Sunday, June 27, 2010

Januari to June 2010..

0 comments

Penhujung bulan Jun hampir tiba. Sekejap je dah setengah tahun berlalu dalam tahun 2010 ni. Macam rasa baru semalam je bergembira menyambut tahun baru. Hmm.. Itu lah masa.. Tanpa pernah berhenti sedetik berlalu meninggalkan setiap saat sebagai kenangan.

So macam mane dengan 6 bulan yang dah berlalu? Puas hati dengan prestasi sendiri? Bagaimana dengan matlamat atau azam yang begitu bersemangat disematkan masa awal tahun dulu? Hmm.. Berat juga tu nak jawab.. Mari aku rangkumkan semua highlights sepanjang setengah tahun ni.

Anyway, alhamdulillah, tahun 2010 bagai rahmat baru bagi aku dalam kehidupan. Bermula awal januari, aku mula berjinak-jinak dengan online business dengan menjual produk perkhidmatan. Walaupun tanpa apa-apa pengalaman, aku tekadkan hati dan mencuba business membuat design banner promosi di internet. Ada juga bakat mendesign sikit-sikit rupanya. =p

Idea asalnya mudah, iaitu mencari masalah yang timbul bagi pengguna internet dan cuba untuk menyelesaikannya bagi mereka. Contohnya, ramai rakyat Malaysia mula menggunakan medium internet untuk memulakan perniagaan.

Dengan penghasilan blog/website yang amat murah dan mungkin juga percuma (seperti Wordpress dan Blogspot), maka kewujudan kedai online dipasaran internet Malaysia bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ramai yang bersemangat nak mula berniaga bila dah ada blog/website. Tapi malangnya, selepas berbulan-bulan menunggu, amat susah nak dapatkan pelanggan dan rasa berputus asa pun timbul.

So antara puncanya ialah kurangnya traffic ke blog/website mereka. Inilah yang membezakan blog/website menjual yang berjaya dengan yang tidak. Teknik promosi yang lemah menyebabkan potensi jualan menjadi amat kurang.

Masalah yang timbul di kalangan peniaga di internet ini menjadi perkara yang boleh diambil perhatian. Maka lahirlah idea-idea membantu peniaga-peniaga di internet ini dengan membuat service banner promosi. Bagi peniaga di internet yang amat dahagakan traffic ke blog/website menjual mereka, service sebegini merupakan antara jalan untuk membantu meningkatkan aktiviti jualan di blog/website mereka.

Sejak awal permulaan menjual service di internet dengan membuat banner, aku mendapat banyak pengalaman berharga dari segi memberikan khidmat pelanggan yang terbaik, dan urusan perniagaan itu sendiri. Amat gembira apabila dapat membantu sales pelanggan-pelanggan selain mendapat keuntungan daripada service tersebut.

Selain perniagaan di internet, bulan februari, mac dan april menjadi bulan yang agak penuh dengan aktiviti di kolej. Selain sibuk dengan urusan akademik, banyak lawatan keluar telah diadakan dan rasanya sangat santai bila tiada subjek clinical pharmacy. Hehe.. Selain tu sepanjang 3 bulan tersebut, aku mula sibuk dengan research project dan persiapan untuk Karnival Mesra Ubat (KaMU).

Pengalaman menarik untuk research project ialah sewaktu pusing-pusing satu johor bahru untuk dapatkan respondent bagi questionnaires yang telah disediakan. Banyak kesusahan yang ditanggung masa tu. Ada yang sangat sombong bila diminta untuk menjawab questionnaires, dan ada juga yang lari terus, ingat kita nak jual barang kot? hehe.. Anyway, pengalaman tu semua sangat berharga.

KaMU merupakan aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pelajar pharmacy cucms. Berlangsung sepanjang hari di Perkampungan Orang Asli, Kg Gapam Baru, Jasin, Karnival Mesra Ubat memberi ruang untuk kami mendekati masyarakat untuk berkongsi ilmu dan membantu masyarakat setempat dari segi kesihatan. Yang menariknya, KaMU telah diadakan selepas Final Exam, jadi tiada stress dan rasa bebas sepanjang program.

