Tuesday, August 31, 2010

Salam Kemerdekaan!

0 comments

Hari ini adalah 31 ogos 2010 bersamaan tarikh keramat Malaysia bagi sambutan kemerdekaan yang ke 53 tahun.

Alhamdulillah, kita masih lagi dapat merasai nikmat kemerdekaan dan kebebasan di negara tercinta ini. Memang tidak dinafikan, terdapat 'beberapa' atau 'sedikit' kekacauan sistem politik dan kejatuhan nilai moral di kalangan belia di Malaysia, namun itulah antara segenap dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi generasi baru untuk terus memartabatkan maruah dan kredibiliti Malaysia di peringkat antarabangsa.

Jika kita soroti sejarah kemerdekaan Malaysia, pastinya kehebatan dan keberanian tokoh-tokoh pemimpin terdahulu memperjuangkan kemerdekaan menjadi kebanggaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Kini, dengan kepesatan dunia globalisasi, ia menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa untuk terus bertahan mengekalkan nikmat kemerdekaan ini.

Selain kemerdekaan dari segi fizikal (penjajahan wilayah), kita juga perlu meneliti dan mengawasi penjajahan pemikiran yang semakin sarat membelenggu generasi muda. Penjajahan minda seperti inilah yang mungkin akan menyebabkan erti kemerdekaan hanya ada pada laungan semata-mata.

Ok2, cukup2 dengan ceramah kemerdekaan free di atas =p. Biasanya, kalau hari kemerdekaan, pastinya persembahan perbarisan dan kawad kaki akan diadakan. Aktiviti-aktiviti sebegini adalah aktiviti yang sihat dan memang wajar disertai oleh golongan remaja dan belia (dan juga dewasa.. =p) kerana ia dapat membentuk nilai disiplin diri yang tinggi, semangat 'team-work' yang efektif, dan kesabaran yang kental dalam diri seseorang.

Masa kat sekolah dulu, memang dah biasa berkawad untuk unit beruniform pengakap, dan yang paling seronok skali adalah masa persembahan 'Kawad Formasi'. Kawad Formasi ni adalah satu jenis disiplin kawad kaki yang istimewa di mana sesuatu kumpulan kawad akan berkawad ke sana dan ke mari dengan membentuk beberapa formasi menarik dan mungkin juga menghiburkan.
Penat sangat masa berlatih, rasa pening dan mudah keliru dengan pergerakan yang perlu disusun, tapi bila formasi akhirnya dapat dipersembahkan dengan jayanya, ia akan menjadi satu kepuasan dalam diri setiap ahli kumpulan kawad tersebut.

Nak tahu macam mana seronoknya Kawad Formasi? Saksikan video di bawah ini, =)

Huhu, gabungan kawad formasi, musik, tarian dan gimik. Kreatif dan menarikkan? Akhir kata, Salam Kemerdekaan untuk seluruh rakyat Malaysia dan senyum selalu~ =)

Ikhlas daripada,
Nizam Malek
Putrajaya

Sunday, August 29, 2010

7 Habits of Highly Effective People

0 comments


Ok untuk post kali ni, I would like to share with you guys about one topic that has been lifted as a quite important aspect in human daily life, which is habit.

What is habit? Habit according to online dictionary (malas nak bukak dictionary versi buku =p) means an acquired behavior pattern regularly followed until it has become almost involuntary. Dalam kata yang lebih mudah, habit ni bermaksud tindakan yang selalu kita buat setiap hari sehingga tindakan itu menjadi sebahagian dari diri kita tanpa perlu kita fikir untuk melakukannya (err, lebih mudah ke ni? =p).


Habit ni baik ke x? Well it depends, ia boleh jadi baik, dan boleh juga jadi buruk untuk kita. Ramai sebenarnya yang tak ambik kesah pasal habit. Bagi kebanyakan manusia, habit dipandang remeh dan tidak langsung memberi kesan kepada perjalanan hidup seharian. Selain itu, ramai juga yang cenderung untuk melabelkan habit dengan perlakuan-perlakuan yang negatif dan membuang masa.

Memang benar, habit yang buruk sememangnya boleh merugikan manusia, malahan mungkin saja akan menjatuhkan reputasinya di kalangan kawan-kawan atau masyarakat sekeliling. Keadaan sebegini boleh menjadi lebih buruk sehingga dapat menjatuhkan keyakinan seseorang itu.

