Thursday, May 31, 2012

[KISSinsights] Cara Mengelak Perasaan Mudah Berputus Asa

0 comments


Hi, salam. Ok dalam ruangan KISSinsights kali ini, saya akan menjawab satu lagi soalan yang telah diterima pada 22 April 2012 yang lepas. 

Soalannya adalah: Bagaimana ingin mengelakkan perasaan mudah putus asa?

Ok, soalan ini adalah berkaitan topik motivasi diri yang sememangnya banyak saya kupas, bincangkan dan perkatakan di fanpage RahsiaMotivasi (www.facebook.com/RahsiaMotivasi). InsyaAllah kali ini, saya akan berikan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk menghadapi perasaan mudah berputus asa tersebut.

Pertama sekali, sebelum berbicara berkenaan cara-cara mengelak perasaan mudah berputus asa, anda perlu ketahui, apakah punca-punca yang menyebabkan diri kita mudah merasa putus asa. Kerana jika anda tidak ketahui apakah penyebab perasaan mudah putus asa yang hadir dalam diri anda, ia akan terus-terusan menghantui diri anda dari semasa ke semasa.

Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan kita mudah merasa putus asa dan cara-cara mengatasinya:

1. Impian dan target yang terlalu tinggi.

Mempunyai impian dan target yang tinggi untuk mencabar diri adalah baik. Ia melatih diri kita untuk berusaha mencapai sesuatu yang luar biasa dalam hidup ini. Walaubagaimanapun, jika impian atau target tersebut ditetapkan terlalu tinggi, ia akan memberi tekanan yang lebih besar kepada kita. Apabila merasakan impian atau target itu terlalu tinggi dan sukar dicapai, kita akan merasa cepat berputus asa.

Jika faktor ini adalah salah satu punca yang menyebabkan anda cepat merasa putus asa, cara-cara mengatasinya adalah dengan menetapkan impian atau target yang lebih realistik dengan kemampuan anda. Tiada guna membuat target yang melangkaui kemampuan anda, nanti jadi seperti 'yang dikejar tak dapat, yang digendong keciciran'.

Selain itu, anda boleh juga mengubah cara anda menghadapi sesuatu target yang tinggi. Urus cara anda menyelesaikan sesuatu target dengan menjadikannya lebih kecil. Contohnya, jika anda perlu mengumpul RM10,000 dalam tempoh 6 bulan, anda kecilkan jumlah tersebut kepada tempoh masa yang lebih kecil, iaitu anda perlu hanya perlu mengumpul sekitar RM56 sahaja sehari untuk mencapai target anda tersebut dalam tempoh 6 bulan. Dengan mengurus target anda menjadi lebih kecil, ia akan mengurangkan stress dan kecenderungan untuk mudah berputus asa.

2. Selalu membandingkan pencapaian diri sendiri dengan orang lain.

Ini adalah satu faktor yang mudah membuatkan seseorang merasa putus asa, iaitu apabila kita suka membandingkan diri kita dengan orang lain. Dalam dunia ini, kemampuan dan pencapaian manusia adalah berbeza-beza. Ada yang mendapat pencapaian yang lebih tinggi, ada yang kurang dan ada yang biasa-biasa sahaja. Begitu juga berkenaan fizikal, ada yang lebih kuat daripada kita dan ada yang lebih lemah berbanding kita.

Dalam hal ini, kita tidak sepatutnya membelenggu diri kita dengan pencapaian hebat orang lain sehingga menjejaskan diri kita. Apabila orang lain mencapai sesuatu yang hebat dan luar biasa, kita ucapkan tahniah pada mereka. Tetapi jangan pula kita membandingkan pencapaian tersebut dengan pencapaian kita.

Kita tidak perlu bersaing dengan pencapaian orang lain. Hakikat sebenar yang perlu kita fahami adalah kita bersaing dengan diri kita sendiri. Contohnya, jika dalam satu peperiksaan, kawan kita dapat A dan kita dapat C. Ia tidak lah bermakna kawan kita itu lebih pandai daripada kita atau kita lebih bodoh daripadanya. Tetapi hal yang sebenar adalah, kawan kita itu telah membuat persediaan yang rapi dan bertepatan sebelum menghadapi peperiksaan itu, sedangkan kita mungkin hanyut dalam persediaan kita.

