleh. tapi mungkin perlu masuk kelas foundation CUCMS setahun dulu.

Sila hubungi pihak CUCMS untuk maklumat lanjut.

Tinta Nurani on November 3, 2014 at 4:20 PM said...

Assalamualaikum.
Anak saya sedang mengikuti asasi sains UITM. Persaingan yang sengit menyebabkan saya terfikir untuk menghantar anak.saya mengambil kursus perubatan di CUCMS. Adakah kursus asasi dari mana2 IPTA diterima untuk masuk ke tahun pertama ?

Anonymous said...

salam sye nak tye sbb sye hye dpt surt twrn n panduan for registration xde so nnti camne ea? attire sms registration n oreintation nnti mcm ye? ad ap ap rules x?

Nizam Malek on August 12, 2015 at 8:48 PM said...

Tinta Nurani: InsyaAllah diterima. Boleh hubungi pihak CUCMS untuk bantuan lanjut.

Anonymous: Boleh call pihak CUCMS untuk sebarang pertanyaan.

Alvery Loans on August 29, 2015 at 12:28 PM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown on September 12, 2015 at 3:15 AM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown on December 1, 2015 at 10:40 AM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown on January 25, 2016 at 8:13 AM said...

Hello

Adakah anda telah ditolak oleh bank anda atau mana-mana kewangan lain
institusi?, Bimbang Tiada lagi kerana syarikat ini adalah di sini untuk membantu anda
keluar dari masalah kewangan anda, kami memberi pinjaman pada kadar 3% bagi kami
pelanggan yang sanggup membayar lebih dalam beberapa tahun akan datang .. Adakah anda
berminat untuk memohon apa-apa pinjaman, yang disenaraikan di bawah, sila menghantar
e-mel kepada: Barrybushloanfirm@gmail.com

Kami menawarkan jenis berikut pinjaman:

* Kredit ..
* Pinjaman Peribadi ..
* Pinjaman Perniagaan ..
* Pinjaman Pelaburan ..
* Pinjaman Pembangunan ..
* Pinjaman Pembelian ..
* Pinjaman Pembinaan ..
* Pinjaman untuk membeli kereta ..
* Pinjaman Penyatuan Hutang ..
* Pinjaman Antarabangsa ..
* Pinjaman Pelajar dan banyak lagi tanpa apa-apa kelewatan ....

Memohon dan menerima pinjaman dalam tempoh 48 jam .. Jangan terlepas !!
Kami sedang menunggu untuk mel anda ......

Ambil perhatian semua tindak balas kepada: Barrybushloanfirm@gmail.com

Encik Barry

Tyron Snel on February 1, 2016 at 8:37 PM said...

Hello,
Di sini datang pinjaman mampu milik yang akan mengubah hidup anda selama-lamanya, saya Encik Shayne Alex pinjaman pemberi pinjaman disahkan, saya menawarkan pinjaman kepada sektor individu dan orang ramai yang memerlukan bantuan kewangan dalam kadar faedah yang rendah sebanyak 2% kredit buruk boleh diterima, terma-terma dan syarat-syarat yang sangat mudah dan bertimbang rasa anda tidak akan menyesal apa-apa dalam transaksi pinjaman ini kerana saya akan membuat anda tersenyum.
Saya Mr Taylor Shayne, akan menyebabkan perkhidmatan terbaik kepada semua peminjam sah anda tidak akan kecewa oleh saya dalam urus niaga ini kerana anda tidak dilahirkan untuk menjadi loser.Any pelanggan yang berminat perlu menghubungi saya secepat mungkin melalui E-mel: (unionloaninvestment@outlook.com)
untuk hasil selanjutnya.
Sila isi borang permohonan di bawah dan dapatkan kembali jika berminat dan anda akan gembira untuk mengetahui pemberi pinjaman pinjaman seperti (Kesatuan syarikat pinjaman)
Mana-mana pelanggan yang berminat perlu menghubungi saya secepat mungkin melalui e-mel: (unionloaninvestment@outlook.com)

MAKLUMAT PEMINJAM YANG DIPERLUKAN.
1) Nama Penuh:
2) Negara:
3) alamat:
4) Negeri:
5) Seks:
6) Status perkahwinan:
7) Pekerjaan:
8) Nombor telefon:
10) Pendapatan bulanan:
11) Seterusnya Kin:
12) Jumlah Pinjaman Diperlukan:
13) Tempoh Pinjaman:
14) Tujuan pinjaman:

Sebaik sahaja anda mengisi borang di atas, saya akan menghantar terma pinjaman dan syarat saya secepat mungkin dalam usaha kita untuk meneruskan.
Dengan salam, (unionloaninvestment@outlook.com)..

