Monday, March 11, 2013

Review : Rock Oo! Rimba Bara Kembali


Hi, hari ini saya nak buat review pasal filem yang telah saya tonton seminggu dua yang lepas. Filem tersebut bertajuk Rock Oo! Rimba Bara Kembali yang merupakan filem sequel daripada filem Rock yang telah dihasilkan oleh pengarah Mamat Khalid lapan tahun yang lalu.

AMARAN: KEPADA SESIAPA YANG TIDAK BOLEH MENERIMA PENDAPAT DAN PANDANGAN ORANG LAIN DENGAN MATANG BERKENAAN KRITIKAN FILEM, SILA JANGAN BACA ARTIKEL INI. KOMEN MEMBINA DAN PERKONGSIAN PENDAPAT ADALAH AMAT DIALUKAN-ALUKAN. TERIMA KASIH.

Filem Rock yang dipertontonkan pada tahun 2005 itu telah menggegar arena filem komedi di Malaysia apabila komedi jenis situasi dan skrip yang kuat berjaya menarik perhatian peminat-peminat filem komedi melayu (sayalah tu antaranya.. =p)..

Bagi saya sendiri, komedi yang dipersembahkan filem Rock tersebut telah berjaya memberi kesan yang kuat sehinggakan filem sambungannya amat dinanti-nantikan. Namun tidak dinafikan, pasti filem Rock dan filem Rock Oo! Rimba Bara Kembali ini akan dibanding-bandingkan kerana ianya satu sambungan.

Nak tahu apa pandangan saya pasal filem Rock Oo! Rimba Bara Kembali ni? Jom!


Watak dan Pelakon

Sebelum ditayangkan, aura filem Rock Oo! Rimba Bara Kembali ini sangat kuat kerana hampir semua pelakon-pelakon asalnya dikekalkan. Jika ada pelakon yang berubah, pasti penonton akan merasa perbezaannya. Walaubagaimanapun, bagi saya, walaupun para pelakonnya berjaya dikekalkan, kekuatan watak pada setiap pelakon ada sedikit goyah.

Contohnya watak Amy Mat Piah yang dilakonkan oleh Que Haidhar, terasa lain. Ada sedikit perbezaan walaupun tak nampak ketara dan kadang kalanya  jelas kaku. Ia menjejaskan kekuatan filem ini kerana watak Amy Mat Piah diangkat menjadi watak utama berbanding filem Rock yang terdahulu.

Begitu juga dengan watak Zul Kapan lakonan Soffi Jikan yang kembali bersama dengan band Malaikat Maut. Watak tersebut nampak kurang menyengat berbanding filem Rock dan gerun terhadap watak Zul Kapan ini tidak nampak di sepanjang jalan cerita, ibarat helang yang kehilangan taring kuku. (taring datang dari mana plak ni... =p).

Watak yang masih sama dan berjaya dikekalkan moodnya adalah watak Jijoe lakonan Khir Rahman. Gaya dan caranya tetap sama pada kedua-dua filem. Jika pelakon-pelakon lain berjaya melakonkan watak mereka sama dengan filem Rock, saya berpendapat filem ini akan menjadi lebih kuat dan bertenaga.
Perkembangan Cerita

Berkenaan dengan perkembangan cerita pula, terdapat elemen-elemen yang lebih kurang sama dengan filem Rock, tetapi dilihat tidak digarap dengan baik menjadikan sesuatu babak itu kadang kala tergantung begitu saja.

Ada masanya, pening dan pelik melihat sesuatu babak itu datang dan pergi begitu saja. Hal ini membuatkan penonton merasa penat untuk memikirkan babak sebelum itu apabila cerita telah pun masuk ke babak seterusnya.

Mood penonton jadi terganggu dengan perubahan babak yang kadang kala terlalu perlahan, dan kadang kala terlalu laju. Ibarat seseorang amatur yang mengedit video menggunakan software iMovie di Macbook.

Terdapat juga watak-watak yang timbul tenggelam dalam filem ini seperti pengurus mereka Abang Man dan watak yang dilakonkan oleh Saiful Apek. Malah penonton bagai tidak dapat menangkap, siapakah mereka sebenarnya. Ironinya, kedua-dua watak tersebut 'dibunuh' untuk menunjukkan band Rimba Bara tidak memiliki pengurus yang baik sebelum Amy Mat Piah diangkat menjadi pengurus mereka.

