Friday, October 31, 2014

7 Tips Pakai Kad Kredit

0 comments

================
7 Tips Pakai Kad Kredit
================

1. Hanya guna kad kredit apabila kita ada duit sahaja.
2. Buat pembayaran kad kredit menggunakan online banking seperti Maybank2u atau CIMBClicks dalam tempoh 24 jam selepas menggunakannya.
3. Guna kad kredit untuk memudahkan proses pembayaran dan mengumpul point sahaja, dan bukannya untuk bershopping sakan.
4. Sentiasa guna kad kredit ketika membayar petrol, jangan bayar guna wang tunai.
5. Jika kad kredit anda memberikan point atau diskaun yang lebih banyak jika digunakan pada hujung minggu, pastikan anda hanya atau banyak menggunakan kad kredit tersebut pada hujung minggu sahaja.
6. Pantang larang kad kredit; jangan ambil installment menggunakan kad kredit walaupun 0% interest.
7. Kad kredit hanyalah satu fasiliti yang boleh digunakan dan tidak semestinya digunakan. Jika tiada keperluan untuk digunakan, simpan sahaja kad kredit anda.

-Nizam Malek

Friday, October 24, 2014

Tips Bagaimana Membina Pengaruh Melalui Penulisan

1 comments

Assalamulaikum dan Salam Hormat.

Apa khabar, dah lama nampaknya tidak ketemu di sini.

Hari ni hari Jumaat.

Johor cuti hari ni, jadi saya pun dapatlah berehat dari kerja-kerja di pejabat.

Alhamdulillah, cuti memang best.

Tak kesah lah cuti hari apa, asalkan cuti, memang best. =)

Ok dalam post kali ini, saya nak share sikit beberapa tips berkenaan cara-cara membina pengaruh atau kredibiliti melalui penulisan.

Yup melalui penulisan.

Tidak kiralah kita menulis di Facebook, Blog atau di mana-mana sahaja, bagaimana caranya nak buat apa yang kita tulis itu sentiasa diikuti dan dikagumi.

Mungkin boleh saya berkongsi dengan anda sedikit sebanyak pengalaman saya menulis di blog dan Facebook sejak 2009, lebih kurang 5 tahun dah.

Fuh cepat masa berlalu.

Ok ini antara tipsnya:

1. Kongsikan pengalaman anda sendiri.

Zaman ini adalah zaman IT (Information Technologi). Maklumat mudah diperolehi semudah menaip di papan keyboard laptop dan juga smartphone. Oleh itu berita dan teks menjadi perkara yang tidak gempak kerana semua orang boleh mendapatkannya di mana-mana.

Tapi kalau anda berkongsikan pengalaman anda sendiri, ia menjadi informasi yang mahal. Apa sahaja yang anda lalui dalam hidup, cerita itu menjadi mahal apabila dikongsikan kerana orang mahu mengetahuinya.

Ramai orang yang hebat bercakap di hadapan khalayak sebenarnya bukan bercakap tentang perkara yang terlalu hebat, tapi mereka berkongsi cerita pengalaman mereka atau pengalaman orang lain yang boleh menjadi panduan untuk orang lain.

Sebagai contoh, kalau anda melancong ke luar negara seperti Jepun, kongsikan pengalaman dan perasaan yang anda lalui ketika berada di sana melalui kaca mata anda.

Itulah cerita yang tiada di mana-mana, yang hanya ada pada anda. Dan itulah perkara yang orang suka baca dan ia akan meningkatkan kredibiliti anda serta kepercayaan orang lain terhadap anda.

2. Kongsikan kepakaran anda secara percuma.

Ramai orang ada kemahiran tertentu yang hebat dan boleh dijual dalam bentuk produk informasi seperti ebook. Tetapi masalahnya ramai tidak mahu berkongsi sedikitpun info berkenaan kepakaran tersebut secara percuma terlebih dahulu dan terus mahu jual ebook tersebut pada harga mahal. Akhirnya tiada orang yang akan beli.

Sebenarnya begini, kita perlu kongsikan dulu apa yang ada pada kita secara percuma. Tulis berkenaan kepakaran kita sikit demi sedikit di wall Facebook mahupun blog secara percuma.

Kita tidak akan rugi kerana informasi sebenarnya tidak pernah habis.

Malah bila kita telah berjaya siapkan pakej ebook yang lengkap berkongsikan kepakaran kita, ia akan menjadi produk informasi panas yang amat dinanti-nantikan.

3. Jangan terlalu keras mengutuk pihak tertentu.

Katakan kita tidak suka dengan parti politik tertentu. Jangan gunakan penulisan sebagai medan untuk mengutuk parti politik tersebut sekeras-kerasnya apatah lagi tanpa fakta yang konkrit.

