Sunday, March 6, 2016

Februari 2016 Yang Kejam

0 comments

Assalamualaikum dan salam hormat.

Apa khabar semua!

Harap semua sihat walafiat di sana.

Saya Alhamdulillah, baru sahaja sembuh sepenuhnya dari sakit Demam Virus.

Seksa betul kena Demam Virus ni.

Disebabkan ianya jangkitan virus, jadi tak guna pun ambil antibiotik.

Maka saya terpaksalah bertahan sahaja sementara tunggu sembuh sepenuhnya.

Makan ubat batuk, PCM dan ubat selsema ikut simptom.

Alhamdulillah dah sihat ni rasa syukur sangat.

Itulah, masa sihat kita banyak lalai dan lupa Tuhan.

Masa sakitlah baru ingat dosa-dosa yang dah dilakukan.

Semoga kesihatan ini menjadi peluang dan ruang untuk saya terus memberi manfaat kepada orang lain.

So, how's life?

Especially Februari 2016, pada saya ianya sangat kejam.

Selain sebab sakit, banyaklah perkara yang berlaku membuatkan saya rasa sangat stress.

Saham pun asyik jatuh jerr..

Memang lunyai jugaklah.

Anyhow, walaupun saham jatuh, tapi saya ada je untung.

Alhamdulillah.

Kini Februari dah berlalu.

InsyaAllah saya menjangkakan Mac dan April akan lebih baik dan mantap.

Ok nanti ada masa saya tulis-tulis lagi di sini ok.

Jumpa lagi.

-Nizam Malek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.