Thursday, March 31, 2011

The March 2011 Madness!

4 comments


Today is 31 March 2011, the last day in the month that is full of madness for me.

Hari ini adalah hari terakhir dalam bulan Mac 2011, bulan yang penuh dengan pelbagai cerita 'kegilaan' bagi saya. Bulan Mac yang berlalu ini telah menjadi sangat mencabar dan berat. Banyak perkara yang berlaku dalam bulan ini membuatkan saya rasa 31 hari yang berlalu terlalu lama.

Baiklah, seperti biasa yang dijanjikan, saya akan menulis satu blog post khas untuk merangkumkan segala peristiwa yang telah berlaku dalam bulan 3 ni. Orang putih kata highlight of the month lah kan.. =p

Ok, let's see what have been gone through..

Minggu pertama dalam bulan ni saya berada di Johor Bahru sempena cuti mid semester. Sepanjang seminggu di rumah tu, saya rasa amat tenang. Semua masalah ditolak ke tepi dan saya hanya merehatkan minda yang telah 'penat'.

Minggu ke 2 bermula 7 Mac 2011, hidup saya mula bercelaru. Ada sesuatu perkara yang telah berlaku yang telah mengubah cerita sejarah hidup saya di CUCMS. Sejak tarikh tersebut, semua perkara menjadi sangat distorted dan menyakitkan.

Seminggu tersebut dirasakan sangat berat untuk ditanggung dan I was really out of myself. I lost my confidence, my strength and my pace. There was a certain time that I was thinking of giving up from studying. I was so depressed and just can't focus on my studying.. I felt like my brain really couldn't absorb anything more.. It was really bad.. bad.. and bad.. and I hate.. hate.. and really hate..

Since that, going to class was no more exciting like before, feeling like going to hell when I have to struggle to at least find my true self.

But I knew I can't give up my future.. I have to carry on.. Even though I took a bit longer time to recover, but at least I did not do stupid thing and withdrew just like that.. I will survive, Nizam Malek will survive!

Seminggu seterusnya, (while I was not that really ok yet), my academic schedule started to be quite busy with several series of attachments.

Tapi sebelum start attachment, saya berkesempatan untuk menyertai satu event menarik di kampus foundation CUCMS iaitu Night of Gratitute (NoG). Malam tersebut memang satu kenangan for me sebab dapat peluang untuk persembahan pentas. Kalau ikutkan, itulah pertama kali saya buat persembahan bermain gitar di atas pentas dan I was really excited. =)) Lepas dah grad nanti, ada cuti beberapa bulan, I plan nak sambung belajar gitar kat Yamaha Music School, dan kalau boleh nak beli satu gitar letrik yang best, target brand Fender or Ibanez.. Kene tengok tabung dulu, cukup duit ke tak.. =p
Ok esoknya start attachment. Starting with Primary Care Attachment at Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9 with 3rd year juniors, although it was only for a day, I enjoyed the time we had spent together.

I had a great chance to guide my junior to do prescription screening, drugs filling and patient interview. I like the moment when I brought my junior to find few patients to be interviewed. It's somehow different when I was first time did the patient interview at Klinik Kesihatan Bukit Changgang, Banting way back a year a go with my senior. The learning process was interesting. =)

Kemudian, 16-18 Mac, seperti yang diberitahu dalam post yang sebelum ni, saya ada jalani clinical attachment di Hospital Angkatan Tentera Tuaku Mizan (HATTM), Wangsa Maju bersama dengan coursemates yang lain. Pengalaman di HATTM pun menarik juga sebenarnya. Antara perkara yang akan diingat ialah semasa belajar berkaitan satu jenis terapi alternatif berteknologi tinggi iaitu Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT).


Walaupun sebelum ni pernah buat visit for alternative therapy using hyperbaric chamber kat Klinik Dr Ebrahim kat Ampang Point (time 2nd year kot?), tapi untuk attachment kali ni, saya dapat view yang lebih jelas tentang segala proses untuk menjalankan HBOT ni. Terima kasih kepada semua doktor, ahli farmasi dan petugas di HATTM yang telah melayan/mengajar kami dengan amat baik sekali. =)

Panjang rasanya, tapi baru minggu ke 2 Mac 2011. =p

Ok then next weeknya, minggu ke 3 start clinical attachment. Bermula minggu ni sampai ke minggu study leave, schedule menjadi pack sikit dengan clinical attachment sahaja (sepanjang 5 minggu semuanya). Biasanya hari isnin ada kelas di main campus, manakala selasa hingga jumaat dikhaskan untuk aktiviti clinical attachment sama ada clerk case di hospital, atau discussion dan presentation di main campus.

