Tuesday, September 30, 2014

Sesal Separuh Nyawa | Alyah | Cover by Nizam Malek + Chord

1 comments



Em               Am
Andai pastinya ku tahu
D                   G
Takkan aku tinggalkanmu
C                 Am                       B
Namun masih keliru teringat masa lalu

Em              Am
Tetap tiada kulupakan
D                 G           B
Indah setiap sentuhan
C                 Am
Cinta yang kau tinggalkan
                    B
Kekalnya berdampingan

Em            Am
Mana harusku hamparkan
D                G             B
Rindu tiada kesudahan
Em                 Am
Sesal biar separuh nyawa
            B
Takkan hilang

Em               Am
Masih terasa nafasmu
D                   G          
Lembut menusuk jiwaku
C                 Am                    
Dengan dihembus bayu
                 B
Membawa khabar rindu

Em             Am
Tapi sulit kuteruskan
D                   G             B
Engkau jauh kehadapan
C                 Am                          B
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan

Em            Am
Mana harusku hamparkan
D                G             B
Rindu tiada kesudahan
Em                 Am
Sesal biar separuh nyawa
            B
Takkan hilang

C                             Am
Separuh nyawamu dihati
B                            Em
Separuh lagi kau bawa pergi
C                    Am
Tiada arah jodoh kita
B                      Em
Tuhan tentu… kannya

Am D G B

Em            Am
Mana harusku hamparkan
D                G             B
Rindu tiada kesudahan
Em                 Am
Sesal biar separuh nyawa
            B
Takkan hilang


Monday, September 15, 2014

Buku Rujukan Pelaburan Saham Terbaik!

14 comments

Kalau anda berminat untuk belajar saham anda perlu banyakkan membaca buku-buku tentang Pelaburan Saham.

Jangan melabur saham tanpa ilmu, anda akan kecundang.
Jangan belajar saham dengan sesiapa, sebelum anda baca dulu tentang saham.
Pastikan anda mendapat gambaran awal tentang saham sebelum belajar dan melabur di pasaran saham.
Lebih banyak anda membaca tentang Pelaburan Saham, lebih mahir anda untuk melabur saham.

Nizam, boleh suggest buku apa nak baca?

Ada banyak buku yang anda boleh baca, antaranya adalah:

1. Buku Bijak Melabur : Selok Belok Panduan Pelaburan Saham tulisan Razali Razman. (RM39.90).
2. Buku Mudahnya Pelaburan Saham tulisan Mentor Saham Richworks Tn Hj Mohd Asri. (RM20.00).
3. Buku Bahasa Inggeris, Winning The Game of Stock tulisan Adam Khoo. (RM49.90).
4. Modul Guerrilla Saham Mobile Pro, Jana Wang Di Bursa Malaysia Menggunakan Smartphone karya Pro Trader Nizam Malek. (RM150.00).

Selamat melabur di Bursa Malaysia!

Sunday, September 14, 2014

Seminar RRRY 2014

4 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar anda di sana?

Semoga sentiasa dalam keadaan sihat dan luar biasa bahagia.

Saya sebenarnya baru sahaja pulang dari Kuala Lumpur di mana saya telah menghadiri Seminar Retire Rich Retire Young (RRRY) 2014 yang telah dikendalikan oleh Mentor Jutawan No 1 di Malaysia, Azizi Ali.

Seminar ini telah diadakan di Wisma MCA dan berlangsung selama 1 hari sahaja pada 13 September 2014.

Alhamdulillah, dapat juga saya menyertai seminar ini dan berguru secara langsung dengan penulis buku kewangan dan pelaburan kegemaran saya ini.

Antara buku tulisan Azizi Ali yang amat saya suka baca adalah buku 'Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah' dan buku 'Jalan Pintas Kekayaan'.

Bertemu dan belajar secara langsung dengan Azizi Ali adalah antara satu pengalaman yang mengujakan bagi saya.

Azizi Ali, 52 tahun merupakan seorang juruterbang MAS dan dalam masa yang sama, beliau merupakan seorang pemilik perniagaan atas jenama TrueWealth dan beberapa jenis perniagaan JV yang lain, serta beliau juga merupakan seorang pelabur yang berjaya.

Beliau pada saya, merupakan seseorang yang amat suka pada wang dan mempunyai pengetahuan untuk menjana lebih banyak wang yang terbukti berkesan dan selamat.

