Assalamualaikum dan salam hormat,
Bersua lagi kita dalam ruangan Qualaroo di Nizam Malek Blog, iaitu satu ruangan yang membolehkan anda bertanya soalan kepada saya dan saya akan jawab soalan-soalan tersebut secara eksklusif melalui penulisan artikel di sini.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, saya mula menerima soalan-soalan atau respond yang agak mencabar seperti berkaitan isu semasa yang perlu melibatkan pandangan kritis.
Terima kasih saya ucapkan kepada yang telah sudi untuk melontarkan soalan-soalan tersebut di kotak Qualaroo yang terdapat di bahagian bawah kanan Nizam Malek Blog ini. InsyaAllah saya akan berikan respond, cuma masa saja yang membataskan.
Untuk artikel Qualaroo kali ini, satu soalan telah saya terima daripada pelawat Nizam Malek Blog bertarikh 13 Mei 2013 pada pukul 7.10pm. Soalannya adalah, 'How to adapt in university life' atau 'Bagaimana untuk menyesuaikan diri di alam universiti'.
Terima kasih sekali lagi kepada yang telah bertanya soalan ini dan saya rasa seronok untuk menulis artikel sebegini sebab insyaAllah artikel sebegini dapat membantu dan memberi inspirasi kepada mereka yang sedang melanjutkan pelajaran di peringat universiti.
Sebelum kita pergi kepada tips-tips untuk menyesuaikan diri di alam universiti, anda perlu tahu bahawa alam universiti adalah berbeza dengan alam persekolahan. Jika di alam persekolahan, semuanya disediakan oleh guru dan kita sekadar mengikut sistem persekolahan yang telah ditetapkan.
Ia adalah penting kerana di alam persekolahan, diri kita dibentuk untuk membina asas yang perlu digunakan di peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat universiti. Sedangkan di peringkat universiti, kita sepatutnya mempersiapkan diri untuk memasuki alam yang seterusnya iaitu alam pekerjaan pula.
Perbezaan ini adalah kritikal dan ramai yang tidak dapat membezakan alam persekolahan dan alam universiti menyebabkan mereka gagal untuk meneruskan rentak perkembangan pengetahuan, kemahiran modal insan (soft skill), komunikasi dan sebagainya mengikuti selang masa yang sepatutnya. Akibatnya, ramai yang tertinggal dan hanyut dalam arus zaman yang semakin mencabar.
Oleh yang demikian, teknik menyesuaikan diri di alam universiti menjadi sangat penting untuk setiap pelajar universiti. 3 atau 4 tahun yang perlu ditempuhi adalah amat singkat jika kita mempunyai target dan perancangan yang jelas untuk dicapai dari semasa ke semasa untuk kebaikan diri sendiri. Jika tiada matlamat yang jelas ketika belajar di universiti, 3 atau 4 tahun yang berlalu tersebut menjadi sia-sia dan kita tidak lahir sebagai graduan berprestasi tinggi di alam pekerjaan nanti.
6 tips bagaimana untuk menyesuaikan diri di alam universiti
Saya akan berkongsikan dengan anda beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk membolehkan anda menyesuaikan diri di alam universiti yang serba mencabar.
Tips yang dikongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan. Jadi anda tidak akan dapat tips ini di tempat lain.
Fokuskan membaca dan pastikan anda mendapat kesan yang hebat selepas mempraktikkan tips di bawah.
1. Jangan samakan kehidupan anda sekarang dengan kehidupan sebelum ini.
Di alam universiti, anda perlu lebih banyak berdikari. Jika sebelum ini anda adalah seorang yang kurang berdisiplin dan mengambil mudah sesuatu perkara, kini anda perlu berubah dan bertindak untuk memperkemaskan diri anda terlebih dahulu.
Di alam universiti, tiada siapa yang akan memikirkan tentang diri anda, tapi anda sendirilah yang perlu bertanggungjawab menguruskan diri anda. Anda perlu tahu dengan jelas jadual kelas anda, merancang masa untuk hadir ke kelas tepat pada waktunya, waktu makan, waktu bermain dan sebagainya perlu anda rancang dengan baik.
