Monday, February 27, 2012

Clinical Attachment Starts!

0 comments

Akhirnya, saya tiba jua ke attachment yang dianggap paling mencabar dalam tahun PRP iaitu Clinical Attachment.

Sekurang-kurangnya selama 6 minggu ini, cerita saya pasti akan berubah 360 darjah daripada apa yang saya lalui sebelum ini (OPD, Satelite, Stor, Manufact, etc..).

Requirement clinical attachment ni sangat lah banyak, dan memerlukan komitmen yang sangat tinggi..

Hmm, tak tahu nak cakap cam ne.. 

Tapi tak pelah, tawakkal saja dan lakukan yang terbaik yang termampu..

Yang pasti, lepas ni kena lebih disiplin, tak boleh tangguh-tangguh buat kerja dan pastikan fizikal sentiasa fit..

InsyaAllah saya kalau ada masa, saya akan update blog ni dengan pengalaman menjalani Clinical Attachment dengan anda semua.

Ohya, jangan lupa doakan saya! =)

Ok jumpa lagi!! =)

Thursday, February 23, 2012

3 Tips Penjagaan Kulit Muka

2 comments

Hi, Assalamualaikum!

Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan ceria selalu.

Ramai yang bertanya pada saya, apakah petua-petua yang boleh diamalkan untuk menjaga kulit muka agar kelihatan sentiasa segar, cerah dan berseri. Almaklum, kini terdapat banyak sangat informasi yang berada di Internet berkenaan petua penjagaan kulit wajah sehingga tak tahu yang mana satu perlu diikut.

Dalam post kali ini, saya amat berbesar hati untuk berkongsi dengan anda beberapa tips mudah yang saya sendiri amalkan untuk penjagaan kulit muka. Nak tahu? Baca post ini sehingga ke akhirnya ya! =)

1. Makan madu lebah. Untuk tips pertama ini, saya amat mengesyorkan anda untuk mencuba memakan madu lebah satu sudu 2 kali setiap hari. Madu lebah adalah amat berkhasiat dan mempunyai banyak kebaikan dari segi perubatan Islam. Kini terdapat banyak jenis madu lebah yang terdapat di pasaran, tapi madu lebah yang saya gunakan adalah madu lebah dari Iran. Harganya RM60-80 sahaja dan ianya mempunyai campuran zat Habatussauda. Jika anda ingin mencari madu lebah, carilah yang asli dan perhatikan kualitinya. Madu lebah hendaklah dimakan dengan menggunakan sudu plastik. Jika anda belum pernah mencuba makan madu lebah untuk penjagaan kulit muka, apa kata cuba hari ini dan lihat hasilnya. =)

2. Makan Vitamin C. Vitamin C adalah sejenis anti-oksidan yang amat sesuai dan berkesan pada kulit. Ianya juga dapat membantu memberi seri kepada kulit wajah jika diambil secara konsisten. Dose yang sesuai untuk orang dewasa adalah 500-1000mg sehari. Produk Vitamin C yang saya syorkan adalah Redoxon Effervescent Vitamin C yang boleh anda dapatkan di mana-mana kedai Farmasi yang berdekatan. Anda hanya perlu larutkan 1 tablet Redoxon Effervescent Vitamin C ke dalam segelas air dan minum sedikit demi sedikit setiap hari. Cuma mungkin Redoxon Effervescent Vitamin C tidak berapa sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah gastric kerana ianya agak tajam bila sampai ke perut. Oleh itu, mungkin anda boleh mengambilnya selepas makan tengah hari atau makan malam.

3. Jaga Solat. Tips ketiga ini untuk mereka yang beragama Islam sahaja. Solat adalah satu kewajipan ke atas setiap umat Islam. Tapi tahukah anda, solat mengandungi terlalu banyak kebaikan dan faedah? Salah satu kebaikan solat adalah ianya akan memberi sinar kepada wajah dan memberi seri kepada kita sepanjang hari. Bermula dengan air wudu' yang diambil sehinggalah selesai salam, bermacam-macam perkara yang berlaku pada tubuh badan kita dan ia secara tidak langsung memberi kesan yang amat positif pada badan kita dan juga kulit muka. Oleh itu, jagalah tuntutan solat dengan seikhlas hati setiap hari. InsyaAllah kita akan mendapat kebaikan jasmani dan rohani yang diharapkan.

Ok setakat ini dahulu tips kali ini, cubalah dan lihatlah kesannya. Jangan lupa klik LIKE dan Share kan artikel ini kepada kawan-kawan anda! =)

Friday, February 17, 2012

Selamat Pengantin Baru Salz & Eddy!

0 comments

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan tahniah
kepada my beloved sister, Salz dan abang Eddy.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah
ia bertaqwa kepada Allah swt dalam memelihara separuhnya lagi. "
(Hadis Riwayat Thabrani dan Hakim)


Selamat berbahagia dan semoga bertambah sukses dalam kehidupan berkeluarga dan kerjaya.

"Semoga sentiasa baik, penuh keberkatan dan dalam kebaikan yang berpanjangan"
(Doa golongan Ansar atas pernikahan Saidatina Aisyah r.a. dengan Nabi Muhammad s.a.w.)

Kepada anda yang berkelapangan pada hari esok, saya ingin menjemput anda untuk menghadiri majlis jamuan perkahwinan ini di rumah kami, di Taman Austin Perdana, Johor Bahru. =)

Tarikh: 18 Februari 2012
Masa: 11.30am-4pm

Tuesday, February 14, 2012

Status 18

2 comments

I have around two weeks to enjoy my life..

Before I enter the Clinical Attachment starting 27 February 2012..

Now I have plenty of time for Facebook, blogging and others..

But maybe, you might be hardly see me online when I'd started the most challenging attachments during the PRP's year schedule..

It would be 6 weeks ahead, or maybe more than that..

The time that I have to really focus on my work..

Less time to sleep..

And the appearance of lethargic feelings..

It sounds terrifying..

May Allah ease my path..

Amin.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates