Wednesday, May 28, 2014

Guerrilla Saham : Analogi Lampu Isyarat

0 comments


"Saya ibaratkan Technical Analysis seperti lampu isyarat. 

Ada 3 indikator pada lampu isyarat iaitu merah, kuning dan hijau. 

Dengan melihat warna lampu isyarat sahaja kita dapat menjangkakan sesuatu kereta itu akan berhenti atau bergerak ke hadapan.

 Sama seperti Technical Analysis, ia menggunakan indikator-indikator tertentu untuk mengkaji pergerakan harga saham.

I found this as so interesting to learn."

- Nizam Malek

Saturday, May 24, 2014

Guerrilla Saham : Hevea & MKLand

0 comments


Ini adalah kajian kaunter Hevea (5095).

Kaunter ini mengambil masa kira-kira 10 bulan untuk naik dari harga RM0.745 ke harga RM1.46 (keuntungan 95%) sejak dari genuine buy call yang pertama. 

Bermakna, kalau laburkan RM10,000 untuk beli saham Hevea ini pada buy call (bulan Jun 2013) dan hold sehingga bulan Mac 2014, duit RM10,000 itu akan beranak sendiri dan menjadi hampir RM20,000 dalam tempoh lebih kurang 10 bulan sahaja.

Bagaimana kalau laburkan RM100,000? Hasilnya adalah sehingga RM200,000!

Semua trend indikator power saham Hevea pada bulan Jun 2013 adalah sama dengan kaunter MKLand yang disebut-sebut kini (sedang berada di permulaan trend).

Saham MKLand sedang mengalami correction yang sama seperti yang berlaku pada saham Hevea semasa diawal kenaikan harganya (Jun 2013).

Sebabnya mudah, kerana harga saham telah terkeluar dari Upper Bollinger Band pada bulan sebelumnya.

Apabila harga turun semula ke dalam ruang Upper Bollinger Band yang sebenar, harga saham akan terus naik meninggalkan support line.

Potensi saham MKLand adalah sama dengan saham Hevea yang telah menunjukkan hasilnya iaitu keuntungan sehingga hampir 100%.

Beli MKLand sekarang dan beri masa 10 bulan untuk melihat hasil yang luar biasa.

Kalau ASB atau Tabung Haji beri dividen 6-8% setahun, kenapa tidak pilih MKLand yang insyaAllah beri keuntungan sehingga 100% dalam kurang setahun?

P/S: Kajian MKLand berterusan kerana ia adalah projek luar biasa 2014.

Wallahualam, hanya Allah yang lebih mengetahui.

Guerrilla Saham : 10 Soal Jawab Saham

0 comments

===============
10 Soal Jawab Saham bersama Nizam Malek 
Bernilai RM20 dan ditaja khas oleh Guerrilla Saham

===============


1. Apa itu saham?

Saham secara ringkasnya adalah satu konsep perkongsian pegangan hak milik sesuatu syarikat perniagaan. 

Dari segi teknikal pula, proses pemilikan saham di Bursa Malaysia contohnya membawa maksud proses jual beli perniagaan. 

Pasaran saham di Bursa Malaysia bolehlah diibaratkan seperti sebuah pasar raya yang mana produk yang dijualbeli adalah perniagaan sesebuah syarikat. 

Oleh kerana perniagaan sesebuah syarikat itu berskala besar, pembelian hak milik perniagaan syarikat tersebut adalah secara perkongsian beramai-ramai. 

Apabila kita membeli pegangan saham dalam sesebuah syarikat, secara tidak langsung, kita merupakan salah seorang pemilik syarikat tersebut, mengikut jumlah saham yang kita miliki. 


2. Apakah hukum melabur dalam saham? 


Saya bukanlah ustaz atau alim ulamak yang boleh menentukan hukum, tapi setakat yang saya belajar, saham ini hukumnya harus. 

Walaubagaimanapun, ia boleh bertukar menjadi haram apabila kaunter saham syarikat yang kita beli itu tidak 'syariah compliant' iaitu menjalankan sesuatu perniagaan yang melanggar hukum syarak.


3. Bagaimana cara untuk membuat jual beli saham?

Pertama sekali kita perlu ada akaun CDS. CDS bermaksud Central Depository System dan ianya digunakan untuk membolehkan kita membuat pembelian dan penjualan saham. 

