Tuesday, August 10, 2010

Sinar Ramadhan 2010. Yippi!


Assalamualaikum to all muslimin dan muslimat.

Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi).

Alhamdulilah, kita kini berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan ganjaran. Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada 5 Rukun Islam dan menjadi kewajipan setiap muslim untuk menunaikannya dengan penuh rasa keimanan dan ketaqwaan.

Marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan rahmatnya, kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat di bulan Ramadhan, mengejar sebanyak-banyaknya ganjaran pahala dan InsyaAllah mendapatkan keredhaan-Nya.

Bagiku, bulan Ramadhan kali ini adalah sangat istimewa dan ditunggu-tunggu. Inilah masanya untuk ku perbaiki semula kesilapan-kesilapan lalu. Semoga dengan keberkatan Ramadhan, daku akan dapat memiliki sinar petunjuk untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Ya, muslim yang lebih baik. Indahnya Islam. Islam adalah ad-deen yang tidak membeza-bezakan sifat antara manusia, atau dari mana pun asalnya kita. Semua manusia adalah sama, dan bezanya hanyalah darjah ketaqwaannya kepada Allah. InsyaAllah, aku bertekad untuk berusaha menjadi muslim yang lebih baik. Kita sentiasa boleh perbaiki diri kita untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Semoga Allah sentiasa meredhai perjalananku di atas muka bumi-Nya ini.

Berbalik kepada Ramadhan kali ini, daku dengan seikhlas hati ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa terutamanya kepada Mama dan Abah; seluruh ahli keluarga; saudara usrah, para sahabat, kawan-kawan yang jauh mahu pun dekat, my online business partners, customers dan seluruh umat muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda; marhumnya, Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu (Hadis Riwayat Imam Nasaie, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi)

Semoga kita semua beroleh keampunan bagi setiap dosa yang telah kita lakukan. (Seluruh umat Islam yang beriman kepada Allah adalah sentiasa bersama di dalam doaku, Amin).

Baiklah, untuk bulan Ramadhan kali ini, daku ingin kongsikan beberapa tips untuk kita berpuasa. Tips ni berdasarkan pengalaman dan pengamatan sendiri:

1. Bangun Sahur. Nabi Muhammad juga bersabda yang bermaksud, Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan Malaikat-Nya memberi selawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur (Hadis Riwayat Ahmad). Mungkin saat mulanya ramadhan, kita sangat bersemangat untuk bangun sahur, tapi lepas dah lebih kurang seminggu berpuasa, kita mula malas untuk bangun sahur. Jangan begitu, tanamkan semangat untuk terus bangun sahur setiap hari pada waktunya. Nak tahu cara mudah untuk bangun sahur? Mudah saja, tidur awal, dan bangun awal, ok? =) Ohya, minum banyak air kosong saatnya bersahur ya. Keep your self hydrated through out the day.

2. Jangan berlebih-lebihan ketika berbuka puasa. Makanlah dengan kadar yang mampu. Dengan menjaga had makan pada waktu berbuka, kita dapat meneruskan amal ibadah seperti solat fardhu pada malam hari dengan lebih mudah dan selesa. Juadah dibazar ramadhan selalu buat kita rambang mata? Ok, caranya, keluar ke bazar ramadhan dengan duit yang cukup-cukup sahaja. Tak perlu bawa duit lebih-lebih. Dengan cara ini, kita dapat mengawal aktiviti perbelanjaan di bazaar ramadhan. Jangan risau, apa yang anda beli tu memang sudah cukup. Berapa ringgit nak bawa? Ermm dalam RM7 sahaja seorang dah cukup, ok.

3. Jangan berkelahi. Manusia apabila bertengkar atau bergaduh sememangnya akan menggunakan banyak tenaga. Emosi negatif yang dihasilkan akan menarik keluar tenaga-tenaga daripada badan kita yang sepatutnya digunakan untuk mengharungi dugaan berpuasa. Jadi simpanlah tenaga yang ada, jangan sia-siakan tenaga itu dengan aktiviti-aktiviti perkelahian (bukan juga perkelahan ya =D). Ya, memang betul, kadang-kadang ada saja orang yang buat hal dengan kita. Macam-macam hal, buat kita marah bila kita sedang berpuasa. So macam mana? Ok Nabi Muhammad ada bagi jawapannya untuk persoalan sebegitu. Sekali lagi Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud, Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini sedang berpuasa (Sahih Bukhari).

4. Jauhilah perkara-perkara yang boleh membangkitkan nafsu syahwat. Walaupun seperti sabda Nabi di atas, syaitan akan terikat tatkala umat Islam sedang menikmati bulan Ramadhan, namun cabaran dan dugaan pastilah dalam diri kita sendiri. Justeru, kuatkanlah semangat, dan berusahalah untuk keluar dari kepompong nafsu yang menjerat diri kita sendiri. Moga kita mendapat petunjuk dan rahmat dari setiap usaha untuk keluar dari kemaksiatan.

5. Senyum. Kita tidak boleh makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadhan. Tapi menariknya, kita boleh senyum tau, tak batal puasa. Senyum merupakan motivasi terhebat untuk setiap manusia. Dengan senyuman manusia jadi ceria, gembira dan rasa sihat. Jadi amalkan lah senyuman tatkala kita sedang berpuasa. Cuba senyum pada sesiapa saja yang kita jumpa dan pasti kita akan rasa sangat bertenaga dan bersemangat ketika sampai waktunya untuk berbuka puasa. Tak percaya? Cubalah k! =)

Ok untuk post kali ni alhamdulillah 5 tips berpuasa berserta penjelasannya telah berjaya dikongsikan dengan anda semua, pembaca setia Nizam Malek Blog. Amalkanlah mana-mana tips yang anda rasa sesuai dengan diri anda, dan semoga bulan Ramadhan kita kali ini lebih positif, cemerlang dan ceria.

Akhir kata, Let us be a better Muslim starting with this Ramadhan almubarak. Barakallah! =)

3 comments:

auRoRa^boRealis on August 11, 2010 at 1:33 PM said...

selamat berpuasa! jgn sahur maggi jek ye

Nizam Malek on August 12, 2010 at 11:18 PM said...

Selamat berpuasa gak Safni! Thanks for your comment. =)

Eyda on July 7, 2011 at 1:57 PM said...

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamua'laikum,

Maaf ,
walaupun agak lambat melewati sini, namun terpanggil nak komen ^___^

CAHAYA RAMADHAN 2011 semakin berSINAR ...YIPPI.",)

Rasa cepat benar masa beredar.
Semuga sempat meraikan dan merasakan nikmat dan keindahan Ramadhan Al Mubarak tahun ini.

Antara wasiat Rasulullah ketika menjelang Ramadhan, Sabda Baginda

"Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya."
(Ibnu Khuzaimah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.