Ini bermakna juga, persediaan kita adalah tidak cukup dan bertepatan dengan keperluan peperiksaan tersebut. Maka, apa yang perlu kita lakukan adalah kita perhalusi semula apa yang menyebabkan kita mendapat keputusan peperiksaan yang teruk sedangkan kawan kita itu mendapat keputusan yang baik.

Seterusnya, untuk peperiksaan yang seterusnya, kita berjuang semula untuk memperbaiki keputusan yang kita dapat pada peperiksaan yang lalu, iaitu C kepada B atau A. Dengan itu, usaha kita lebih objektif dan mempunyai sasaran untuk memperbaiki diri, dan bukannya untuk menewaskan orang lain.

Apabila cara kita mengurus pencapaian kita itu betul, kita akan lebih bersemangat dan tidak mudah berputus asa. Tapi jika kita selalu bersandarkan pencapaian orang lain, kita tidak akan tahu di mana kah taraf sebenar kita. Apabila kita tidak mampu menundukkan pencapaian orang lain, kita rasa putus asa, dan putaran ini akan berterusan.

Ubah cara anda melihat persaingan dan anda tidak akan mudah berputus asa lagi!

3. Sentiasa berfikiran positif.

Ok tips ini selalu orang perkatakan, iaitu berfikiran positif. Ramai yang tak percaya akan kekuatan berfikiran positif ini. Sesetengah orang berpendapat, berfikiran positif ini hanya cakap-cakap kosong. 

Sebenarnya tidak, tidak sama sekali. Dengan sentiasa berfikiran positif, minda kita akan sentiasa segar dan berdaya saing. Sematkan kata-kata positif dalam minda anda dan ulangkan sebanyak yang mungkin. 

Mungkin buat permulaan, anda tidak nampak kesannya, tapi apabila sampai sesuatu peringkat, anda akan lihat bahawa, dengan berfikiran positif, anda tidak lagi mudah berputus asa. Anda lebih cekal dan tabah menghadapi dugaan atau cabaran yang mendatang.

Dan untuk tips ini, saya akan berkongsikan satu video yang boleh menjadi inspirasi bagi anda yang mudah berputus asa.


Semoga tips kali ini dapat memberi perangsang untuk anda, agar tidak mudah berputus asa lagi.

Ingat, perjuangan anda bukan hanya untuk hari ini, tapi untuk masa hadapan. Jangan mudah berputus asa, kerana anda mungkin berada sejengkal sahaja lagi untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

All the best buat semua! =)

Monday, May 28, 2012

[Video] Never Say No To Panda!

0 comments

This Panda is really 'crazy'!

I feel so afraid..



Jangan sampai termimpi-mimpi dia ni sudah lah.. =p

P/S: Tengoklah video ini kalau nak hilangkan stress anda.... huhu..

Sunday, May 27, 2012

[KISSinsights] Cinta Di Bangku Sekolah?

0 comments

Dalam edisi KISSinsights kali ini, saya akan meluangkan masa untuk menjawab satu soalan yang agak menarik untuk diperbincangkan. 

Soalan ini juga kerap menjadi persoalan bagi para pelajar sama ada di peringkat sekolah mahupun kolej atau universiti. Soalan ini telah saya terima pada tarikh 17 April 2012.


Soalannya berbunyi begini:

"Assalamualaikum, saudara, boleh saya tahu, salahkah apabila menjalinkan hubungan cinta ketika di bangku sekolah? Tapi dengan niat ingin menikahi si dia dan ingin bina keluarga bahagia di bawah landasan Islam yang sebenar.. Ikhlas kerana Allah.. Adakah benar tindakan ini? Mohon komentar.. =)"

Pertama sekali, terima kasih atas soalannya, insyaAllah saya cuba menjawabnya mengikut pengalaman dan pengamatan saya.

Bagi saya, persoalan sebegini boleh dikatakan agak kritikal, kerana setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza bagi menjawabnya. Contohnya saya pernah ajukan soalan yang sama seperti di atas, di ruangan Facebook wall saya, dan mendapat respond yang pelbagai. Ada yang setuju, ada yang membantah, dengan alasan dan hujah masing-masing.

Baiklah, untuk persoalan pertama, iaitu, salahkah jika menjalinkan hubungan cinta ketika di bangku sekolah? 