Selain itu, sebagai satu filem komedi yang cuba menyelimuti realiti (perh bahasa, tinggi tu..), filem Rock Oo! Rimba Bara Kembali ini menjadi sedikit janggal apabila band Rimba Bara dikaitkan dengan kejayaan di Anugerah Juara Lagu dan juga peristiwa pahit dunia rock iaitu rambut panjang perlu dipotong.

Ending filem ini sedikit spoil dan membuatkan penonton keluar panggung dengan perasaan 'kurang puas'.


Filem Melodrama

Berbeza dengan filem Rock, filem sequel ini lebih banyak menggunakan muzik dan lagu untuk membina mood dan suasana dalam kebanyakan situasi. Kebanyakkan babak dimasukkan lagu-lagu yang bersesuaian.

Namun bila terlalu banyak sangat lagu retro dimainkan, ada kalanya, terasa macam sedang mendengar radio Sinar fm di pawagam..

Walaubagaimanapun, permainan gitar daripada watak Slash lakonan Pekin Ibrahim memberikan kekuatan sementara kepada filem ini. Babak ini membuatkan ramai jejaka akan berangan menggoreng gitar sehebat itu.. =p
Elemen negatif dipertontonkan

Dalam filem Rock, elemen negatif seperti band Black Metal melalui figura band Malaikat Maut dapat dipertontonkan dengan cara komedi dan tidak nampak negatif. Ianya tidak menyakitkan mata.

Tetapi dalam filem Rock Oo! Rimba Bara Kembali ini, banyak elemen-elemen negatif tidak dikawal dengan baik dalam unsur komedi, contohnya babak yang menunjukkan pemain gitar meminum arak yang secara terang-terangan. Walaupun ia cuba dikomedikan, namun ia kurang menjadi, malah mungkin memberikan kesan negatif kepada para penonton.

Selain itu, terdapat satu babak yang menunjukkan bentuk badan wanita (sebelum band Rimba Bara jamming lagu Teratai di dalam studio) juga bukanlah satu perkara yang elok dimasukkan ke dalam sebuah filem komedi seperti ini.

Mungkin teknik marketing seperti 'Sex Sells' cuba dipergunakan dalam filem ini untuk menarik perhatian dan minat penonton, namun sedikit sebanyak ia boleh menjatuhkan kredibiliti pembikin filem yang mempunyai pengaruh dan pengikut yang tersendiri.


Secara keseluruhannya, sebagai peminat filem Rock, saya berpendapat, filem sequel Rock ini agak mengecewakan dari beberapa aspek dan ianya seharusnya boleh dibuat dengan lebih baik lagi.

Apa-apapun, dari aspek komedinya, filem Rock Oo! Rimba Bara Kembali ini mempunyai elemen komedi yang tersirat. Jika anda tidak gelak semasa menontonnya buat kali pertama, anda akan tergelak besar apabila menontonnya sekali lagi sendiri. Itulah yang berlaku dalam filem-filem komedi arahan Mamat Khalid seperti Rock dan Zombie Kampung Pisang.

Sekian review filem kritikal daripada saya buat kali ini.

Terima kasih. Senyum selalu, peace!

6 comments:

enasong on March 12, 2013 at 9:32 AM said...

teruk sgt ke movie nie? sy tgk dh 3x.. mmg ade babak yg janggal mcm tunjuk bontot tu.. tapi xde la teruk sgt filem nie.tambah lg tgk que haidar yg superb berlakon. lagpon sy xde lah sampe mcm dengor radio sinar fm ms nengok filem nieh.. serius ckp..sbg slh sorg generasi 80an(sy lahir thn 1982) hanya ikut perkembangan muzik rock time darjah 2... filem ni membangkit nostalgia buat diri sy.. sy dh tgk 3x tapi rase mcm nk tgk lagi.berbaloi rs spend tiket rm14 drpd tgk cite2 hollywood :D

Nizam Malek on March 12, 2013 at 11:36 AM said...

Hi Enasong, terima kasih sebab sudi tinggalkan jejak di blog saya. =)

Bukan maksud saya nak kata movie ni teruk sangat. Ini cumalah sekadar review daripada saya yang menonton movie ini tempoh hari.

Apa yang saya rasa selepas menonton movie ini, saya luahkan dalam artikel review ini, itu saja. Tiada niat untuk mengutuk atau apa..

