Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010!

0 comments


Tinggal beberapa jam lagi before kita semua menyambut tahun baru 2010. Mesti ramai kawan-kawan tengah prepare nak kluar g sambut tahun baru, tapi aku hanya di sini, tersenyum menulis blog untuk post ni. =)
So, amacam 2009, ok? Setahun berlalu, 356 hari dalam 2009, banyak perkara dah berlaku. Ada yang baik, ada yang buruk. Bagi aku, 2009 merupakan tahun yang best!
Masih ingat lagi ketika bersiap sedia menyambut 2009 bersama keluarga di rumah. Alhamdulillah, kami semua masih bersama.

Salah satu perkara yang menggembirakan juga, ada beberapa matlamat tahun 2009 aku yang telah berjaya ditunaikan sebelum datelinenya.
Selalunya orang akan tanya, ape azam tahun baru anda? Sampai orang dah meluat mendengar perkataan azam. Mgkn mereka beranggapan azam akan dilupakan selepas tarikh tertulis 2 atau 3 januari. Hmm, benar juga. Perkataan azam tu kurang memberangsangkan.
Jadi, secara peribadi, saya tukar dengan 'matlamat' tahun baru. Dengan menggunakan perkataan matlamat, sasaran akan lebih jelas. Buktinya, matlamat 2009 saya telah berjaya diselesaikan. Rasa puas hati skit. =)

2010, nombor yang cantik juga.

Aku kini semakin positif selepas tahun-tahun yang lepas suram dengan masalah yang membelenggu.

Lupakan saja kesakitan dan kesedihan lama. Saya ingin kembali bangkit mengejar impian. Apakah matlamat 2010? Sudah pastinya saya ada matlamat. Secara ringkasnya, pastilah nak melakukan yang lebih baik drpd 2009. Perkara yang paling penting yang ingin diperbaiki ialah pengurusan masa. Jika masa yang ada dapat digunakan dengan sebaiknya, sudah pasti lebih banyak kejayaan akan dapat digapai.

Dari segi ekonomi, Alhamdulillah, walaupun keadaan global masih belum lagi stabil, tapi Malaysia masih dalam keadaan baik dan ke arah yang positif. InsyaAllah rezeki akan sentiasa ada di mana-mana. Cuma kita perlu berusaha mencarinya. Think Big guys!!

Selain itu, semoga negara Malaysia terus makmur dan selamat drpd segala ancaman luar dan dalam. Remaja dan belia perlu bangkit memperjuangkan kesejahteraan negara tercinta kita ini.
Berdoalah sentiasa pada Tuhan, moga kita semua diberkati dan mendapat rahmat pada tahun baru 2010.

Selamat Tahun Baru semua!! =)

Wednesday, December 30, 2009

Kuasa Iklan

1 comments

Iklan TV merupakan satu medium utama untuk memperkenalkan produk. Bagi memperkukuhkan populariti dan meningkatkan keuntungan perniagaan, mutu serta mesej yang tepat dalam iklan adalah sangat penting bagi sesebuah syarikat. Iklan yang berkesan secara tidak langsung akan menarik minat pembeli dan sekaligus meninggalkan tawaran produk daripada syarikat saingan.

Sebelum ini, sudah tentu ramai yang tersenyum melihat iklan Digi dengan maskot kuning nya. Digi menggunakan teknik kepelbagaian dalam pengiklanan dengan harapan ia dapat meningkatkan kebarangkalian orang ramai untuk beralih kepada Digi.
Selain tawaran harga komunikasi yang lebih murah, iklan Digi yang banyak adalah penyumbang utama kenapa orang ramai mula terpengaruh untuk membeli sim pack Digi. Walaubagaimanapun, bagi saya, iklan Digi gagal untuk menyerlahkan kelebihan Digi serta menarik minat pengguna. Iklan Digi sekadar mengingatkan orang ramai tentang kewujudan maskot kuning mereka yang 'bekerja keras' dan juga lagu tema "Bersamamu"~ Itu saja..

Lupakan sebentar iklan Digi tu.
Masa terus berlalu dan broadband P1 W1max mula menembusi pasaran internet Malaysia. Dengan bertimbun komplain dan rungutan pengguna terhadap tahap kualiti internet drpd streamyx, idea membawa masuk P1 W1max adalah tepat pada masa dan merupakan strategi business yang baik. Dengan menawarkan harapan speed internet yang jauh lebih pantas, pastinya P1 W1max akan menjadi rebutan para pengguna internet yang dahagakan speed sepantas kilat.