Banyak, banyak sangat sebenarnya yang saya belajar dari Seminar RRRY 2014 ini.

Walaupun ya, kebanyakan apa yang dikongsikannya dalam seminar tersebut merupakan sesi ulang tayang apa yang terdapat dalam buku-buku yang beliau tulis, saya melihat lebih daripada yang beliau sampaikan.

Saya melihat Azizi Ali sebagai satu inspirasi kejayaan dalam dunia kewangan dan pelaburan peribadi.

Saya mencari-cari rahsia bagaimana seorang budak kampung di hujung utara Malaysia, iaitu negeri Perlis, lahir sebagai seorang jutawan dalam tempoh 13 tahun.

Sekiranya ia mampu dilakukan, dan ramai orang lain telah mampu melakukannya, tidak mustahil, saya dan kita semua mampu melakukan perkara yang sama, asalkan kita tahu rahsianya dan bagaimana untuk melakukan perkara yang sama dengan cara yang betul dalam tempoh masa yang lebih pantas.

Selain itu, apa yang saya nampak pada Azizi Ali ketika beliau berucap adalah, beliau banyak bercakap tentang dirinya.

Apa yang beliau telah capai dalam hidup dan bagaimana beliau mencapainya.

Beliau tidak bercakap tentang perkara yang beliau tidak tahu dan perkara yang beliau tidak buat.

Ini menjadikan perkara lebih mudah.

Kerana ramai orang tidak mahu tampil ke hadapan khalayak dan bercakap kerana bimbang disebabkan banyak perkara yang mereka tidak tahu.

Itulah masalahnya..

Kita banyak fokus kepada perkara yang kita tidak tahu dan tidak fokus pada perkara yang kita tahu.

Ramai orang memandang tinggi kehebatan orang lain, sehingga merasa rendah dengan kebolehan diri sendiri.

Saya melihat dari sudut berbeza.

Sudah pasti, tiada manusia yang sempurna.

Dan dari situlah kita sepatutnya menggunakan peluang bagi menampung kelemahan-kelemahan yang ada.

Seminar RRRY 2014, hasilnya bukan untuk dilihat pada hari esok atau minggu hadapan atau bulan hadapan.

Retire Rich Retire Young is not just a dream. It's a reality.


Tapi insyaAllah jika niat betul hadir untuk belajar sesuatu, insyaAllah ia akan memberi kesan yang positif dalam diri pada masa hadapan.

Ok sampai sini dulu perkongsian tentang Seminar RRRY 2014.

Jumpa lagi! 


Bersama student GSSG saya di Seminar RRRY 2014
Gambar kenangan bersama. =)

Friday, September 5, 2014

Masa Yang Mencemburui Kita

2 comments

Assamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Dah lama sebenarnya saya tak menulis blog dalam kategori My Life.

Sebenarnya banyak benda saya nak cerita-cerita kat blog ni, tapi masa sangatlah mencerumbui mencemburui kita.

Kini dah masuk bulan September 2014.

Begitu pantas masa berlalu.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada saya dan saya redha menghadapi ujian-ujian yang Allah sediakan untuk saya.

Kini dah lebih kurang 3 tahun saya berada di alam pekerjaan.

Macam-macam karenah manusia yang saya jumpa.

Ada yang baik dan ada juga yang sentiasa mengingatkan saya agar tidak jadi seperti itu.

Banyak perkara yang saya belajar dari setiap perkara yang berlaku.

Semoga pengalaman-pengalaman ini akan terus mendewasakan saya untuk menjadi insan yang lebih baik pada hari esok dan pada masa hadapan.

Ohya, post kali ini agak special sikit, sebab saya update blog post ini menggunakan gadget terbaru saya, Ultrabook Acer P3 Aspire.

Saja je beli, hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri.

Kenapa nak tunggu orang lain beri hadiah pada kita.

Sepatutnya kita lah mesti beri hadiah pada diri sendiri sebagai reward setelah kita penat bekerja.

Semoga dengan adanya Ultrabook baru ini, dapat membantu melancarkan lagi projek-projek yang saya lakukan.

InsyaAllah akan datang lebih banyak idea-idea baru yang lebih segar.

Ok sampai sini dulu coretan buat masa ini.

Kita jumpa lagi dalam blog post yang seterusnya.

Bye~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.