Tuesday, April 28, 2015

Case Study NovaMSC RM0.165 ke RM0.235

0 comments

Khas untuk anda semua di GSCMSG, video case study kaunter NovaMSC dari RM0.165 ke RM0.235 bersamaan 42% profit dalam 6 minggu.
Seperti biasa, sila pilih setting 720HD atau 1080HD untuk paparan yang lebih jelas.
Semoga bermanfaat. smile emoticon
Jangan lupa berikan komen anda berkenaan video ini.
-Nizam Malek

Sunday, April 26, 2015

Happy Birthday Nizam Malek, 28!

0 comments

Assalamualaikum dan salam hormat,

Dah lama sungguh rasanya saya tak menulis post di Nizam Malek Blog.

Almaklum tahun 2015 ini adalah tahun yang amat sibuk dengan pelbagai urusan dan projek.

Walau bagaimanapun, alhamdulillah masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan hidup ini.

Hari ini 26 April 2015.

Inilah tarikh saya dilahirkan pada tahun 1987.

Kini usia telahpun menjangkau 28 tahun.

Wow tak sangka dah 28 tahun saya rupanya.

Kalau tahun-tahun sebelum ini, saya selalu sebut sweet 17, sweet 21, sweet 25, sweet 27, tapi bermula tahun ni nampaknya dah tak sesuai lagi, apatah lagi dengan perubahan ketara saya dari segi fizikal. Hihi.

Jadi bermula tahun ini, saya akan tukar kepada Matured 28.

InsyaAllah bermula umur ke 28 tahun ini, banyak perkara berubah dalam hidup saya yang menggamit soal kematangan sebenar dalam diri ini.

Umpama masuk ke fasa baru.

Lebih banyak tanggungjawab, lebih banyak ujian dan dugaan menanti.

Memang lebih sesuai Matured 28, tapi tetap masih muda ya. Hehe. =D

Semoga Allah beri kekuatan dan permudahkan segala urusan.

Berkenaan impian dan matlamat, insyaAllah saya mensasarkan untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi terutamanya Pelaburan Hartanah dan Pelaburan Saham.

Saya target untuk beli sekurang-kurangnya 27 rumah lagi untuk tujuan Pelaburan Hartanah dan saya impikan untuk memiliki 6 unit rumah di Austin Regency, Taman Austin Perdana, Johor Bahru.

Impian saya adalah untuk menikmati hidup dengan kebebasan kewangan.

Untuk Pelaburan Saham pula, saya target untuk buat profit 100% lagi sebanyak yang mungkin.

InsyaAllah ia akan menjadi portfolio terbaik saya dalam setahun dua ini.

Dan sudah pasti sekiranya diizinkan Tuhan, saya nak touch 1st million saya sebelum berumur 30 tahun.

Bermakna saya ada masa lebih kurang dua tahun lagi untuk mencapainya.

Ke atau sebenarnya saya dah capai 1st million tanpa saya sedar? Huhu.

Selain itu juga, saya plan nak terbitkan buku bermula tahun 2015 ini.

Dengan niat berkongsi ilmu dan membantu lebih ramai orang di luar sana yang dahagakan ilmu pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah serta saham.

Sudah pasti hidup ini hanyalah sementara, dalam usia yang singkat ini, gunakanlah sebaiknya untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Dari segi kerohanian pula, banyak perkara perlu saya perbaiki.

Dunia ini hanya sementara, yang kekal abadi tetap di akhirat sana.

Di kesempatan ini juga saya nak ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah membesarkan, mendidik dan menyokong saya sejak kecil sehingga kini.

Tanpa mereka, tiadalah saya.

Mereka amat berharga dalam hidup saya.

Tak lupa juga seluruh keluarga.

Wah macam ucapan raya pulak ni. =P

Terima kasih tak terhingga juga pada isteri tercinta, Dr Ain Syafinas Aishah Binti Izahari kerana sudi menjadi suri hati dan peneman dalam hidup ini.

Your presence make my life a lot better.

Tak lupa pada si kecil yang insyaAllah akan lahir pada bulan Ogos 2015 nanti.

