Thursday, October 27, 2011

Walking October For Me..

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua~

Apa khabar, sihat kah di sana? Harapnya sihat walafiatlah semuanya k. =)

Dalam post kali ini, saya akan menulis untuk kategori 'Month summary' bagi bulan Oktober 2011 saya. Oh bagi yang baru mengikuti perkembangan Nizam Malek Blog ini, saya ada buat satu kategori yang mengumpulkan semua summary highlights aktiviti yang saya lakukan dalam setiap bulan sepanjang tahun. Kira macam diari jugalah..

Kebiasaannya, saya akan tulis post summary ni pada penghujung bulan (30 atau 31 haribulan), tapi untuk post kali ini saya akan tulis 2 3 hari lebih awal sebab weekeends ni saya akan outstation dan mungkin tak sempat untuk menulis.

Orite, untuk bulan Oktober ni, banyak juga perkara menarik yang saya lalui. Untuk pengetahuan anda, di fanpage RahsiaMotivasi (www.facebook.com/RahsiaMotivasi), saya telah memulakan satu peraduan photo LIKE contest bermula 1 Oktober yang lalu.

Peraduan yang bertemakan motivasi ni dah lama dah saya plan nak buat, dan alhamdulillah, berjaya juga direalisasikan. Sebenarnya, fanpage RahsiaMotivasi tu ibarat kerja amal bagi saya lah.

Berkongsi ilmu motivasi dan memberi inspirasi kepada orang lain memang dah menjadi minat sejak di bangku sekolah lagi, jadi dengan adanya fanpage ni, dapatlah sedikit sebanyak menjadi ruang untuk saya mempamerkan minat yang tak seberapa ini. =p

Dan peraduan yang diberi tema Peraduan Motivasi, Kejayaan & Anda! ini sebenarnya membawa mesej yang lebih besar iaitu untuk membawa erti penghargaan terhadap kejayaan yang telah dicapai selama ini oleh setiap peserta dan fans.

Semoga objektif peraduan ini akan tercapai dan insyaAllah memberi kesan yang positif kepada mereka yang telah berani menyahut cabaran dan bersaing dalam peraduan ini. Sehingga blog post ini ditulis, jumlah peserta yang sedang bersaing sehingga ke tarikh akhir peraduan (15 Disember 2011) adalah seramai 8 orang dan insyaAllah bilangan peserta akan bertambah lagi.

Tahniah diucapkan atas keyakinan diri anda untuk mencuba dan mengenal erti kejayaan peribadi anda. =)

Pemenang peraduan tersebut akan memenangi hadiah wang tunai dan beberapa produk tajaan seperti voucher diskaun dan juga kek lapis Sarawak special. Terima kasih kepada En Hasryn Hamka (www.facebook.com/motivasisantai) dan Puan Ummu Ammar (www.facebook.com/kedaiummie) kerana sudi menyumbang bagi memeriahkan lagi peraduan di fanpage RahsiaMotivasi. =)

Ohya tak lupa, pada awal bulan Oktober yang lalu, saya dapat tambah satu gadget lagi dalam koleksi iaitu pocket camcoder jenama Flipmino. Best jugalah dapat buat video kat mana-mana saja lepas ni.

Dalam bulan Oktober ni, saya dapat buat 2 music video iaitu lagu Berganti Hati dan Kisah Dongeng. So far saya selalu buat short video je, nanti akan try buat full songs.. Terima kasih kepada yang sudi menonton music video yang saya buat, klik LIKE dan memberikan komen membina. Sangat menghargainya. =)

Sebenarnya untuk video blogging atau vlogging ni, saya plan nak buat video saya memberi tips atau komen berkenaan sesuatu topik.. Dah try banyak kali, tapi so far tak de yang memuaskan hati.. Mungkin kena praktis lagi untuk bercakap di hadapan kamera.. Bukan senang ya nak bercakap depan kamera yang merakam pergerakan kita.. Rasa cam something je.. hehe.. =p

Perlu ada keberanian dan keyakinan tambahan.. Tapi insyaAllah akan diusahakan satu hari nanti.. =)

Selain tu dalam bulan Oktober ini juga saya banyak travel turun naik KL, dan singgah Melaka sekali. Ada pergi event keluarga kat KL. Kat Melaka pula pergi jalan-jalan satu hari. Best juga Melaka. Dah agak advance, macam KL. Teringat time belajar kat KYM dulu (tahun 2005).