Setelah beberapa bulan mendapat sambutan pengguna, P1 W1max mengorak langkah, mencuba untuk menyingkirkan Streamyx dari arena khidmat internet di Malaysia dengan menggunakan pengaruh iklan TV. Sekali lagi P1 W1max telah melakukan strategi yang betul. Maka terhasillah iklan 'potong'. Idea utamanya ialah untuk mengajak pengguna internet untuk meninggalkan Streamyx dan beralih sepenuhnya kepada P1 W1max.
Namun, nampaknya idea 'potong' telah memakan diri. Setelah didebatkan atas alasan iklan berunsur '18 tahun ke atas', iklan tersebut tidak lagi menjadi senjata tajam P1 W1max untuk mengalahkan Streamyx. Ada pengguna yang sibuk mendebatkan isu 'potong' dan tidak kurang juga yang lupa akan mesej utama iklan tersebut. Secara dasarnya, iklan 'potong' itu juga dikira gagal. Walaupun kesannya kurang ketara, mentaliti pengguna masih tegar mengatakan P1 W1max tetap lebih baik daripada Streamyx.
Kini Streamyx tampil mempertahankan imej yang bagai dipijak2. Dengan idea yang segar dan bermesej jelas, saya rasa iklan kali ini akan berjaya mengembalikan kepercayaan pengguna pada Streamyx. Pasti ramai yang sudah menonton iklan terbaru Streamyx yang menunjukkan kepayahan seorang pengguna mendapatkan line internet dari sebuah kotak hitam. Walaupun tanpa logo dan nama P1 W1max, pengguna pastinya maklum; kotak hitam itu menggambarkan apa.

Idea bijak designer iklan Streamyx ini memang patut dipuji!

Kenapa? Pertama, iklan ini secara terang-terangnya menunjukkan masalah yang dihadapi pengguna P1 W1max untuk mendapatkan line. Membawa laptop dan modem hingga ke luar tingkap sememangnya melucukan, tapi itu lah yang terjadi kepada kebanyakkan pengguna P1 W1max. Ketepatan isu yg ditonjolkan memang dapat membuka minda pengguna.
Kedua, iklan ini menawarkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi pengguna P1 W1max. Line Streamyx penuh yang ditunjukkan akan menarik minat pengguna. Line yang baik sentiasa menjadi keutamaan pengguna.

Ketiga, aksi kotak hitam itu dibuang ke dalam tong sampah juga merupakan satu mesej yang kuat. Di sini, pengguna diajar dengan jelas untuk melupakan terus P1 W1max; ibarat sampah.

Keempat, warna latar yang ceria, kemas dan tidak terlalu terang membuatkan pengguna selesa menontonnya. Ini penting untuk meninggalkan kesan positif dalam minda pengguna.

Iklan TV memainkan peranan untuk memanipulasi emosi pengguna untuk memilih produk yang ditawarkan. Kualiti dan kekuatan produk tersebut belum tentu seperti yang diperkatakan, tapi apabila pengguna telah tertarik dan berminat, maka iklan tersebut akan menjadi punca utama transaksi perniagaan berlaku.

Begitulah kuasa iklan dalam mempromosikan perniagaan. Idea yang bernas serta isi mesej yang tepat pastinya akan meningkatkan keuntungan syarikat. Namun iklan yang kurang efektif juga mungkin akan menjatuhkan kredibiliti sesebuah syarikat.

Monday, December 28, 2009

Rahsia Membina Senjata Jualan

0 comments

Hari ni kak no ade belikan satu buku yg sangat best; Rahsia Membina Senjata Jualan drpd Zahrul Azua & Syed Akil.
Kulit buku nya
Buku ni berharga RM29.90 dan membincangkan secara padat cara2 menulis surat/description jualan. Dengan bertunjangkan lelong.com.my sebagai portal utama jualan, ilmu drpd buku ini sangat berguna dan dapat improve my skills utk buat better sales description.

Antara informasi panas yg perlu dibaca drpd buku ini ialah:
  • Strategi asas serta falsafah amalan jualan yang mampu menjana limpahan pelanggan dan meningkatkan jualan
  • 10 strategi bagaimana merancang pembinaan senjata jualan
  • 14 langkah mudah bagaimana membina senjata jualan
  • Teknik dan taktik ampuh untuk menarik minat pembeli
Saya baru baca bab intronya dan dah rasa best nak study more about the tips yg ada. Sebelum ni pernah baca review orang lain pasal buku2 senjata jualan.

Hasil sale page usahawan internet yg mengaplikasikan tips2 drpd buku2 seperti ini memang kelihatan amat mantap dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Benarlah jika dikata, ilmu penulisan untuk menjual boleh menukar pembaca/pelawat menjadi pembeli.

