13 Mac 2015.
Pada tarikh ini tahun lepas, saya berada di The Mines International Convention & Exhibition Centre (MIECC), The Mines, Seri Kembangan untuk mengikut program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).
Saya masih ingat saya memandu kereta Viva biru saya berseorangan dari Johor Bahru sehari sebelum program bermula dan bermalam di sebuah hotel di Serdang Perdana.
Masa tu saya tinggalkan semua dan hanya fokus untuk membongkar rahsia potensi diri saya di IMKK.
Ia memang satu keputusan besar yang saya buat untuk ambil cuti panjang hanya untuk program IMKK ini.
Empat hari IMKK berlangsung dengan banyak cerita sebenarnya.
Saya umpama dibawa ke alam lain di mana sangat berbeza dengan dunia saya sebelum itu.
Saya benar-benar fokus mengikuti program IMKK.
Saya tahu ia tidak percuma dan kos keseluruhan yang saya bayar mencecah ribuan ringgit.
Dah pasti saya tidak mahu pulang sia-sia.
Belajar direct daripada Dr Azizan Osman, walaupun nampak biasa, tapi sesi programmingnya benar-benar menusuk kalbu dan jiwa saya.
Saya benar-benar dibawa menyelami minda bawah sedar saya dan ada beberapa sesi saya menangis berjuraian ketika emosi dalaman saya disentuh dan diprogramkan semula.
Sukar untuk diceritakan, ia perlu dialami sendiri.
Di IMKK juga saya berjumpa dengan insan-insan luar biasa hebat yang memberi inspirasi kepada saya bahawa masih banyak peluang di luar sana untuk diterokai.
Kini telah setahun berlalu.
Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya.
Saya pasti, banyak yang berubah.
Ada banyak perkara berjaya saya capai dalam setahun ini.
Formula Kejayaan M.E.S.T.I telah pun saya fahami dan ianya membantu saya untuk menguasai bidang yang amat asing pada saya sebelum ini dalam masa yang amat singkat iaitu saham dan FCPO.
Saya berpendapat, keputusan saya untuk menyertai IMKK ketika menghadiri Seminar Bangkit 2015 di Berjaya Waterfront Hotel pada Februari 2014 adalah antara keputusan terpenting yang saya buat dalam hidup saya.
Tahun 2015 dijangka lebih mencabar, tapi insyaAllah berbekalkan ilmu yang ada, Saya yakini bahawa tahun ini boleh dimanipulasi menjadi peluang yang amat besar.
Saya ingin berkongsikan rasa bersyukur kerana berpeluang belajar di IMKK dan saya syorkan anda untuk sertainya pada sesi yang akan datang sekiranya anda serius mahu merubah kehidupan anda.
-Nizam Malek
IMKK Mac 2014 Alumni
Friday, March 13, 2015
Setahun Telah Berlalu, IMKK
Subscribe to:
Posts (Atom)