Salam, hi semua.
Bertemu lagi kita di ruangan KISSinsights ini, iaitu satu ruang di mana saya akan respond pada apa sahaja soalan atau permintaan yang anda di ruangan/kotak KISSinsights yang terdapat di bahagian bawah kanan layout blog ini.
Untuk pengetahuan anda, saya telah menerima banyak soalan daripada pelawat Nizam Malek Blog ini sejak 1 Mac 2012 yang lalu. Bayangkan, soalan yang anda tuliskan sejak 2 bulan yang lalu masih belum terjawab.
Inilah yang terjadi apabila saya agak sibuk dengan Clinical Attachment selama 2 bulan yang bermula sejak pertengahan Februari 2012 yang lalu. Alhamdulillah, kini saya dah agak rileks sikit. Case report clinical pun dah selesai, cuma ada beberapa assessment lagi yang perlu diselesaikan. InsyaAllah jika teruskan fokus, ianya akan dapat dihadapi dengan baik.. Semoga semuanya akan dipermudahkan.. Saya mohon doa daripada kawan-kawan semua ya. =)
Ok, dalam post kali ini, saya akan menjawab satu soalan yang masuk dalam kotak KISSinsights saya iaitu:
"Salam. Kalau nak tulis artikel tentang Farmasi/Ahli Farmasi, tau tak apa yang menarik untuk di tulis?"
Ok, sebenarnya banyak tajuk artikel yang boleh ditulis berkenaan Farmasi. InsyaAllah dalam respond saya di bawah, saya akan berkongsikan beberapa point atau isu yang boleh diambil sebagai penulisan berkenaan Farmasi.
Masyarakat masa kini sudah mula menyedari kehadiran/kewujudan/kepentingan Farmasi dan Ahli Farmasi dalam kehidupan kesihatan mereka. Hal ini membuatkan mereka ingin mengetahui lebih banyak berkenaan Farmasi, peranan seorang Ahli Farmasi, ubat-ubatan yang mereka ambil dan yang berkaitan dengannya.
Jika artikel yang bermutu dapat dihasilkan berkenaan Farmasi di blog, majalah, surat khabar ataupun buku, ia pasti dapat meningkatkan integriti profession ini selain dapat meningkatkan taraf pengetahuan masyarakat Malaysia berkenaan Farmasi itu sendiri. Hal ini secara langsung dan tidak langsung akan membantu meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat Malaysia.
Banyak artikel yang boleh ditulis, contohnya berkenaan asas cara pengambilan ubat-ubatan iaitu rational antibiotik perlu diambil sebelum makan dan perlu dihabiskan dalam tempoh hari yang ditetapkan.
Artikel yang dihasilkan sebegini bukanlah bermakna kita cuba untuk membuat 'counseling' melalui penulisan sama ada di internet ataupun secara offline, tetapi ia lebih kepada memberi informasi dan maklumat yang berguna kepada masyarakat.
Selain itu, usaha untuk menerangkan akta-akta yang terdapat dalam Farmasi juga perlu dipergiat terutamanya melalui penulisan. Kini terdapat banyak pihak yang membuat perniagaan dengan menjual produk-produk kesihatan yang berunsur ubat-ubatan sama ada yang berdaftar atau tidak.
Mereka menggunakan banyak medium pengiklanan seperti membina website di Internet dan juga menyebarkan flyers. Terdapat banyak iklan yang dibuat adalah menyalahi Medicine (Advertisement and Sale) Act 1956 dan Medicine Advertisement Board Regulations 1976. Jadi dengan penghasilan artikel yang dapat menyalurkan informasi yang bertepatan dengan masalah yang dihadapi, ianya akan dapat membantu banyak pihak bagi mengelak kesulitan berkaitan ubat-ubatan dari semasa ke semasa.