Tapi yang menariknya di sini, jika habit yang buruk mampu menjatuhkan kredibiliti seseorang sejatuh-jatuhnya (oh, dalam nya jatuh..), bagaimana pula jika kita gunakan kuasa habit untuk meningkatkan produktiviti dan motivasi kita? Jika kita memiliki habit yang baik dan positif, sudah pasti hidup kita akan lebih ke hadapan dan kita mudah disenangi orang lain. Sebenarnya kuasa habit ada pada diri setiap manusia, terpulang pada kita untuk menggunakannya untuk kebaikan atau tidak.

Let's use our knowledge, skills and desire to acquire the best habits

Erm, mesti korang nak tahukan apa habit yang baik kan? Ok dalam buku 7 Habits of Highly Effective People tulisan Stephen R. Covey, tersenarai beberapa habit yang baik untuk kita lakukan. Berikut adalah habit-habit tersebut:
  1. Be Proactive
  2. Begin with End in Mind
  3. Put First Things First
  4. Think Win/Win
  5. Seek First to Understand, Then to Be Understood
  6. Synergize
  7. Sharpen the saw
Agak panjang masa yang diperlukan kalau nak evaluate setiap good habit di atas. Mungkin kalau saya cerita-cerita semua sampai habis, dah boleh jadi satu buku plak, hehe.. Pape pun, saya hanya ingin tekankan, ruang ilmu terbuka luas dengan adanya internet, kedai buku, perpustakaan dan buku kawan (pinjam =p), namun sekali lagi ia terpulang pada kita sendiri untuk bertindak dan bangkit memperbaiki kelemahan diri sendiri untuk kebaikan sendiri (berapa banyak kali sendiri daaa.. ).

How? Only you can change your habit by changing it! =)

Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit manfaat kepada yang membaca, iaitu anda. =) Peace to all!

Wednesday, August 25, 2010

Research Project Slow Pace.. =I

4 comments


Dah lame tak bercerita pasal my research project kan? Ape dah jadi senyap je?

Sekarang dah semester ke 7, bermakna cuma tinggal kurang satu semester je lagi untuk siapkan research project tu.

Ramai yang kate, "research nizam dah siap.. boleh rilek la.."

Oh, tolong2.. My research project sebenarnya masih belum siap. Masih ada banyak perkara berbangkit yang perlu dijelaskan..

Dah sampai stage mana?

Ok it's true that my research project ni dah dipublish ke National Medicine Symposium 2010 di Melbourne, Australia akhir Mei yang lalu.

Tapi untuk tujuan presentation tu, result hanyalah cukup2 untuk buat abstract dan penyertaan. Semuanya telah selesai untuk tujuan publication di Melbourne.

Untuk final year project, it seems to be still a long journey for me. Few results were out and I can start writing the thesis, but it's not as easy as saying. I need to find more journals to support my findings, discussion and results part.

When talking about result yang dah ada, I can start tabulating the result in the report, but I know that I'm lacking about the statistical knowledge. So I could not give the best explanation regarding my result statistically.

Thanks lah sebab semalam, pihak fakulti dah ambik satu langkah progresif untuk mengadakan satu Workshop SPSS. Madam Aslinda Jamil (my co-supervisor) dan Madam Syairyzah dah turun padang membantu kitorg satu batch untuk memahami software SPSS dengan lebih jelas lagi.

Alhamdulillah, lepas workshop tu, my views about SPSS results lebih jelas dan terang. At least I can try evaluate the results that I had from my data collection and explain thoroughly what I was doing on the SPSS.

By the way, my supervisor, Madam Zie is coming back to Malaysia this 1-6 September. I hope that I can see her within that days and discuss more about my result and thesis write up.

I believe that other colleagues are working very hard for their research projects and I wish all the best to all. Hope that we can achive an A for the research project. =)

That's all for now about the research project. Will share more about it in future. Bye2..

Tuesday, August 24, 2010

Ku ingin kembali..

0 comments


Saat kau hadir dalam hidupku terasa indah
hangat bayangmu menyentuh jiwa temani sepi
kini semua cintamu tlah pergi
meninggalkan diriku dalam kehampaan
Sendiri..