Ramai, ramai tokoh-tokoh hebat dalam bidang tertentu saya lihat akhirnya tenggelam kerana sikap seperti ini.

Kalau tak suka kerajaan, kutuk gila-gila.

Dan kalau tak suka pembangkang, pun dikutuknya gila-gila.

Perkataan dan ayat digunakan pun tidak melambangkan ketamdunan.

Akhirnya kredibiliti yang dibina cepat hancur lebur.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah dalam memberikan pendapat.

Boleh berikan pendapat, tapi jangan lebih-lebih sangat. =)

Ok sampai sini dulu perkongsian kali ini,

Semoga bermanfaat.

-Nizam Malek





Saturday, October 11, 2014

Bagaimana Untuk Mula Melabur Jika Tiada Modal?

0 comments

Ramai orang beritahu saya mereka ada masalah, iaitu tiada modal untuk melabur samada dalam hartanah, saham mahupun emas.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

1. Simpanan. 

Pelabur yang hebat adalah penyimpan yang hebat. Sekiranya anda hendak menceburkan diri dalam dunia pelaburan, anda perlu belajar teknik-teknik yang berkesan untuk menyimpan wang. Secara idealnya, anda perlu simpan 10% daripada pendapatan anda ke satu akaun bank yang khas untuk simpanan (jangan campurkan wang simpanan tersebut di dalam akaun bank yang anda gunakan untuk perbelanjaan). Sudah pasti lebih banyak anda menyimpan, lebih tinggi peluang anda untuk melabur dengan lebih selesa di kemudian hari. Tapi sekiranya anda tidak dapat menyimpan 10%, simpanlah berapa sahaja yang anda boleh, asalkan anda ada membuat simpanan yang konsisten sekurang-kurangnya setiap bulan. Simpanan ini adalah amat penting untuk dilakukan sebelum kita masuk ke langkah ke dua.

2.Tambah pendapatan.

Bina kemahiran untuk menjual, kerana dengan membuat jualan, pendapatan dapat ditingkatkan. Cari apa-apa produk yang mempunyai permintaan, dapatkan pada harga kos dan jual untuk menjana keuntungan. Salah satu produk yang anda boleh jual di Internet adalah produk informasi. Sebagai contoh, katakan anda ada kemahiran untuk menjahit pakaian. Rakamkan cara-cara menjahit mengikut cara anda tersebut ke dalam bentuk video tutorial dan jualkannya. Orang yang membeli video tersebut boleh belajar cara-cara menjahit dan membolehkan mereka menjana keuntungan melalui perkhidmatan menjahit baju kurung ketika musim perayaan. Keuntungan yang terhasil daripada penjualan produk informasi video tersebut tidak boleh digunakan untuk perbelanjaan anda, sebaliknya mestilah dimasukkan ke akaun bank yang khas untuk simpanan bagi tujuan pelaburan.

3. Berbelanja dengan lebih bijak.

Perbelanjaan sebenarnya amat boleh dikawal. Kita boleh membuat pilihan yang lebih bijak setiap kali berbelanja. Ini adalah langkah yang amat penting dan sekiranya langkah ke 3 ini tidak diambil perhatian, langkah pertama dan kedua di atas boleh menjadi sia-sia. Contohnya apabila soal makanan, ada makanan yang mahal dan ada makanan yang murah. Perbezaan harga bukan hanya kerana kualiti makanan yang disediakan, tapi mungkin kerana faktor di mana makanan itu dijual. Nasi lemak yang sama mungkin jauh berbeza harganya apabila satu dijual di gerai-gerai (RM2) dan satu lagi dijual di restoran ekslusif (RM7). Jadi kita ada pilihan, maka pilihlah untuk berbelanja dengan lebih bijak.

Ada banyak lagi cara untuk mengumpul modal bagi tujuan pelaburan. 

Tapi langkah-langkah di atas adalah perkara asas yang biasanya akan disebut oleh pakar-pakar kewangan dan pelaburan.

Semua orang tahu dan boleh tahu info ini.

Tapi yang membezakan adalah orang yang membuat tindakan.

Kita buat dengan cara yang betul. insyaAllah kita boleh rasa hasilnya nanti.

-Nizam Malek

Saturday, October 4, 2014

8 Langkah Ke Arah Kebebasan Kewangan!

0 comments


Game Plan Pelaburan Saya.

1. Kerja Keras Dapat Gaji 
2. Fokus Pada Simpanan
3. Gandakan Simpanan Menggunakan Pelaburan Saham (Trading)
4. Fokus Pada Simpanan
5. Jana Kekayaan Melalui Pelaburan Saham Rumah Sewa 
6. Passive Income Setiap Bulan 
7. Repeat The Same Formula 
8. Financial Freedom Seumur Hidup

First Rule: Work Hard For Money
Second Rule: Make Money Works Hard To Make More Money

-Nizam Malek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.