Sunday, June 27, 2010

Januari to June 2010..


Penhujung bulan Jun hampir tiba. Sekejap je dah setengah tahun berlalu dalam tahun 2010 ni. Macam rasa baru semalam je bergembira menyambut tahun baru. Hmm.. Itu lah masa.. Tanpa pernah berhenti sedetik berlalu meninggalkan setiap saat sebagai kenangan.

So macam mane dengan 6 bulan yang dah berlalu? Puas hati dengan prestasi sendiri? Bagaimana dengan matlamat atau azam yang begitu bersemangat disematkan masa awal tahun dulu? Hmm.. Berat juga tu nak jawab.. Mari aku rangkumkan semua highlights sepanjang setengah tahun ni.

Anyway, alhamdulillah, tahun 2010 bagai rahmat baru bagi aku dalam kehidupan. Bermula awal januari, aku mula berjinak-jinak dengan online business dengan menjual produk perkhidmatan. Walaupun tanpa apa-apa pengalaman, aku tekadkan hati dan mencuba business membuat design banner promosi di internet. Ada juga bakat mendesign sikit-sikit rupanya. =p

Idea asalnya mudah, iaitu mencari masalah yang timbul bagi pengguna internet dan cuba untuk menyelesaikannya bagi mereka. Contohnya, ramai rakyat Malaysia mula menggunakan medium internet untuk memulakan perniagaan.

Dengan penghasilan blog/website yang amat murah dan mungkin juga percuma (seperti Wordpress dan Blogspot), maka kewujudan kedai online dipasaran internet Malaysia bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ramai yang bersemangat nak mula berniaga bila dah ada blog/website. Tapi malangnya, selepas berbulan-bulan menunggu, amat susah nak dapatkan pelanggan dan rasa berputus asa pun timbul.

So antara puncanya ialah kurangnya traffic ke blog/website mereka. Inilah yang membezakan blog/website menjual yang berjaya dengan yang tidak. Teknik promosi yang lemah menyebabkan potensi jualan menjadi amat kurang.

Masalah yang timbul di kalangan peniaga di internet ini menjadi perkara yang boleh diambil perhatian. Maka lahirlah idea-idea membantu peniaga-peniaga di internet ini dengan membuat service banner promosi. Bagi peniaga di internet yang amat dahagakan traffic ke blog/website menjual mereka, service sebegini merupakan antara jalan untuk membantu meningkatkan aktiviti jualan di blog/website mereka.

Sejak awal permulaan menjual service di internet dengan membuat banner, aku mendapat banyak pengalaman berharga dari segi memberikan khidmat pelanggan yang terbaik, dan urusan perniagaan itu sendiri. Amat gembira apabila dapat membantu sales pelanggan-pelanggan selain mendapat keuntungan daripada service tersebut.

Selain perniagaan di internet, bulan februari, mac dan april menjadi bulan yang agak penuh dengan aktiviti di kolej. Selain sibuk dengan urusan akademik, banyak lawatan keluar telah diadakan dan rasanya sangat santai bila tiada subjek clinical pharmacy. Hehe.. Selain tu sepanjang 3 bulan tersebut, aku mula sibuk dengan research project dan persiapan untuk Karnival Mesra Ubat (KaMU).

Pengalaman menarik untuk research project ialah sewaktu pusing-pusing satu johor bahru untuk dapatkan respondent bagi questionnaires yang telah disediakan. Banyak kesusahan yang ditanggung masa tu. Ada yang sangat sombong bila diminta untuk menjawab questionnaires, dan ada juga yang lari terus, ingat kita nak jual barang kot? hehe.. Anyway, pengalaman tu semua sangat berharga.

KaMU merupakan aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pelajar pharmacy cucms. Berlangsung sepanjang hari di Perkampungan Orang Asli, Kg Gapam Baru, Jasin, Karnival Mesra Ubat memberi ruang untuk kami mendekati masyarakat untuk berkongsi ilmu dan membantu masyarakat setempat dari segi kesihatan. Yang menariknya, KaMU telah diadakan selepas Final Exam, jadi tiada stress dan rasa bebas sepanjang program.

Bulan Mei agak menekan iaitu Final Exam untuk sem 6. Hmm, for the time this post was written, result dah pun kluar. Oklah, tapi tak best sangat pun. Biarlah taknak cerita, hehe.

Cuma akhir bulan Mei yang best. Dapat fly ke Melbourne, Australia untuk present research project. Ini antara kenangan terbaik sepanjang belajar di CUCMS. Anyway, hope the final result will be an A.

So sampai lah bulan Jun ni. Saat untuk bercuti. Memang cuti puas-puas. Selalu stress je kat Cyber, inilah masanya nak berehat. Ohya, bila berakhirnya bulan jun ni, maka tamat lah kontrak rumah di Cyberheights. Untuk next year, saya akan berpindah ke Putrajaya.

Kenapa nak pindah? Bagus gak soalan tu. Ada beberapa perkara yang menyebabkan aku buat keputusan nak pindah, dan aku dah mula cari rumah baru pun masa bulan 3.. kot? hmm..
Tak tahu nak cerita macam man.. Cuma yang pasti, ini lah satu penghijrahan untuk aku.. Harapnya penghijrahan ke tempat yang lebih baik..

Pemandangan di luar tingkap bilik di Cyberheights

Tatkala saat tak teruruskan..

Menggila dengan layanan chemistry yang menghantui minda dan jari..

Kemas bila semuanya berakhir..

Sentiasa bersedia untuk ke kampus..

Perlu dipindahkan..

Lalala..

Hampir kosong, berhabuk..

Bersih lagi suci? Oh.. =p

2 tahun tinggal di Cyberheights. Seronok sebenarnya. Tempat selesa dan aman. Aku nak study pun rasa tenang. Tapi tulah, langit tak sentiasa cerah. Ada ja masalah menimpa.. Tempat yang best pun boleh jadi tak best..

Macam tulah jadinya, bila ada yang tak sensitif pada tanggungjawab dan amanah, dan mungkin juga tiada lagi kata sepakat. Semuanya boleh jadi amat haru biru.. dan akhirnya Cyberheights terlepas ke tangan orang lain.. Huhu.. Kelakar gak sebenarnya..

Biarlah, dah berlalu. Tak perlu difikirkan lagi. Aku kini ada ruang baru untuk bernafas, untuk merencana peluang untuk tahun terakhir. Harapnya perjalanan seterusnya akan dipermudahkan. Tiada lagi 'parasit' yang benar mengganggu hidupku dan menghilangkan senyumku.. =(

Kepada ex-housemates, all the best to you all walau di mana korang berada.

Aku pasti masa akan terus berlalu dengan pantas. Sekejap saja setahun akan berlalu dan semuanya akan hilang, tinggal menjadi kenangan saja. Jadi nikmatilah cerita setiap saat yang ada. Bye-bye Cyberheights.. =I

Syahdu la plak.. hehe.. anyway, let's looking forward. Masih banyak peluang baru akan mendatang. I believe that! Do the best for yourself, Nizam Malek!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.