Minggu pertama clinical attachment saya adalah psychiatric attachment di HKL. Seperti yang saya dah tulis di post sebelum ni, pengalaman di psychiatric ward memang sangat unik dan lain daripada yang lain. Psychiatric attachment cuma satu hari je kat HKL. Boleh dikatakan attachment psychiatric ni agak rileks. Cuma kena prepare betul-betul time discussion, presentation dan viva. Time psychiatric attachment tu, I was not really ready sebenarnya. Macam-macam benda berlegar dalam fikiran dan tak boleh focus sangat.. Rasa rugi sebenarnya, tapi tak pelah, dah lepas. Boleh work harder for the next attachments.

Lepas psychiatric attachment kat HKL, minggu terakhir Mac ni pula clinical attachment untuk paediatric di Hospital Serdang. Untuk paediatric attachment ni, kami perlu clerk 3 case dan follow grand ward round bersama dengan medical doctors dan pharmacist. Masa follow grand ward round tu dapat lah tengok macam mana Housemen (HO) doctors kena present setiap case yang ada. Kena marah kalau silap, biasa lah tu kan.

Then dapat observe juga peranan ahli farmasi berkaitan dose dan pilihan ubat untuk pesakit. Time tu lah saya rasa seronok pulak jadi clinical pharmacist kat hospital. Tak la susah sangat kerja macam doktor, just perlu bagi recommendation dan intervene mana-mana yang patut. Kalau buat preparation betul-betul before grand ward round, mesti ok.

Kalau masa psychiatric attachment, saya observe dan belajar berkaitan penyakit mental, untuk paediatric attachment ni, saya belajar penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak. Kesian tengok bayi dan kanak-kanak yang terlantar sakit. Ada yang sakit asthma, pneumonia, sakit jantung dan sebagainya. Kalau jadi ibu bapa nanti, kena banyak bersabar lah, sebab bayi dan kanak-kanak memang prone kepada penyakit seperti jangkitan kuman, batuk dan demam panas.

Hospital Serdang sangat best. Makanan kat cafe banyak pilihan dan sedap, environment conducive dan selesa, dan yang menariknya, hospital ni menggunakan sistem berkomputer di mana semua information berkaitan dengan pesakit diupdate terus secara online dan dapat diaccess oleh ahli farmasi dengan mudah. Tiada lagi masalah tak faham tulisan doktor yang ber'seni' atau pun kesilapan ejaan ubat yang boleh membahayakan keselamatan pesakit yang menerimanya.

Haa, lepas ni saya akan hadapi interview SPA pada bulan April nanti. Mungkin Hospital Serdang akan menjadi antara pilihan hospital untuk saya jalani tempoh setahun sebagai Provisional Registered Pharmacist(PRP), InsyaAllah. ^ ^

Ok macam tu lah dia chronology cerita attachment setakat ini. masih ada 3 lagi attachment menanti, seterusnya di Hospital Kajang. Life will be more busy next next weeks. Ini lah pengorbanan 'terbaik' sebelum tamat pembelajaran di CUCMS.

Papepun, saya sekarang makin timbul rasa suka pada clinical pharmacy. Mungkin sekarang dah lebih faham apa yang diperlukan untuk buat clinical pharmacy. Rasanya clinical pharmacy tak lah susah sangat, cuma kita perlu tahu caranya. Bila da tahu, semua jadi senang, sesenang rutin. Konon~ hehe.. =p

Ok, tu cerita clinical attachment lah kan.. Selain tu, adakah isu lain sepanjang bulan 3 ni? Orite, tajuk post pun March Madness! Mestilah banyak sebenarnya peristiwa-peristiwa 'gila' dan panas yang berlaku sepanjang bulan ni.

Masalah berkaitan isu persatuan yang telah dibangkitkan oleh junior di facebook sebenarnya telah menarik perhatian saya. Bukan nak cakap benda yang dah lepas lah, tapi kalau boleh, I would like to take this opportunity to comment about apa yang dah terjadi sebagai pengajaran untuk pihak yang terlibat dan juga pemerhati yang lain.

Ok, isu ketidakpuasan hati berkenaan jumlah bayaran fees untuk aktiviti persatuan yang 'dianggap' mahal sebenarnya bukan isu baru. Sejak senior batch pertama lagi isu ni pernah dibangkitkan. Biasalah, bukan semua yang willing nak bayar.. Tapi, sebelum ni, masalah macam ni tak de lah diperbesar-besarkan pada umum. Tak pernah la pula nama persatuan secara terang-terangan diletak di facebook dengan statement yang boleh lah disifatkan sebagai terlalu emosional. Cuma kalau Nizam Malek cakap, dia akan tambah, emosional tidak bertempat.