Sememangnya, kita boleh baca 1001 tips berkaitan marketing dan business, tapi apa yang paling penting ialah mengamalkan ilmu yg diperoleh itu.

Untuk menjadikan sesuatu yg susah itu mudah, kita perlu biasakan perkara asasnya dulu dan kemudian teruskan ke tahap yg lebih advance.
Buku seperti ini mmg satu motivasi kepada individu yg benar2 meminati perniagaan dan ingin menikmati keseronokan menjana keuntungan halal dengan cara yang professional dan membanggakan.

Laburkan duit untuk ilmu yg anda minati. Kemudian amalkan, dan kita akan rasa hidup ini lebih terarah dan bernilai.

Selamat membaca Nizam! =)

Friday, December 25, 2009

Mari bersama hayati Surah Al-Waqiah

0 comments


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[1] Apakah berlaku hari kiamat itu,
[2] Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3] Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat).
[4] (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.
[5] Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6] Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7] Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8] Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9] Dan puak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12] (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13] (Di antara) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
[15] (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
[16] Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17] Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka;
[18] Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
[19] Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
[20] Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
[21] Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
[22] Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
[23] Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[24] (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
[25] Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa;
[26] Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain).
[27] Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28] Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29] Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30] Dan naungan yang tetap terbentang,
[31] Dan air yang sentiasa mengalir,
[32] Serta buah-buahan yang banyak,
[33] Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
[34] Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
[39] Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
[40] Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
[41] Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42] Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43] Serta naungan dari asap hitam,
[44] Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan.
[45] Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[46] Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
[47] Dan juga mereka selalu berkata: Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
[48] Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula?)
[49] Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
[50] Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat yang termaklum.
[51] Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
[52] Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
[53] Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
[54] Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
[55] Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas.
[56] Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
[57] Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
[58] (Mengapa kamy masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
[59] Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
[60] Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
[61] (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu ( tetapi tidak seperti bawaan kamu) dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
[62] Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
[64] Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65] Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
[66] (Sambil berkata): Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67] Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil)
[68] Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69] Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya?
[70] Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
[71] Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
[72] Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya atau Kami yang menumbuhkannya?
[73] Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
[74] Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai) bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

[75] Maka Aku bersumpah; Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran;
[76] Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya.
[77] Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
[78] Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
[79] Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
[80]Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
[81] Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambil lewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
[82] Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
[83] Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya;
[84] Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya.
[85] Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
[86] Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami);
[87] Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar?
[88] Kesudahannya: Jika dia (yang mati itu) dari orang-orang 'Muqarrabiin",
[89] Maka (dia akan beroleh) rehat kesenangan dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
[90] Dan jika dia dari puak kanan,
[91] Maka (akan dikatakan kepadanya): Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau dari puak kanan.
[92] Dan jika dia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
[93] Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
[94] Serta bakaran api Neraka.
[95] Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
[96] Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Thursday, December 24, 2009

Klinik 1 Malaysia? Apakah?

2 comments

Nampaknya masih belum banyak blog yang memperkatakan tentang cadangan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd Najib Bin Abdul Razak iaitu penubuhan 'Klinik 1 Malaysia'. Apakah klinik 1 Malaysia ini? Basically, Klinik 1 Malysia merupakan satu idea/usaha membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan yg jauh lebih murah. Dato Sri Najib telah memperuntukkan sekurang2nya RM10 juta melalui bajet 2010 untuk membangunkan 50 buah Klinik 1 Malaysia di kawasan urban.

Pastinya ramai rakyat Malaysia yang 'lega' apabila mengetahui cadangan perdana menteri ini. Mgkn sebelum ini ramai yg tidak mahu pergi ke klinik apabila demam, atau sakit perut kerana terpaksa membayar harga yg dirasakan mahal. Pengenalan Klinik 1 Malaysia ini membolehkan mereka untuk mendapatkan ubat demam dan lain dengan harga semurah RM1 sahaja bermula Januari 2010 ini.

Namun begitu, pengenalan idea Klinik 1 Malaysia ini telah mendapat kritikan daripada Malaysian Medical Association (MMA). Perkara utama yg dikhuatiri ialah, Klinik 1 Malaysia akan dikendalikan sepenuhnya oleh medical assistants dan/atau jururawat sahaja, tiada barisan doktor bertauliah akan ditempatkan. Hal ini secara tidak langsung akan merendahkan kualiti medical care dan pharmaceutical care ke tahap negara ke 3 dunia.