Waktu terus berjalan dan memberi
perih di hati
hanya rindu yang aku dapatkan bukan cintamu
kini baru aku menyadari
kau begitu berarti di dalam hidupku ini

Saat - saat yang indah
saat masih bersamamu
waktu kita berdua dan mewarnai dunia
semua yg telah berlalu kini teringat lagi
kini terkenang lagi
ku ingin kembali
ku ingin kembali

Hanya rindu yg aku dapatkan bukan cintamu
meski kini kau tak mencintai diriku lagi
kini baru aku menyadari
kau begitu berarti di dalam hidupku ini

Saat - saat yang indah
saat masih bersamamu
waktu kita berdua dan mewarnai dunia
semua yg telah berlalu kini teringat lagi
kini terkenang lagi
ku ingin kembali
ku ingin kembali..

Download the song here

Sunday, August 22, 2010

Last week story..

0 comments



oh oh.. dah lebih kurang dekat seminggu dah tak update blog..

Bukan ape, just nak pictures baby Haziq stay kat main page lame skit.. hehe alasan..

By the way, how are you all guys? Macam mana dengan ramadhan so far? Hari ni dah hari ke 12 dalam bulan Ramadhan, pastinya macam-macam perkara yang dah berlaku dalam diri anda kan?

Ohye, mungkin ramai yang tak tahu that malam isnin yang lepas aku ade balik ke Johor bahru for 2 days and 1 night (wah macam package holidays plak..).

Aku balik naik bas. Dari Putrajaya Sentral, naik ERL ke Stesen Bandar Tasik Selatan, then switched LRT ke Stesen Bukit Jalil. Tambang nak sampai ke stesen bas Bukit Jalil dari Putrajaya Sentral adalah sebanyak RM6 sahaja.

(Kindly click above picture for larger view)

Then kat stesen bas bukit jalil, aku terus dapatkan tiket bas Causeway Link. Ohya, kepade sesiapa yang nak naik bas JB-KL or KL-JB, trylah naik bas Causeway Link sebab company bas memang punctual dan non-stop straight ke destinasi. Bas start jalan dalam pukul 6.45 ptg macam tu dan aku berbuka puasa dalam bas je lah time tu.


Aku sampai kat rumah lebih kurang pukul 10.30 malam. Akhirnya dapat gak berjumpe dengan baby Haziq. Memang comel sangat die, kecik je. Yang best pasal Haziq ni die tak banyak nangis buat bising lah. Tapi tak tahu lah aku baru jumpe die semalaman je, mane tahu depan aku je die jadi baik kan.. hehe..

So malam pun melabuhkan tirai sampai ke waktu sahur. That time was my first time dapat bersahur dengan family for this year Ramadhan. Makan biasa2 je, tapi best juga lah.

Then pagi tu, Johan dan Ina pergi sekolah, and my parents dan kak no pun pergi kerja. Aku tertido kepenatan. Bila aku terjaga je, Haziq dah siap2 naik kereta nak balik kampung belah abang ipar kat Kota Tinggi. Hmm, aku rase blur skit, tak sempat nak ambik pics ngan Haziq..

So tinggallah aku sorang kat rumah.. Bosan.. Main PS2..

Masa berlalu, then sampailah ke waktu berbuka puasa. Best sebab dapat berbuka with family dengan menu favourite aku, Ikan Pari Bakar. Teringat mase ramadhan yang lepas, aku mesti request nak makan Ikan Pari Bakar, hampir tiap2 hari.. =p

Then esoknya hari rabu aku bertolak balik semula ke Putrajaya. Banyak kerja bertimbun perlu disiapkan.

Yup, memang banyak kerja nak kena buat ni.. Walaupun jadual year 4 awal2 ni agak tak lah pack sangat, tapi kadang-kadang tu lah yang buat aku malas-malas je (sebab ingat ada banyak masa).

So I have to change this and work hard for my course work. I will try my best to update this blog more frequently and give more information to all of you.

By the way, I also did some readings about domain name registration this week. I was planning to buy a domain name for this blog, but I have to choose the best out of thousand companies providing the service. Maybe next2 post I will share with you guys about domain name company yang telah berjaya dipilih untuk proses men-custom-domain-name-kan Nizam Malek Blog.