Errm, macam senangkan soalan ni, tapi macam susah juga nak jawab.. Tapi ya, secara terus terangnya, saya berpendapat, menjalin hubungan cinta ketika di bangku sekolah adalah tidak digalakkan, dan mungkin juga boleh jatuh ke dalam kategori salah untuk dilakukan.

Kita (adik-adik terutamanya), perlu sedar bahawa sekolah adalah medium pertama dimana kita menerima pelajaran secara formal. Pelajaran di sekolah adalah amat-amat penting dalam membentuk peluang-peluang pelajaran dan pembentukan karier yang lebih pada masa hadapan.

Perkara yang paling penting dilakukan di sekolah adalah belajar, belajar dan belajar. Walaupun ayat saya dilihat nampak agak menekan, tapi ya, sememangnya itulah tujuan utama kita ke sekolah. Menimba ilmu asas akademik untuk ke peringkat yang seterusnya.

Berbalik kepada persoalan, berkenaan cinta ketika di zaman persekolahan. Bagi saya, ia adalah perasaan normal bagi lelaki dan perempuan untuk menyukai satu sama lain. Ketika di sekolahlah kita mula mengenali golongan gender yang berlainan daripada kita.

Perasaan suka dan meminati mungkin akan hadir tanpa dipaksa. Walaupun kita tak tahu mengapa, perasaan itu mempengaruhi tindakan kita.. Seperti sentiasa ingin melihat si dia, rasa ingin tahu di mana si dia berada dan ke mana si dia ingin pergi. 

Segala tentang si dia menarik perhatian kita.. Cara dia bercakap atau ketawa, cara dia menulis sama ada tangan kanan atau kidal, dan juga cara dia berjalan, semuanya bagaikan magis, menarik perhatian kita dan melekat di minda kita..

Begitulah rasanya bila sudah tersuka pada seseorang.. Dan iya, ia boleh berlaku di zaman persekolahan.. (cakap macam ada pengalaman je.. =p)..

Walaubagaimanapun, saya berpendapat, rasa dan minat itu perlu dikawal.. Di zaman persekolahan, para pelajar masih dikira belum matang sepenuhnya berkenaan cinta dan perhubungan..

Apa yang ada lebih kepada kesukaan dan keterujaan.. Perkara inilah yang perlu diambil perhatian yang serius kerana ia mungkin sahaja menjerumuskan seseorang pelajar itu ke lembah kesilapan yang sukar ditarik kembali..

Seperti kita sedia maklum melalui berita-berita di dada-dada akhbar mahupun di laman-laman sesawang di Internet yang memaparkan gejala sosial yang berlaku di kalangan pelajar sekolah.

Salah satu puncanya adalah bermula daripada hubungan cinta yang tidak dikawal di kalangan para pelajar lantaran media komunikasi terkini yang membolehkan para pelajar berlainan gender berhubung dengan lebih kerap dan terbuka.

Ia nampak negatif bila ditulis secara negatif, namun itulah realiti yang sedang berlaku.. Dan kerana itu jugalah hubungan cinta di zaman persekolahan amat ditentang dan saya sendiri suka untuk mengkategorikannya sebagai salah..

Pada saya, tidak salah untuk menyukai seseorang, ingin mendekati dan berkawan dengan si dia, tapi tetapkan dalam hati bahawa, setiap sesuatu dalam perhubungan ada batasnya dan jika boleh dielakkan, lebih baik elakkan..

Kemudian, soalannya berlanjutan lagi.. Tapi dengan niat ingin menikahi si dia dan ingin bina keluarga bahagia di bawah landasan Islam yang sebenar.. Ikhlas kerana Allah.. Adakah benar tindakan ini?

Membaca soalan ini, saya teringat kisah saya di sekolah menengah dahulu, ada seorang cikgu menyatakan kepada saya yang, cinta di zaman sekolah biasanya tidak berpanjangan sehingga ke alam rumah tangga.. Kata-kata cikgu tersebut masih segar di telinga dan minda saya sehingga kini.. Tak tahu kenapa.. =p

Mungkin, masa di zaman persekolahan, bila kita dah suka seseorang, kita rasa sangat mencinta dan dicintai, kita rasa dialah segala-galanya, dan kita ingin dia jadi milik kita, berkahwin dan hidup bahagia..