Seterusnya adalah penghasilan artikel berkenaan kerjaya Farmasi. Di Nizam Malek Blog sendiri, saya menerima banyak soalan berkenaan peluang kerjaya dalam bidang Farmasi. Tumpuan pembaca artikel-artikel sebegini adalah untuk mereka yang baru sahaja mendapat result SPM/STPM atau ahli keluarga yang mencari maklumat berkenaan Farmasi bagi saudara mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi.
Ramai yang masih belum tahu bahawa, Farmasi adalah satu bidang yang dapat memberi jaminan peluang pekerjaan pada masa hadapan. Ramai juga yang tidak mengetahui apakah fungsi sebenar seorang Ahli/Pegawai Farmasi setelah diserapkan ke alam pekerjaan setelah selesai menjalani kursus Ijazah Sarjana Muda Kepujian Farmasi dalam tempoh 4 tahun.
Di sinilah artikel boleh ditulis untuk memberi maklumat yang tepat dan terkini berkaitan dengan Ijazah Sarjana Farmasi dapat membantu mereka. Contohnya di Nizam Malek Blog, saya pernah menulis satu artikel yang bertajuk '10 point review belajar di CUCMS' dan ianya antara post hit di blog ini di mana ramai mereka yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang Farmasi di CUCMS mendapat sedikit gambaran awal.
Masih banyak lagi tajuk artikel berkenaan Farmasi yang dapat ditulis kerana cabang ilmu dalam bidang ini amat luas dan masih lagi belum dicakupi sepenuhnya di Malaysia.
InsyaAllah saya juga sebagai seorang Pegawai Farmasi amat berhasrat untuk menulis lebih banyak artikel berkenaan dunia Farmasi agar ianya dapat membantu orang lain yang mencari informasi berkenaannya.
Walaubagaimanapun, saya menyarankan agar artikel yang ditulis perlulah dihasilkan bermutu tinggi dengan mengambil kira isu semasa dan juga ketepatan informasi yang disampaikan.
Semoga respond saya ini telah menjawab persoalan anda yang bertanya. Terima kasih. =)
2 comments:
Salam. straight to the point. im asasipintar ukm students and now ive to choose only 2 choice thru ukm website. im interested in pharmacy,butttt i lost info about this course, already search and googled and also read yr post. but hm. anyway, pasal belajar sy boleh bayangkanlah as a students, k settle abt study. Hee but pasal kerja, sy tk dapat lagi gambaran kerja sbgai farmasi. ad ckp buat ubat, dll. hee, sy suka create something ni. but kt farmasi yg jaga kaunter bagi ubat tu farmasi ke? sy tak suka mcm tu. sy nak jenis dalam lab kee kat hospital kee. hm so pertanyaan sy ni, APA KERJA FARMASI DAN SIAPA DIA TU ? HM peningnnyaaa
sory buat anonymous, no goggle acc
Salam anonymous,
Tiada akaun google pun boleh tulis nama di bawah. ;)
Kerja Farmasi ni luas, tapi di Malaysia, kerjaya utama adalah di bidang klinikal atau hospital setting.
Kalau nak cerita in details apa itu tugas farmasi, memang banyak, jadi tak dapat saya nak huraikan semua di sini.
Apa yang boleh saya sarankan adalah, anda pergi ke kolej-kolej atau fakulti-fakulti IPTA atau IPTS yang menawarkan kursus-kursus Farmasi dan bertanya terus kepada mereka apakah dunia Farmasi sebenarnya.
Mereka akan mempunyai satu department khas yang akan memberikan penerangan kepada anda berkenaan kursus yang ditawarkan.
Antara kolej yang boleh saya cadangkan adalah CUCMS. Pergi ke CUCMS di Cyberjaya dan bertanya lanjut dengan mereka. Mereka akan sedia membantu anda dalam menyampaikan maklumat yang diperlukan.
Kena bayar ke? Takkan tanya pun kena bayar kan? Jadi tanya saja. =)
All the best daripada saya, selamat maju jaya! =)
Post a Comment