Oklah, sampai sini dulu, I have to come back to my Clinical Pharmacy Case Studies. See again in the next post. Salam.. =)

Sunday, August 15, 2010

New baby in the family~

2 comments


Salam Ramadhan to my first nephew, Ahmad Haziq Hafiz Bin Zainal Amli.

Was born at 3.30 am today (15 August 2010) bersamaan hari ke 4 ramadhan.

Tahniah to Kak Uni dan Abang Enal. =)

Below is the pictures of the baby boy.. =)




Comel kan? Now I have become an uncle. Uncle muda.. hehe..

Alhamdulillah semuanya selamat dan Haziq telah dilahirkan dengan normal dan cukup sifat.

This is the next generation of my family. =)

Semoga Haziq akan menjadi anak yang soleh. Amin.

Me bila lagi? huhu.. tunggu~

Tuesday, August 10, 2010

Sinar Ramadhan 2010. Yippi!

3 comments

Assalamualaikum to all muslimin dan muslimat.

Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi).

Alhamdulilah, kita kini berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan ganjaran. Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada 5 Rukun Islam dan menjadi kewajipan setiap muslim untuk menunaikannya dengan penuh rasa keimanan dan ketaqwaan.

Marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan rahmatnya, kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat di bulan Ramadhan, mengejar sebanyak-banyaknya ganjaran pahala dan InsyaAllah mendapatkan keredhaan-Nya.

Bagiku, bulan Ramadhan kali ini adalah sangat istimewa dan ditunggu-tunggu. Inilah masanya untuk ku perbaiki semula kesilapan-kesilapan lalu. Semoga dengan keberkatan Ramadhan, daku akan dapat memiliki sinar petunjuk untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Ya, muslim yang lebih baik. Indahnya Islam. Islam adalah ad-deen yang tidak membeza-bezakan sifat antara manusia, atau dari mana pun asalnya kita. Semua manusia adalah sama, dan bezanya hanyalah darjah ketaqwaannya kepada Allah. InsyaAllah, aku bertekad untuk berusaha menjadi muslim yang lebih baik. Kita sentiasa boleh perbaiki diri kita untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Semoga Allah sentiasa meredhai perjalananku di atas muka bumi-Nya ini.

Berbalik kepada Ramadhan kali ini, daku dengan seikhlas hati ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa terutamanya kepada Mama dan Abah; seluruh ahli keluarga; saudara usrah, para sahabat, kawan-kawan yang jauh mahu pun dekat, my online business partners, customers dan seluruh umat muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda; marhumnya, Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu (Hadis Riwayat Imam Nasaie, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi)

Semoga kita semua beroleh keampunan bagi setiap dosa yang telah kita lakukan. (Seluruh umat Islam yang beriman kepada Allah adalah sentiasa bersama di dalam doaku, Amin).

Baiklah, untuk bulan Ramadhan kali ini, daku ingin kongsikan beberapa tips untuk kita berpuasa. Tips ni berdasarkan pengalaman dan pengamatan sendiri:

1. Bangun Sahur. Nabi Muhammad juga bersabda yang bermaksud, Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan Malaikat-Nya memberi selawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur (Hadis Riwayat Ahmad). Mungkin saat mulanya ramadhan, kita sangat bersemangat untuk bangun sahur, tapi lepas dah lebih kurang seminggu berpuasa, kita mula malas untuk bangun sahur. Jangan begitu, tanamkan semangat untuk terus bangun sahur setiap hari pada waktunya. Nak tahu cara mudah untuk bangun sahur? Mudah saja, tidur awal, dan bangun awal, ok? =) Ohya, minum banyak air kosong saatnya bersahur ya. Keep your self hydrated through out the day.

2. Jangan berlebih-lebihan ketika berbuka puasa. Makanlah dengan kadar yang mampu. Dengan menjaga had makan pada waktu berbuka, kita dapat meneruskan amal ibadah seperti solat fardhu pada malam hari dengan lebih mudah dan selesa. Juadah dibazar ramadhan selalu buat kita rambang mata? Ok, caranya, keluar ke bazar ramadhan dengan duit yang cukup-cukup sahaja. Tak perlu bawa duit lebih-lebih. Dengan cara ini, kita dapat mengawal aktiviti perbelanjaan di bazaar ramadhan. Jangan risau, apa yang anda beli tu memang sudah cukup. Berapa ringgit nak bawa? Ermm dalam RM7 sahaja seorang dah cukup, ok.

