Saturday, January 14, 2017

Segalanya Cover By Hael

0 comments

Best style Hael nyanyi lagu ni. LIKE.

Haruskah Aku Menjauh Dari Mu

0 comments

noktah yang tidak bertanda
pertemuan tak diduga dan disengaja
membuat diriku menoleh semula
rasa yang tidak bernama
mengetuk hati memberi salam kasihnya
haruskah diriku membenar semula
seringkaliku menolak
terjatuh hatiku
padamu yang selalu bersamaku
dalam suka dalam duka
haruskahku menjauh
ku cuba untuk lenyapkan semua
kenangan yang tiada harga dan berguna
inilah waktunya untuk dinoktahkan
seringkaliku menolak
terjatuh hatiku
padamu yang selalu bersamaku
dalam suka dalam duka
haruskahku menjauh
berkali ku cuba
membenarkan hati
menidakkan dusta
tak tergamak aku
kejamkah diriku
mencipta peluang
haruskah ku menjauh
seringkali ku menolak
terjatuh hatiku
padamu yang selalu bersamaku
dalam suka dalam duka
haruskah ku menjauh
seringkali ku menolak
terjatuh hatiku
padamu yang selalu bersamaku
dalam suka dalam duka
haruskah ku menjauh…

Harus Aku - Sufian Suhaimi

Tuesday, January 10, 2017

Ingin Menulis Setiap Malam

0 comments

Hai, salam.

Malam ini saya ingin menulis lagi.

Saya tahu, lepas ni saya akan jadi amat sibuk juga.

Mungkin dah tiada masa lagi untuk menulis.

Tapi tak apa, insyaAllah saya akan cari masa juga untuk menulis.

Pada pandangan saya, kebahagiaan adalah amat penting dalam hidup ni.

Kebahagiaan membuatkan senyuman tulen terukir di wajah.

2017 adalah tahun yang bermula dengan baik.

Saya keluar dari 'kesengsaraan' dan masuk ke medium yang lebih sesuai.

Saya harap permulaan baik ini akan berterusan selamanya.

Tapi sudah pasti akan adanya dugaan di sana dan sini.

Papepun, saya akan sentiasa buat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Err, apa yang aku tulis ni... =(

Huhu, korang baca je lah ea.

Asalkan ada update blog ni kira oklah.

Sebenarnya tak tahu nak cerita pasal apa, huhu.

Oklah sampai sini dulu.

Nanti ada masa saya update lagi Nizam Malek Blog ini ok.

Terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog ini.

Saya sangat menghargai.

-Nizam Malek
Ingin Menulis Setiap Malam..

Monday, January 9, 2017

2017 Yang Mengujakan!

0 comments

Assalamualaikum dan salam hormat,

Hai, apa khabar semua~

Dah lama gila saya tak update Nizam Malek Blog ni.

Last update pada hari jadi saya, 26 April 2016.

Lepas tu, no more new post.

Hari ni, terdetik semula untuk menulis kembali di sini.

InsyaAllah saya nak lebih aktif menulis.

Menulis sebenarnya boleh menjana minda yang kreatif tau.

Ohya, di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017.

Hari ni dah 9 Januari 2017.

Amat pantas masa berlalu.

Anyway, tahun 2016 telah pergi dan menjadi sejarah.

2016 adalah tahun yang amat mencabar pada saya.

Pelbagai masalah saya hadapi sepanjang tahun 2016.

Tapi Alhamdulillah, sesusah mana pun cabaran yang saya hadapi, Allah tetap beri jalan keluar dan bantu selesaikan masalah-masalah yang saya hadapi.

Tahun 2017 pada saya akan lebih mencabar.

Kalau tak betul-betul buat persediaan dan berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan, memang boleh mendorong kepada berlakunya bencana.

Pape pun, hidup masih tetap perlu diteruskan.

Just do the best dan insyaAllah kita akan dapat the best juga.

Dari segi kerjaya, bermula 1 Januari 2017, saya telah bertukar ke unit baru, iaitu Unit Pendakwaan.

Lepas ni, insyaAllah saya akan lebih banyak mengendalikan kes siasatan dan akan ada peluang untuk masuk mahkamah.

Ia pengalaman baru dan mengujakan.

Saya amat bersyukur sebenarnya, sebab dapat boss yang baik dan rakan sekerja yang amat supportive walaupun masing-masing amat sibuk dengan tugas masing-masing.

InsyaAllah saya akan gunakan peluang ini untuk belajar dan nikmati pelayaran kerjaya ini dengan lebih komited.

Cerita 2016 tu saya dah nak buang dalam tong sampah.

Tak mahu cerita banyak pasal benda yang dah lepas.

InsyaAllah selepas ini saya akan lebih fokus dan terus pecut ke arah matlamat yang disasarkan. =)

Oklah, sampai sini dulu coretan kali ini.

Dah lama tak menulis, jadi ayat agak tunggang langgang.

Maaf lah ya.

InsyaAllah bila dah selalu menulis, ayat akan jadi lebih gramatis, cewah! =D

Nanti saya cerita-cerita lagi pasal benda-benda menarik yang saya lalui dalam hidup saya ok.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jumpa lagi!

-Nizam Malek



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.