InsyaAllah kalau ada kelapangan lagi, saya akan datang melawat Melaka lagi. Seronok, sebab ada banyak tempat menarik untuk dilawati.. Siapa nak join saya? Angkat tangan sekarang! =P

Ohya, 17 Oktober pula, saya ke KL lagi sekali atau lebih tepatnya ke pesta jualan buku Big Bad Wolf di MAEPS, Serdang. Pergi jalan-jalan beli buku sorang-sorang.. Sampai naik sakit kaki dan terus pekena urutan refleksologi kat RestnGo, Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Kena RM25 untuk lebih kurang 40 minit urutan. Boleh lah, try test orang kata.. =p

Oh pasal Big Bad Wolf tu memang best lah. Banyak sangat buku terkenal yang dijual pada harga RM8, RM10 dan RM15 sahaja. Lain kali kalau ada buat lagi kat Malaysia, jangan lepaskan peluang k. =p

Esoknya, saya ke MPH Mid Valley untuk menyertai mini workshop penulisan best seller yang dikendali oleh penulis buku best seller terbitan pts publishing, En Zamri Mohamad. Best jugalah dengar talk beliau sepanjang lebih 1 jam tu walaupun saya penat berdiri. =p

Lepas tamat mini workshop tersebut, saya berkesempatan berjumpa dengan saudara Aqif Azizan dari team Flarebiz. Sempat jugalah mencungkil beberapa rahsia beliau dalam dunia blogging. Saya ingat blogging ni, just untuk suka-suka je, tapi rupa-rupanya, ada trik baik punya untuk buat duit. Yang pastinya, teknik beliau bukan teknik blogging yang macam saya buat di Nizam Malek Blog ni lah.. Memang bertuah dapat berjumpa dan berkongsi idea dengan beliau hari tu. =)

Dan insyaAllah pada 30 Oktober ni, saya akan ke KL lagi sekali untuk menyertai kursus penulis bebas (http://kursuspenulisan.zamrimohamad.com/) untuk belajar cara-cara dan teknik penulisan daripada En Zamri Mohamad. Semoga pelaburan untuk ilmu ini akan memberikan pulangan yang positif di kemudian hari, insyaAllah. =)

Ohya, bagaimana pula cerita berkenaan posting? Diam tak diam, dah lebih 5 bulan rupanya saya 'dok melepak' kat rumah. Rambut pun dah panjang (saja tak nak potong.. =p). Ramai yang bertanya, buat apa sekarang? Kerja kat mana?

Fuh, memang stress skit masa mula orang asyik tanya je bila nak kerja.. Tapi tak pelah, sebab surat pelantikan dah dapat, cuma surat posting je belum nak sampai-sampai lagi ni.. InsyaAllah kalau ada rezeki, dapatlah surat posting tu..

Ada yang kata November, ada yang kata kene tunggu sampai Januari.. Banyak spekulasi juga sebenarnya.. Hmm, malas nak fikirlah.. Tunggu je, sambil tu buatlah pape je yang patut dan disukai..

Buat masa ni, selain mengusahakan fanpage, saya sedang sedikit sebanyak mempelajari berkenaan selok belok pelaburan hartanah. Dah nampak dah how it can be done dan lihat sendiri proses untuk melakukannya. InsyaAllah bila once dah start kerja nanti, saya akan berusaha menceburi dunia pelaburan hartanah tersebut. =)

So far, bulan Oktober ni agak ok lah. Kesihatan pun alhamdulillah dan memuaskan. Banyak aktiviti boleh dibuat dan I have learnt a lot of things dalam bulan ini. Pengajaran demi pengajaran banyak mendewasakan.

Cuma sebab dah lama sangat cuti, jadi kemahiran bercakap dengan di hadapan audiens/kamera tu dah berkurang. Kene work on something for that.

By the way, sorrylah blog post kali ni agak caca marba je macam. I just wrote things that passed by into my mind one by one.. Without drafting first.. =p

Ohya, dalam bulan Oktober ini juga saya meraikan kejayaan menjana wang di Internet melalui program affiliate. Produk yang saya promosikan adalah produk PakarEbook dan alhamdulillah, berjaya juga menjana komisyen hasil daripada penggunaan teknik email marketing.

Sebenarnya strategi yang digunakan berkesan dan boleh membawa kepada kejayaan seperti yang dikecapi oleh orang lain. Bezanya adalah, kita perlu rajin berusaha dan berusaha. Tahu saja tidak guna, kalau tidak diamalkan. =)

Ok lastly nak sentuh pasal trafik ke blog Nizam Malek Blog ni. Untuk setakat blog post ini ditulis, statistik sitemeter menunjukkan jumlah visitor ke Nizam Malek Blog untuk bulan Oktober 2011 adalah seramai 683 orang. Kira dapat capai target minimum 600 visitors sebulan lah. =)
Terima kasih kepada anda yang terus sudi untuk melawat Nizam Malek Blog dan terima kasih yang teramat juga kepada anda yang sudi untuk klik LIKE pada blog post di blog ini. =)

Ohya, saya juga dah pasangkan satu widget baru di blog ini, iaitu Live Traffic Feed. Dengan menggunakan widget ini, saya dapat melihat daripada negeri manakah datangnya pelawat-pelawat Nizam Malek Blog ini, dan keyword apakah yang dicari di carian Google untuk membolehkan mereka sampai ke blog ini.