3. Jangan berkelahi. Manusia apabila bertengkar atau bergaduh sememangnya akan menggunakan banyak tenaga. Emosi negatif yang dihasilkan akan menarik keluar tenaga-tenaga daripada badan kita yang sepatutnya digunakan untuk mengharungi dugaan berpuasa. Jadi simpanlah tenaga yang ada, jangan sia-siakan tenaga itu dengan aktiviti-aktiviti perkelahian (bukan juga perkelahan ya =D). Ya, memang betul, kadang-kadang ada saja orang yang buat hal dengan kita. Macam-macam hal, buat kita marah bila kita sedang berpuasa. So macam mana? Ok Nabi Muhammad ada bagi jawapannya untuk persoalan sebegitu. Sekali lagi Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud, Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini sedang berpuasa (Sahih Bukhari).

4. Jauhilah perkara-perkara yang boleh membangkitkan nafsu syahwat. Walaupun seperti sabda Nabi di atas, syaitan akan terikat tatkala umat Islam sedang menikmati bulan Ramadhan, namun cabaran dan dugaan pastilah dalam diri kita sendiri. Justeru, kuatkanlah semangat, dan berusahalah untuk keluar dari kepompong nafsu yang menjerat diri kita sendiri. Moga kita mendapat petunjuk dan rahmat dari setiap usaha untuk keluar dari kemaksiatan.

5. Senyum. Kita tidak boleh makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadhan. Tapi menariknya, kita boleh senyum tau, tak batal puasa. Senyum merupakan motivasi terhebat untuk setiap manusia. Dengan senyuman manusia jadi ceria, gembira dan rasa sihat. Jadi amalkan lah senyuman tatkala kita sedang berpuasa. Cuba senyum pada sesiapa saja yang kita jumpa dan pasti kita akan rasa sangat bertenaga dan bersemangat ketika sampai waktunya untuk berbuka puasa. Tak percaya? Cubalah k! =)

Ok untuk post kali ni alhamdulillah 5 tips berpuasa berserta penjelasannya telah berjaya dikongsikan dengan anda semua, pembaca setia Nizam Malek Blog. Amalkanlah mana-mana tips yang anda rasa sesuai dengan diri anda, dan semoga bulan Ramadhan kita kali ini lebih positif, cemerlang dan ceria.

Akhir kata, Let us be a better Muslim starting with this Ramadhan almubarak. Barakallah! =)

Sunday, August 8, 2010

Kelakar kot..

0 comments


Ni video aku jumpe kat Youtube cakap2 pasal isu gula dan minyak.. Panas.. Pandai gak orang utara buat lawaq.. hehe..

New Semester is coming!!

0 comments

Industrial training dah selesai, cuti seminggu pun dah tamat, so kini tiba lah mase nye untuk aku focus semula ke sesi akademik semester baru 2010/2011. Pagi tadi dah settlekan semue urusan registration kat new main campus. Berbeza kali ni, proses registration nampak lebih tersusun dan kemas.

Dan buat tambah rencah lagi, registration kali ni dapat transcript result untuk semester lepas sekali. Cemas plak bile nak bukak sampul result tu. Hmm, aku rase mesti result aku jatuh lagi.

Almaklum mase year 3 aku rase study amat2 la susa. Tak macam mase 1st year or 2nd year. Ditambah plak masalah2 dan dugaan semasa. Dah agak mesti kacau study aku. Tapi okla, lepas buka sampul dan tengok result, alhamdulillah, tak seburuk yang aku sangke. CGPA masih maintain la kire. For me not bad, still can smile lah, hehe.


Sekarang cume tinggal 2 semester lagi untuk ditamatkan, so aku kene usaha lebih keras so that pointer tak terus jatuh. Cume buat tambah gerun, mostly subject untuk 7th sem ni adalah berjam kredit 3. Ade satu subject je yang 2 jam kredit.