Benarkah telahan tersebut? Secara peribadi, saya berpendapat perkara yg dibangkitkan MMA itu ada relevantnya. Jika saya sakit, saya lebih prefer untuk mendapat rawatan drpd personel yg berkelayakan iaitu doktor. Untuk ubat pula, pastilah pakarnya iaitu ahli farmasi lebih jelas mengenainya. Mendapat rawatan drpd medical assistant dan jururawat adalah kurang tepat kerana bidang tugas mereka berbeza drpd doktor dan ahli farmasi. Mgkn bayaran serendah RM1 akan memperjudikan kesihatan rakyat.

Salah satu tujuan kerajaan memperkenalkan Klinik 1 Malaysia adalah untuk memperbaiki mutu perkhidmatan out-patient, iaitu dengan harapan waktu menunggu 30 minit dapat dikurangkan. Namun, MMA mendakwa, klinik general practitioners (GP) telah terlalu banyak di kawasan urban. Terlalu banyak sehingga klinik GP ini menjadi terlalu dekat dengan rumah2. Ratio doktor dalam populasi sekarang adalah 1 nisbah 400 iaitu terlalu banyak berbanding perangkaan yg ditetapkan World Health Organization (WHO); 1 nisbah 600.

Walaupun masih ada klinik GP yg masih mendapat jumlah pesakit yg banyak, namun terlalu banyak klinik GP lain yg mendapat jumlah pesakit kurang drpd 20 orang sehari. Hal ini telah disebut sebagai 'under-utilized' oleh MMA. Hal ini lah yg menjadi pokok utama dalam hujah MMA berkaitan Klinik 1 Malaysia sebagai satu pembaziran. Pembaziran apa? Pembaziran kerana kerajaan menghasilkan sejumlah doktor yang banyak setahun (dr IPTA, IPTS, dan luar negara seperti Indonesia, Russia dan Poland) tapi kewujudan Klinik 1 Malaysia telah menyempitkan ruang kerja untuk mereka. Ini satu pembaziran selepas kerajaan memperuntukkan wang yg banyak hasil proses pembelajaran dan training untuk menghasilkan sejumlah doktor setiap tahun. Mgkn kah kita akan jadi seperti Indonesia di mana doktor tiada klinik dan cuma practice di rumah2? Ohh jangan lah~

Soalnya, adakah kita mempunyai cukup doktor? Ya, kita punya cukup doktor. Cuma masalahnya ialah distribution of the doctors adalah kurang efektif dan perkara inilah yang sepatutnya diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Bagi saya, tindakan memperkenalkan Klinik 1 Malaysia ini ibarat menyelesaikan masalah dengan menimbulkan pula masalah lain. Ibarat menggunakan ubat Beta Blocker untuk orang yang sakit jantung, tapi juga mempunyai asthma. Sakit jantung mgkn dapat diselesaikan, tapi effect pada paru2 dilupakan menyebabkan pesakit itu juga yang menderita akhirnya.

Masih banyak lagi hujah yg dapat dihalusi berkaitan Klinik 1 Malaysia. Mgkn ada baik dan buruknya. Namun, perlu diingat, yg murah selalunya tidak berkualiti. Rakyat perlu dididik untuk mencari kualiti apatah lagi berkaitan kesihatan.

Dengan peningkatan kos perubatan dari tahun ke tahun, mgkn saja satu hari nanti kerajaan sudah tidak mampu menanggung semuanya lagi. Ia lebih kurang sama seperti masalah subsidi petrol yang akhirnya membangkitkan keresahan di kalangan rakyat.

Jauhkan aspek kesihatan daripada politik kerana politik tidak berpanjangan. Jika isu kesihatan rakyat diutamakan, maka eloklah penubuhan Klinik 1 Malaysia ini dikaji semula. Klinik GP masih boleh berperanan dengan sewajarnya.

Sekadar pandangan seorang rakyat Malaysia, Wallahualam.

Reference : http://www.mma.org.my/Portals/0/MMA_s%20Grave%20Concern%20about%201Malaysia%20Clinics%20being%20manned%20by%20Medical%20Assistants.final.221209.pdf


Tuesday, December 22, 2009

Ujian kesihatan dan saya

1 comments

Pagi ini saya telah pergi ke sebuah klinik untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Sakit? tak lah. Just nak check. Sekurang2nya saya menyambut baik seruan Prof Dr Alini untuk buat regular medical check up. =P

Untuk tujuan ini, saya telah pergi ke Poliklinik Rozikin, Permas Jaya, JB. Ujian kesihatan yg dijalani termasuklah blood test, urine test, blood pressure, height and weight for Body Mass Index (BMI), dan cardiovascular check up seperti paru2. Laboratory yg dipilih ialah PathLab.

Sudah bersedia?

