Saturday, March 26, 2011

Past 2 weeks updates, the attachments..


Salam, hello everyone~ apa khabar? dah lame tak jumpe kan..?

Lebih kurang seminggu juga Nizam Malek Blog tak diupdate dengan post terbaru. Macam ni la jadinya bila dah start clinical pharmacy attachment. Memang terlalu sibuk. Kalau tak sibuk secara fizikal pun, sibuk secara mental sebab perlu banyak berfikir untuk selesaikan case yang ada.

Tapi tak pe, hari ni hari sabtu, dan saya cuba luangkan sedikit masa untuk berkongsi cerite sedikit dengan anda semua berkaitan aktiviti saya sepanjang 2 minggu lepas.

Pada 15 Mac 2011, keesokan harinya selepas malam Night of Gratitute (NoG), saya menjalani Primary Care Attachment di Klinik Kesihatan, Putrajaya di Presint 9. Apa yang menarik berkaitan sistem Primary Care Attachment kali ini adalah, saya sebagai senior tahun akhir farmasi akan menjadi fasilitator/preceptor/evaluator untuk junior tahun 3 saya.

Dari situ, saya berpeluang untuk belajar dan membantu junior berkaitan tugas ahli farmasi di klinik kesihatan terutamanya berkaitan teknik penyaringan preskripsi, pengisian ubat-ubatan dan menemu-ramah pesakit untuk mendapatkan informasi berkaitan rawatan yang diterima.

Walaupun Primary Care Attachment bersama junior kali ini adalah sekadar sehari, tetapi banyak perkara yang dapat dipelajari dan ini adalah salah satu cara yang baik untuk merapatkan hubungan senior-junior. Junior yang saya dapat adalah Ah Low. Walaupun kurang biasa dengan Primary Care Attachment, saya amat kagum dengan komitmen juniors sepanjang sesi bersama mereka. =) Seharian yang menyeronokkan.. =p

Seterusnya, pada 16, 17 dan 18 Mac 2011, bermulalah minggu Clinical Attachment dan kali ini, kami amat bertuah kerana dapat berkunjung ke sebuah hospital baru yang serba mewah di Wangsa Maju iaitu, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM). Sebagai pelajar Sarjana Muda jurusan farmasi, kami telah disambut dengan amat meriah sekali oleh pegawai farmasi dan sister (nurse) HATTM pada hari pertama kami.

Di HATTM, kami diberi bimbingan dan tunjuk ajar berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan di HATTM, jenis ubat-ubatan yang terdapat di HATTM, serta 2 jenis rawatan unik di HATTM iaitu hemodialisis dan Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT).

Selepas 2 hari attachment di HATTM, kami perlu membuat report dan pembentangan berkaitan clinical case yang terdapat di HATTM. Selain itu juga, kami perlu menjalani satu kuiz berkaitan ubat-ubatan termasuklah ubat untuk hypertension, diabetes type 1 type 2, common illness dan lain-lain dalam satu set soalan 4 muka surat. Kuiz tu gila susa ok? =p Bukan susa lah, just banyak sangat nak kena tahu, so lunyai~ huhu..
Pengalaman di HATTM memang unik dan menarik. Kami amat bertuah kerana mendapat peluang untuk masuk ke kawasan rawatan HATTM dan belajar secara langsung dari doktor, staff dan petugas yang ada.

Minggu seterusnya (minggu ni), clinical attachment 'sebenar' bermula. Sepanjang 5 minggu sehingga ke study week, kami akan lebih banyak berada di hospital untuk clinical attachment ni. Hospital yang terpilih adalah Hospital Kajang, Hospital Serdang, dan Hospital Kuala Lumpur, (HKL).

Alhamdulillah, groupmates yang saya dapat untuk clinical attachment kali ni sangat best dan menyeronokkan; dan saya pasti kami dapat bekerja bersama dengan baik. =)

Untuk minggu pertama clinical attachment ni, group saya telah di'attached' ke ward psychiatric di HKL. Ini lah pertama kali bagi kami ke HKL dan ke psychiatric ward. Banyak pengalaman menarik yang saya lalui sepanjang psychiatric attachment di HKL.

Mula-mula sekali saya masuk ke ward psychiatric lelaki. Ward psychiatric amat berbeza dengan ward biasa sebab pesakit dalam ward tu ada yang tido, dan ada banyak yang berjala sana sini dengan berbagai-bagai ragam. Masa tu dalam hati saya memang cuak lah, muka pucat semacam.. Sampai nak tengok Bed Head Ticket (BHT) pun tak le focus.. hehe.. First time lah kan.. memang la cuak kot.. haa..

Di ward psychiatric lelaki saya mendapat peluang untuk menemu-ramah beberapa pesakit dan memerhatikan beberapa simptom yang ada pada pesakit psychiatric. Kalau sebelum ni, hanya belajar secara teori di kelas, pada masa itu saya mendapat pengalaman secara langsung berkaitan masalah pesakit psychiatric. Di ward psychiatric lelaki, antara case yang ada adalah schizophrenia dan polysubstance induce psychosis.

Selepas selesai clerk case di ward psychiatric lelaki, saya bergerak ke ward psychiatric perempuan. Ward psychiatric perempuan dijaga dengan lebih rapi, ada pintu berpassword lagi, ward psychiatric lelaki cuma pakai pintu kayu je.. =p

Di ward pscyhiatric perempuan, terdapat banyak case berkaitan Bipolar Mood Disorder sama ada manic phase ataupun depression phase. Banyak juga yang kami belajar masa temu-ramah patient. Antaranya jenis-jenis terapi yang mereka terima untuk mengatasi masalah mereka. Antaranya adalah supportive therapy dan Cognitive Behavioral Therapy.

Di ward psychiatric ward perempuan, pesakitnya lebih interaktif dan suka menyapa kami yang sedang clerk case. Mula-mula cuak la jugak, dalam hati cakap, diorg ni ok ke tak, sekali diorg smash ak kang.. Tapi sepanjang masa tu tiada la kene smash.. kena massage, kena tarik, kena tanya macam-macam adalah.. Tanya apa? huhu, diorg tanya/minta facebook account, no telefon dan macam-macam lagi lah.. huhu..

Ohya, antara kenangan di ward psychiatric perempuan adalah, saya dapat satu gift iaitu origami love yang tertulis mesej 'cinta'.
Haa, ade plak khabar angin berterbangan kononnya kata Nizam Malek kena kiss ngan psychiatric patient.. Eh, tak betul tu.. Bukan saya la kena kiss, orang lain ok.. huhu.. Saya masih selamat.. hehe..

Pengalaman di ward pscyhiatric HKL sememangnya satu pengalaman unik yang menarik dan berharga bagi saya sendiri. Mungkin salah satunya masalah yang gagal diatasi oleh pesakit psychiatric adalah masalah stress yang tidak terkawal dan pilihan jalan yang salah untuk melepaskan tekanan yang ada.

Rasa simpati dan hiba melihat ragam manusia yang 'dipilih' oleh Allah untuk berada di situ membuatkan saya sentiasa merenung kelemahan diri ini dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada diri sendiri yang serba kekurangan ini.

Semoga kita semua dijauhkan daripada sebarang penyakit sama ada penyakit fizikal mahupun mental. Hanya pada Allah kita kembali.

Baiklah, sampai sini dulu perkongsian pengalaman saya untuk post kali ini. Jumpa lagi di post seterusnya! Terima kasih. =)

P/S: Rajin pula update blog. PWDT tak siap lagi ni.. heheh.. =p

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.