Sunday, September 14, 2014

Seminar RRRY 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar anda di sana?

Semoga sentiasa dalam keadaan sihat dan luar biasa bahagia.

Saya sebenarnya baru sahaja pulang dari Kuala Lumpur di mana saya telah menghadiri Seminar Retire Rich Retire Young (RRRY) 2014 yang telah dikendalikan oleh Mentor Jutawan No 1 di Malaysia, Azizi Ali.

Seminar ini telah diadakan di Wisma MCA dan berlangsung selama 1 hari sahaja pada 13 September 2014.

Alhamdulillah, dapat juga saya menyertai seminar ini dan berguru secara langsung dengan penulis buku kewangan dan pelaburan kegemaran saya ini.

Antara buku tulisan Azizi Ali yang amat saya suka baca adalah buku 'Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah' dan buku 'Jalan Pintas Kekayaan'.

Bertemu dan belajar secara langsung dengan Azizi Ali adalah antara satu pengalaman yang mengujakan bagi saya.

Azizi Ali, 52 tahun merupakan seorang juruterbang MAS dan dalam masa yang sama, beliau merupakan seorang pemilik perniagaan atas jenama TrueWealth dan beberapa jenis perniagaan JV yang lain, serta beliau juga merupakan seorang pelabur yang berjaya.

Beliau pada saya, merupakan seseorang yang amat suka pada wang dan mempunyai pengetahuan untuk menjana lebih banyak wang yang terbukti berkesan dan selamat.

Banyak, banyak sangat sebenarnya yang saya belajar dari Seminar RRRY 2014 ini.

Walaupun ya, kebanyakan apa yang dikongsikannya dalam seminar tersebut merupakan sesi ulang tayang apa yang terdapat dalam buku-buku yang beliau tulis, saya melihat lebih daripada yang beliau sampaikan.

Saya melihat Azizi Ali sebagai satu inspirasi kejayaan dalam dunia kewangan dan pelaburan peribadi.

Saya mencari-cari rahsia bagaimana seorang budak kampung di hujung utara Malaysia, iaitu negeri Perlis, lahir sebagai seorang jutawan dalam tempoh 13 tahun.

Sekiranya ia mampu dilakukan, dan ramai orang lain telah mampu melakukannya, tidak mustahil, saya dan kita semua mampu melakukan perkara yang sama, asalkan kita tahu rahsianya dan bagaimana untuk melakukan perkara yang sama dengan cara yang betul dalam tempoh masa yang lebih pantas.

Selain itu, apa yang saya nampak pada Azizi Ali ketika beliau berucap adalah, beliau banyak bercakap tentang dirinya.

Apa yang beliau telah capai dalam hidup dan bagaimana beliau mencapainya.

Beliau tidak bercakap tentang perkara yang beliau tidak tahu dan perkara yang beliau tidak buat.

Ini menjadikan perkara lebih mudah.

Kerana ramai orang tidak mahu tampil ke hadapan khalayak dan bercakap kerana bimbang disebabkan banyak perkara yang mereka tidak tahu.

Itulah masalahnya..

Kita banyak fokus kepada perkara yang kita tidak tahu dan tidak fokus pada perkara yang kita tahu.

Ramai orang memandang tinggi kehebatan orang lain, sehingga merasa rendah dengan kebolehan diri sendiri.

Saya melihat dari sudut berbeza.

Sudah pasti, tiada manusia yang sempurna.

Dan dari situlah kita sepatutnya menggunakan peluang bagi menampung kelemahan-kelemahan yang ada.

Seminar RRRY 2014, hasilnya bukan untuk dilihat pada hari esok atau minggu hadapan atau bulan hadapan.

Retire Rich Retire Young is not just a dream. It's a reality.


Tapi insyaAllah jika niat betul hadir untuk belajar sesuatu, insyaAllah ia akan memberi kesan yang positif dalam diri pada masa hadapan.

Ok sampai sini dulu perkongsian tentang Seminar RRRY 2014.

Jumpa lagi! 


Bersama student GSSG saya di Seminar RRRY 2014
Gambar kenangan bersama. =)

4 comments:

Dr Hasseenah Hassan on September 14, 2014 at 9:11 PM said...

Yes, Azizi walk his talk. I began to like his style after reading his first book. I suggest that you read it if you haven't.All the best , In Shaa Allah.

Hwa Jurong on October 1, 2014 at 12:05 AM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
adzry sapie on December 22, 2014 at 6:22 AM said...

What is the title of his book?

Nizam Malek on December 23, 2014 at 8:14 PM said...

Ada banyak tajuk bukunya. Mostly about money and investment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.