Kos membuka akaun CDS ini hanyalah RM10 sahaja dan kita boleh buka akaun CDS di syarikat-syarikat broker saham seperti Kenanga, Apex, UOB dan juga bank-bank investment seperti Maybank Investment Bank dan CIMB Investment. 


4. Apa yang menarik sangat tentang pelaburan saham? 

Selain kerana hukumnya harus, pelaburan saham ini menarik kerana ia merupakan satu jalan di mana kita boleh menggandakan wang yang kita ada menjadi lebih banyak tanpa perlu bekerja. 

Saham adalah pemilikan syarikat perniagaan. Dengan membeli saham sesuatu syarikat, kita memiliki sebuah perniagaan yang dikendalikan oleh pengurus syarikat dan para pekerja. 

Kita memiliki saham syarikat dan menerima hasil daripada keuntungan yang dijana oleh syarikat.


5. Bagaimana cara kita boleh monitor harga saham yang kita beli? 


Kita boleh monitor harga saham menggunakan surat khabar, dan Internet (komputer/tab/smartphone).


6. Saham ini mudah atau susah dilakukan?

Saham ini mudah dilakukan. Serius mudah dan semua orang yang tahu menggunakan komputer dan smartphone, sudah pasti boleh membeli dan menjual saham.


7. Saham melibatkan jual beli saham. Macam mana kalau tiada orang nak jual dan bila kita nak jual, tiada orang nak beli saham kita tu? 


Kita boleh beli bila-bila masa dan jual pun bila-bila masa. Tiada masalah nak beli dan jual. Kalau kena pada harganya, memang boleh beli dan begitu sebaliknya. 


8. Macam mana cara nak buat untung dengan saham? 


Ada beberapa cara. Antaranya adalah dengan membuat keuntungan melalui capital gain. Beli kaunter saham pada harga murah dan jual pada harga tinggi. Contoh beli pada harga RM0.50 dan jual semasa harga sudah naik kepada RM1.50. 


9. Macam mana kita nak tahu harga sesuatu kaunter saham akan naik?

Kita boleh menjangkakan potensi kenaikan harga sesuatu kaunter saham dengan adanya ilmu Technical Analysis. 

Dalam ilmu Technical Analysis, kita akan menilai potensi perniagaan sesuatu syarikat mengunakan indikator-indikator tertentu. 

Contohnya yang paling mudah adalah indikator 'Simple Moving Average' (SMA). Download aplikasi 'iBursa2' di smartphone anda dan anda boleh ketahui sama ada sesuatu kaunter saham berpotensi untuk membuat keuntungan mahupun tidak melalui kajian SMA. 


10. Dengar kata ramai orang rugi main saham ni, risiko tinggi, betul ke? 

Terdapat jutaan orang yang melabur dalam pasaran di Bursa Malaysia. Setiap orang yang melabur ada ragam, emosi dan ilmu yang tersendiri. 

Bagi yang tiada ilmu, 95% kerugian adalah amat pasti. 

Tapi dengan adanya ilmu saham yang betul, peluang untuk menjana keuntungan 20%, 100%, 400% adalah amat mudah dan risiko berkurang dengan drastik.

=========================
Sekian 10 soal jawab saham bersama saya, Nizam Malek.  
=========================

Thursday, May 22, 2014

Guerrilla Saham : Volume & Technical Analysis

1 comments

========================
Perkongsian Tentang Saham
Lokasi: Zamsaham Private Client
========================

Ini soalan yang saya lontarkan di group tertutup ZamSaham Private Client.

Ini adalah rahsia saham terbongkar namanya.

Soalan saya:

Salam Tuam ZamSaham & Tuan Dn Halim,

Mohon bertanya soalan di sini.

Saya ada beberapa kawan yang main saham, kebanyakan mereka bila buat kajian saham, mereka akan lihat indikator volume.

Mereka kata, kalau volume tinggi maksudnya kaunter saham tu bagus dan berpotensi untung.

Seingat saya, dalam 2 hari KAGSS, tuan ZamSaham tiada pun sebut pasal volume untuk technical analysis.

Boleh mohon pencerahan / pendapat tuan berkenaan kepentingan indikator volume dalam membuat kajian technical analysis?