Kenapa tidak bertempat pula? Tak boleh buat poll kat facebook pasal masalah ni? Begini, kalau kita ada apa-apa masalah berkaitan dengan aktiviti persatuan, kita perlu address pada orang yang bertanggungjawab mengendalikan aktiviti tersebut. Boleh jumpa dan minta penjelasan dengan cara yang baik pada orang yang sepatutnya.

Kalau nak suarakan ketidakpuasan hati pun boleh, tapi perlulah disertakan dengan cadangan yang bernas dan tidak berat sebelah. Kemudian, bolehlah orang yang bertanggungjawab tu consider masalah anda dan cuba sort out cara yang paling sesuai untuk selesaikan masalah tersebut.

Tak perlulah nak letak kat facebook, kononnya nak minta attention yang lebih tinggi. Come on, for this kind of issue, you dont need to get big attention, you just need to find the right person and talk/discuss.

If you think you have the right to know where your money goes, yes, really you have the right, for sure. Just make it clear by asking the person in charge. Making a questionnaire in facebook does not help at all.. Just worsening the problems..

Actually, saya personally malas nak masuk campur hal ni dan ingat nak jadi observer je sebab sekarang dah tak terlibat secara aktif dalam persatuan. Cumanya, bila jadi isu macam ni (negative statements and comments by juniors in facebook regarding society), rasa kesian sangat lah for our next generation. Hampir tiada rasa hormat dan cara professional bila berdepan dengan masalah, cuba memilih jalan yang ackward daripada cara yang baik. Akibatnya, diri sendiri yang rugi, sebab perlu berdepan dengan 'teguran' daripada senior atau lebih teruk lagi kalau lecturers juga dah mula bising dengan attitude sebegini. Adakah ini nilai affective domain yang diterapkan dalam diri juniors? Jawab lah sendiri..

Ulasan yang panjang lebar ni bukan lah untuk menghentam sesiapa. Kalau diperhatikan semula teks di atas ni, tak mention nama sesiapa atau nama persatuan yang terlibat pun. This is a general reminder to all, but again, siapa yang makan cili, terasalah pedasnya.

Sebagai nasihat tambahan, kepada juniors dan sesiapa sahaja, janganlah guna cara yang salah untuk menyatakan ketidakpuasan hati.. Kalau ikutkan, tiada manusia yang pernah puas.. Mesti ada ja yang tak puas hati sana sini.. Tapi, kalau tak puas hati pun, jangan la lebih2 kan.. Nyatakan dengan cara yang betul, pada orang yang betul.. Kalau tak dapat selesaikan juga, bawakkan kepada orang yang lebih berwibawa (orang ke tiga) untuk membantu..

And definitely not facebook. Im a heavy facebooker, tapi saya rasa, tak perlulah salah gunakan facebook untuk tujuan-tujuan sebegini. Kesannya pasti amat buruk untuk semua. So, beringat-ingatlah k.

Jadi nak buat apa sekarang? Seeloknya, deletelah posts/questionnaires yang ada tu, tak perlulah buat lagi. Kalau boleh pergi minta maaf pada orang yang handle the things dan discuss nicely. Actually, second questionnaire tu ibarat cam orang yang tak nak kalah je.. So better stop it lah.. Do other things yang lebih positive dan productive.. ok?

Oklah, cukup-cukuplah tu Nizam Malek oi.. Panjang sangat dah.. Penat orang nak baca.. hehe..

Baik2, tapi sebelum tu, ada another one yang saya nak kongsikan pasal bulan Mac ni. Untuk Nizam Malek Blog, jumlah visitor dah pecah rekod sehingga lebih 780 orang sebulan. Untuk page views pula, rekodnya adalah lebih 1412 sebulan. Kalau ikutkan, rekod ni adalah yang tertinggi sepanjang setahun yang lepas. Terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat Nizam Malek Blog dan bagi yang meninggalkan komen, shout di chat box, tinggalkan respond di Kissinsights, share di facebook dan klik like, saya amat menghargai sokongan anda semua. Terima kasih tak terhinggakan. Kalau ada masa, datang dan view la lagi dalam bulan April nanti k, saya cuba update dengan cerita-cerita yang lebih menarik.



Ohya, sebelum tu, dalam bulan Mac ni juga saya ada buat video-video saya bermain gitar, contohnya untuk lagu Standing in the eyes of the world dan Hold my hand. Banyak respond yang saya dapat berkaitan video tersebut. InsyaAllah saya akan buat lebih banyak video selepas ini. Kalau ada komen berkaitan video saya, jangan segan2 k, saya sangat menghargai komen untuk penambahbaikan. =p

Learning lessons from Mac 2011

Boleh dikatakan, learning lesson yang terpenting dalam bulan Mac 2011 ni adalah berkaitan persahabatan. Betapa pentingnya kesan persahabatan dalam diri kita. Kita boleh jadi baik jika kita berkawan dengan orang yang baik dan kita boleh jadi jahat bila kita tersilap langkah memilih kawan yang jahat. Kerana kawan kita boleh bangkit, dan kerana kawan juga kita boleh jatuh tersungkur sehingga amat sukar untuk bangun kembali.