Yup, itu saja yang ada dalam minda kita, bahagia.. Apa yang kita nampak ketika itu, adalah senyuman dan gembira sahaja..

Tapi mungkin kita tidak tahu, yang pernikahan itu adalah sesuatu yang lebih besar lagi dalam hidup.. Ia merupakan satu fasa yang amat berbeza dalam peringkat kehidupan kita..

Memang bagus ada niat untuk menikahi, ikhlas kerana Allah SWT, namun bagi saya, masanya masih belum sesuai.. Selalu orang-orang tua akan kata "pergi perhabis belajar dulu...".

Di zaman persekolahan, semuanya masih belum tentu untuk kita.. Apakah masa depan kita..? Apakah yang boleh kita berikan kepada si dia..? dan apa akan jadi 10 ke 15 tahun akan datang..? 

Jadi jika niat dan tindakan yang diambil tersebut terlalu drastik, ia pasti akan memberi kesan yang juga drastik kepada kita.. Malah, jika kesan itu drastik kepada kita seorang sahaja tak mengapa lagi.. Tapi lebih teruk, ia juga akan memberi kesan drastik yang menekan pasangan yang kita nikahi tersebut.. 

Jika semua persoalan tersebut gagal di tangani dengan baik, apakah ada erti bahagia dan keseronokan lagi..? Mungkin sahaja ia akan berubah menjadi satu mimpi yang amat ngeri pula buat kita...

Satu peringatan saya buat yang bertanya soalan ini adalah, hidup ini hanya sekali dan kita perlu membuat perancangan yang baik untuk kehidupan kita.. Jika kita masih di alam persekolahan, sebenarnya masa kita masih panjang.. Masih banyak perkara yang perlu ditempuh terlebih dahulu..

Tumpuan dan fokus kita perlu diutamakan pada perkara yang lebih penting lagi iaitu pelajaran dan pembinaan sahsiah diri.. Rasa cinta yang hadir perlu dikawal..

Dan akhir sekali, adakah salah tindakan tersebut?

Secara jujurnya, jika tindakan untuk menikahi ketika di zaman persekolahan, saya boleh jawab ianya salah. Tidak perlu sampai begitu kan? Komen juga telah saya berikan panjang lebar di atas..

Akhir sekali, pesan saya adalah, jadilah pemuda pemudi harapan negara, bangsa dan agama.. Binalah kredibiliti kita dengan ilmu dan kemahiran di dada.. Di zaman persekolahan inilah, bermulanya pengharapan ibu bapa amat tinggi untuk melihat anak-anak mereka berjaya menongkah arus hidup yang akan terus-terusan mencabar di masa akan datang..

Itulah amanah yang mereka berikan kepada kita di zaman persekolahan.. Hargailah pengharapan mereka dan jika kita ikhlas kerana Allah, lakukan lah amanah kita terhadap ibu bapa ini terlebih dahulu..

Jika amanah pada ibu bapa pun masih belum mampu kita laksanakan atau penuhi, apakah mungkin boleh kita melaungkan keikhlasan kerana Allah SWT untuk menikahi seseorang tanpa kita sendiri memiliki apa-apa?

Persoalan-persoalan ini saya lontarkan semula untuk difikir secara mendalam.. 
Semoga anda yang bertanya dapat menerima hujah-hujah yang saya berikan ini dengan hati terbuka dan positif.. =)

Friday, May 25, 2012

[Video] CUCMS MBBS Students Stories

0 comments

Salam, hi kawan!

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi satu video yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar MBBS batch 2007 (tahun akhir) CUCMS.

Video ini adalah antara gambaran suasana student life di CUCMS.

Ah, rasa rindu pula waktu belajar di CUCMS dulu..

Friends like brothers and sisters, and also the lecturers..

Huhu..

So come, let's enjoy the video.. =)



Btw, saya ada juga dalam video kat atas ni.. Nampak tak? =)

Thursday, May 24, 2012

[Video] Debat PTPTN Rafizi Vs KJ

0 comments

Berikut adalah sedutan rakaman Debat PTPTN Rafizi Vs Khairy Jamaluddin yang dianjurkan oleh Sinar Harian pada 22 Mei 2012.









