Sunday, August 5, 2012

My first Zakat Fitrah


"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. "

-Petikan Surah Al-Baqarah ayat 110-

Assalamualaikum Nizam Malek Blog readers.

Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, subur, berkat, rahmat dan berkembang. Bererti, dari segi istilah, Zakat adalah satu amalan yang dapat membersihkan dan mensucikan harta seseorang daripada sifat kedekut dan bakhil.

Dari segi syarak, Zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf'-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Mengeluarkan Zakat merupakan Rukan Islam yang ke 4 dan wajib ditunaikan bagi orang yang memiliki kelebihan harta. Ironinya, pembayaran zakat hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja, sebelum masuknya bulan Syawal.

Alhamdulillah, petang tadi, saya telah berkesempatan untuk menyempurnakan ibadah Zakat pada tahun ini. Mulanya tak tahu juga macam mana nak bayar Zakat, almaklum, baru pertama kali bayar sendiri. Sebelum ni, abah yang bayarkan, sebab masih di bawah tanggungan.

Cara nak bayar Zakat ni senang je, kita just pergi ke masjid yang berdekatan yang mempunyai imam/amil yang bertauliah. Biasanya kaunter pembayaran Zakat dibuka sepanjang masa. Tapi untuk memudahkan, bolehlah membuat pembayaran selepas waktu solat Zuhur atau Asar berjemaah.

Pertama sekali, Amil akan mengambil nama kita dan direkodkan ke dalam komputernya. Kemudian dia akan tanya, bayar untuk diri sendiri atau untuk tanggungan sekali. Kemudian, dia akan beritahu jumlah Zakat yang perlu dikeluarkan.

Selepas membuat pembayaran, kita akan bersalam dengan Amil dan ada satu akad Zakat. Simple dan mudah, sekejap je dah selesai. Lepas tu dapat resit macam gambar kat bawah ni. Alhamdulillah. =)
Jumlah bayaran Zakat pada tahun ini adalah RM8.00 sahaja. 
InsyaAllah ianya mampu dibayar dan tidak sepatutnya dilihat membebankan.

Ibadah Zakat ini besar maknanya bagi umat Islam. 
Ia adalah ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT dan mempunyai hikmah yang tersendiri terutamanya berkenaan ekonomi dan dan rezeki umat Islam secara keseluruhan.

Terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad yang menyatakan berkenaan kewajipan dan kelebihan ibadah Zakat, antaranya:

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, 
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; 
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; 
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); 
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - 
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - 
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; 
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; 
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; 
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi;
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya."

-Petikan Surah Al-Mukminun ayat 1-11-

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, 
"Ya Rasulullah, apakah yang diperolehi jika seseorang itu menunaikan Zakat hartanya?" 

Jawab Rasulullah, 

"Sesiapa yang menunaikan Zakat hartanya, nescaya ia akan selamat daripada akibat buruk harta (atau akan hilang sifat jahat dalam dirinya)."

-Riwayat Imam Tabrani dalam Kitab Al-Fiqhul Wadhih jil 1, halaman 466-

Tahun ni saya mula mengeluarkan Zakat untuk diri sendiri. 
InsyaAllah jika umur panjang untuk tahun-tahun hadapan, boleh bayar untuk tanggungan (isteri dan anak-anak) pula.. Hehe.. =p

Selamat menunaikan ibadah Zakat. 
Tunaikan kewajipan dan jadilah Islam sebenar yang mengikut perintah Allah SWT yang Maha Esa.

Assalamualaikum! =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.