Selain itu, apa yang saya belajar dalam bulan Mac 2011 ni juga adalah, kita perlu menjadi diri sendiri. Walaupun kita tidak perfect, tapi tak perlulah kita sampai menjadi palsu pada diri kita sendiri. Kelemahan dan kekurangan ada pada setiap individu, jadi, ia adalah satu cabaran untuk kita memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kita dan sentiasa berjuang untuk menjadi diri sendiri yang lebih baik.

Bulan Mac 2011 adalah bulan yang amat menyakitkan bagi saya. Memang bukan semuanya perkara yang berlaku menyakitkan, tapi kesan yang terjadi amat mendalam buat saya. Inilah yang dikatakan pengalaman no pain no gain.

Dengan kesakitan itu lah saya belajar banyak perkara berkaitan hidup yang penuh dengan cabaran dan tipu helah ini. Tapi alhamdulillah, pada akhir bulan Mac ini, saya sudah kembali ke prestasi sebenar. Bermula semula dengan bulan baru, saya sentiasa mendoakan agar bulan april ini menjadi lebih menggembirakan, dan positive.

Akhir kata, terima kasih Mac 2011, selamat tinggal dan I'm looking forward my April! =)

Monday, March 28, 2011

Mars Needs Moms

0 comments

Mars Needs Moms adalah satu movie animasi yang menceritakan berkaitan ...

Umm.. terasa macam karangan kanak-kanak plak.. huhu..

Inilah jadinya bila baru je lepas tengok cerita Mars Needs Moms.

Dah lame sebenarnya tak pergi tengok wayang dan I just got a special chance to watch this movie.

For me, cerita ni sangat menarik!

Dari segi jalan cerita ke grafik, semuanya hampir perfect, penuh suspens dan humor yang segar.

Dan yang paling penting, cerita ni membawa mesej yang amat kuat berkaitan kasih sayang antara mak dan anak serta isu hubungan kekeluargaan.


I might not have much time, but I just wanna say to my mum, I love you so much.

Saturday, March 26, 2011

Past 2 weeks updates, the attachments..

0 comments

Salam, hello everyone~ apa khabar? dah lame tak jumpe kan..?

Lebih kurang seminggu juga Nizam Malek Blog tak diupdate dengan post terbaru. Macam ni la jadinya bila dah start clinical pharmacy attachment. Memang terlalu sibuk. Kalau tak sibuk secara fizikal pun, sibuk secara mental sebab perlu banyak berfikir untuk selesaikan case yang ada.

Tapi tak pe, hari ni hari sabtu, dan saya cuba luangkan sedikit masa untuk berkongsi cerite sedikit dengan anda semua berkaitan aktiviti saya sepanjang 2 minggu lepas.

Pada 15 Mac 2011, keesokan harinya selepas malam Night of Gratitute (NoG), saya menjalani Primary Care Attachment di Klinik Kesihatan, Putrajaya di Presint 9. Apa yang menarik berkaitan sistem Primary Care Attachment kali ini adalah, saya sebagai senior tahun akhir farmasi akan menjadi fasilitator/preceptor/evaluator untuk junior tahun 3 saya.

Dari situ, saya berpeluang untuk belajar dan membantu junior berkaitan tugas ahli farmasi di klinik kesihatan terutamanya berkaitan teknik penyaringan preskripsi, pengisian ubat-ubatan dan menemu-ramah pesakit untuk mendapatkan informasi berkaitan rawatan yang diterima.

Walaupun Primary Care Attachment bersama junior kali ini adalah sekadar sehari, tetapi banyak perkara yang dapat dipelajari dan ini adalah salah satu cara yang baik untuk merapatkan hubungan senior-junior. Junior yang saya dapat adalah Ah Low. Walaupun kurang biasa dengan Primary Care Attachment, saya amat kagum dengan komitmen juniors sepanjang sesi bersama mereka. =) Seharian yang menyeronokkan.. =p

Seterusnya, pada 16, 17 dan 18 Mac 2011, bermulalah minggu Clinical Attachment dan kali ini, kami amat bertuah kerana dapat berkunjung ke sebuah hospital baru yang serba mewah di Wangsa Maju iaitu, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM). Sebagai pelajar Sarjana Muda jurusan farmasi, kami telah disambut dengan amat meriah sekali oleh pegawai farmasi dan sister (nurse) HATTM pada hari pertama kami.