Bulan Mei agak menekan iaitu Final Exam untuk sem 6. Hmm, for the time this post was written, result dah pun kluar. Oklah, tapi tak best sangat pun. Biarlah taknak cerita, hehe.

Cuma akhir bulan Mei yang best. Dapat fly ke Melbourne, Australia untuk present research project. Ini antara kenangan terbaik sepanjang belajar di CUCMS. Anyway, hope the final result will be an A.

So sampai lah bulan Jun ni. Saat untuk bercuti. Memang cuti puas-puas. Selalu stress je kat Cyber, inilah masanya nak berehat. Ohya, bila berakhirnya bulan jun ni, maka tamat lah kontrak rumah di Cyberheights. Untuk next year, saya akan berpindah ke Putrajaya.

Kenapa nak pindah? Bagus gak soalan tu. Ada beberapa perkara yang menyebabkan aku buat keputusan nak pindah, dan aku dah mula cari rumah baru pun masa bulan 3.. kot? hmm..
Tak tahu nak cerita macam man.. Cuma yang pasti, ini lah satu penghijrahan untuk aku.. Harapnya penghijrahan ke tempat yang lebih baik..

Pemandangan di luar tingkap bilik di Cyberheights

Tatkala saat tak teruruskan..

Menggila dengan layanan chemistry yang menghantui minda dan jari..

Kemas bila semuanya berakhir..

Sentiasa bersedia untuk ke kampus..

Perlu dipindahkan..

Lalala..

Hampir kosong, berhabuk..

Bersih lagi suci? Oh.. =p

2 tahun tinggal di Cyberheights. Seronok sebenarnya. Tempat selesa dan aman. Aku nak study pun rasa tenang. Tapi tulah, langit tak sentiasa cerah. Ada ja masalah menimpa.. Tempat yang best pun boleh jadi tak best..

Macam tulah jadinya, bila ada yang tak sensitif pada tanggungjawab dan amanah, dan mungkin juga tiada lagi kata sepakat. Semuanya boleh jadi amat haru biru.. dan akhirnya Cyberheights terlepas ke tangan orang lain.. Huhu.. Kelakar gak sebenarnya..

Biarlah, dah berlalu. Tak perlu difikirkan lagi. Aku kini ada ruang baru untuk bernafas, untuk merencana peluang untuk tahun terakhir. Harapnya perjalanan seterusnya akan dipermudahkan. Tiada lagi 'parasit' yang benar mengganggu hidupku dan menghilangkan senyumku.. =(

Kepada ex-housemates, all the best to you all walau di mana korang berada.

Aku pasti masa akan terus berlalu dengan pantas. Sekejap saja setahun akan berlalu dan semuanya akan hilang, tinggal menjadi kenangan saja. Jadi nikmatilah cerita setiap saat yang ada. Bye-bye Cyberheights.. =I

Syahdu la plak.. hehe.. anyway, let's looking forward. Masih banyak peluang baru akan mendatang. I believe that! Do the best for yourself, Nizam Malek!!

Thursday, June 24, 2010

Knowing Toastmasters

2 comments



Public speaking was found in a research study to be as number one the most scaring moment or job to be faced. Being in front of people can be very terrifying and really will stimulate sympathetic action like sweating, feeling nervous and etc in human body.


Most people think that speaking in front of crowd is something ridiculous and won't be done even they are paid for it. Usually, people think that only certain people in this world are given the ability to go for public speaking.

Interestingly, based on a study, ability of public speaking is not widely associated with the genetic matter. The fact is, the ability to speak in front of people is gained through consistent and progressive training from time to time. It is strongly believed that all people are dare to go for public speaking if they are trained, well prepared and have correct perceptions towards public speaking.

Well, if public speaking ability is not a genetic matter, and can be gained through training, it will be good enough if we can do it. Imagine that if we can do public speaking, it seems that we have eliminated the no 1 most scaring job to be done in our life. And most of all, we have nothing to scare on top of everything!

It sounds good, but how to train ourselves so that we can be a good speaker? Is there any opportunity for us to get the public speaking training? The answer is about finding for the right environment. An environment that is encouraging for us to speak in front of people is vital for the training process.