Terima kasih.

Nizam Malek
Student KAGSS Mei 2014,
Setia Tropika, Johor Bahru

Jawapan daripada Tuan Dn Halim,

1. TREND..Trend..trend..trend..tren..trend..trend..1juta kali penting dari volume tu..volume itu penting..tapi tak la sepenting Trend..

2. Kenal pasti Trend dahulu..masuk pada permulaan trend..sy tak kisah pun dgn volume..saham Hwatai naik..saham comcorp naik dari 0.195 hingga 0.34! Sebab volume ke atau sebab trend dia berubah?..sebab itu faham kan betul2..

3. Orang yg ikut buta2 pasal volume tanpa kenal pasti trend utama akhirnya akan beli kat pucuk2..kan dh ulang byk kali..Bila Semuaaa..bila semuaaaaaa...bila semuaaaa org suka..hati2.

Jawapan daripada Tuan ZamSaham,

1. Sumatec dua tiga bulan dulu VOLUME hari-hari banyak...lepas tu siapa yang ikut SUMATEC punya high VOLUME ini hari dah ada yang terkedu. .

2. Apa itu volume kena ambil tahu...Volume penting utk dikaji tetapi TIDaklah penting sangat

3. Saham yang bagus adalah saham yang kurang VOLUME kerana volume itu datang dari proses jual beli dan pertukaran saham...ambil contoh saham takaful..tak banyak volume tapi harga dah RM12 dari mula2 harga RM2...tidakpun lihat saham Pohuat dari 40seb sekrang dah RM1.40...

4. Bab VOLUME ini ramai yang salah faham....volume penting tetapi yang paling penting adalah Harga dan trend

5. Trend dan harga sesuatu saham itu penting tetapi tidaklah sepenting pemahaman kita tentang untung dan potensi untung sesuatu syarikat saham yang kita miliki.

Ini adalah salah satu persoalan tricky dalam kajian Technical Analysis saham. 

Bagi yang tidak pernah terlibat dengan saham, mungkin tidak berapa faham. Tak mengapa. 

Tapi bagi yang boleh faham, ia satu soal jawab yang sangat penting dan jawapan yang diberikan adalah sangat bernilai kerana ia bersandarkan pengalaman. 

Saya adalah pengalun irama saham mengikut aliran ZamSaham. 

Jadi siapa yang nak berdebat dengan saya pasal Volume saham, saya perlu cepat-cepat ucap selamat tinggal. 

Kerana permainan saham adalah soal TREND. =)

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru 2014!

0 comments


Selamat hari guru!

Kepada sesiapa sahaja yang pernah memberikan walau secebis ilmu kepada saya, anda adalah guru saya.

Ilmu yang mereka berikan, membentuk diri saya hari ini.

Terima kasih yang tak terhingga atas ilmu yang dicurahkan.

Doa saya semoga Allah memberkati semua guru saya, mempermudahkan segala urusan mereka, disembuhkan segera dari sebarang penyakit, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan dalam hidup.

-16 Mei 2014-

Monday, May 12, 2014

KAGSS 2014 Luar Biasa!

0 comments

Assalamualaikum dan Salam Hormat Nizam Malek Blog readers & followers semua!

Apa khabar, semoga Allah merahmati kita semua.

Hari ini saya nak menulis di sini, berkongsikan pengalaman saya yang amat menakjubkan, yang baru saya tempuhi 2 hari lepas.

Alhamdulillah, saya telah berpeluang untuk menyertai Kelas Advance Gegar Saham Syariah 2014 atau singkatannya KAGSS 2014 anjuran Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia dan team ZamSaham.

Perasaan saya amat teruja kerana dapat belajar secara langsung dengan ZamSaham yang mempunyai ilmu luar biasa berkenaan perniagaan saham di Bursa Malaysia.

Sebelum saya menyertai KAGSS ini, saya sudah pun mula melabur di Bursa Malaysia, dan adalah juga mengalami kerugian, antaranya pada kaunter KTB.

Setiap kali beli sahaja, mesti harga saham tu jatuh.

Itulah malangnya apabila melabur dalam saham tanpa ilmu.