Di HATTM, kami diberi bimbingan dan tunjuk ajar berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan di HATTM, jenis ubat-ubatan yang terdapat di HATTM, serta 2 jenis rawatan unik di HATTM iaitu hemodialisis dan Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT).

Selepas 2 hari attachment di HATTM, kami perlu membuat report dan pembentangan berkaitan clinical case yang terdapat di HATTM. Selain itu juga, kami perlu menjalani satu kuiz berkaitan ubat-ubatan termasuklah ubat untuk hypertension, diabetes type 1 type 2, common illness dan lain-lain dalam satu set soalan 4 muka surat. Kuiz tu gila susa ok? =p Bukan susa lah, just banyak sangat nak kena tahu, so lunyai~ huhu..
Pengalaman di HATTM memang unik dan menarik. Kami amat bertuah kerana mendapat peluang untuk masuk ke kawasan rawatan HATTM dan belajar secara langsung dari doktor, staff dan petugas yang ada.

Minggu seterusnya (minggu ni), clinical attachment 'sebenar' bermula. Sepanjang 5 minggu sehingga ke study week, kami akan lebih banyak berada di hospital untuk clinical attachment ni. Hospital yang terpilih adalah Hospital Kajang, Hospital Serdang, dan Hospital Kuala Lumpur, (HKL).

Alhamdulillah, groupmates yang saya dapat untuk clinical attachment kali ni sangat best dan menyeronokkan; dan saya pasti kami dapat bekerja bersama dengan baik. =)

Untuk minggu pertama clinical attachment ni, group saya telah di'attached' ke ward psychiatric di HKL. Ini lah pertama kali bagi kami ke HKL dan ke psychiatric ward. Banyak pengalaman menarik yang saya lalui sepanjang psychiatric attachment di HKL.

Mula-mula sekali saya masuk ke ward psychiatric lelaki. Ward psychiatric amat berbeza dengan ward biasa sebab pesakit dalam ward tu ada yang tido, dan ada banyak yang berjala sana sini dengan berbagai-bagai ragam. Masa tu dalam hati saya memang cuak lah, muka pucat semacam.. Sampai nak tengok Bed Head Ticket (BHT) pun tak le focus.. hehe.. First time lah kan.. memang la cuak kot.. haa..

Di ward psychiatric lelaki saya mendapat peluang untuk menemu-ramah beberapa pesakit dan memerhatikan beberapa simptom yang ada pada pesakit psychiatric. Kalau sebelum ni, hanya belajar secara teori di kelas, pada masa itu saya mendapat pengalaman secara langsung berkaitan masalah pesakit psychiatric. Di ward psychiatric lelaki, antara case yang ada adalah schizophrenia dan polysubstance induce psychosis.

Selepas selesai clerk case di ward psychiatric lelaki, saya bergerak ke ward psychiatric perempuan. Ward psychiatric perempuan dijaga dengan lebih rapi, ada pintu berpassword lagi, ward psychiatric lelaki cuma pakai pintu kayu je.. =p

Di ward pscyhiatric perempuan, terdapat banyak case berkaitan Bipolar Mood Disorder sama ada manic phase ataupun depression phase. Banyak juga yang kami belajar masa temu-ramah patient. Antaranya jenis-jenis terapi yang mereka terima untuk mengatasi masalah mereka. Antaranya adalah supportive therapy dan Cognitive Behavioral Therapy.

Di ward psychiatric ward perempuan, pesakitnya lebih interaktif dan suka menyapa kami yang sedang clerk case. Mula-mula cuak la jugak, dalam hati cakap, diorg ni ok ke tak, sekali diorg smash ak kang.. Tapi sepanjang masa tu tiada la kene smash.. kena massage, kena tarik, kena tanya macam-macam adalah.. Tanya apa? huhu, diorg tanya/minta facebook account, no telefon dan macam-macam lagi lah.. huhu..

Ohya, antara kenangan di ward psychiatric perempuan adalah, saya dapat satu gift iaitu origami love yang tertulis mesej 'cinta'.
Haa, ade plak khabar angin berterbangan kononnya kata Nizam Malek kena kiss ngan psychiatric patient.. Eh, tak betul tu.. Bukan saya la kena kiss, orang lain ok.. huhu.. Saya masih selamat.. hehe..

Pengalaman di ward pscyhiatric HKL sememangnya satu pengalaman unik yang menarik dan berharga bagi saya sendiri. Mungkin salah satunya masalah yang gagal diatasi oleh pesakit psychiatric adalah masalah stress yang tidak terkawal dan pilihan jalan yang salah untuk melepaskan tekanan yang ada.

Rasa simpati dan hiba melihat ragam manusia yang 'dipilih' oleh Allah untuk berada di situ membuatkan saya sentiasa merenung kelemahan diri ini dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada diri sendiri yang serba kekurangan ini.

