Sunday, August 8, 2010

New Semester is coming!!


Industrial training dah selesai, cuti seminggu pun dah tamat, so kini tiba lah mase nye untuk aku focus semula ke sesi akademik semester baru 2010/2011. Pagi tadi dah settlekan semue urusan registration kat new main campus. Berbeza kali ni, proses registration nampak lebih tersusun dan kemas.

Dan buat tambah rencah lagi, registration kali ni dapat transcript result untuk semester lepas sekali. Cemas plak bile nak bukak sampul result tu. Hmm, aku rase mesti result aku jatuh lagi.

Almaklum mase year 3 aku rase study amat2 la susa. Tak macam mase 1st year or 2nd year. Ditambah plak masalah2 dan dugaan semasa. Dah agak mesti kacau study aku. Tapi okla, lepas buka sampul dan tengok result, alhamdulillah, tak seburuk yang aku sangke. CGPA masih maintain la kire. For me not bad, still can smile lah, hehe.


Sekarang cume tinggal 2 semester lagi untuk ditamatkan, so aku kene usaha lebih keras so that pointer tak terus jatuh. Cume buat tambah gerun, mostly subject untuk 7th sem ni adalah berjam kredit 3. Ade satu subject je yang 2 jam kredit.

Nampaknya mimpi ngeri sudah bermula. Selain tu, subject yang berkaitan chemistry macam Pharmaceutical Analysis dah tak de dah. 2 sem akhir ni mostly focus on clinical pharmacy dan juga pharmacy management (retail kot?). Ada baik dan buruk juga, so tak boleh main2 lagi. Kene rajin ya.

Walaupun registration session dah selesai tengah hari tadi, tapi students masih diberi pilihan untuk daftar subject yang nak diambil sepanjang semester. Tetibe aku rase macam nak try re-seat paper la. Dengan harapan boleh increase pointer. Mungkin kena bayar few puluh/ratus ringgit. Esok nak kena submit form registration paper tu.

Harap2 dapat buat keputusan bijak malam ni. Bukan ape, just nak make sure boleh cope ngan semue paper semester ke tujuh ni. Jangan jadi yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran tergolek2 pulak kan. Naya je nanti. =P

Ok, cukup2 dulu cakap pasal academic. I know it will be the hardest and realest (ade ke word ni?) challenge for me as the final year student. Tak tahu nak kate macam mane. Tapi memang tak sangke, dah tiba ke tahun akhir rupanye. Hmm, aku dah makin tua? hehe..

As final year students jugak kitorg akan jadi abang dan kakak tertinggi (bukan tertua?) untuk student farmasi CUCMS sekalian. Kalau sebelum ni kite selalu gelar final year students Grand Seniors, tapi dengar2, diorg nak tukar jadi Super Seniors. Haha, pengaruh TV betul. Just macam kate Iman, jangan jadi Super Saiya sudah.. heheh..

Saje je letak pic ni. Kasi glamor sikit my blog. Haha!

Tak kesah la nak panggil ape, yang pasti ini lah saatnya, esok pemula hari sebagai pelajar farmasi tahun akhir.

Erh, cakap pasal seniors je ke? Junior ap cer? Yup, dengar2 dari committee members dan facilitators untuk orientation, new intake kali ni catat record kemasukan terbanyak bagi student medic dan pharmacy CUCMS iaitu lebih kurang 300 orang pelajar.

Memang banyak, sebab selalunya 100 orang je setiap intake. Dan dari 300 students tu, ade 82 pharmacy students. Wow, lebih kurang 3 kali ganda my batch numbers. Bagus la macam tu, makin besar family Faculty of Pharmacy CUCMS.

Esok kita akan ade sesi Heart to Heart with faculty dan lusa pula Interaction Day for Pharmacy Students, so insyaAllah dapat jumpe kamu semue. =)


Ok sampai sini dulu untuk post kali ni. Alhamdulillah, I feel so great that I chose and was given this course (bukan curse ya =p).

Semoga semuanya selamat sepanjang 2 semester terakhir ni dan aku dapat menggengam segulung ijazah sebagai passport untuk ke alam seterusnya iaitu alam pekerjaan yang sebenar.
It's the final countdown, tu du duu duu~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.