Jadi sekian saja month summary untuk bulan Oktober 2011. InsyaAllah kita akan bertemu lagi dalam bulan November nanti dengan lebih banyak artikel yang lebih berinformatif untuk anda.

Kalau ada pape soalan dan ingin saya respond, boleh tuliskan diruangan KISSinsights. InsyaAllah saya akan berikan pandangan dengan sebaik mungkin. =)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, peace! =)

Wednesday, October 26, 2011

Kisah Dongeng Cover by Nizam Malek

2 comments

Lagu ni first time dengar kat TV3, OST cerita Cinta Elesya kot..

Macam menarik.

So try lah with my guitars.

Video kali ni ada muka sekali.. Sila berikan komen.. heheh.. =p



Thanks for watching, hope you guys have enjoyed it.

Don't worry, next time I will make full song.. Bila dah tere.. hehe.. Peace!

Tuesday, October 25, 2011

My nephew, Haziq dah pandai berjalan! =)

1 comments

Thursday, October 20, 2011

Dapat Komisyen Affiliate!

2 comments

Hari ni saya nak berkongsi kegembiraan dengan anda semua.

Malam tadi pukul 10 lebih saya dapat email daripada Tuan Jamal.

Tajuknya, "Nizam Malek Tahniah! Anda Menerima Komisyen!"

Inilah komisyen pertama yang saya dapat hasil daripada usaha mempromosikan produk affiliate sejak saya mengenali dunia perniagaan Internet pada tahun 2009.

Perasaannya sama seperti ketika pertama kali dapat duit dari Internet ketika menjual di lelong.com.my.

Tapi time tu untung cuma beberapa ringgit saja. Kali ni dapat untung bersih RM puluh-puluh ringgit untuk satu sale yang terhasil.

Memang sangat seronok rasanya.

Sale affiliate ni terhasil daripada projek promosi yang saya lakukan menggunakan teknik pemasaran Email sahaja. Kira berbaloi jugalah pelaburan pergi belajar email marketing daripada otai-otai seperti Rahman Basri dan Jamal sendiri. =)

Dengan hanya 62 klik link affiliate, 1 sale terhasil. Alhamdulillah. =)

Walaupun ini hanya kejayaan kecil, ia tetap satu kepuasan, dan insyaAllah, akan ada kejayaan lagi selepas ini, kerana saya percaya, success breeds success. =)

Jadi sekian saja perkongsian kali ini berkaitan internet marketing. Thanks! =)

Late Night Song For You

0 comments

Salam dan hye!

Sekarang dah pukul 1.30 pagi.

I recorded this song for you. Enjoy it! =)

Walaupun lagu nya slow habis~ =p


Thanks for watching! =D

For those yang nak chordnya: Em, D, C, B7 diulang2. Peace! =)

Monday, October 17, 2011

[KISSinsights] Sharing My Experience About Pharmacy Student's Life

7 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua.

Dalam ruangan kategori soalan untuk saya di KISSinsights ini, saya telah menerima satu soalan daripada seorang junior saya di CUCMS berkenaan kehidupan sebagai seorang pelajar jurusan Farmasi.
Soalannya berbunyi begini,

"Assalamualaikum :) im 1st year Pharm student in cucms. here, i would like to know more about the course. i mean the subject, the workloads, your daily life as Pharm student and such. and maybe you could tell us the workfield. there's clinical, community pharmacy and such right? and i've been dreaming of becoming a pharmacy but something related to vet. what say you? thanks in advance :D"

Soalan ni sebenarnya telah diajukan kepada saya pada 26 Ogos 2011 yang lalu. Dah lebih kurang 2 bulan lebih baru saya jawab. Maaf ya kerana lambat, tapi memang sebab saya terlalu sibuk beberapa bulan kebelakangan ini. Tapi insyaAllah dalam post ini, saya akan cuba menjawab soalan-soalan anda di atas. =)

Pertama sekali, wa'alaikummussalam. Tahniah saya ucapkan kepada anda kerana telah berjaya terpilih sebagai seorang pelajar kursus kritikal iaitu Farmasi di CUCMS. Peluang seperti ini hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin kerana bidang Farmasi mempunyai prospek kerjaya yang amat luas dan positif pada masa hadapan.

Sebagai pelajar jurusan farmasi di CUCMS, anda akan didedahkan dengan dunia bidang Farmasi pada semester pertama dalam subjek 'Introduction to Pharmacy'. Dalam subjek tersebut, anda akan diberikan pendedahan sebenar secara menyeluruh berkenaan bidang Farmasi yang akan anda ceburi setelah menamatkan pengajian dalam tempoh 4 tahun di universiti.