Anda perlu bersedia untuk menghadapi kehidupan di universiti. Jangan terlalu bergantung kepada orang lain, anda perlu tahu perjalanan kehidupan anda di universiti. Ia adalah lebih seronok kerana anda yang menentukan kehidupan anda sendiri dan tidak terlalu terkongkong seperti ketika di alam persekolahan.
2. Rancang masa dengan efektif.
Ramai yang gagal untuk menyesuaikan diri di alam universiti dengan alasan tidak cukup masa. Sesetengah pelajar menyatakan bahawa, masa yang mereka ada tidak cukup dan mereka tidak dapat mengikut perjalanan di universiti yang serba pantas serta deadline assignment yang amat singkat.
Sebenarnya, masa yang kita ada, adalah mencukupi. Semua orang ada 24 jam sehari dan perhatikan, kenapa ada pelajar yang dapat menyiapkan semua assignment dalam masa yang ditetapkan disamping dapat keluar bermain tetapi ada pelajar yang tidak sempat semuanya. Pasti ada rahsia dalam teknik pengurusan masa yang efektif.
Antara tips yang dapat saya berikan untuk pengurusan masa yang baik adalah:
a. Berikan keutamaan terhadap perkara yang ingin dilakukan.
Jangan mencampur adukkan perkerjaan yang anda perlu lakukan. Berikan keutamaan kepada tugas yang deadline nya lebih singkat dan lebih penting. Jika anda tidak membuat senarai keutamaan (priority list), satu apapun kerja anda tidak akan siap dalam tempoh masa yang anda ada.
b. Cuba buat 2 atau 3 perkara dalam satu masa.
Ini adalah satu teknik pengurusan masa yang amat baik. Cuba cari sebanyak perkara yang boleh anda lakukan serentak dalam satu masa yang sama.
Contohnya, jika anda perlu membasuh pakaian, memasak air, dan mencuci toilet (3 tugas) pada pagi sabtu, anda boleh lakukan ianya satu persatu seperti mulakan dengan mencuci toilet (40 minit), kemudian memasak air (15 minit) dan menunggu mesin basuh membasuh baju anda selama 40 minit. Secara keseluruhannya anda telah pun menggunakan 1 jam 35 minit untuk membuat ketiga-tiga tugas tersebut.
Tapi sebaliknya, anda boleh mulakan dengan memasukkan pakaian anda ke dalam mesin basuh, letak sabun basuh dan klik start pada mesin basuh dan tinggalkan ia berfungsi selama lebih kurang 40 minit. Kemudian anda terus pergi ke dapur dan masak air menggunakan water heater, cuma klik suisnya dan biarkan ia memanaskan air sendiri. Dan seterusnya tanpa membuang masa, anda bergerak untuk mencuci toilet.
Setelah selesai mencuci toilet yang mengambil masa kira-kira 40 minit, anda akan dapati bahawa ketiga-tiga tugas yang anda ingin lakukan tersebut berjaya disiapkan dalam masa kurang 45 minit! Anda telah menjimatkan masa sebanyak 50 minit!
Cuba cari sebanyak cara untuk melakukan 2 atau 3 perkara dalam satu masa. Pasti anda akan ada banyak masa untuk menyiapkan lebih banyak kerja dalam selang masa yang singkat dan kurang penggunaan tenaga.
c. Cuba lakukan kerja anda sepantas mungkin.
Fast action is equal to fast result. Lagi pantas anda bekerja, lagi cepat hasil yang akan anda terima. Jika sebelum ini anda mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mandi, apa kata anda kurangkan masa tersebut kepada 15 minit, kemudian kurangkan lagi kepada 10 minit sahaja.
Melakukan kerja dengan pantas bukan bermakna anda berkompromi terhadap kualiti akhir, tapi fahamilah bahawa sesuatu tugas itu boleh dilakukan dengan lebih pantas. Sekadar bergerak dengan lebih pantas, jika sebelum ini kita berjalan setapak-setapak, cuba berjalan dengan lebih pantas, lihat seperti orang Jepun berjalan!
3. Cari kawan-kawan yang baik dan berkualiti.
Di alam universiti, kita perlu menguruskan diri kita sendiri, tapi sudah pasti pada masa-masa tertentu, kita memerlukan bantuan orang lain. Sudah pasti, kita tidak dapat hidup sendiri. Di sinilah kita memerlukan kawan-kawan yang baik dan sentiasa dapat menyokong kita.