Toastmasters international is a non-profit organization that provides activities to improve speaking, communication and leadership skills. Getting the basic info from a friend, Alia Nadhirah, I tried to find a toastmasters club to know deeper how it works.

Yesterday night, I had an opportunity to join Johor Jaya Toastmaster Club meeting as a guest. They have regular meeting on every 2nd & 4th Wednesday of the month at Jalan Molek 2/1, Taman Molek, Johor Bahru with the Club Theme: The Courage To Conquer. The meeting was started at 7.30pm sharp and I arrived there around 7.40pm.

The first time I entered the premise, the Vice President Education (VPE), Joyce Phu, CC, as Toastmaster of the evening was giving her opening speech and introduction. I was warmly welcomed by the the Intermediate Past President (IPP), Ng Chee Hau, CTM, and was given a seat. The place was clean, tidy, air-conditioned and well comfortable. The meeting was held using a U-shaped of table arrangement and few chairs were placed behind for the guests or visiting toastmaster members. All members are addressed as toastmasters, and basically no Sir, Mr, Ms or other titles are allowed.

They have a program called Word of the day. A toastmaster will stand up and announce the word, which is "Embrace" and followed it with the all related meanings taken from a thick dictionary. Toastmasters are encouraged to use the word during their speech. And once a toastmaster mentioned Embrace within his/her speech, a sound would be alarmed by all the other toastmasters showing that they are alert that the word has just been used. This is really a great system to encourage people to use new vocabulary for their daily communication.

Then they proceeded with Table Topics session. This is a very interesting session where members were asked to volunteer to give a spontaneous speech. For example, you volunteer to give a speech and come to the front. You will be given a statement or question. Without any pre-preparation to be done, you need to deliver your thoughts in around two minutes. Example of the questions were How many siblings do you have?; BMW and Mercedes Benz, which one do you prefer?; Talk about Happy Father's Day and What is your favorite football team in the world cup 2010?.

This was a very challenging moment because we came unprepared and were forced to give a speech in front of unfamiliar individuals. However, this really trained us to think fast to get some ideas, arrange them in mind and just start speaking! Not only that, there were a timer keeper,

language evaluator and "Ah" counter toastmasters supervising our speech and try to detect as many mistakes that we did during the speech. It can be a real fear. Are you dare to face it alone?


After a short break, the session was proceeded with Prepared Speeches. 3 toastmasters were ready to present their speeches. Depends on their level following the toastmaster manual book, the toastmasters speakers needed to apply all the good technics that they have learnt such as the body gestures, vocal/tone control, how to grab audience attention, how to add some humor in speech and also to control the speech so that less mistakes were done. They were really good speakers and I could see that all are based on training matter. They applied all the technics they have learnt and they produced moderate to excellent speeches for the audience. I enjoyed their presentations.

Then, the evaluation session took place where 3 other toastmasters were invited to the front and gave comments to the previous 3 speakers. I could see how good the evaluation session was done where they started to identify good values in the speakers' speeches and followed by the suggestion and recommendation on how to improve the speeches. This is a really good system where we can learn directly from the evaluation and we are able to know where to correct our speech. The environment was really encouraging!

The clock showed around 9.25pm and the meeting was at the end time. Before that, they had a award presentation for the best speaker, the best prepared speech speaker and the best evaluator. Lastly, the meeting was ended with a closing speech.

Now I have a clearer view on how Toastmaster works and I had a really2 great first impression on it. I hope that I have the opportunity to join such clubs and gain the training for public speaking, self-improvement. Important thing to note is, most of them are not perfect in speaking, but they did their best and help each other to improve in interesting and interactive ways. That's the beautiful thing about Toastmasters system.

For those who interested to know about Toastmasters, this is the link:

Ohya, in Johor Jaya Toastmaster Club, the membership is RM380 per annum plus RM85 for the new membership kit fee. I think it's reasonable and affordable comparing to the experience and the environment that we will get. However, the membership fees at each Toastmasters club may vary due to the premise rental and administrative purposes. I'm thinking to go for MIM Toastmaster KL meeting as a guest soon and see how it is handled. As I will have another one academic year in cyberjaya, I hope that I can do something to improve my communication ability. InsyaAllah.