Ayah menanti kelahiranmu sayang. =)


Ok sampai sini dulu coretan kali ini.

Happy birthday Nizam Malek!

Tuesday, April 14, 2015

Multiple Source of Income Melalui Penulisan!

0 comments

Nizam, berikan saya satu cara untuk menjana pendapatan dari sumber pelbagai tanpa perlu bersusah-payah.
Jawapan saya adalah dengan menjadi seorang penulis.
Dengan menjadi penulis, kita boleh menjana pendapatan dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.
Anda boleh menjadi penulis ebook dan jualnya di Internet.
Anda boleh menjadi penulis buku dan jualnya ke seluruh Malaysia.
Ada banyak kelebihan menjadi seorang penulis.
Selain dapat berkongsi ilmu dan pengalaman untuk manfaat orang lain, kita dapat membina kredibiliti dalam sesuatu bidang dan insyaAllah jika kita konsisten serta fokus, anda boleh membina satu lagi sumber pendapatan iaitu dengan menjadi penceramah jemputan untuk topik buku yang anda tulis.
Nizam, tapi saya tidak pandai menulis.......
Tidak pandai boleh belajar.
Apa kata cari mentor yang sudah banyak menulis ebook atau menerbitkan buku.
Minta tunjuk ajar dan ikut sahaja apa yang mereka kata berkenaan penulisan ebook atau buku.
Semoga tips MSI (Multiple Source of Income) kali ini bermanfaat.
-Nizam Malek

Kena Marah Vs Pelaburan Saham

0 comments

Salah satu perkara yang menyakitkan dalam dunia pekerjaan adalah 'kena marah'.
Saya pasti tiada siapa suka kena marah.
Kena marah sangat demotivating.
Yup saya faham perasaannya, sebab saya juga seorang pekerja.
Tapi saya bukan sekadar seorang pekerja biasa.
Dalam Quadrant Cash Flow yang diperkenalkan oleh Robert T. Kiyosaki, saya adalah seorang pekerja + investor (Quadrant E + Quadrant I).
Saya menjadi pekerja kerana ia adalah satu proses membina pengalaman.
Saya masih muda dan peristiwa menyakitkan hari ini di tempat kerja akan membentuk pengalaman bernilai buat saya pada masa hadapan.
Tapi pada tahun 2015, dengan peningkatan kos sara hidup berserta banyak isu ketidakstabilan politik, bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja mendedahkan kita kepada risiko kewangan yang amat membahayakan.
Pada pandangan saya, bermula tahun 2014 lagi, golongan muda terutamanya perlu mencari jalan untuk menjana aliran sumber pendapatan pelbagai.
Dalam bahasa inggeris kita sebut Multiple Source of Income (MSI).
Apabila saya sebut MSI, akan ada daripada yang mendengar menjawab, mana ada masa nak buat pendapatan tambahan, kerja dan hidup yang sedia ada pun dah serba sibuk.
Saya faham, sebab saya pun kerja dan hidup dalam kesibukan, mungkin jauh lebih sibuk berbanding mereka yang menjawab seperti di atas.
Oleh kerana kita hanya ada dua tangan dan dua kaki sahaja, sudah pasti urusan kerja tambahan yang ingin dibuat menjadi terhad.
Tidak hairan kebanyakan orang mengatakan, untuk menjana pendapatan tambahan dari sumber aliran pelbagai adalah amat sukar.
Di sinilah bezanya.
Saya percaya untuk menjana wang tambahan tidak bermakna kita perlu menambah lagi dua tangan dan dua kaki atau menambah masa menjadi 30 jam sehari untuk bekerja lebih keras.
Saya percaya kita boleh membuatkan wang bekerja untuk kita.
Inilah konsep pelaburan di mana kita menggerakkan wang yang ada untuk menghasilkan lebih banyak wang.
Salah satu medium pelaburan yang membolehkan wang bekerja untuk kita adalah Pelaburan Saham.
Pelaburan Saham adalah sangat menyeronokkan dan ianya mudah.
Ohya, kembali ke topik asal, siapa nak marah kalau anda melabur dalam saham dan menjana wang daripadanya?
Jawapannya, tiada.
-Nizam Malek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.