Alhamdulillah, 1 April 2018 yang lepas, telah berlangsung Kelas Newbie Guerrilla Saham di Hotel De Art, Seksyen 7, Shah Alam.
Semuanya berjalan lancar dan lebih 50 peserta telah hadir untuk belajar cara-cara memulakan langkah dalam aktiviti pelaburan dan trade saham di Bursa Malaysia.
Seronok sebenarnya bila ada ilmu ni.
Dunia saham adalah dunia baru khususnya bagi orang Melayu.
Kita tak terdedah pun dengan cerita sebenar tentang pasaran saham.
Yang banyak kita dengar adalah tentang kerugian besar dalam pasaran saham.
Sedangkan Fund Managers seperti ASB, KWSP, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi masuk ke pasaran saham Bursa Malaysia untuk membuat duit lebih banyak menggunakan wang kita!
Anyway, baguslah sebab ada Fund Managers yang 'tolong' kita untuk kembangkan jumlah wang kita.
Tapi sebenarnya, pasaran saham ini terbuka untuk sesiapa pun menyertainya.
Kita sebagai orang perseorangan (retail traders) pun boleh beli saham dan buat keuntungan daripadanya.
Kalau tahu caranya, pasaran saham adalah tempat paling senang untuk buat duit mudah tanpa perlu kita fikirkan model bisnes, kerah idea nak buat marketing, hire staff dan macam-macam lagi.
Kerja kita hanyalah mengkaji saham-saham yang memberikan banyak dividend atau berpotensi uptrend, kemudian beli, hold dan jual semudah menggunakan smartphone kita.
Seronok sebenarnya saham apabila ianya memberikan keuntungan.
Tapi ya, kerugian memang menyakitkan.
Jadi janganlah masuk ke pasaran saham dengan mendedahkan diri kita kepada risiko kerugian yang besar.
Lakukan lah aktiviti pelaburan dan trade saham ini dengan cara yang betul.
Btw, ini adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika Kelas Newbie tersebut.
Next Kelas Newbie bila?
15 April 2018 di Shah Alam.
Sila layari www.GuerrillaSaham.com/Newbie untuk info lanjut k! =)
-Nizam Malek
010-8799688