We will see and that's all for now! =D

Monday, June 21, 2010

Sweet memories IEP 05 at KYM

0 comments

Lepas tamat SPM, ada cuti beberapa bulan before masuk matrik. Masa tu Kolej Yayasan Melaka (KYM) ada buat program anak angkat atau lebih dikenali dengan nama Intensive English Program (IEP 05). Masa tu dah batch kedua. Tak tahu nak buat apa masa cuti tu, so aku pun join lah, hope boleh improve english.

Program tu berlangsung selama lebih kurang 3 4 bulan dan lebih kurang 100 peserta menginap kat hostel (rumah kedai je.. =p) area Alai, Melaka.

Di sinilah bermulanya cerita. Aku yang tak pernah tinggal kat hostel, berjinak-jinak dengan dunia luar. Memang banyak yang aku belajar masa kat IEP. Walaupun cuma 3 4 bulan, tapi banyak benda yang dah berlaku. Setiap hari ada ja cerita-cerita yang menwarnai sejarah.

Masih ingat saat nak mendaftar masuk dan dapat kawan baru. Masa tu aku pergi ngan Ai. Ai ni kawan masa kat sekolah menengah. Kira ada lah orang yang aku kenal sorang ni. Dapat satu dorm kongsi lebih kurang 12 orang.

Seronok masa belajar dalam kelas Sagacity. Classmates semua ceria. Ada 5 lecturers iaitu Mr Raymond, mendiang Mr Bala, Mr Ling, Mr Tan dan Madam Munirah. We were taught how to speak interactively and confidently. Interestingly, program ni tak exam oriented. So rasa sangat free dan tak stress. Just pergi kelas, learn dan enjoy! =D

Kat KYM ni jugak aku belajar erti kepemimpinan. I was the leader for class no 2, called Sagacity and was also the leader for the whole program. Amat terasa bila kita buat salah dan orang paku habis-habis. I was really downlah masa tu. Pengalaman yang tak mungkin akan dilupakan. hehe.. Hampir saja putus asa. Tapi alhamdulillah, dapat survive dan definitely I learnt a lot from that. I feel great now! =)

Ohye, masa kat KYM tu kita ada lagu tema tau. Lagu dia Kiroro Miraie. =p
Terlalu banyak kalau nak cerita kenangan masa underwent IEP. Papepun, hingga kini, sudah 5 tahun berlalu. Kenangan di IEP merupakan satu sejarah tersendiri! =)

Some pictures for the memories at KYM.

Ni gambar masa first-first night kat dalam dorm A17-1. Konon semangat lah study grammar same2. 2 3 hari lepas tu.. Hampeh.. hehe.. Terpaksa crop pic ni, sebab zul censored... =p

Ni masa buat lawatan kat Muzium Kapal Melaka

Makan ikan bakar ramai-ramai~

Jakun bila jumpa selebriti 8TV

Ni dia buku perpisahan

Antara pesanan daripada kawan-kawan IEP in the book


"I always respect u as the leader of IEP......! Best wishes 4 U !!" -Norhayati IEP

"Jgn hampakan seseorang yang mengharapkan anda" -Affiz Azza IEP

"Jgn Nakal2 Ye, Jaga Diri Baik2 Tau" -Fatin IEP

"Walaupun 4 bulan cam 4 hari @ senang ckp cam 4 minit, gua harap lu xluper kite nyer friendship... Ingat kat mak cik style kering nyer..." -Majar IEP

"Dearest Nizam, You're a very talented student. I like your pronounciation and enunciation. Keep up the good work. Please strive and try to be the best in whatever you do. All the best, Nizam" -Pn Nor Azlina IEP

"The time's come for us to part, But you, Nizam will always remain As someone in my heart Ever willing to face challenge & train" -Mr Tan IEP lecturer

"Ingatlah kat kte slalu yer! Semoga bjaya di dlm bidang yg awk ceburi" -Filza IEP

"Never give up. Smile because u look cute when u smile! Hehe.." -Syafiqah IEP

"U must be more confident to make your own decision" -Hakim IEP

"What do I see in your name?