First skali ambik sample urine. This test is important to know the status of the kidney. Kidney atau ginjal sangat penting sebab ia organ yg mengatur keseimbangan ion dalam badan kita.

Then timbang berat dan ukur ketinggian. Hasil Program Menaikkan Berat Badan yg berlangsung sejak beberapa bulan lalu menunjukkan hasil sedikit dengan jumlah terkumpul 52 kg. Hahah. Tinggi pula dah meningkat ke 1.66 m. Hasil perkiraan, result BMI ialah lebih kurang 18.9. Dr kata still underweight dan try naikkan lagi ke 55 kg baru ok. =P

Then check blood pressure pula. Hasilnya perfect 120/80. Alhamdulillah, hypertension free. Mgkn sebab tengah cuti, happy saja tiada stress. =D Dr pun ada check paru2 dan semuanya ok!

Akhir sekali ialah part paling mendebarkan. Nak ambik darah. Mula2 buat cool ja. Alaa, ambik darah je, apa nak takut? Dah biasa kene inject kan dulu?? huhu. Tapi bila Dr kluakan syringe.. Alamak, panjang nya jarum!! Saya dah mula cemas~

Tiadakah jarum yg lebih panjang? =P

Saya cakap, "woo besarnya jarum, xde kecik skit ke Dr?? =I " Dr cakap, "jarum kecik susa nak tarik keluar darah.. ok, mari cepat" Saya pun rilek terima sajalah takdir. Saya pilih tangan kanan, so xmenggangu kalau nak tuka gear mase drive nnt.. konon~ hahah..

Dr da start nak inject. Saya tarik nafas dan tahan. Dr mula masukkan jarum. "ADOI!! sakit nya!!" (Suara dalam hati). Nafas tetap ditahan sepanjang injection. Sempat menjeling kejap masa syringe tu sedang menghisap darah, xsakit sangat. Tapi masa Dr nak keluarkan jarum, "WAARGHH SAKITNYA..!!!" Xsempat nak ambik gambar dalam kesakitan itu~ (Sesuaikah nak ambik gambar?? =D ) Dah selesai, boleh hembus nafas kelegaan. huhu. Dr mula mengisikan darah ke tabung uji. 3 tabung semuanya. Banyak jugak rupanya.

Jangan takut, ia cuma darah, bukan mercury

Sample blood dan urine akan diambil oleh pekerja PathLab dan mgkn resultnya akan keluar beberapa hari lagi.

Inilah hasilnya, sikit jaa..

Bersedia untuk ke PathLab

Sebelum keluar, Dr bagi kaunseling cara jaga kesihatan. Dr cakap kalau nak naikkan berat badan, banyakkan makan. Pilih makanan seimbang, makan sayur dan buah2an. Bukan makan kulit ayam ya. heheh.. Selain tu, amalkan gaya hidup sihat dan kerap bersenam. Walaupun masih muda, proses atherosclerosis (narrowing process of blood vessel due to formation of plaque) akan dan sedang berlaku kalau kita tak jaga pemakanan. Hmm, sem lepas banyak makan KFC, so skrg kene stoplah.. =D konon~

Papepun, alhamdulillah hajat nak buat health screening dah selesai. Most result macam blood pressure, BMI dan paru2 dalam keadaan normal dan memuaskan. Harap2 nya result blood dan urine akan dapat normal semuanya.

Kesihatan adalah antara nikmat terbesar drpd Allah untuk kita. Jagalah kesihatan kerana tanpa kesihatan, ada duit banyak pun ibarat tiada makna. Jauhi amalan hidup yang tidak sihat kerana bak kata pepatah inggeris, "Prevention is better than cure".

Owh ya, akhir skali, nak ucapkan terima kasih Dr!

P/S: Jangan takut kene inject, kerana mgkn disebabkan sakit sedikit yg cuma 3 saat itu, kita terselamat drpd sakit yang lebih mudarat.

Monday, December 21, 2009

Cerita Manchester City

0 comments


Kedudukan liga yang kurang memuaskan telah memaksa pemilik Manchester City, jutawan Arab Sheikh Mansour untuk memecat jurulatih Mark Hughes. Beliau telah dipecat selepas menang ke atas Sunderland 4-3.
Hughes dianggap gagal selepas membelanjakan lebih 200 juta pound sterling (RM1.115 billion) untuk mendapatkan pemain2 bertaraf dunia seperti Robinho, Carlos Tevez, Gareth Barry, Emmanuel Adebayor, Kolo Toure, Roque Santa Cruz dan Joleon Lescott.