Untuk pengetahuan anda, jika anda mempunyai kawan-kawan yang baik di alam universiti, kehidupan anda akan menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.
Elakkan bersahabat dengan mereka yang mempunyai sikap dan pendekatan yang negatif. Bukan tidak boleh berkawan, tapi seeloknya, luangkanlah lebih masa dengan kawan-kawan yang berfikiran positif dan mempunyai sifat-sifat mawardah. InsyaAllah ia akan membentuk peribadi yang baik dalam diri kita juga.
Saling bantu-membantu antara kawan-kawan akan membantu anda menyesuaikan diri di alam universiti. Elakkan sifat mementingkan diri sendiri atau suka merendah-rendahkan orang lain. Apatah lagi bersifat hostile dengan suka mencari musuh.
Jika ada yang mengajak anda bergaduh, jangan layan.. Itu saja..
4. Jangan study last minute!
Ini adalah satu amaran. Ramai yang study last minute seminggu atau malam sebelum exam. Ketika minggu exam masih lagi jauh, ramai yang menggunakan masa yang ada untuk keluar bersuka ria dan membuang masa melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.
Ingat, tujuan utama anda ke universiti adalah untuk mendapatkan diploma atau ijazah anda, tiada tujuan lain. Pastikan anda fokus dan merancang masa belajar anda dari semasa ke semasa.
Bukan tak boleh keluar dan release tension sekejap. Boleh memang boleh, tapi pastikan anda tidak leka dan kembali fokus terhadap perancangan pembelajaran anda.
5. Sentiasa meminta ibu bapa mendoakan anda.
Ketika di universiti atau di mana-mana sahaja yang membuatkan kita berjauhan dengan ibu bapa, pastikan kita sentiasa menghubungi mereka untuk bertanya khabar dan memaklumkan keadaan semasa kita di sana.
Tiada guna beli smartphone mahal-mahal jika tidak menghubungi ibu bapa di kampung. Hilangkanlah kerisauan mereka terhadap anda dengan memaklumkan keadaan terkini anda di universiti. Mereka akan senang hati mendengarnya.
Jika boleh, jadikan amalan untuk menghubungi ibu bapa setiap minggu. Dan jika ada kelapangan, bolehlah pulang ke kampung untuk berjumpa mereka.
Jaga hubungan baik dengan ibu bapa dan mintalah mereka mendoakan kesejahteraan anda ketika belajar di universiti. Setiap kali berhubung dengan ibu bapa, jangan lupa untuk meminta mereka mendoakan agar dipermudahkan segala urusan anda di universiti.
Jika anda perlu membuat presentation atau menghadapi peperiksaan, hubungilah mereka dan minta mereka mendoakan kejayaan anda. Sudah pasti anda akan melalui perjalanan kehidupan yang lebih baik di universiti dan jika ada pun dugaan, anda akan dapat menghadapinya dengan lebih positif.
6. Take it easy dan sentiasa merasa seronok.
Pilihlah untuk sentiasa merasa gembira ketika di universiti. Jangan stress-stress selalu. Ceriakan diri anda dan selalulah tersenyum. InsyaAllah anda akan lebih tenang sepanjang masa.
Jika anda berdepan dengan stress yang teruk, jangan terlalu memikirkannya. Take it easy dan lalui cabaran tersebut dengan tabah dan sabar. InsyaAllah ia akan menjadi pengalaman yang berguna di masa hadapan nanti.
Ok sampai sini dulu perkongsian 6 tips bagaimana untuk menyesuaikan diri di alam universiti. Jangan lupa kongsikan link artikel ini dengan keluarga dan kawan-kawan anda. Semoga bermanfaat dan jika ada sebarang soalan, sila ajukan di ruangan komen.
Terima kasih! =)
2 comments:
assalamualaikum. mntk izin utk dicopy articel ini.
Wasalam E-rul. Silakan share artikel ini, dan jangan lupa kreditkan sekali link blog ini. www.NizamMalek.com.
Terima kasih. =)
Post a Comment