N - nothing can challenge you...

I - intelligent as u can be...

Z - zealously

A - attitude in yourself..

M - my trusted friend...." -Izyan IEP

"Nizam... jangan serius sangat... Tapi... Ko memang best..." -Haziqah IEP

Thanks to all yang leave the contact and comments in the perpisahan book. I really appreciate that. All the best to all. IEP 05 selamanya!

Last pic!

Reunion IEP 05 KYM!!

2 comments

Ok hari ni nak share with you guys about reunion IEP 05 yang diadakan sabtu lepas (19.6.2010). Ape tu IEP? It's English Intensive Program, a short course (3-4 months) yang aku join just after finish SPM dulu. So most semua sebayalah.

The Boys (Bukan NewBoyz.. hehe..)

Dari kiri belakang : Uzair, Arip, Majar

Dari kiri depan : Ai, Nizam Malek, Izwan Nice, Shah, Hakim

Dah lebih kurang 5 tahun tak jumpa. Semua berpecah lepas tamat IEP tu. So bila salah seorang dari kami buat majlis kahwin, ini lah masanya untuk semua dapat jumpa semula.

Tahniah to Imah dan suami! =)

Signature on the gift card

Memang seronok sangat sebab banyak kenangan bersama. Biase lah lepas SPM, dah xde apa nak fikir, just enjoy je mase tu. Macam-macam kenangan 'gila' boleh flash back balik (tapi banyak gak yang dah ingat-ingat lupe kot.. hehe..)

Antara yang sempat join reunion kali ni cuma aku, Izwan Nice, Arip, Hakim, Shah, Ai, Majar, Uzair, Hairi, Izyan, Dayah, Fiza, Aisyah dan Atie. Tapi memang best dengar perkembangan masing-masing. Ada yang dah kerja, dan ada gak yang masih lagi study. Bagi yang tak sempat join, mesti rasa rugi, hehe.. Tapi takpe, boleh tengok pics yang ada blog ni dulu k. =D


Mula mengenang cerita lama.. Funny.. =p


Next; bowling, snuker and karaoke time at the Mines!

Happy =D

Ade bakat ke??

yuuhuu, dapat padu suara ngan artis! =)

Dinner bersama di Kajang sebelum bersurai. Jumpa lagi semua nanti!

Ok untuk next post, i will upload pics lama masa kat KYM dulu. Kira menggamit kenangan lah! =p

Tuesday, June 8, 2010

Chocolate Fair in the house~

0 comments

2 hari yang lepas telah berlangsung Malaysia Chocolate Fair di Danga Mall, Johor Bahru. Selalunya ada PC Fair, Book Fair, Furniture Fair kan.. So apa kata pergi merasa-rasa coklat plakkan. Ada macam-macam company coklat yang bukak booth kat situ. Best gak lah datang test-test coklat yang ada kan.. Tapi sedih lah diorang bile kite tak beli.. hehe.. Ada satu 2 3 company yang ada buat service coklat bergambar. Kita boleh request nak letak gambar kita or pape gambar je kat atas coklat tu. Biasanya company ni ambik order banyak-banyak untuk door gift majlis kahwin or birthday party. Tapi smart lah kualiti dia.

Ni kira antara aktiviti time cuti lah.. =D

Sunday, June 6, 2010

Review : Lagenda Budak Setan

2 comments



Ok untuk ruangan review movie kali ni, aku nak kongsikan pendapat aku tentang movie terbaru yang aku baru tonton, iaitu filem terpanas 2010, Lagenda Budak Setan (LBS). Filem yang diadaptasikan daripada novel terlaris di Malaysia karya Ahadiat Akashah tersebut telah dilakonkan oleh pelakon yang cambest seperti Farid Kamil (Kasyah), Lisa Surihani (Ayu) dan lain-lain (tak payah lah list semua kn.. hehe..).

Erm, aku baru je tengok malam semalam. Walaupun novel ni kira agak famouslah, tapi boleh kate aku tak tahu pun sebab tak layan la novel2 ni.. hahah.. So pergi tengok dengan zero prediction or expectation.. Kira ni cerita semula dari orang yang xpernah baca novel, dan just refer to the story line from the movie..