Nampaknya, limpahan kekayaan masih gagal membawa kejayaan diinginkan sehingga memaksa pertukaran dilakukan. Pemecatan Mark Hughes diganti dengan jurulatih berprofile tinggi iaitu Roberto Mancini.

Roberto Mancini, 45, merupakan bekas jurulatih Inter Milan dan berjaya menjulang kelab itu menjuarai liga Itali untuk 3 musim berturut2 sebelum diambil alih oleh Jose Mourinho. Pemilihan Mancini sebagai jurulatih baru Manchester City adalah tepat berdasarkan rekod cemerlang sebelum ini. Pengerusi kelab, Khaldoon Al Mubarak berharap peminat setia Manchester City akan menyambut baik kehadiran Mancini.

Manchester City dah pecat Mark Hughes.
Liverpool pula, bila nak pecat Rafael Benitez? =P

Sunday, December 20, 2009

Bowling~

0 comments

Bowling adalah salah satu indoor game yang sesuai dimainkan bersama keluarga dan rakan2. Dengan suasana yg bersih dan selesa, permainan bowling kini semakin popular dan diminati ramai.

Bowling juga menjadi medan bagi sesetengah orang untuk melepaskan stress kerja. Ada yg membayangkan pin2 putih yg tersusun di hujung lane sebagai himpunan masalah yg dihadapi. Bola yg ada di tangan dihayun sekuat mgkn dengan perasaan ingin melanggar semua masalah2 yg timbul.

Mendengar bunyi bola menghentam pin2 dan melihat pin2 itu bersepai2 bagai menyaksikan masalah2 yg dihadapi dapat dipecahkan. Bila dapat strike, rasa amat puas sebab rasa masalah2 tu semua telah lenyap dr pandangan mata.

Wah, macam serius je analogi di atas. Ada yg main bowling sekadar suka2 untuk memenuhi masa lapang. Itu pun cukup baik sebagai riadah bagi mereka yg xmampu bersukan secara outdoor. Atau hari hujan?? =D

Berikut gambar saya sewaktu main bowling di Cineleisure The Curve, Damansara.
3 frames tanpa henti~
Nak main bowling pun kene fikir strategi, bukan main baling je.
Pilih bola. Ambik paling berat dan warna paling menarik. =D

Owh, tak dapat strike ka? Baling punya kuat.. =D
=P kali ni mesti dapat spare!

Saturday, December 19, 2009

Keputusan Undian Liga Juara Juara Eropah

0 comments


UEFA Champions league atau dalam bahasa melayu, Liga Juara Juara Eropah adalah antara pertandingan bola sepak paling berprestij di dunia. Dalam pertandingan ini, semua pasukan juara dari liga Eropah akan bertembung sesama sendiri untuk menentukan pasukan yang terbaik di antara terbaik di Eropah. Hanya yang terbaik akan menang!

Pasukan yang sinonim dengan champions league seperti Real Madrid, Manchester United, AC Milan, Barcelona dan Liverpool adalah antara pasukan pilihan untuk menjuarai piala itu. Champions league telah menjadi satu fenomena luar biasa bola sepak dan diikuti jutaan peminat bagai Piala Dunia.

Pertandingan dimulakan dengan peringkat kumpulan di mana semua pasukan yang layak bertanding di Champions league akan berebut tempat secara liga untuk ke peringkat kalah mati. Keputusan rasmi undian Liga Juara-Juara Eropah peringkat kalah mati telah pun diumumkan seperti berikut:

Komen berkaitan undian ini:

1) VfB Stuggart Vs FC Barcelona
Barcelona mmg diakui sebagai sebuah pasukan yg paling berjaya. Walaupun ramai pemain bertaraf dunia seperti Ronaldinho, Deco, Belleti dan Samuel Eto'o telah berpindah, Barcelona tetap ampuh dan terus menang dengan bergaya. Pemain tonggak seperti Lionel Messi, Ibrahimovic, Iniesta, Thierry Henry dan Daniel Alves sudah cukup untuk memastikan Barcelona melangkah ke peringkat seterusnya. Tidak banyak diketahui tentang VfB Stuggart.
Prediction : Juara bertahan Barcelona menang aggregate 4-1

2) Olympiacos Vs Bordeaux
Perlawanan yang mgkn kurang mencuri tumpuan. Tanpa pemain yg terkenal dan mengacam, pertemuan ini mgkn akan hanya disaksikan peminat bola sepak dari Greece dan France sahaja. Walaubagaimanapun, mereka tetap pasukan juara.
Prediction : Olympiacos menang penalti selepas terikat aggregate 0-0