Untuk pengetahuan anda, sebelum saya melanjutkan pelajaran di CUCMS dalam kursus Farmasi ini, saya juga tidak mempunyai sebarang idea atau maklumat yang jelas berkenaan kursus Farmasi ini, tetapi setelah mengikuti subjek 'Introduction to Pharmacy' tersebut, semuanya menjadi amat jelas bagi saya dan sejak itu, saya pasti inilah bidang yang amat sesuai dengan diri saya.

Jadi untuk itu, berikan tumpuan sepenuhnya pada subjek tersebut ketika di dalam kelas serta lawatan-lawatan yang disediakan sebagai pendedahan awal kepada pelajar tahun pertama jurusan Farmasi. InsyaAllah anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan bidang Farmasi yang dapat disesuaikan dengan minat dan kecenderungan kerjaya anda.

Sebagai contoh, dalam subjek 'Introduction to Pharmacy', anda akan didedahkan kepada bidang-bidang utama yang terdapat dalam bidang Farmasi seperti Clinical Pharmacy, Community Pharmacy, Industrial Pharmacy, Nuclear Pharmacy, Veterinary Pharmacy dan banyak lagi.

Di situ, anda akan diterangkan dengan sejelas-jelasnya berkenaan prospect kerjaya, cabaran dan tanggungjawab dalam bidang-bidang yang ingin anda ceburi. Contohnya dalam bidang Clinical Pharmacy, kebiasaannya anda perlu bekerja di hospital sama ada hospital kerajaan mahupun hospital swasta.

Kemahiran klinikal seperti penyakit pesakit, fungsi ubat-ubatan mengikut 'mechanism of action' dan intervasi pilihan ubat-ubatan adalah kemahiran yang amat penting dalam bidang Clinical Pharmacy. Jika anda mempunyai minat yang lebih dalam bidang klinikal, mungkin Clinical Pharmacy adalah sesuai untuk anda.

Dalam masa yang sama, bukan semua ahli farmasi yang dihasilkan mempunyai minat untuk bekerja di hospital atas alasan masing-masing. Mungkin ada yang lebih meminati dunia pengurusan dan perniagaan. Jadi mungkin bidang Community Pharmacy atau Retail Pharmacy adalah destinasi kerjaya yang lebih sesuai untuk diceburi.

Berkenaan dengan workload dan daily life as a pharmacy student, bagi saya, workloadnya tidaklah seberat mana. Ini kerana kursus Farmasi di CUCMS menggunakan sistem semester (kelas, kelas, kelas, mid sem exam, kelas, kelas, kelas dan final exam, cuti).

Selain dalam tempoh exam, workload boleh dikatakan sederhana. Jadi masih ada ruang jika nak sertai aktiviti-aktiviti kolej seperti bepersatuan dan sebagainya, tiada masalah.

Tapi ianya terpulang kepada setiap pelajar, bergantung kepada cara pengurusan masa masing-masing. Jika masa tidak diuruskan dengan sebaiknya, mungkin saja life akan stres dengan assignment dan sebagainya. Seeloknya, jangan biarkan kerja-kerja bertangguh. Bila ada kerja saja, terus siapkan dan up to date.

Kalau nak kata workload yang agak 'sibuk' adalah ketika tempoh clinical attachment (3rd & final year). Dalam tempoh tersebut kebiasaannya workload akan menjadi huru hara sikit kerana deadline demi deadline dan persediaan untuk presentation perlu disiapsediakan dalam tempoh yang pendek.

Berkenaan daily life as a student tu, biasalah, pergi kelas balik kelas. Biasa dari pukul 8 pagi sehingga pukul 4 atau 5 petang. Ada hari yang pack, ada hari yang rileks. Bergantung pada jadual. Lepas kelas, nak pergi mana-mana, tak kesah.. =) Weekends boleh je kalau nak pergi jalan-jalan kat Alamanda ke, Mines ke, atau KLCC.. =p

Terpulang pada cara masing-masing. Boleh je nak buat pape time student. Memang banyak masa sebenarnya..

Berkenaan dengan bidang pekerjaan, sejujurnya saya sendiri masih belum lagi mula bekerja, jadi tak dapat nak kongsikan pengalaman bekerja sebagai ahli Farmasi buat masa ini. Mungkin dalam post-post saya yang akan datang, insyaAllah saya akan kongsikan pengalaman bila dah mula bekerja nanti.

Walaubagaimanpun, walaupun bidang Farmasi dikatakan sebagai bidang yang luas dan mempunyai prospek kerjaya yang pelbagai dan menarik, tidak dinafikan semua ini bergantung juga pada pengaruh politik semasa.