Cerita dia bermula dengan scene-scene yang menarik, mengambarkan suasanan keseronokan alam universiti. Part-part awal ni je yang banyak kedengaran perkataan 'budak setan' yang ditujukan kepada Kasyah; pelajar senior lelaki yang nakal, suka bergaduh, dan menyakat lecturer dan kawan-kawan sekampus. Memanglah nakal, tapi rasanya takde lah 'setan' sangat. Just biasa, seronok-seronok ngan member di campus. Tapi startingnya ok. Menarik.

(Pelakon yang memeriahkan cerita)

Then cerita berterusan bila Kasyah bertemu dengan Ayu. Oleh kerana cerita ni adaptasi daripada novel, cerita yang setebal beberapa ratus muka surat cuba disumbatkan ke lebih kurang 2 jam. Agak laju temponya bila terlalu mudah dan cepat juga Ayu jatuh cinta pada Kasyah. Kadang-kadang elemen suspens jadi tak berapa suspens lah. Macam part Ayu reveal kisah 'silam'nya. Tapi oklah, kalau slow sangat pun, ngantuk gak kan. Boleh diterima.. =D

Next, part cerita mula berkembang bila Kasyah dapat offer dana untuk buat kajian selama setahun di tempat pedalaman yang tiada elektrik, line phone, internet, api dan air (eh, air ade, banyak..).. Mula lah part menjiwang.. Terasa plak kalau ade gf, dilema nak pergi sambung belajar dan tinggalkan gf.. Wah, memang memaku ku.. hehe..

Just once Kasyah pergi untuk buat kajian tu, kekasih lama Ayu; Azmi (lakonan Que Haidar) muncul membuat onar. Ayu akhirnya terpaksa berkahwin dengan Azmi setelah dipaksa oleh ibu Ayu yang tersalah mempercayai Azmi. So menderitalah Ayu tanpa pengetahuan Kasyah yang di pedalaman. Satu malam, Azmi telah membelasah Ayu dan membakar majalah-majalah karya Kasyah yang disimpan Ayu. Sebab dah tak tahan lagi dengan perangai Azmi, Ayu pun drive kluar (bukan drive through) dan memecut pantas melepaskan geram. Malangnya, Ayu eksiden dan mukanya hancur, jadi buruk.

Cuma yang peliknya, Azmi still cinta (cinta kew?) pada Ayu dan sanggup tanggung kos plastic surgery untuk memulihkan semula wajah Ayu untuk menebus semula kesalahannya. Tapi Ayu yang kecewa mahu wajah yang lain, wajah yang baru. Maka tamatlah lakonan Lisa Surihani dan digantikan pelakon baru, Syiqin. Syiqin ni pegang watak Ayu yang berwajah baru dan nama tukar jadi Emylia.. (err.. Emylia..?? Hehe..).. Lepas tu Ayu/Emylia bercerai dengan Azmi.

Dan setahun pun berlalu, Kasyah kembali semula (dari pedalaman) untuk mencari cinta Ayu, tapi kecewa bila mengetahui Ayu telah berkahwin dengan Azmi. Kasyah berjaya menamatkan pengajian dan bekerja dengan Emylia (macam mana Emylia boleh dapat kerja boss pun tak tahu lah).. Err, yup2, lakonan Emylia ni nampak kaku sikit..

Suzana (sape plak suzana ni?), iaitu kawan baik Ayu masa kat universiti lakonan Raja Farah telah membongkarkan rahsia pada Kasyah yang Emylia adalah Ayu dan Ayu adalah Emylia.. Sekali lagi tempo agak pantas. Kasyah dan Emylia/Ayu bertemu dan kembali mengungkit cinta lama.

Tapi Azmi datang semula. Azmi tak puas hati lah, bila tahu Ayu/Emylia (Ayu ke Emylia ni?? Grr.. hehe..) ingin kembali semula pada Kasyah.. Kira jeles lah tu.. Dan Azmi telah bertindak aggresive+ganas menyebabkan kepala Emylia terhantuk di pasu dan terus hilang ingatan.. Ngan Kasyah2 skali dia dah tak ingat.. Oh sadisnya..