3) FC Internaziole Vs Chelsea FC
Keputusan undian yang baik. Jurulatih yang saya respect, Jose Mourinho akan kembali berdepan dengan bekas kelabnya, Chelsea. Dengan Carlo Ancelotti dikira berjaya di Chelsea, mampukah Jose Mourinho membuktikan bahawa dirinya mmg "Special One"?
Ego dan maruah menjadi pertaruhan Jose Mourinho dan juga Chelsea. Sudah pasti perlawanan akan sengit dan menarik!
Prediction : FC Internaziole menang tipis; aggregate 2-1

4) FC Bayern Munchen Vs Fiorentina
Germany vs Italy. FC Bayern Munchen adalah pasukan yang lebih gah dari segi sejarah kelab. Penyerang2 berkualiti milik Bayern seperti Miroslav Klose dan Lukasz Podolski sudah pasti akan merobek gawang Fiorentina dari pelbagai sudut. Namun, potensi Fiorentina tidak boleh dipandang rendah. Dengan prestasi cemerlang menyingkirkan pasukan pilihan; Liverpool semasa peringkat kumpulan, Fiorentina pastinya bersedia membuat kejutan dalam perlawanan ini.
Prediction : Fiorentina mengejutkan FC Bayern Munchen 1-0

5) CSKA Moscow Vs Sevilla FC
Kelab Russia ini (CSKA Moscow) telah mendapat suntikan kewangan yang baik daripada owner Chelsea FC, Roman Abramovich. Hasilnya cukup baik dengan peningkatan kualiti pemain2 dari kelab Russia ini. Tapi mampukah mereka menewaskan Sevilla FC? Liga sepanyol telah diakui sebagai antara liga terbaik di dunia. Sevilla FC juga mantap dengan kehadiran penyerang berbisa seperti Frederic Kanoute. Namun, perlawanan dijangka seimbang.
Prediction : Sevilla FC mara dengan aggregate 2-0

6) Olympique Lyonnais Vs Real Madrid CF
Dengan status kelab berbelanja besar tahun ini, Real Madrid pastinya mahu meneruskan kempen Champions League ini dengan jayanya sebelum kritikan demi kritikan dilemparkan.
Barisan pemain mahal diketuai Cristiano Ronaldo, Kaka, dan Karim Benzema telah terbukti berjaya setakat ini. Namun, kesilapan taktikal mgkn sahaja membuatkan Real Madrid berputih mata dan mengurangkan seri Champions league pd peringkat seterusnya. Olympique Lyonnais pastinya gerun menanti asakan lawan dan hakikat terpaksa berdepan Karim Benzema, bekas pemain terbaik mereka, akan menjadi igauan sepanjang perlawanan.
Prediction : Real Madrid menang bergaya 3-0!

7) FC Porto Vs Arsenal FC
FC Porto semakin hambar sejak memenangi Champions League pada 2004. Juara Portugal itu dilihat kurang menyengat dan gagal memberi impak yg diharapkan seperti ketika bersama Jose Mourinho. Arsenal FC yg dilatih Arsene Wenger dilihat semakin bertenaga walaupun hanya menggunakan pemain muda. Peminat Arsenal FC pastinya yakin dengan kebolehan Arsenal FC dan FC Porto pula yg akan digelar sebagai underdog. Arsenal akan bergantung harap pd kapten Cesc Fabregas, Theo Walcott, Andrei Arshavin dan Eduardo untuk meneruskan cabaran mereka. Walaubagaimanapun, Arsenal FC perlu mengukuhkan barisan bentengnya jika ingin bebas menyerang dan menang.
Prediction : Arsenal menang hasil gol di tempat lawan selepas diikat 2-2 sepanjang 2 perlawanan

8) AC Milan Vs Manchester United FC
Perlawanan yg mgkn paling menarik perhatian (mgkn sebab saya peminat MU =D). Menariknya, David Beckham akan kembali ke Old Trafford dengan mewakili AC Milan. Perlawanan AC Milan dan Manchester United FC sentiasa menarik dan professional. Aksi bertaraf dunia akan dapat disaksikan melalui perlawanan ini. Tapi sayangnya, hanya satu pasukan yang akan menang dan satu lagi tersingkir. Mgknkah AC Milan? Mgknkah Manchester United? Ronaldinho Vs Ryan Giggs,
Wayne Rooney Vs Alexander Pato,
David Beckham Vs Darren Fletcher/Antonio Valencia?
Sangat menarik!! Perlawanan pasti tonton!!
Prediction : Manchester United menang dengan aggregate 3-2. Nak tengok David Beckham
score goal!

Friday, December 18, 2009

Kereta idaman?