Contohnya, jika berkaitan dengan isu perlaksanaan 'Dispensing Rights & Separation' di Malaysia, ia amat bergantung kepada polisi yang ditentukan oleh kerajaan berdasarkan keadaan semasa seperti jumlah ahli Farmasi berdaftar dan kesedian komuniti di Malaysia terhadap perlaksanaannya.

Jika dibandingkan negara-negara lain yang telah mempraktikkan Dispensing Rights & Separation seperti Indonesia, Korea, Japan, Taiwan, Australia dan lain-lain, Malaysia masih dikira ketinggalan dalam aspek tersebut. Tapi insyaAllah jika semuanya berjalan lancar, Malaysia akan menuju ke arah yang sama juga.

Berkenaan dengan kerjaya sebagai ahli Farmasi Veterinary, di CUCMS, anda akan mempelajari subjek tersebut ketika di tahun ke 3 (jika tiada pertukaran silibus). Anda akan mempelajari anatomi haiwan dan juga dose ubat yang sesuai untuk mereka.

Saya tidak pasti apakah prospek kerjaya sebagai ahli Farmasi Veterinary di Malaysia. Mungkin ianya masih baru. Tapi, siapa tahu, anda bakal menjadi pengerak bidang Farmasi Veterinary di Malaysia satu hari nanti kan? =p

Dalam tempoh 4 tahun pembelajaran di CUCMS, anda akan dapat lihat hampir ke semua bidang yang terdapat dalam kerjaya Farmasi, dan di akhirnya, insyaAllah anda akan lebih tahu bidang apa yang lebih sesuai dengan minat anda. Jadi ambil masa dan jalani kursus Farmasi anda di CUCMS dengan sebaiknya dan dedahkan diri anda pada informasi terkini berkaitan dunia Farmasi melalui surat khabar dan daripada fakulti.

Untuk pengetahuan anda juga, tahun perkhidmatan wajib di hospital kerajaan (Housemen + Compulsory Service) telah dikurangkan dari 1+3 kepada 1+1 sahaja.

Ianya boleh menjadi berita baik dan mungkin juga berita buruk bergantung kepada perancangan kerjaya yang dipilih.

Jika sebelum ini, kerjaya Farmasi merupakan kerjaya yang menjamin kerja selepas seseorang itu tamat pembelajaran, tetapi untuk pada masa hadapan, ia belum pasti kerana sekali lagi, ia bergantung pada keadaan dan polisi politik semasa.

Jadi nasihat saya kepada junior-junior jurusan Farmasi agar dapat mempersiapkan diri dengan ilmu Farmasi pada tahap yang baik dan juga melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran soft skills yang lain seperti kemahiran berkomunikasi dan pengurusan agar dapat bersaing untuk mendapatkan kerja pada masa akan datang.

Akhir kata, nikmati keseronokan tempoh belajar anda di CUCMS. Time flies fast dan hargai setiap detik yang hadir dan berlalu.

Terima kasih atas soalan ini, dan semoga berjaya! =)

Sunday, October 16, 2011

My Big Bad Wolf Stories..

0 comments

Salam & Hye all..

Apa khabar, buat apa hujung minggu ni? =)

Ok dalam post kali ini, saya ingin berkongsikan cerita saya pergi berjalan-jalan di KL pada jumaat dan sabtu yang lepas.

Jika anda lihat pada post saya sebelum ini, saya ada katakan yang saya akan menghadiri pesta jualan buku tergempak seluruh dunia yang dinamakan Big Bad Wolf (BBW) Book Sales yang telah dilangsungkan di Dewan A Malaysian Agro Exposition Park (MAEP) Serdang.

Jualan diskaun buku di BBW ni memang boleh kata tahap 'gila' tak masuk akal jugalah bila buku-buku yang berharga sekitar RM80 dijual pada harga hanya RM8 sahaja. Mula-mula tak percayalah, ingat ni semua gimik je.

Tapi lepas beberapa kawan di facebook tunjukkan gambar-gambar diorg beli buku di BBW tu pada harga super borong, jadi terus plan untuk ke sana tanpa banyak soal.. =p

Sebelum pergi tu, memang tiada idea nak beli buku apa pun, sebab jarang baca buku-buku dalam bahasa Inggeris. Tapi tak pelah, redah je, mana yang nampak cambest, kita kaut.. =p

Baguslah diorg buatkan MAEPS tu. Bagi yang datang dengan menaiki kenderaan masing-masing, tempat parking disediakan sangat banyak, dan ada shuttle bus yang akan mengangkut pelawat BBW dari kawasan parking ke dewan A secara percuma tanpa henti setiap masa.

Tapi bagi yang datang menaiki pengangkutan awam seperti bas, teksi dan ktm komuter (saya lah tu..), memang pengalaman itu agak menyakitkan lah.. hehe.. =p sebab tempat tu jauh dari kemudahan perhubungan awam.. Caj teksi yang mahal (RM20-RM30) memang diperlukan kalau nak datang dan pergi dari stesen KTM komuter Serdang..