Saat tu jugak, Kasyah mendapat kerja baru. Muncullah watak Fazura. Name watak fazura ape? Tak ingat lah pulak, panggil Fazura je lah senang, ngah2.. Fazura ni kira suka lah kat Kasyah. Suka lakonan Fazura yang menjadi. Kalau ganti ngan Fasha Sandha mesti spoil rasenya. Tapi malangnya Kasyah masih cintakan Ayu/Emylia (again, nak tulis Ayu ke Emylia ni..?? grr.. hehe..) dan berkahwin dengan Ayu/Emylia. Fazura pun sedih dan membawa diri.

Rezeki mendatang, Ayu/Emylia disahkan mengandung. Dan saat melahirkan, mereka dikurniakan anak perempuan. Tapi akhirnya........... Nak tahu apa kesudahannya? Tontonlah sendiri k! Hehe..

Anyway, bagi aku, cerita LBS ni best lah, digarap dengan berkualiti, teliti dan kemas. Lakonan yang menjadi dan tak delah lawak-lawak bodoh macam cerita Semerah Cinta Stilleto (lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani gak) tu. Lagu tema dia best, boleh lawan lagu Denting Ada Apa Dengan Cinta. Tajuk lagunya ialah Bila Cinta nyanyian Filianti Vlee. Free gift for you : Klik here to download the song k!

Lepas tamat je cerita tu, kedengaran tepukan tangan penonton kat dalam panggung tanda kepuasan menonton lah. Ohya, tengok kat panggung Mega Screen TGV Jusco Tebrau City, JB.

Ohya, as this is just a review from me yang tak pernah baca novel tu, mungkin rasa best je. Tapi dengar-dengar member yang pernah baca novel tu rasa movie ni kurang best plak. Mungkin sebab imaginasi daripada pembacaan melebihi expectation yang boleh disampaikan melalui movie 2 jam macam ni. Papepun, enjoy lah!


Friday, June 4, 2010

Understanding a girl..

0 comments


How much do you really understand a girl's heart?

Have problems with it?

Let see..

Tuesday, June 1, 2010

Doakan keamanan bumi GAZA

0 comments

Dunia dikejutkan dengan berita serangan israel ke atas kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan kemanusiaan ke GAZA. Serangan yang telah menyebabkan kematian dan kecederaan tersebut telah membangkitkan kemarahan seluruh umat manusia.

Dalam pada itu, israel dalam website wikipedia telah memberi kenyataan yang ternyata berunsur bias dan ternyata lebih mengeruhkan keadaan.

Dr Mahathir dalam kenyataannya menyebut, "Jangan sekadar kutuk kekejaman Israel". Beliau menegaskan masih ada beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh negara dunia termasuk Malaysia untuk menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan ke atas rejim Israel berhubung serangan tersebut.

Berita seperti ini adalah amat mendukacitakan semua. Kita sedih dan marah dengan apa yang berlaku. Tapi apakah yang mampu kita lakukan untuk membantu usaha mengatasi Israel? Marilah kita satukan doa kita. Percaya dan gunalah senjata doa. Moga pertolongan Allah sentiasa bersama pihak yang benar dan bumi Gaza/Islam terselamat daripada bencana yang diwujudkan Israel. Amin.

Where is the Melbourne pictures?

0 comments

Mesti ramai yang nak tengok gambar-gambar kat Melbourne kan? Memang mulanya plan nak post kat blog ni. Tapi bila try upload pics, tunggu punya tunggu, macam jem semacam je. Mungkin line internet tak berapa bagus. Or sistem blogger tengah ade problem kalau nak attach pictures banyak-banyak.

Tapi semalam I have successfully uploaded all the selected pictures in my facebook. Ada more than 200 interesting pictures untuk tatapan semua. Dan gambar-gambar tu semua disusun ikut kronologi dari semasa ke semasa. So u guys boleh lah tengok apa yang terjadi masa I was at Melbourne that days.

Ni linknya:

P/S: Kalau tak dapat access ke gambar-gambar tu semua, u guys boleh add me as friend dulu. I will approve. No prob. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.