Semoga kita semua dijauhkan daripada sebarang penyakit sama ada penyakit fizikal mahupun mental. Hanya pada Allah kita kembali.

Baiklah, sampai sini dulu perkongsian pengalaman saya untuk post kali ini. Jumpa lagi di post seterusnya! Terima kasih. =)

P/S: Rajin pula update blog. PWDT tak siap lagi ni.. heheh.. =p

Saturday, March 19, 2011

Maher Zain -Hold My Hand- cover by Nizam Malek

0 comments

Hye guys,

I have just made my new video.

It's a short version of a Maher Zain's song entitled Hold My Hand.

It's a really nice song and I'm so pleased to sing it to all of you.

The lyric of this song has a very deep meaning for all human being.

Let's be together to make the dream of peace world come true.

I hope you enjoy this video. =)


Sincere from me, Nizam Malek.

P/S: Yes, the tempo is 'slowered' than the Maher Zain original version. But, yes, this is typical Nizam Malek.. =p

Sunday, March 13, 2011

Night of Gratitute 2011

0 comments


Ok seperti yang anda dapat lihat pada banner di atas, Persatuan Perubatan Islam Malaysia Student Chapter (PPIM-SC) akan menganjurkan satu program yang dinamakan 'Night of Gratitute 2011' pada hari esok, 14 Mac 2011 bertempat di auditorium Kampus CUCMS Street Mall (foundation building).


Program 'Night of Gratitute 2011' ini merupakan salah satu program kebajikan yang akan diwarnai dengan persembahan-persembahan kesenian yang menarik seperti deklasmasi puisi dan sajak oleh beberapa pensyarah daripada fakulti perubatan, persembahan nyanyian dan gitar daripada pelajar-pelajar CUCMS serta persembahan istimewa daripada kanak-kanak Somalia Restore Hope School.

Program ini juga merupakan salah satu usaha untuk mempamerkan rasa kesyukuran dan berterima kasih atas segala nikmat yang kita rasai di bumi Malaysia yang bertuah ini. 'Night of Gratitute 2011' adalah terbuka untuk seluruh warga CUCMS tanpa mengira kepercayaan, agama dan bangsa.

Kalau anda ada kelapangan, apa kata anda luangkan masa pada malam tersebut untuk turut serta bersama warga CUCMS yang lain dalam program 'Night of Gratitute 2011'. Tiket masuk hanya berharga RM5 dan pastinya nilai yang anda bayar tersebut akan digunakan untuk tujuan kebajikan yang baik dan berfaedah.

Program tersebut akan bermula dengan majlis iftar pada pukul 7 petang dan akan berlangsung sehingga pukul 11 malam.

Untuk 'Night of Gratitute 2011' ini, InsyaAllah saya akan terlibat dengan persembahan nyanyian dan gitar. Persembahan ini akan diketuai oleh Prof Dr Abdul Latiff dari Fakulti Perubatan CUCMS dan kami akan mempersembah 3 buah lagu best iaitu lagu 'Hold my hand by Maher Zain', 'Standing in the Eyes of the World by Ella' dan satu lagu bonus khas yang tak mahu saya umumkan di sini (konon nak surprise lah kan.. =p).

Bagi saya sendiri, mungkin ini adalah peluang terakhir untuk saya 'on stage for performance' bersama-sama dengan kawan-kawan CUCMS yang lain sebelum saya tamat belajar dan meninggalkan CUCMS pada bulan 5 nanti. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk melihat kami bermain gitar dan menyanyi bersama secara live. Dijamin sangat best! =)

Jadi buat keputusan untuk hadir sekarang dan jangan lupa untuk ajak kawan-kawan yang lain sekali. Lebih ramai lebih meriah dan lebih bermakna lagi kenangan yang akan tercipta di 'Night of Gratitute 2011'. Kita jumpa di sana!

Saturday, March 12, 2011

Standing in the Eyes of the World

0 comments

Hye, hye hye.. =)

Dah lama saya tak buat video kan?

Ok untuk blog post kali ini, saya dah siapkan satu video music lagu Standing in the Eyes of the World yang pernah dipopularkan oleh Ella.

Video ni saya buat time tengah praktis untuk performance Night of Gratitute isnin ni, 14 Mac 2011 di Street Mall Campus, CUCMS.

Lagu ni sangat best dan boleh jadi pemangkin semangat untuk kita semua.

Ohya, video ni terpaksa digelapkan sebab scene dia tak brape cam best.

So just tengoklah caption yang ada dari mula sampai akhir dan enjoy the song! =)


Kalau bosan-bosan tu boleh lah nyanyi sama2 ngan saya k.. =p

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Friday, March 11, 2011

I have come back!