Ok tu bab lojistik.. =p Bab jualan buku BBW ni memang best lah, hampir semua buku dijual pada sekitar harga RM3, RM5, RM8, RM10, RM12 dan RM15 sahaja.

Hampir semua kategori buku terjual di sana seperti kategori business, self help, computer, children, comics, magazines, dan juga termasuk audiobooks, semuanya dijual pada harga diskaun 75-95%.

Tak hairanlah apabila ramai yang beli borong sampai berkotak-kotak. Ada siap bawak beg travel lagi.. Memang ambil peluang betul lah tu.. =) Tapi baguslah, bila lagi ada peluang nak beli buku bahasa Inggeris pada harga semurah ini.. Jadi ini lah masanya.. =D

Saya tak dapatlah nak beli buku banyak-banyak sangat.. Almaklum berjalan sehelai sepinggang je.. =p Tapi dapat jugalah beli beberapa buku yang dirasakan amat bermanfaat..

Berikut adalah antara buku yang saya dapat beli dari BBW tu.

1) Why We Want You To Be Rich by Donald Trump & Robert Kiyosaki

Kedua-dua icon kewangan ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Donald Trump memang popular di kaca TV dengan siri program realiti 'The Apprentice' & Robert Kiyosaki pula menggegar dunia dengan buku best sellernya 'Rich Dad Poor Dad'.

Terdapat elemen-elemen penting yang perlu dipelajari daripada buku ini iaitu perspektif sebenar berkenaan kekayaan dan kaitannya dengan kehidupan kita. Ramai sebenarnya yang mengaitkan kekayaan dengan keburukan dan mungkin saja ianya satu angan-angan.

Tapi tidak bagi mereka yang memahami konsep sebenar kekayaan, manfaat kekayaan dan aspek pengurusan kekayaan. Ramai juga yang ingin kaya, tapi tidak tahu caranya, malah sentiasa terperangkap dengan skim-skim cepat kaya dan sebagainya yang sekadar meleburkan saja impian masa depan yang lebih cerah.

InsyaAllah saya akan cuba baca buku ini dan ekstrak isi-isi penting untuk difikirkan dan dibincangkan bersama-sama mereka yang berminat. =)


2) Landing Page Optimization for Dummies

Buku-buku siri 'For Dummies' ditulis khas bagi membantu pembaca dari pelbagai aspek topik yang dibincangkan secara mendalam dan terperinci. Jika anda terjumpa buku-buku seperti ini di kedai buku Popular ataupun MPH, anda akan dapati harganya adalah dalam lingkungan RM50-RM100.

Landing Page adalah antara elemen terpenting dalam dunia pemasaran Internet terutamanya bagi teknik dan strategi pemasaran Email. Untuk memastikan kejayaan penghasilan wang dari Internet, ilmu menukar pelawat menjadi prospek dan ilmu menukar prospek kepada pembeli adalah sangat penting.

Dalam buku ini, banyak tips dan teknik sebenar untuk 'convert sales' melalui optimasi landing page dibincangkan dan ditunjukkan secara detail dan jelas. Saya sudahpun mula membaca buku ini selepas saya balik dari MAEPS, dan saya dapati buku ini amat-amat bernilai bagi saya.

InsyaAllah ilmu yang saya peroleh akan saya manfaatkan dalam dunia perniagaan Internet saya yang tak seberapa tu dan akan juga saya kongsikan dengan fans saya di fanpage StrategiInternet.

Anda juga boleh belajar teknik & strategi pemasaran Internet sebenar dan terkini di fanpage tersebut. Klik sini www.facebook.com/StrategiInternet untuk menjadi fans. =)


3) You Can't Win A Fight With Your Client And 49 Other Rules For Providing Great Service By Tom Markert

Ok buku ini pula adalah berkenaan tips dan informasi terbaik untuk menjaga pelanggan. Seperti yang anda tahu, saya merupakan pemasar Internet dan antara produk utama saya adalah servis, seperti servis design dan juga blog setup.

Hampir ke semua pelanggan-pelanggan saya datangnya dari dunia online. Saya tidak pernah kenal mereka sebelum ini, dan begitu jugalah sebaliknya.