Nampaknya mimpi ngeri sudah bermula. Selain tu, subject yang berkaitan chemistry macam Pharmaceutical Analysis dah tak de dah. 2 sem akhir ni mostly focus on clinical pharmacy dan juga pharmacy management (retail kot?). Ada baik dan buruk juga, so tak boleh main2 lagi. Kene rajin ya.

Walaupun registration session dah selesai tengah hari tadi, tapi students masih diberi pilihan untuk daftar subject yang nak diambil sepanjang semester. Tetibe aku rase macam nak try re-seat paper la. Dengan harapan boleh increase pointer. Mungkin kena bayar few puluh/ratus ringgit. Esok nak kena submit form registration paper tu.

Harap2 dapat buat keputusan bijak malam ni. Bukan ape, just nak make sure boleh cope ngan semue paper semester ke tujuh ni. Jangan jadi yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran tergolek2 pulak kan. Naya je nanti. =P

Ok, cukup2 dulu cakap pasal academic. I know it will be the hardest and realest (ade ke word ni?) challenge for me as the final year student. Tak tahu nak kate macam mane. Tapi memang tak sangke, dah tiba ke tahun akhir rupanye. Hmm, aku dah makin tua? hehe..

As final year students jugak kitorg akan jadi abang dan kakak tertinggi (bukan tertua?) untuk student farmasi CUCMS sekalian. Kalau sebelum ni kite selalu gelar final year students Grand Seniors, tapi dengar2, diorg nak tukar jadi Super Seniors. Haha, pengaruh TV betul. Just macam kate Iman, jangan jadi Super Saiya sudah.. heheh..

Saje je letak pic ni. Kasi glamor sikit my blog. Haha!

Tak kesah la nak panggil ape, yang pasti ini lah saatnya, esok pemula hari sebagai pelajar farmasi tahun akhir.

Erh, cakap pasal seniors je ke? Junior ap cer? Yup, dengar2 dari committee members dan facilitators untuk orientation, new intake kali ni catat record kemasukan terbanyak bagi student medic dan pharmacy CUCMS iaitu lebih kurang 300 orang pelajar.

Memang banyak, sebab selalunya 100 orang je setiap intake. Dan dari 300 students tu, ade 82 pharmacy students. Wow, lebih kurang 3 kali ganda my batch numbers. Bagus la macam tu, makin besar family Faculty of Pharmacy CUCMS.

Esok kita akan ade sesi Heart to Heart with faculty dan lusa pula Interaction Day for Pharmacy Students, so insyaAllah dapat jumpe kamu semue. =)


Ok sampai sini dulu untuk post kali ni. Alhamdulillah, I feel so great that I chose and was given this course (bukan curse ya =p).

Semoga semuanya selamat sepanjang 2 semester terakhir ni dan aku dapat menggengam segulung ijazah sebagai passport untuk ke alam seterusnya iaitu alam pekerjaan yang sebenar.
It's the final countdown, tu du duu duu~

Tuesday, August 3, 2010

All round, QC department

4 comments


Helo semua~ especially to all friends kat QC department Royce Pharma.

Jumaat lepas merupakan hari yang benar, aku tunggu2. Itulah dia hari terakhir aku menjalani latihan industri di department Quality Control dan bermakna tamatlah latihan industri aku di Royce Pharma.

Pagi tu aku agak kalut sikit, nak cari hadiah perpisahan untuk mereka. Susah juga nak pilih barang ape yang sesuai.. Last2 aku pilih coklat.. Memang tak seberapa, tapi harap korang terima dengan hati terbuka. =)

Ok, untuk post ni aku nak share ngan korang pasal pengalaman kat QC department secara keseluruhan sepanjang 7 hari.

Macam yang aku cerita kat post terdahulu, mase nak masuk QC department, aku rase mesti hidup aku akan jadi sangat bosan, dull dan demotivated sebab aku memang tak berape suke dan mahir pasal aktiviti lab. Sememangnye mencabar, tapi setelah selesai seminggu ni, aku tak lah rase teruk sangat. Semuenye berjalan dengan lancar.

Yup, memang betul, aku paling banyak belajar mase kat department QC. 1st day seharian kat IPQC, banyak benda yang aku belajar berkaitan tugas QC personnel kat production floor. Hari tu jugak aku dibawak pusing2 seluruh production floor dan aku lebih faham process manufacturing secara keseluruhan. To Maziah and Achik, thanks for guiding me mase kat IPQC.