Monday, May 21, 2012

[KISSinsights] More About Pharmacy

0 comments

Hi, bertemu kembali!

Masih lagi dalam ruangan Kissinsights. Kali ini saya akan pamerkan 3 respond yang masuk saya terima pada 21 Mac, 7 April dan 8 April 2012 yang ketiga-tiga nya melibatkan soalan berkaitan Farmasi.













Ok respond pertama yang akan saya jawab bertarikh 21 Mac 2012. Soalan ini telah dihantar pada pukul 7.56pm. Soalannya berbunyi begini:

"Hi, I am Chinese.. I plan to apply for BPharm in this college university.. Is the lecturer helpful? Can I know roughly about the rental of hostel under university and also private hostel? Many Chinese in the university? Ratio? Appreciate your help, thanks. =)"

Wah, banyak juga soalannya, bertimpa-timpa, hehe.. Ok, I will try my best to give you a brief answer. First of all, it's good that you are planning to further your studies in BPharm. It's a good choice for your future career.

Regarding the lecturers, definitely I can't say in detail because every lecturer carries different style or ways to give lectures, communicate with the students and so on. But as far as I know and can say, CUCMS lecturers are very helpful and very closed with their students.

With the lecturers, we can be friends or also can be like brothers and sisters. I believe you will enjoy having very nice lecturers in CUCMS, provided that you are also nice to them, right? Nice meaning not making problems in terms of attitude, study performance or anything related.. Otherwise, the lecturers for sure will treat you nicely.. And believe me, you will love them, regardless of race and beliefs that you carry. That's the philosophy in the college it self. =)

 Regarding the accommodation and rentals, you can refer to this link http://www.cybermed.edu.my/cucms-web/new_web/accomodation.html and get clearer information there.

I believe staying in newly built hostels is much more convenient comparing staying outside which costs around the same plus lengthier distance to reach main campus.

Regarding the Chinese students, I would say that, there are around 15-35% non-malay students are in CUCMS. As I mentioned in my previous writings and responds, non Malay students will enjoy studying in CUCMS, because CUCMS won't allow racism as we respect each person race, creeds, and religions. We are Malaysian, and we love each other, right? =)



Ok untuk respond ke dua, ringkas sahaja, iaitu:

"More info on Pharmacy scope, : )"

Yes, thanks for asking for that. For sure I will be working much harder to write more about Pharmacy. I believe more people out there would like to know more about Pharmacy. InsyaAllah, I will share my little knowledge and experience with all of you regarding Pharmacy. I most welcome any questions regarding Pharmacy and I am happy to give opinions as I may have. So please ask more, I will try my best to give the best respond. =)

Again, I would like to thanks for your respond through KISSinsights ya! =)



Dan untuk respond ketiga, saya menerima satu respond daripada rakan Pegawai Farmasi juga nampaknya. =)

"Salam.. Nice posts. Saya PRP juga, masuk dalam bulan 8 dulu. Actually tengah down,  macam jatuh tergolek-golek.. Trying to back up again. Somehow your post give me some lights.. Thanks.. :) -Dila"

It's really nice to have another Pharmacist visiting my blog yang tak seberapa ini, hehe.. Thanks Dila for reading my blog posts and dropping some positive comments here.

Tahun PRP sememangnya agak mencabar kerana terdapat banyak requirements seperti log book, research, assessment dan sebagainya. Walaupun nampak pharmacist ni kerja rileks je, kadang-kadang boleh stress juga..

Biasalah kalau down, especially kalau kena marah dengan senior sebab tak tahu ke, lambat buat kerja ke, or pape lah.. Bila kena macam sound bertubi-tubi, mesti down je sehari.. Esok kena lagi, tambah down.. Kalau awak rasa tergolek-golek, saya pun rasa tergolek-golek juga lah.. hehe..

Tapi tulah, kena banyakkan bersabar dan berkorban sikit, sekurang-kurangnya untuk setahun PRP ni, kemudian compulsary service setahun. Lepas tu insyaAllah working life akan menjadi lebih baik, insyaAllah.