Jadi teknik untuk 'deal' dengan pelanggan secara online perlulah lebih kemas dan meyakinkan agar jualan melalui servis tersebut dapat dihasilkan. Walaupun punya pengalaman dalam arena online customer service ini, saya tetap perlu membaca lebih banyak berkenaannya supaya kemahiran mengendalikan pelanggan dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa. =)


4) The Leadership Pill, The Missing Ingredient In Motivating People Today

Buku ini mengajar cara-cara untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Semua orang dilahirkan untuk memimpin. Ada masanya, kita perlu memimpin dan bagi lelaki, sudah semestinya satu hari nanti perlu memimpin keluarga yang dibina. =p

Selain itu, tagline yang digunakan adalah 'the missing ingredient in motivation people today'. Macam tahu-tahu saja saya merupakan admin di fanpage RahsiaMotivasi. Mungkin informasi yang terdapat dalam buku ini akan dapat membantu saya menjadikan fanpage RahsiaMotivasi lebih bermanfaat buat fans semua. =)


5) The One Minute Apology, A Powerful Way To Make Things Better

Ni antara buku yang saya main rembat je time pusing-pusing dalam dewan A MAEPS tu. Tak berapa pasti sangat apa yang dimaksudkan dengan One Minute Apology tu, tapi saya tertarik dengan ayat di bawah tu, iaitu A powerful way to make things better.

Hope boleh belajar sesuatu yang bagus daripada buku ini.. =)


6) Instant Rapport by Michael Brooks

Ok buku ini berkenaan teknik menjalinkan hubungan yang baik, atau dalam bahasa Inggerisnya adalah building up good rapport. Hubungan yang baik dengan golongan-golongan tertentu akan dapat membantu kita dalam banyak perkara.

Jika dapat bina reputasi dan rapport yang baik dengan orang-orang disekeliling, pastilah progres kerjaya kita akan meningkat dengan pantas dan lebih mudah.


7) The Jungle Seminar, 7 Essential Lessons For Success

Buku ni adalah dalam kategori motivasi dan bantu diri (self-help). Ia membawakan 7 pengajaran penting yang perlu diambil perhatian untuk mengecapi kejayaan.

Pengajaran tersebut dijadikan dalam bentuk cerita di mana mereka ekstrak dari kisah yang berlaku di dalam hutan. Erm, cam ne nak cerita ya? Hehe.. Memang susah nak explain, jadi kena baca dulu buku ni sampai habis, jadi baru dapat faham apa yang cuba disampaikan.. =p


Inilah antara buku yang saya dapatkan di BBW 2011 baru-baru ini. Memang best jugalah, sebab dapat beli buku-buku yang berharga RM200 lebih pada harga bawah RM100 sahaja.

Cuma penatlah berjalan-jalan, pusing-pusing tu.. Rasa tumit kaki mencucuk-cucuk.. Hehe.. =p

Papepun, BBW memang best terutamanya bagi para peminat buku-buku bahasa Inggeris terkenal dari luar negara. Harap ianya akan berlangsung lagi pada masa akan datang.

Orite sampai sini dulu untuk cerita Big Bad Wolf.. =)

Friday, October 14, 2011

Big Bad Wolf Book Sale in MAEPS Serdang!

0 comments

Salam, hye guys, just to inform that I will be coming to this event today! =)

Find more info about it here:

1) http://www.bigbadwolfbooks.com/

Wednesday, October 12, 2011

Mutiara Kata Tinggalan Steve Jobs

0 comments


"Jangan Berputus Asa Kepada Apa Jua Yang Anda Lakukan, Hidup Tidak Terhenti Pada Satu Tempat Saja"

Steve Jobs
1955-2011

Steve Jobs adalah seorang genius kreatif yang lahir pada abad ini. Hasil inovasi beliau dalam bidang IT melalui produk Apple telah menjadi satu fenomena seluruh dunia.

Bak kata pepatah, 'Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'.

Sungguhpun begitu, Steve Jobs pernah mengungkapkan bahawa "Masalahnya, saya sudah tua. Saya sudah melepasi 40 tahun dan benda ini belum mampu merubah dunia. Ia betul-betul belum merubah dunia".

Demikianlah cara berfikir luar biasa seorang manusia biasa. Seseorang yang mempunyai matlamat dan pandangan yang jauh.

Dan seperti biasa, orang yang genius seperti Steve Jobs akan mengungkapkan "Kalau saya tidak berhenti dari kolej, Apple tidak akan terjadi", menunjukkan peluang dan rezeki ada di mana-mana.

Saya mula mengenali produk Apple semasa melanjutkan pelajaran di CUCMS pada tahun ke 2. Bermula dengan Macbook White, kemudian Ipod Touch, dan iPad.

Memang produk yang dihasilkan memberikan kepuasan maksimum kepada pengguna walaupun tidak dinafikan ada limitasi pada setiap produk.

Begitulah disesuaikan dengan ungkapan Steve Jobs, "Mencipta bukan bermaksud kita mencipta, tapi bagaimana ia sebenarnya beroperasi dan berguna kepada orang lain"

Dengan inspirasi yang ada, semoga kita semua juga diberi kesempatan untuk menjadi insan yang hebat di dunia dan di akhirat. =)

Monday, October 3, 2011

Here comes, Flipmino!

0 comments

Salam, hye kawan-kawan.