2 comments

Hye, bersua kembali! Apa khabar semua? Hope semua dalam keadaan baik dan sihat.


Baiklah, sudah beberapa hari tak update blog. Mesti ramai yang dah tertunggu my blog post yang baru kan? =p

Hmm, minggu ni sebenarnya berlalu dengan amat panjang dan banyak cerita yang telah berlaku dalam diri saya.

Masalah yang melanda sangat menggugat kekuatan diri ini. Sampai tercabut terus rasa keyakinan dengan diri sendiri.

Ramai yang tanya, apa yang da jadi, kenapa jadi macam tu dan minta share the problem. Thanks for the concern and care. Tapi memang tak dapat lah nak cerita pape, sebab masalah ni agak complex dan melibatkan orang lain juga.

Sepanjang masalah ni timbul, macam-macam isu yang bermain di fikiran ni. It's true, memang I was really depressed and feeling like everything is not worth it anymore.

Post kali ni bukan la nak berkongsikan masalah yang sebenar, but I think I should write this as a part of my memories.

As in the last post I shared that I felt so many kind of feelings, then all the feelings turned me into sadness and severe depression. 8 and 9 March were really challenging for me. It's not that I felt scared or wrong. But the thing is, there were so many issues within that drag into negative space and emotion.

I felt so sick ( I should not state the reasons here), but I was really hurt.

But I was so lucky that I was not alone along the difficult time. Time I was really down, there were many people kept motivating and encouraging me. When I was about to give up and quit, there were people kept advising me. When I was going to make a wrong move, there were people kept preventing me to do so. I feel so blessed that I was not left alone.

I understand, mesti ramai yang tak faham apa yang dah terjadi dan ingin tahu. Bukan tak mahu share, just keadaan tidak mengizinkan. Orang puteh kata silence is golden. Sekurang-kurangnya I wrote this post and allow all of you to know a bit what has happened to me than nothing.

With all the support and motivation, now I have come back. I have found the underlying cause that broke me into pieces and I will never allow sadness, depression and negative feelings influence me to do stupid decision which at last I'm the one whom loss many good things in me. I will never turn down all the support from people that believe and expect me.

For the time being, I would say the problem is almost settled and everything is getting better. I have learnt a lot from the things that happened. I learnt more about myself and I know better my real personality and characteristics. Then I learnt the actual weakness in me. The opportunities that I have and also the threat that I need to face. It's kind of the real SWOT analysis for me.

Now I want to be happy and enjoy my remaining 2 months plus studying time at faculty of pharmacy CUCMS. I will make my days even more meaningful with joys and excitement. Orang lain nak bersikap negatif, itu mereka punya pasal. Yang penting saya perlu teruskan dengan sikap yang tepat dan jadi diri sendiri. It's great to gain back my confidence. That's my actual strength, it's the confidence within me that's the most important for me.

I was impressed with the slides presentation yang En Rashidi tunjuk time kat kelas petang td. Cerita berkaitan karot, telor dan serbuk kopi. I could see that previously I was like the carrot. Now after getting through this big problem, I wish to turn like the serbuk kopi, to be better and able to handle stress and problem in life effectively. Betullah orang kata setiap perkara buruk yang berlaku pada kita sama ada ia adalah ujian ataupun ada terkandung hikmah buat kita yang kita tidak tahu.

For readers, kalau tak faham, tak pe. Memang post kali ni agak tunggang terbalik sikit. I just write what in my mind. Tapi ada maksud yang mendalam bagi diri saya.

Baiklah, lupakan semua kesedihan, mari kuatkan semangat semula, jadi diri sendiri dan I just want to tell the world that, NIZAM MALEK HAS COME BACK!! =)

Monday, March 7, 2011

Today I feel..

3 comments

Today is 7 March 2011.


Today I feel a lot of things.

Today I feel the chest tightness.

Today I feel monday blues.

Today I feel surprised.

Today I feel shocked.

Today I feel super stressed up.

Today I feel super confused.

Today I feel deep nervous.

Today I feel worried.

Today I feel a bit scared.

Today I feel sick.

Today I feel pain.

Today I feel crazy cold.

Today I feel speechless.

Today I feel a bit relief.

Today I feel ok.

Today I feel secured.

Today I feel warm.

Today I feel burdening.

Today I feel grateful.

Today I feel affected.

Today I feel awry.

Today I feel appreciated.

Today I feel loved.

Today I feel sad.

Today I feel supported.

Today I feel cared.

Today I feel really tired.

Today I feel sleepy.

Today I feel I could not sleep.

Today I feel I should not give up.

Today I don't know what should I feel.

Today I feel a lot of things.

They're all jumbled up in seconds in my mind and heart.