Then 2nd day dan seterusnya, aku mostly stay kat QC department, HPLC room dan QC lab. Setiap pagi mesti diorg akan bagi kuih untuk sarapan. Ak segan sebenarnye, sebab selalu aku xsempat nak beli pape pun kat korang utk sarapan. Anyway, thanks a lot. =)

Pengalaman kat lab plak, aku belajar teknik nak buat preparation salbutamol dan redon PCM untuk diuji menggunakan High Performance Liquid Chromatography (HPLC). Bagi aku lab manual yang ade sangat mudah difahami.

Tak macam mase belajar kat sekolah or kolej dulu. Rase amat confius.. tu aku malas nak berlab tu.. hehe.. Tapi seriously, aku rase best la mase kat QC lab. Tak stress dan rase mudah gak. Ngan Ayong plak, kitorg buat Thin Layer Chromatography (TLC) method. 2 3 kali prepare sebab tak berase sure the correct procedure mase mule. But at last akhirnye berjaye gak dapatkan result nye, =). Thanks to Azhar, Kak Lin, Kak Aida, Ayong, Zalina, Nora dan Rizal yang banyak bagi tunjuk ajar mase kat dalam QC lab. Now I have better view about working in lab.

Ohye tak nak lupe gak untuk cerite pengalaman kat Microb Lab. Microb lab ni terletak kat sebelah QC lab. Kat situ lah semue test berkaitan microb dijalankan. Aku belajar kat Microb lab sekejap je, cume beberape jam. Kat situ aku belajar tentang equipment yang perlu ade macam autoclave untuk sterility. Teringat mase belajar pasal Autoclave ngan Prof Dr Shaharuddin untuk subjek Nuclear Pharmacy dulu. Thanks to Eqin (bukan eqin mawi), Laila dan Kak Siti yang guide mase kat Microb lab.

Selain tu, mase kat QC department gak aku gain little skill untuk handle HPLC. Mungkin tak lah semahir chemist hebat Royce, tapi pastinye ape yang korang ajar amat bernilai harge nye bagi aku. Mostly kat QC department, aku paling banyak belajar pasal HPLC instrument. Rase amat jelas step by step nak run test HPLC dan cara2 nak troubleshoot kalau pape terjadi. Chemist yang banyak ajar pasal HPLC ialah Azhar, Kak Lin, dan Khairi. Thanks a lot guys! =)


Ok for the special post ni, demi menghargai permintaan Safni, I will list down here some sort of my point of views regarding beberape QC department personnel secare general:

En. Ijan: He is the QC Manager. What should I say more? Sebenarnye tak pernah pun cakap pape ngan En. Ijan mase kat QC. Sangat jarang jumpe. Jadi no komen la ye. =D

Kak Lin: Ok Kak Lin is the Senior Chemist kat QC department. Kire Kak Lin ni orang besar lah kat QC department. Biasenye orang akan refer kat Kak Lin kalau ade pape masalah berkaitan HPLC, tak kire lah kalau nak adjust mobile phase atau pun tukar column. Kak Lin walaupun lebih berpangkat, tapi boleh masuk geng la kire. Ohye, sorry lah kalau slalu phone QC berbunyi, saye xg angkat phone tu. Bukan ap, saye just segan nak pandai2 g angkat phone sendiri dan sengaje nak kasi Kak Lin exercise sikit, haha, jangan mare. Kak Lin jugak lah orang yang diberi tanggungjawab untuk evaluate prestasi aku mase kat QC department. Thanks for your evaluation on me. I will always improve my self. =) Dah cukup 10 kali x sebut name Kak Lin ni? hehe..

With Kak Lin the Senior Chemist

Khairi: Khairi ialah orang pertame yang train aku kat QC department. Die yang firstly bawak aku naik ke 2nd floor untuk tengok2 retention dan stability room. Dapatlah gak aku tengok macam mane products yang dihasilkan disimpan untuk tujuan standby kalau ade product recall. Selain tu gak, ap yang aku akan ingat pasal Khairi ialah fenomena Imam Simpanan, hehe.