Kesimpulan yang saya boleh katakan adalah, movie ini sedikit mengecewakan daripada beberapa sudut dan aspek jika dibandingkan dengan filem yang pertama, iaitu Rock.

Pasal Que Haidhar tu, mungkin setiap orang ada cara tersendiri untuk menilainya.

Tapi bagi saya ia tetap sedikit kaku dan ianya diakui sendiri oleh Que Haidhar yang telah beberapa tahun tidak berlakon.

Boleh rujuk interview dengan Que Haidhar berkenaan lakonannya dalam movie ini di youtube.

Bagaimanapun, semua yang saya tulis dalam review ini adalah haya pendapat saya, dan tidak mengapa jika ada sesiapa yang tidak sependapat.

Terima kasih sekali lagi kerana berkongsi pengalaman anda menonton movie ini di blog saya. =)

enasong on March 12, 2013 at 12:11 PM said...

sy rase rock 2005 lg byk lompong sbb byk suasana nye x menggambarkan suasana rock 80an sebenor (cth dr sudut dressup stai nsbgnya)...dlm rock 2005...mamat khalid buat movie tu mcm 'test market' utk penonton kt msia nie..tp rock oo kali ni mmg mamat khalid buat penuh teliti...bg sy bile tgk movie ini..sy spt berada dlm zaman 80an bukan zman abad ke21 (serius ckp) anda mungkin ulas dr sudut teknikal n anda rasekan tu yg cukup mengecewakan anda..ataupon anda cube utk membandingkan rock OO dgn movie2 hollywood yg di mana cite x semenggah mane pon org msia ttp nk pergi tgk.. mcm sy yg jarang sgt tgk movie sbb sy mmg pilih pengarah mane je yg sy akn pergi tgk..movie rock oo ni mmg sy nantikan hampir 2thn... ia spt mengubat kekecewaan sy menonton hantu kak limah 2.. rock oo bg sy bukan sekadar komedi tp ia lebih dr itu..mungkin hanya rockers saje yg paham cite rock oo nie :)
sy x pasti bagaimana rock oo begitu teruk pd anda..krn itulah realiti rockers 80an atau di katekan zaman rock kapak :)

Nizam Malek on March 12, 2013 at 12:44 PM said...

Memang betul, Rock 2005 pun ada kekurangannya dari segi penelitian suasana dan saya pernah terbaca kritikan tersebut di blog hiburan yang lain.

Saya menilai movie Rock Oo! dari sudut teknikal dan keseluruhan.

Memang best kalau dapat enjoy movie ni. Macam saya cakap di akhir artikel di atas, mungkin akan ada yang masih belum berjaya menyelami suasana yang terdapat dalam filem Rock Oo! ini.

Mungkin lepas tengok beberapa kali baru akan terasa keseronokannya.

Erm, saya bukan lah kata movie ni teruk sangat.. Tapi bagi saya sedikit mengecewakan. Mungkin saya pengharapan saya pada movie ni terlalu tinggi sebelum saya menontonnya..

Dan saya tidak lah pula membandingkan movie ini dengan movie2 hollywood, jangan risau. =D

Saya memang minat dengan movie2 komedi arahan Mamat Khalid macam Rock 2005 dan Zombie Kampung Pisang.. Boleh gelak guling-guling lah..

Tapi ada juga movie Mamat Khalid yang saya rasa tak best macam Man Laksa dan Kala Malam Bulan Mengambang.. Kecewa2..

Jadi saya buat review ini dengan melihat skop stail movie2 arahan Mamat Khalid.

Kalau best saya akan cakap best.. Kalau tak best, memang saya cakap tak best, atau kurang best.. Kalau hasilnya mengecewakan, begitulah juga yang saya akan tulis.. Tiada mengikut emosi.. =)

Mungkin satu hari anda akan nampak apa maksud yang saya tulis dalam artikel review ini. =D

Jangan lupa sharekan link artikel review ini dengan kawan-kawan anda. Mungkin anda boleh lihat pendapat orang lain pula berkenaan movie Rock Oo! ini.

Berbeza pendapat itu menarik, sebab kita boleh melihat cara orang lain melihat sesuatu yang lain daripada cara kita melihatnya.

Peace! =)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

sy tgk ok jer citer ni,bab awek pakai suar ketat tunjuk bontot plg best,sy siap freeze lg buat modal..hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.