Thursday, August 23, 2012

Cerita Raya 2012


Hi, assalamualaikum, apa khabar semua, seronok beraya? =)

Ketika saya menulis blog kali ini, saya sudah pun selamat sampai ke rumah di Johor Bahru setelah pulang beraya di Kuala Terengganu dan Kuantan, Pahang beberapa hari yang lalu.

Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada anda dan mereka yang mendoakan. =)

Apa cerita raya saya tahun ini? Haa, ni yang nak cerita ni.. hehe..

Wah, nampak happy je tone, raya sakan ke? Tak de lah, biasa-biasa je. Cuma raya kali ini terasa seronok dan lebih menarik berbanding tahun-tahun lepas. Apa yang menarik sangat tu, tak tahu lah.. hehe..

Ok, first sekali, saya nak cerita pasal beraya di Terengganu. Bertolak dari Johor Bahru lebih kurang pukul 8.30 pagi pada hari sabtu (18 Ogos 2012). First plan nak bertolak lepas subuh.. Kononlah kan..  ; p

Masa kecil-kecil dulu, hanya abah yang memandu. Kitorg adik beradik hanya duduk di belakang dan tidur sepanjang perjalanan. Saya rasa seronok sebab inilah kali pertama saya drive hampir 90% sendiri ke Kuala Terengganu. Perjalanan semuanya mengambil masa lebih kurang 8-9 jam dan kitorg sempat sampai sebelum matahari terbenam.

Memandu jauh ni kira ok jugalah. Mengantuk tu adalah sikit, sebab tu yang penting sebelum perjalanan kita perlu dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Masa dalam perjalanan tu saya tengok jalan tak berapa jem pun. Dalam hati bertanya, "betul ke esok raya ni? hehe.." Tapi kira oklah, mungkin ramai yang dah pulang beraya lebih awal beberapa hari.

Sepanjang jalan, cuaca amat baik. Panas terik dan kadang-kala sedikit teduh apabila matahari dilindungi awan. Cuma masa sampai di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, hujan turun selebat-lebatnya sampai tak nampak jalan di hadapan dan memaksa kitorg berhenti sebentar di tepi jalan. Dalam 10 minit macam tu, kitorg teruskan perjalanan dan Alhamdulillah semuanya ok selepas tu.

Suasana berubah bila masuk ke area Terengganu. Jalan menjadi sedikit 'kecil' dan kereta berselisih agak dekat tanpa pembahagi jalan. Perlu lebih berhati-hati memandu. Lebih-lebih lagi ada pembawa motosikal yang menunggang sesuka hati di kiri dan kanan jalan. Bahaya kot, tapi yelah, "dah kampung dia..".

Tu baru pasal motosikal. Tak kira lagi lembu melintas jalan. Ada tu ketika di Manir, time saya tengah rilek memandu, tetiba ada seekor lembu berwarna coklat cerah berlari dari arah depan kanan ke arah kereta yang saya pandu. Time tu punya lah cemas, terus tekan emergency break.. Nasib baik kereta belakang tak cukup rapat, kalau tak mesti dah tercium kereta yang ku pandu.. Lembu tu pun pandai lari ke tepi jalan. Kalau tak memang tak raya lah dia.. huhu..

N then bila sampai di rumah Tokki di Pulau Musang, Terengganu, saya agak terkejut (agaklah terkejut.. =p) sebab dah banyak yang berubah. Rumah Tokki dah renovate kiri dan kanan. Ruang tamu jadi bilik dan ruang bilik arwah Tok Nyang dah jadi ruang tamu. First time tengok tu memang rasa pelik. Tapi menariklah jugak.. =p

Jadi petang tu, kita berbuka sama-sama, ramai-ramai. Punyalah sedap makanan kat kampung. Nasi rasa nasi, ayam rasa ayam dan sayur pun semua fresh (Sebelum ni nasi dan ayam rasa apa??). Memang special. Makan berselera, dan muka pun jadi berseri-seri, hehehe.. =p

Malam tu pula saya sempat pergi ikut bertakbir raya di masjid. Tapi pelik sikit.. Jumlah orang yang datang bertakbir cuma beberapa orang saja, boleh bilang dengan jari... Tapi tak pelah, yang penting takbir tetap takbir. =)

Pada pagi raya, sebelum sempat buat pape, saya sibuk memasukkan duit raya ke dalam sampul duit raya. Tahun ni, saya memang target nak beri duit raya pada adik-adik, anak-anak sedara dan anak-anak buah termasuklah sepupu-sepupu yang masih kecil. Alhamdulillah terlaksana juga impian dan harapan di hari raya tahun ini. Semoga diorg bergembira dengan duit raya yang saya beri.. Walaupun hanya seringit dua.. Hehehe.. =p

Raya pertama tu just makan dan rehat. Ramai yang datang ke rumah Tokki beraya. Agak meriah jugalah.. Walaupun kebanyakan masa saya hanya tidur dan tengok TV.. hehehe.. =p

Erm, sebenarnya banyak yang saya nak ceritakan pasal trip raya saya tahun ni. Tapi masa amatlah singkat dan saya sekarang mula serabut fikir pasal esok dah kena start kerja. Banyak kerja yang pending, especially clerking case yang.. (tak boleh cakap kat sini, nanti kena gam.. =p)..

Btw, tak pelah, saya berhenti di sini dulu demi memberi ruang kepada kerja-kerja yang bertimbun. Untuk itu, saya sharekan sajalah antara gambar aktiviti raya saya di Terengganu dan Pahang untuk tatapan anda. =)


 
Jumpa lagi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.