Sunday, September 23, 2012

Video Untuk Jabatan Farmasi HSIJB

0 comments

Hi semua, dah lama tak jumpa!

Blog post kali ni saya sediakan khas untuk Jabatan Farmasi, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

3 video di bawah ni adalah video yang saya hasilkan dalam tempoh lebih kurang 2 hari.

Semuanya untuk memenuhi agenda program Jabatan Farmasi.

Walaupun rasa amat tertekan dalam tempoh penghasilan video-video di bawah ni sebab tempoh penghasilannya amat-amat singkat, tido tak cukup, makan pun terganggu dan macam-macam masalah yang melanda, tapi alhamdulillah, video-video ni dapat dihasilkan tepat pada masanya.

Sebenarnya saya amat jarang membuat video-video seperti ini dan kemahiran adalah amat terbatas. Rasa macam tak pasti nak buat macam mana. Tapi alhamdulillah, dapat juga ilham dan kekuatan untuk menyiapkannya. Sesungguhnya, tiadalah daya ku, tanpa pertolongan dan ketenangan kurniaan-Nya.

Banyak perkara yang saya belajar dalam tempoh tersebut. Saya belajar untuk bekerja dalam tekanan dan masa yang suntuk, elemen tidak berputus asa dan berani mencuba, dan banyak banyak lagi.

Teringat saya kata-kata Prof Shah, Ex-Dean Fakulti Farmasi CUCMS yang berbunyi lebih kurang macam ni, "In working life, you might be using only 10% of what you have learnt in university. The rest is about the other things, such as attitude, soft skills and many more..". It's really meaningful, I believe.

Video 1 dan 2 telah ditayangkan pada Perhimpunan Bulanan Hospital anjuran Jabatan Farmasi HSIJB pada 21 September 2012.

Manakala video ke tiga adalah video yang dihasilkan khas untuk majlis perpisahan Cik Fayizatul dan Kak Manira. Yang ni special skit, sebab saya ada masukkan part candid kat akhir video. =)

Ini adalah antara kenangan saya di HSIJB.
Satu lagi kenangan dalam tahun PRP, diabadikan dalam bentuk video. =)

1. Video promosi perkhidmatan SMS & Ambil, SPUB dan UMP



2. Wajah-wajah ceria di Jabatan Farmasi HSIJB



3. Video special tribute to Cik Fayizatul & Kak Manira



Semoga terhibur menonton video-video di atas. =)

P/S: Jangan lupa klik 'LIKE' kalau suka dan tinggalkan komen. Saya suka baca komen daripada anda. Heheh.. =p

Sunday, September 2, 2012

Tulislah apa saja..

2 comments

Dah lama rasanya tak menulis di blog ni. Walaupun blog ni agak diupdate juga, tapi banyak dengan update short status dan video saja.

So how's life? Hmm, life kini amatlah bosan dan stress. September, the beginning of hectic life before my prp year ends. Banyak lagi log book yang tertanggung, CP2 clerking, case report lagi.. Research pun ibarat projek rumah terbengkalai, rupa pun tiada. Huh..

Banyak benda nak share, tapi banyak juga benda yang tak dapat dishare.. Tula kadang-kadang orang kata 'being silent is golden'. Tapi silence buat ak rasa super bosan. I wanna go, I wanna fly.. I wanna shout out loud out there..

Mood sangat down, terasa berbeza masa mula-mula start kerja November tahun lepas. Things make me feel so afraid, it's seems frightening to me.. 

Sometimes orang kata, you might be overloaded with work.. Have some break, holidays.. Tapi ak tengok-tengok balik, banyak juga ak dah cuti sebelum ni.. Ni pun tengah lepak hari ahad ape.. Tapi ntah lah, tetap rasa stress semacam.. 

Btw, esok ak akan mula start rotation baru di Drug Information Service (DIS). Kalau ikutkan, ini rotation terakhir ak untuk tahun PRP ni. 4 minggu akan ada di DIS. Rasanya mesti best di DIS. Hopefully lah.. =p

Hmm, bosan.. Memang bosan.. Hidup dalam keterpaksaan.. Hanya waktu berlalu yang memisahkan.. Dan hanyalah kesabaran menjadi peneman.. Dah keluar ayat puisi pusing-pusing.. =p

Oklah, cukuplah tulisan kali ni.. Saje je, tulis-tulis.. Membunuh sedikit masa yang amat berharga.. Jumpa lagi!

Love You Like A Love Song Cover by Nizam Malek

0 comments

Haloya~

Dalam post kali ni saya nak share satu lagi video music yang saya baru buat malam tadi.

Saje je nak test Guitar Pickup yang baru dibeli.

Harga lebih kurang RM50.



Love You Like A Love Song slow version, tiru Tasha Manshahar & Syed Shamim.

Tapi tak jadi sangat la tirunya.. heheh..

Saturday, September 1, 2012

Cinta Kan Kembali

0 comments

Ke mana hati ni kan ku bawa
Terasing di tasik cemara
Tak mampu mencarimu lagi
Oh tak mampu

Di sana, terbayang wajahmu

Di sini, fikiranku terpaku
Adakah ini hanya mimpi
Oh mimpi

Ku lihat dunia merobek segalanya

Mencengkam memperdaya namun ku masih percaya
Oh tak mungkin kita terpisah selamanya
Tanpa bertemu kembali

Selagi aku bernyawa

Aku kan mengemis cinta

Kasihaniku cintai aku

Kerana ku tak sanggup
Derita tanpa cintamu

Ku lihat dunia merobek segalanya

Mencengkam memperdaya namun ku masih percaya
Oh tak mungkin kita terpisah selamanya
Tanpa bertemu kembali

Selagi aku bernyawa

Aku kan mengemis cinta

Selagi aku bernyawa
Aku kan mengemis cinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.