Anonymous said...

kalau dip medical asst ada MQA ? Or JPA ? sijil cucms kena iktiraf ke ?

Unknown on April 26, 2016 at 6:55 AM said...

Salam semua, selalu senang setiap kali saya datang online untuk membantu individu untuk mendapatkan pinjaman pribadi atau bisnis mereka. Sebelum saya bertemu Citi Group, aku seperti kebanyakan orang mencari pinjaman dan tidak pernah mendapatkannya, beberapa punya ditipu sepanjang jalan. Namun, berkat Citi Financial Group untuk menjaga kata-kata mereka tentang memberi pinjaman saya setelah mengikuti proses yang diperlukan mereka. Saya tidak bisa terima mereka cukup, mereka membantu dalam membayar untuk biaya kuliah anak saya dan dalam meningkatkan bisnis saya sedikit. Berada di sini bukan untuk memaksa siapa pun, tapi berbagi pengalaman saya tentang Citi Financial Group kepada masyarakat yang membutuhkan pinjaman.
Mereka yang tertarik dapat menghubungi mereka melalui telepon, email atau situs web mereka:

Telepon: +447087690378
Email: Citigroup@qualityservice.com
Website: Citigroup.wordpress.com

Anonymous said...

Get a Loan Today At 3% Interest Rate, contact us at:davidloans760@gmail.com

Welcome to DAVID JAMES Loan Company, This is a legit loan Company, formed to help individuals who are in need of financial crises and help them achieve their goals in life.

Available Loans we offer are,

1. Personal Loans (Secure and Unsecured)
2. Business Loans (Secure and Unsecured)
3. Combination Loan
4. Consolidation Loan And Many More:

Interested clients should please send request to our email for application form and terms. Try and see for your self, our wonderful services that does not exceed

working days for loan processing and just only (1)hour 35 minutes of loan Transfer.

EMAIL---[ davidloans760@gmail.com ]

Warm Regard

Unknown on August 4, 2016 at 11:16 AM said...

Halo, aku Joy Wilson, pemberi pinjaman kredit swasta, yang Anda dalam utang? Anda membutuhkan dorongan keuangan? Saya sah terdaftar dan disetujui untuk mengontrol lembaga keuangan. Aku memberikan pinjaman untuk lokal dan internasional untuk semua orang yang membutuhkan pinjaman, dan dapat membayar kembali pinjaman, pada tingkat 2%. Aku memberikan pinjaman melalui transfer rekening atau cek bank juga mendukung. Tidak memerlukan banyak dokumen. Jika Anda ingin mendapatkan pinjaman dari perusahaan pinjaman reputasi kami.
Anda dapat menghubungi kami melalui Email: joywilsonloanfirm@gmail.com

Anonymous said...


Do you need personal loan? Does your firm,company or industry need financial assistance? Do you need finance to start your business? Do you need finance to expand your business? We give out loan to interested individuals who are seeking loan with good faith. Are you seriously in need of an urgent loan contact us at Email:arabcreditefirm@gmail.com
APPLICATION DETAILS
Your Full Details:
Full Name:
Loan Amount Need:
Loan Duration:
Phone Number:
Applied before?
State:
Monthly Income:
Country:
You are to send this to our Company Email;arabcreditefirm@gmail.com

fatma on October 7, 2016 at 12:07 AM said...