0 comments

Kereta secara dasarnya hanyalah sebuah alat yang digunakan untuk membawa kita dari A ke B. Tidak kira lah kereta itu mewah atau buruk, asalkan kita boleh sampai ke destinasi yang dituju, kereta itu dikira sudah cukup sifat.

Ya, statement di atas tu sangat tepat untuk menggambarkan fungsi utama sebuah kereta. Tapi, kereta juga boleh menjadi alat untuk meningkatkan motivasi. Kereta mewah sering dikaitkan dengan kekayaan. Walaupun sekadar membawa fungsi asas yang sama, kereta mewah boleh dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk seseorang itu berusaha mencapai kejayaan.

Saya pasti, ramai yang berhasrat memiliki kereta. Tak kiralah lelaki atau perempuan, kereta menjadi kesukaan pada zaman sekarang. Dengan adanya kereta, segala urusan seharian lebih mudah. Dunia pun terasa lebih luas, boleh bergerak bebas.

Hmm, kebetulan bercerita pasal kereta, mgkn saya boleh kongsikan berkenaan kereta idaman saya. Secara praktikalnya, skrg saya suka pada kereta jenama Honda. Kereta Honda boleh dikatakan perfect dari segi keselesaan, performance dan gaya. Ia tak lah nampak terlalu mewah, dan sesuai dipandu setiap hari. Pilihan saya ialah Honda City yang baru. Tak pernah test drive, tapi raseny mesti best kan?
Selain tu, ada hati gak kat Mitsubishi Lancer Evolution 10. Mase mula2 ia klua dulu, rase kureng je. Nampak macam semacam je rupe depan tu. Siap dok kutuk2, hahah. Tapi bile da lame2 tengok, nampak macam best plak. Sampai skrg, rase melekat lah.. =D. Orang yang design kereta tu mmg hebat.
Erm, xcakap pasal BMW dan Mercedes? Well, 2 brand ni adalah kereta yang melambangkan kekayaan dan kejayaan tu. Ramai businessman yang berjaya akan pilih BMW dan Mercedes sebagai kereta mereka. Mmg kedua2 kereta tu best dan hebat. Tapi perasan x, ramai orang da pakai kereta tu zaman sekarang. Saya nak cuba lain skit, tukar target dari BMW dan Mercedes ke Ferrari. Tentu mahal kan Ferrari? Yup, mmg mahal nak beli, dan lagi mahal nak maintain. Tapi kalau dapat pandu Ferrari mesti seronok lah. =)

P/S: Apa kereta idaman anda? =D

Thursday, December 17, 2009

Salam tahun baru maal hijrah 1431

0 comments

Assalamualaikum,

Ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah ke 1431 kepada seluruh umat umat Islam terutama kedua ibu bapa dan keluarga.

Berlalu setahun lagi dalam kalendar Islam. Alhamdulillah, matlamat/azam tahun lepas dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga amalan dan kehidupan kita diterima oleh Yang Maha Esa.

Tahun baru maal hijrah menjelma. Marilah kita sama2 tetapkan azam untuk berusaha mengikuti segala ajaran agama dengan sebaiknya.

Islam adalah agama yang mudah. Islam agama yang ketat pada urusan aqidah dan ibadah, tetapi memberi ruang seluas-luasnya kepada umatnya dalam soal keduniaan.

Saya teringat kata2 pemain tengah pasukan Barcelona, Yaya Toure berkaitan islam. Beliau menyatakan, "Menjadi pemain handalan bola sepak tidak menghalang saya untuk taat dan tunduk pada agama Islam". Marilah kita ambil iktibar drpd kenyataan beliau. Janganlah timbulkan pelbagai alasan untuk tidak solat atau berbuat baik.

Semoga kita semua sentiasa mendapat perlindungan dan keberkatan hidup drpd Allah S.W.T.
Hargailah masa dan kesihatan yang kita ada hari ni untuk melakukan amal kebajikan demi Islam tercinta.

Ikhlas,
Nizam Malek

Tahniah Malaysia!! =D

0 comments

Skuad bawah 23 tahun Malaysia

Yeah, tahniah pasukan bola sepak bawah 23 tahun Malaysia atas kejayaan memenangi pingat emas bola sepak sukan sea 2009. Malaysia kalahkan Vietnam 1-0!! Nampak nya seluruh rakyat Malaysia mula bergembira dan mengagungkan bola sepak.. =D
Pape pun, menang tetap menang. Tahniah Jurulatih K Rajagobal, Kapten Aidil Zafuan Abd Razak dan semua pemain skuad bawah 23 tahun Malaysia. Teruskan kejayaan. Jangan sombong2 lepas ni. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.