It's 7 March 2011... Oh Allah, I pray to You for the most pure serenity and guidance.. Amin..

P/S: It's hard to be Nizam Malek...

Sunday, March 6, 2011

Liverpool vs Manchester United -6 Mac 2011- goals (videos)

0 comments

Ok, ni saya kumpulkan video-video gol sepanjang perlawanan Liverpool melawan Manchester United. Keputusan Liverpool 3, Manchester United 1.

Gol pertama Liverpool dijaringkan Dirk Kuyt hasil umpanan Luiz Suarez


Gol kedua Liverpool, sekali lagi jaringan daripada Dirk Kuyt

Dirk Kuyt menjaringkan hat trik!


Gol tunggal untuk Manchester United hasil jaringan Chicarito


Tak kesah, kalah menang adat bertanding, tahniah Liverpool, tapi jangan suka sangat.. =p

Saturday, March 5, 2011

Coming back to campus time

0 comments

Hye semua, apa khabar?

Masa saya sedang menulis post ni dalam pukul 12.30pm, saya sedang dalam proses berkemas-kemas untuk balik ke Putrajaya. Nampaknya tempoh seminggu cuti mid semester yang menyeronokkan berakhir juga. =(

Sepanjang cuti ni, saya banyak luangkan masa dengan family, dan duduk kat rumah rehatkan diri. Seminggu ni memang bermakna dan agak tepat pada masanya bagi saya. Hari-hari berlalu dengan penuh ketenangan. Rasa nak tenang begini selamanya.

Tapi masanya pasti akan tiba juga. Masa akan terus berlalu dan kita perlu menempuh 'cerita' yang akan datang nanti (mesti korang tak faham ap ak tulis ni.. =p). By the way, saya akan bertolak ke Putrajaya dalam pukul 3 petang nanti. Tapi dalam hati rasa tak berapa excited nak balik Putrajaya.

Kalau ikutkan, this is the first time since last 3 and the half years ago, saya rasa tak seronok nak balik ke campus. Selalu dengar member-member or junior (sapelah junior tu.. =p) yang rasa macam ni, but now I'm really feeling it.

Cumakan, bila kita rasa terpaksa lakukan sesuatu, mesti kita akan rasa kurang bersemangat, atau stress atau mungkin juga bosan. Tapi, jikalau kita perlu juga lakukannya, kita mesti berfikir dengan cara yang betul. Contohnya, fikirkan apa matlamat utama kita nak pergi ke campus. Mestilah nak dapatkan degree kita kan?

Sebab itulah tujuan kita kembali ke campus. Kita sanggup berhabis duit, masa, tenaga dan keupayaan untuk dapatkan segulung ijazah yang paling bernilai itu. Jadi jika kita nampak kepentingannya, dan nilai untuk kebaikan kita, kita boleh jadikannya sebagai motivasi untuk terus melangkah ke hadapan dan hadapi apa sahaja masalah atau ketidakseronokan yang mungkin kita ada sepanjang berada di campus.

Sebenarnya, segulung ijazah tersebut bukanlah benda paling penting. Tapi, yang lebih utama dan bernilai adalah education kita. Dengan ilmu, kita boleh harungi hidup ini dengan lebih baik. Dengan ilmu, kita boleh elakkan diri kita daripada kesusahan hidup dan dengan ilmu juga kita akan mendapat keberkatan hidup.

Itulah dia tazkirah pendek kita pada hari ini, hehe. By the way, sebenarnya kata-kata di atas itu adalah nasihat untuk diri saya sendiri. Tapi kalau yang membacanya dapat manfaat dan pedoman, lagi lah bagus kan? =)

Ohya, sepanjang seminggu cuti ni ada juga perkara-perkara menarik yang saya buat (selain makan dan tido.. =p) terutamanya berkaitan Internet Marketing yang saya minat sangat tu.

Tapi nanti-nantilah, kalau ada masa saya ceritakan. Cuma saya tengok jadual course work saya selepas ni akan jadi amat pack dan sibuk. Tambahan lagi clinical attachment akan bermula selama lebih kurang 6 minggu. Harapnya ada kelapangan nak update blog ni dan berkongsi cerita menarik dengan anda.

Oklah, masa pun makin suntuk, barang-barang pun dah hampir siap kemas. Cuma harap tiada barang yang tertinggal lah kan.. So sumbat semua benda dalam beg.. =p

So jumpe lagi di post yang seterusnya, jaga diri dan doakan keselamatan saya ya! =) Adios~

Wednesday, March 2, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

2 comments

In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful


Mari kita sama-sama panjatkan kesyukuran atas segala nikmat kurniaan Ilahi.


Surah Ali-Imran [3]:173

".... cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"

Best regards to Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.