Monday, January 9, 2017

2017 Yang Mengujakan!


Assalamualaikum dan salam hormat,

Hai, apa khabar semua~

Dah lama gila saya tak update Nizam Malek Blog ni.

Last update pada hari jadi saya, 26 April 2016.

Lepas tu, no more new post.

Hari ni, terdetik semula untuk menulis kembali di sini.

InsyaAllah saya nak lebih aktif menulis.

Menulis sebenarnya boleh menjana minda yang kreatif tau.

Ohya, di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017.

Hari ni dah 9 Januari 2017.

Amat pantas masa berlalu.

Anyway, tahun 2016 telah pergi dan menjadi sejarah.

2016 adalah tahun yang amat mencabar pada saya.

Pelbagai masalah saya hadapi sepanjang tahun 2016.

Tapi Alhamdulillah, sesusah mana pun cabaran yang saya hadapi, Allah tetap beri jalan keluar dan bantu selesaikan masalah-masalah yang saya hadapi.

Tahun 2017 pada saya akan lebih mencabar.

Kalau tak betul-betul buat persediaan dan berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan, memang boleh mendorong kepada berlakunya bencana.

Pape pun, hidup masih tetap perlu diteruskan.

Just do the best dan insyaAllah kita akan dapat the best juga.

Dari segi kerjaya, bermula 1 Januari 2017, saya telah bertukar ke unit baru, iaitu Unit Pendakwaan.

Lepas ni, insyaAllah saya akan lebih banyak mengendalikan kes siasatan dan akan ada peluang untuk masuk mahkamah.

Ia pengalaman baru dan mengujakan.

Saya amat bersyukur sebenarnya, sebab dapat boss yang baik dan rakan sekerja yang amat supportive walaupun masing-masing amat sibuk dengan tugas masing-masing.

InsyaAllah saya akan gunakan peluang ini untuk belajar dan nikmati pelayaran kerjaya ini dengan lebih komited.

Cerita 2016 tu saya dah nak buang dalam tong sampah.

Tak mahu cerita banyak pasal benda yang dah lepas.

InsyaAllah selepas ini saya akan lebih fokus dan terus pecut ke arah matlamat yang disasarkan. =)

Oklah, sampai sini dulu coretan kali ini.

Dah lama tak menulis, jadi ayat agak tunggang langgang.

Maaf lah ya.

InsyaAllah bila dah selalu menulis, ayat akan jadi lebih gramatis, cewah! =D

Nanti saya cerita-cerita lagi pasal benda-benda menarik yang saya lalui dalam hidup saya ok.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jumpa lagi!

-Nizam Malek



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.