Jadi saya pun buat keputusan untuk mencari ilmu saham dan Alhamdulillah, saya berjumpa dengan seorang mentor yang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat hebat, iaitu tuan ZamSaham.


Saya menyertai Kelas Intro Gegar Saham Syariah (KIGSS) pada 7 Mac 2014 di Setia Tropika. 

Sorang-sorang pergi kelas malam-malam. Tiada kawan pun yang nak ikut. Tapi saya tekad kan juga hati dan kuatkan semangat untuk datang belajar. Masa tu saya bayar RM50. 

Ramai sangat orang masa tu. Tapi lepas KIGSS tu, saya jadi bersemangat nak belajar saham. ZamSaham kongsikan ilmu yang amat mudah iaitu berkenaan Simple Moving Average yang akan menunjukkan buying signal sesuatu kaunter saham. Rasa sangat teruja dengan ilmu yang saya dapat tu.

Selepas 2 bulan, saya buat keputusan untuk menyertai KAGSS. Ilmu saham ini bagi saya wajib belajar. Pelaburan Saham bukan sekadar membeli saham dan menjual saham. Ianya adalah satu dunia yang tersendiri, dengan ilmu-ilmu nya yang tersendiri.

Saya amat serius nak belajar ilmu saham ini. Saya sanggup korbankan banyak perkara untuk hadiri KAGSS ini. 

Nak tahu cerita saya di KAGSS?

Untuk menyertai KAGSS, student perlu membawa laptop untuk kegunaan pembelajaran. InsyaAllah lepas kelas tamat, akan mahir guna platform OSK RHB untuk membuat kajian saham. 

Tapi laptop saya yang Macbook White tu dah sangat outdated. Banyak perisian yang tidak boleh dibuka seperti Adobe dan Java. Kemudian selalu hang. Nasib baik saya dah beli PC Acer i3 awal tahun ni. Jadi nak atau tak nak, terpaksalah saya angkut PC saya tu ke KAGSS. 

Dengan monitor, CPU, keyboard, mouse, wayar-wayar, semua saya angkut naik turun tangga di Setia Tropika tu semata-mata untuk belajar saham. Semua orang bawak laptop, saya sorang je bawak komputer gergasi saya tu. Mereka senyum, saya senyum. Tidak pernah saya rasa kurang apa-apa, sebab niat utama saya adalah untuk belajar walau apa cara sekalipun. 


Dan saya pastikan saya berada di bahagian paling hadapan kelas. Saya nak ilmu yang ZamSaham lontarkan sampai terus kepada saya.  Bila habis kelas hari pertama, sekali lagi saya usung keluar komputer saya. Itu komitmen saya.

Kemudian cabaran kedua saya adalah pada hari kedua. Sekali lagi saya tiba di Setia Tropika beberapa minit sebelum pukul 8 pagi, sekali lagi jadi student pertama yang masuk ke kelas. Kemudian saya mula pasang komputer saya. Bila saya buka beg saya, saya terkejut, mouse saya TIADA!! 

Mana pulak pergi binatang tikus ni? Habis saya seluk dan buka beg saya, mouse tu memang tiada. Besar kemungkinan saya dah tertinggal mouse tu di rumah. Oh man.. Dalam hati saya cakap, "kenapa aku diduga masa Kelas Advance ni.. This is Kelas Advance.. Tunggu lah masa lain kalau nak hilang pun wahai tikus.." 

Kalau laptop tiada mouse, masih boleh guna touch pad. Tapi kalau komputer tiada mouse, nak bergerak macam mana? 

Saya fikir ini tidak boleh jadi, kalau saya biarkan saja, saya memang tak boleh ikut latihan kajian teknikal analisis yang akan dijalankan sepanjang kelas nanti. 

Saya bergerak ke belakang kelas dan tanya crew, pukul berapa kelas start? Masa tu lebih kurang pukul 8.02 pagi. Beliau cakap kalau semua orang dah cukup, kita akan terus start. 

Hati saya gundah, tapi saya tekad, saya kena balik dan dapatkan mouse saya tu dan kembali ke Setia Tropika. Terus saya turun ke bawah, masuk kereta dan terus memecut ke Austin Perdana. 

Rumah terasa jauh, kereta dan motor di hadapan terkedek-kedek dan bila saya sampai trafik light, lampu bertukar merah. Saya pandu macam orang gila, selaju Lewis Hamilton, saya sangat stress.. Tapi saya teruskan juga. 