Tu dia~ tengah khusyuk menulis draft doa.. =p

Dayah: Ngan dayah pun tak cakap banyak sangat. Dia duduk dihujung sane. Rasa amat2 jauh, hehe. But I know you are a nice girl. =)

Zah: Ok Zah pun tak banyak sangat interaction. Bukan ape, Azhar ngan Rizal marah kalau kacau Zah.. hehe.. Pape pun, aku akan merindui kuih samperit mu yang sedap itu.. =)

Anis: Ngan anis aku xbanyak cakap. Selalu serius je, buat aku takut. hehe. Kalau xsilap kite sebaya, tapi tu lah, xbanyak dapat peluang nak share cerite pape. By the way, all the best for you dan selamat pengantin baru. =p

From left: Azhar, Khairi, Nizam Malek, Kak Lin, Anis dan Dayah

Rizal: Orite Rizal plak aku first kenal kat warehouse, aku ingat die keje kat warehouse time tu, tapi sebenarny die dalam family QC gak. Rizal ni kira otai lah, tapi hati baik =D. Thanks sebab ajar aku procedure untuk ambik sample raw material kat warehouse, guna sieving machine dan macam2 lagi. Tabah lah jalani hidup dan all the best for your Rozas business. =)

Zalina: Zalina baru je masuk QC department dan kerja kat QC lab. Sempat gak borak2 ngan die dalam mase yang singkat. I know doing something different from what u learnt in university can be a real challenge. Tapi tak pe, just do your best and survive in this life. Cume jangan cemas sangat k.. hehe.. Ohye, I just want to say that you have a pair of beautiful eyes. =)

Ayong: Hye small girl. How are you? =D I believe that Ayong is far younger that me. But the fact is, I came there as university student and found to be taught by you. It's great that I learnt something from you too in the lab =). Thanks sebab ajak g ke your family dusun kat Batang Benar, Mantin. I had a great time that evening. Rambutan dan durian tu semue sedap. =)



Eqin: Eqin pun sebaye ngan aku yang sebenarnye kite pernah berade kat UPM dulu pade mase yang same. Again thank for your time mase ajar Microb Lab Test (MLT). Baik2 drive kete baru tu.. =p

Pijan: Pijan2, I dont want to forget writing about you. Pijan is the chemist untuk RnD department. Kau ni aku slalu tengok sedih je, mungkin kerja stress ya? Jangan macam tu, senyum2 lah selalu k, you will feel better dan semangat skit. =D Papepun, kite same2 ore kelate. Peace! =)

Azhar: Ok untuk Azhar aku memang reserve kan yang terakhir. For me Azhar is the person yang paling rapat ngan aku mase kat QC department. Dari sebelum masuk QC department hingga ke akhirnya, you have been very kind to me. Thanks banyak ajar pasal HPLC dan lain2. Banyak kenangan ngan kau sebenarny, macam mase pergi buang waste HPLC, naik warehouse vehicle, solat jumaat sesame, dan macam2 lagi. 7 hari berlalu dengan penuh cerita. Tapi benarlah bagai dikata, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Apa yang ada pada hari yang berlalu, hanyalah kenangan dan penghargaan persabahatan. Thanks again Azhar, take care dan all the best for your career. The friendship will last forever, insyaAllah. Keep in touch! =) P/S: Jangan dok slalu buli Us k.. heheh..

With brother Azhar

Time solat jumaat kat Masjid Besar Nilai, with Rizal too

31 Julai 2010 akhirnya tiba jua. Sudah sampai waktunya aku pergi meninggalkan Royce Pharma. Banyak kenangan manis dan kawan baru yang aku dapat mase kat Royce Pharma. Sebulan mungkin amat singkat, tapi pastinya tidak sia2 dengan keindahan warna yang korang limpahkan terhadap aku.

From left: Azhar, Rizal, Nizam Malek, Pijan dan Khairi

From left: Azhar, Eqin glamour, Kak Siti, Laila, Zah gembira, Kak Aida, Kak Yan, Anis, Pijan tersesat, Dayah comel, Ayong, Nora dan Zalina

Royce Pharma hanyalah sebuah kilang ubat sederhana.. Tapi ia tetap akan menjadi satu kenangan bersame korang semue. Semoga berjumpa lagi dan thanks for the last time. =')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.