Seeloknya jangan give up.. Kalau down, nanti balik nanti rehat betul-betul, atau buat benda-benda yang dapat menenangkan diri sebentar.. Macam saya, kalau stress, saya akan makan coklat Snikers.. Sebab dalam satu kajian menyatakan coklat ni boleh menimbulkan mood ceria dan positive dalam diri manusia.. Jadi kalau stress dan moody, tak payah cari Tab Alprazolam 0.5mg.. Makan je coklat 2 3 dose, insyaAllah oklah lepas tu.. hehe..

Dan tak perlulah sedih-sedih, down-down.. We are PRPs.. We are working to be FRPs.. We are working hard for something good, something better.. Make it a strong motivation to carry on.. InsyaAllah we will go through all these as our senior pharmacists did.. They are used to be like us before right? So be positive and strong! =)



Oklah, sampai sini dulu blog post kali ini, saya masih ada beberapa respond dari KISSinsights yang masih belum terjawab untuk bulan April dan Mei 2012. InsyaAllah saya akan sambung dalam blog post yang seterusnya.

Stay tuned, salam! =)

Sunday, May 20, 2012

Love You Like A Love Song Cover

0 comments

This song has been covered very nicely by these two youngsters..

I really like the combination, tempo and melody..

Let's enjoy.. =)

Saturday, May 19, 2012

[KISSinsights] Apa yang menarik berkenaan Farmasi?

2 comments

Salam, hi semua. 

Bertemu lagi kita di ruangan KISSinsights ini, iaitu satu ruang di mana saya akan respond pada apa sahaja soalan atau permintaan yang anda di ruangan/kotak KISSinsights yang terdapat di bahagian bawah kanan layout blog ini.

Untuk pengetahuan anda, saya telah menerima banyak soalan daripada pelawat Nizam Malek Blog ini sejak 1 Mac 2012 yang lalu. Bayangkan, soalan yang anda tuliskan sejak 2 bulan yang lalu masih belum terjawab.

Inilah yang terjadi apabila saya agak sibuk dengan Clinical Attachment selama 2 bulan yang bermula sejak pertengahan Februari 2012 yang lalu. Alhamdulillah, kini saya dah agak rileks sikit. Case report clinical pun dah selesai, cuma ada beberapa assessment lagi yang perlu diselesaikan. InsyaAllah jika teruskan fokus, ianya akan dapat dihadapi dengan baik.. Semoga semuanya akan dipermudahkan.. Saya mohon doa daripada kawan-kawan semua ya. =)

Ok, dalam post kali ini, saya akan menjawab satu soalan yang masuk dalam kotak KISSinsights saya iaitu:

"Salam. Kalau nak tulis artikel tentang Farmasi/Ahli Farmasi, tau tak apa yang menarik untuk di tulis?"

Ok, sebenarnya banyak tajuk artikel yang boleh ditulis berkenaan Farmasi. InsyaAllah dalam respond saya di bawah, saya akan berkongsikan beberapa point atau isu yang boleh diambil sebagai penulisan berkenaan Farmasi.

Masyarakat masa kini sudah mula menyedari kehadiran/kewujudan/kepentingan Farmasi dan Ahli Farmasi dalam kehidupan kesihatan mereka. Hal ini membuatkan mereka ingin mengetahui lebih banyak berkenaan Farmasi, peranan seorang Ahli Farmasi, ubat-ubatan yang mereka ambil dan yang berkaitan dengannya.

Jika artikel yang bermutu dapat dihasilkan berkenaan Farmasi di blog, majalah, surat khabar ataupun buku, ia pasti dapat meningkatkan integriti profession ini selain dapat meningkatkan taraf pengetahuan masyarakat Malaysia berkenaan Farmasi itu sendiri. Hal ini secara langsung dan tidak langsung akan membantu meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat Malaysia.

Banyak artikel yang boleh ditulis, contohnya berkenaan asas cara pengambilan ubat-ubatan iaitu rational antibiotik perlu diambil sebelum makan dan perlu dihabiskan dalam tempoh hari yang ditetapkan.

Artikel yang dihasilkan sebegini bukanlah bermakna kita cuba untuk membuat 'counseling' melalui penulisan sama ada di internet ataupun secara offline, tetapi ia lebih kepada memberi informasi dan maklumat yang berguna kepada masyarakat.