Bila sampai di rumah, masuk bilik dan saya nampak mouse saya sedang bersidai santai di atas meja study saya. Dalam hati saya cakap, "binatang ni memang nak kena". Huhu, saya ambil mouse tu dan terus pandu semula ke Setia Tropika, sekali lagi memandu seperti orang gila. =p

Alhamdulillah, saya selamat sampai ke Setia Tropika pada pukul 8.40 pagi. Masa saya masuk kelas tu, hampir semua students lain dah sampai dan bersedia dengan laptop masing-masing. Saya terus masuk dan setting komputer saya. 

Alhamdulillah dalam 2 minit, komputer saya dah bersedia untuk beraksi di medan platform OSK. Alhamdulillah! 

Dan selesai sahaja saya siap setting komputer semua, kelas bermula! Saya belum terlambat! Alhamdulillah. =)


2 hari (10 & 11 Mei 2014) ini sangat bermakna. Ia bakal membuka lembaran baru dalam hidup saya kerana ZamSaham mengajar kami semua cara-cara untuk menangkap ikan, dan bukannya memberi kami ikan semata-mata.

InsyaAllah Pelaburan Saham akan menjadi portfolio kewangan saya yang seterusnya. Dengan ilmu yang diperturunkan oleh ZamSaham, saya yakin dan amat yakin, Pelaburan Saham adalah sesuatu yang boleh dikuasai dan ianya boleh merubah kehidupan saya.

Target keuntungan melalui saham adalah 100%. Bermakna, jika ada RM1000, ianya akan menjadi RM2000. Jika ada RM10000, ianya akan menjadi RM20000.

Tapi ZamSaham cakap, keuntungan 100% tu dah biasa di kalangan students nya yang lalu. Dia mencabar kami semua untuk membuat keuntungan 200% ke 400%. InsyaAllah saya akan sahut cabaran itu berpandukan ilmu yang diberikan oleh ZamSaham.

Nizam, tak mahu share ke apa yang dibelajar dalam KAGSS? Share ler sikit..

Ok, secara asasnya di KAGSS, students akan diberikan pemahaman yang super jelas berkenaan saham. Saham adalah pemilikan perniagaan sesebuah syarikat. 
Prestasi perniagaan sesuatu syarikat itu sama ada menurun, mendatar atau menurun sangat berkaitan dengan pergerakan harga saham syarikat tersebut. 

Dengan mengkaji pergerakan trend harga sesuatu saham syarikat, kita akan dapat membuat keputusan pembelian saham yang menguntungkan.

Technical Analysis memainkan peranan penting dalam mengetahui trend sesuatu saham. Kalau tidak belajar technical analysis, kita akan meraba-raba dalam kegelapan jika melabur dalam saham. 

Dengan mempunyai pengetahuan technical analysis yang proven, insyaAllah keuntungan dalam Pelaburan Saham adalah lebih pasti dan meyakinkan. 

Memang yang tidak mengalami pengalaman yang saya lalui 2 hari ini tidak akan faham apa yang saya cuba sampaikan.

Kepada yang berminat nak belajar saham, saya, Nizam Malek, super-super-super-super recommend anda untuk pergi belajar dengan mentor saya, ZamSaham. 

Ohya, berapa yuran KAGSS ini? 

KAGSS ini berharga RM1900.

Ia bukan soal murah atau mahal.

Ia soal peluang.

Jika ada RM5000 sekalipun, tapi tiada peluang untuk belajar saham, ia tidak lagi bermakna.



Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan ZamSaham dan team nya yang beruasaha menyampaikan ilmu ini kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan saya yang lain.

Semoga Allah memberkati dan mempermudahkan segala urusan ZamSaham dan team.
Sampai sini dulu perkongsian saya berkenaan KAGSS. 

Jumpa lagi di medan Bursa!



Thursday, May 8, 2014

Cinta Kristal Karaoke Version by Nizam Malek

0 comments

Ini video saya berkaraoke lagu Cinta Kristal pada 2 Mei 2014 di Ipoh, Perak.

Jangan kutuk k. =P



Video recorded using Samsung Galaxy Mega

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.