Hello semua, saya fatma dari Indonesia menyeronokkan saya menasihatkan anda semua di sini tidak memohon pinjaman di mana-mana syarikat atau pemberi pinjaman di laman web ini, orang-orang di sini adalah palsu, penipu dan penipuan, walaupun sebahagian daripada keterangan di sini adalah semua palsu mereka orang yang sama yang melakukan itu semua, mereka masih orang yang sama melakukannya. jadi sila berhati-hati untuk tidak jatuh yang tertipu atau menipu rakan-rakan Indonesia, saya menipu empat kali sekitar Rp200,000,000 juta untuk yuran pendaftaran, yuran perpindahan, kos cukai dan kos insurans, tetapi selepas pembayaran saya, saya tidak mendapatkan pinjaman saya, tetapi mereka meminta saya membayar lagi dan sekali lagi,

 Ia akan menarik minat anda untuk mengetahui bahawa ada undang-undang kewangan atau kaedah-kaedah kos ini mendapat pinjaman dari bank-bank, peminjam atau syarikat tetapi Allah bersyukur kerana saya kemudian menerima pinjaman sebanyak $ 100,000 daripada syarikat yang seorang kawan saya yang memperkenalkan saya dengan sebenar dan syarikat pinjaman dipercayai, (theresaloancompany@gmail.com), mereka adalah syarikat yang terkemuka di Asia, mereka berada di sini untuk membantu kita semua yang telah scammed dan menipu, jadi jika anda memerlukan kredit yang lebih baik pergi kepada syarikat-syarikat dalam

(Theresaloancompany@gmail.com) atau jika anda mempunyai rakan-rakan dan memberitahu mereka untuk membantu anda untuk menghubungi mereka untuk pinjaman, okay, anda boleh mendapatkan yang sangat mudah untuk mendapatkan serendah 2% daripada pinjaman tanpa cagaran atau penjamin. Ini adalah e-mel mereka

(Theresaloancompany@gmail.com) Anda boleh menghubungi mereka dengan aplikasi anda adalah baik dengan mereka anda akan mendapat pinjaman anda dalam masa 24 jam, asli cepat dan saya terpaksa membantu penipuan negara saya, e-mel saya adalah (Feyzilfatma@gmail.com) hubungi saya atau (martinimarais1986@gmail.com) untuk maklumat lanjut, saya bersedia untuk membantu TUHAN memberkati engkau ambil perhatian all.please tiada yuran pendaftaran tiada yuran pemindahan, tiada bayaran cukai, tiada bayaran insurans) harta pemberi pinjaman atau syarikat tidak memungut caj ini .Allah memberkati kita yuran pemindahan, yuran tiada cukai, tiada bayaran insurans) sebenar Lender Syarikat atau tidak memungut caj penutup penyanyi,

Unknown on November 9, 2016 at 8:55 AM said...

Kami adalah sebuah organisasi yang dibentuk untuk membantu orang yang membutuhkan
bantuan, seperti bantuan keuangan. Jadi, jika Anda akan melalui keuangan
masalah, jika Anda memiliki kekacauan finansial dan Anda perlu dana untuk
memulai bisnis Anda sendiri atau Anda membutuhkan pinjaman untuk melunasi hutang atau membayar
tagihan, memulai bisnis yang baik atau Anda merasa sulit
mendapatkan pinjaman modal dari bank lokal, hubungi kami hari ini via e - email
brendaconnollyloanfirm@gmail.com

 "Jadi, jangan biarkan kesempatan ini berlalu begitu,
Anda disarankan untuk mengisi dan mengembalikan rincian di bawah ini ..

Namamu: ______________________
Alamat Anda: ____________________
Negaramu: ____________________
Tugas Anda: __________________
Jumlah pinjaman yang dibutuhkan: ______________
Jangka waktu pinjaman: ____________________
Pendapatan bulanan: __________________
Nomor handphone: ________________
Apakah Anda mengajukan pinjaman sebelumnya: ________________
Jika Anda telah mengajukan pinjaman sebelumnya, di mana Anda diperlakukan dengan jujur? ...

Bertindak cepat dan keluar dari tekanan keuangan, berantakan, dan tantangan
hubungi BRENDA Connolly PINJAMAN PERUSAHAAN hari ini melalui e - mai
brendaconnollyloanfirm@gmail.com

Unknown on July 9, 2017 at 11:42 AM said...

Perkongsian yg sangat jelas dan bermakna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.