Selain itu, usaha untuk menerangkan akta-akta yang terdapat dalam Farmasi juga perlu dipergiat terutamanya melalui penulisan. Kini terdapat banyak pihak yang membuat perniagaan dengan menjual produk-produk kesihatan yang berunsur ubat-ubatan sama ada yang berdaftar atau tidak.

Mereka menggunakan banyak medium pengiklanan seperti membina website di Internet dan juga menyebarkan flyers. Terdapat banyak iklan yang dibuat adalah menyalahi Medicine (Advertisement and Sale) Act 1956 dan Medicine Advertisement Board Regulations 1976. Jadi dengan penghasilan artikel yang dapat menyalurkan informasi yang bertepatan dengan masalah yang dihadapi, ianya akan dapat membantu banyak pihak bagi mengelak kesulitan berkaitan ubat-ubatan dari semasa ke semasa.

Seterusnya adalah penghasilan artikel berkenaan kerjaya Farmasi. Di Nizam Malek Blog sendiri, saya menerima banyak soalan berkenaan peluang kerjaya dalam bidang Farmasi. Tumpuan pembaca artikel-artikel sebegini adalah untuk mereka yang baru sahaja mendapat result SPM/STPM atau ahli keluarga yang mencari maklumat berkenaan Farmasi bagi saudara mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi.

Ramai yang masih belum tahu bahawa, Farmasi adalah satu bidang yang dapat memberi jaminan peluang pekerjaan pada masa hadapan. Ramai juga yang tidak mengetahui apakah fungsi sebenar seorang Ahli/Pegawai Farmasi setelah diserapkan ke alam pekerjaan setelah selesai menjalani kursus Ijazah Sarjana Muda Kepujian Farmasi dalam tempoh 4 tahun.

Di sinilah artikel boleh ditulis untuk memberi maklumat yang tepat dan terkini berkaitan dengan Ijazah Sarjana Farmasi dapat membantu mereka. Contohnya di Nizam Malek Blog, saya pernah menulis satu artikel yang bertajuk '10 point review belajar di CUCMS' dan ianya antara post hit di blog ini di mana ramai mereka yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang Farmasi di CUCMS mendapat sedikit gambaran awal.

Masih banyak lagi tajuk artikel berkenaan Farmasi yang dapat ditulis kerana cabang ilmu dalam bidang ini amat luas dan masih lagi belum dicakupi sepenuhnya di Malaysia.

InsyaAllah saya juga sebagai seorang Pegawai Farmasi amat berhasrat untuk menulis lebih banyak artikel berkenaan dunia Farmasi agar ianya dapat membantu orang lain yang mencari informasi berkenaannya.

Walaubagaimanapun, saya menyarankan agar artikel yang ditulis perlulah dihasilkan bermutu tinggi dengan mengambil kira isu semasa dan juga ketepatan informasi yang disampaikan.

Semoga respond saya ini telah menjawab persoalan anda yang bertanya. Terima kasih. =)

Friday, May 11, 2012

Status 20

0 comments

Dalam dunia ini,

sahabat boleh bertukar menjadi lawan atau musuh..

Hanya kerana wujudnya perasaan dengki dan iri hati..

Lantaran cemburukan kejayaan..

.....

Monday, May 7, 2012

While waiting for the traffic light..

2 comments

Texting girlfriend while waiting for the red traffic light to turn green?

Nope..

This is what I do.. =p


How about you..?

Saturday, May 5, 2012

[Video] Training Session For Johor Pharmacy Dinner 2012

2 comments

Hi, ok dalam post kali ini, saya nak sharekan video time
kitorg buat training untuk Johor Pharmacy Dinner 2012 kat Grand Blue Wave,
Johor Bahru pada 27 April 2012.

Video pertama, lagu Aku Janji dan video kedua, lagu Kosong.

Siap ada penampilan istimewa, KPF. =)




Antara kenangan time PRP year di HSI JB.

Videos without editing powered by Samsung Galaxy Note Hazzim. ^ ^y

Rahsia Membina Kekayaan

0 comments


Rahsia membina kekayaan ada dua langkah.

Langkah Pertama: Kita perlu terlebih dahulu bekerja untuk mendapatkan wang.

Langkah Kedua: Menjadikan wang bekerja untuk kita.

Inilah rahsia kekayaan. 

Ketahui ilmu ini dan anda juga boleh menjadi kaya.

-Nizam Malek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.