Ok dalam post kali ini, saya ingin berkongsi satu kegembiraan saya dengan anda semua.

Kalau anda perasan di wall facebook saya, beberapa minggu yang lalu saya ada tulis sesuatu pasal Flipmino.. Saya tulis Dilema Flipmino lah, Waiting for Flipmino lah..

Dan ada ramai juga yang bertanya, menatang apakah itu Flipmino? =p

Huhu ok, untuk makluman kawan-kawan semua, Flipmino tu adalah sejenis pocket camcoder.

Ianya adalah satu jenama pocket camcoder yang amat popular di United States (kalau tak silap lah.. hehe..).

Dan kebetulan di blog NizamMalek.com ini, saya bercadang untuk hasilkan lebih banyak video blogging atau vlogging, jadi terfikir-fikirlah untuk dapatkan satu pocket camcoder yang praktikal supaya saya dapat bervlogging di mana-mana saja selepas ini.

Ada beberapa brand camcoder yang saya search di Internet macam Samsung HMX-U10, Kodak Zi8 dan JVC GC-FM1 selain camcoder yang jauh lebih mahal seperti camcoder Sony yang berharga mencecah RM1k.

Tapi tulah, kalau boleh nak cari camcoder yang murah-murah, tapi berkualiti. Jadi banyak lah tengok-tengok review pasal pocket camcoder semua ni dan pergi window shopping kat kedai kamera yang berdekatan.

Banyak juga dapat info pasal camcoder ni. Kira buat research sikit lah, apa yang penting kalau nak beli camcoder. Antaranya adalah fungsi image stabilizer, low light support, handy, practicality, audio quality dan macam-macam lagi lah..

Tapi bila dah survey-survey tu, kebanyakannya hampa saja.. Selain harga yang mahal dan kejarangan pocket camcoder masuk pasaran Malaysia, salah satu cara nak beli adalah melalui Amazon.com atau ebay.com sahaja.

Kat Amazon.com atau ebay.com tu memang ada je pocket camcoder, macam brand lagi. Tapi masalahnya adalah harga dalam USD dan shipping cost yang amat lah mahal. Then ada tu produk-produk yang jenis refurbished. Jadi banyak risiko juga lah kalau nak beli dari luar negara, kan..? Hmm..

Jadi dalam dok search-search kat Internet tu, terjumpa lah satu iklan pocket camcoder Flipmino di Lowyatt.net. Time tu memang kaget gak jap sebab Flipmino ni antara brand top pocket camcoder selain Kodak Zi8.

Jadi tanpa berlengah lagi, teruslah contact pengiklan tu dan beberapa hari lepas tu terus deal untuk pembelian online.

Semalam baru je terima Flipmino ni. Jadi rasa sangat happy. Semua full set original 1st hand tak pernah pakai lagi.. =)

Dah try dan semuanya in good condition. Alhamdulillah.

Cuma Flipmino ni tak jual kat Malaysia, jadi tiada serviced center.

So kalau rosak memang kena refer international warranty lah.

Tapi jangan la cakap rosak2 ni... Harap semua ok yaa.. hehe.. =p


Kini impian untuk dapatkan pocket camcoder yang bagus dah tercapai.

Jadi lepas ni boleh lah mula bervlogging dengan lebih kerap dan banyak.

Mungkin akan buat video music (menyanyi sambil main gitar), vlogging pasal aktiviti saya atau berikan tips-tips yang menarik dan bermanfaat melalui video.

InsyaAllah saya akan usahakan pembaharuan ini di NizamMalek.com.


Dan untuk update terkini, saya sudah mula mendapat beberapa kawan baru di akaun Youtube saya. Kebanyakannya dari luar negara. Mungkin ada juga mat saleh dok tengok video blogging saya sebelum ini.. Yang bosan tu.. hehe.. =p

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda, anda dan anda yang sudi untuk melayari blog NizamMalek.com dan sudi juga untuk menonton video-video yang tak seberapa yang saya hasilkan sekaligus untuk klik LIKE pada blog post yang ada di blog ini.

Saya sangat menghargai semua sokongan itu. =)


Mungkin anda nak lihat macam mana rupa Flipmino tu kan?

Ok khas hanya buat pembaca NizamMalek.com, saya masukkan gambar-gambar Flipmino ini yang saya tangkap semasa pertama kali saya membukanya. Sangat excited! =)

Have a look. =)
Thanks & credit to:

Kano, Senorita Salz yang sudi untuk sponsor hampir 50% untuk membolehkan saya mendapatkan Flipmino ini.

Adik, Zoulx yang tolong COD kan kat KL Sentral.

dan Abah, yang tolong bawakannya sampai ke JB. =)

Thanks2 a lot. =)

September stories

0 comments

Reserve post ini untuk Month summary bulan September.. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.