Saturday, March 6, 2010

National Pharmacy Sports Carnival 2010


Aku menulis post ni dalam keadaan yang amat penat. Tapi tetap nak berkongsi cerita dengan kamu semua.

6.3.2010 merupakan hari berlangsungnya National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) 2010 di Stadium Panasonic, Shah Alam Selangor. NPSC merupakan aktiviti tahunan yang mengumpulkan pelajar-pelajar farmasi seluruh Malaysia. NPSC tahun ini telah dianjurkan Management and Science University (MSU).

Team atlet Bpharm CUCMS bertolak dari InventQ, Cyberjaya dengan menaiki bas dan van pada kira-kira pukul 8 pagi dan tiba pada pukul 8.50 pagi.

Rupanya kami team terakhir yang sampai. IPTA dan IPTS yang terlibat termasuklah UKM, UM, USM, UiTM, UIA, UCSI, IMU, AIMST, MSU dan sudah semestinya CUCMS. Masa masuk dewan, team lain telah duduk berkumpul. So kami masuk macam team favourite lah.. =p

Setelah upacara perasmian yang disempurnakan oleh bekas pensyarah CUCMS yang kini Dekan fakulti farmasi MSU, Dr Eddy Yusof, perlawanan dimulakan. Hampir semua game yang dianjurkan mengikut format kalah mati. Jadi kalau kalah, bye-bye lah jawabnya. Berikut highlight games yang aku sertai.

Badminton
Bosan sikit sebab game favourite aku; Chess takde tahun ni. So aku main badminton kategori beregu. Lawan dengan beregu lelaki UKM; chinese pair, very tall.. =p Rasa-rasa memang boleh fight. Semangatlah katakan~

Hasil latihan seminggu, akhirnya kami kalah 21-3, 21-7. Tahulah kene 'paku'. Tapi kalau nak tahu, team UKM tu juara badminton tahun ni. Kira tak pelah, kalah pada orang yang betul-betul hebat. Heheh..

Dah kalah, ape lagi, kira out lah. So mulalah cari-cari ruang mana tahu ada game lain boleh join. Try nak jadi bidan terjun. Kalau tak bosan je lah duduk kan~

Sepak Takraw

Team sepak takraw memang banyak kosong. So apa lagi, sapu saja. Main di bawah panas terik. Habis sunburn. Satu team dengan Atuk dan Shopip. Lawan team USM.

Kitorg main main-main ja. Bukan reti sangat nak menekong dan melipat bola. Dah lah kaki masing-masing memang tak berapa nak hidup untuk menimbang. So apa lagi, main tanduk-tanduk je lah. And most of times, it works! Heheh.

Tapi kalah juga. 2 set straight. Kalah, panas, sunburn, dan sakit kepala menanduk. Tapi kami enjoy!

Ping Pong
Ini satu kebetulan bila ada pemain main 2 game dan schedule nya clash. 2 game iaitu tennis dan ping pong. So aku menawarkan diri untuk main ping pong beregu dengan Moja untuk perlawanan tempat ke 3/4.

Kami cuba yang terbaik untuk menang, tapi mungkin nasib dan skill tidak menyebelahi, dan kalah akhirnya. Terlepas nak dapat medal gangsa. Ish! Tak pelah, tiada nasib.
____________________________________________________________________

Lepas asyik kalah je, aku dah rasa bosan. Aku nak jadi tukang sorak pulak. Pergi lah sokong orang main futsal. Tahniah lah sebab CUCMS dapat no 3 untuk futsal lelaki.

Kira hebat jugaklah. Untuk futsal, UIA sapu emas untuk kategori lelaki dan perempuan. Diorg memang hebat!

Walaupun format kalah mati, jadual program tamat agak lewat dan closing ceremony bermula 6.45 petang. Dengan rasa amat letih dan panas, ramai yang dah lunyai. Tak boleh nak layan sangat closing ceremony nya. =p

Anyway, tahniah pada yang menang dan bagi yang kalah macam aku, rilek saja lah kan. Hahah. =D Yang penting semangat kesukanan. Kalah dan menang adat bertanding. Mereka yang lebih hebat memang lebih layak menang.

Dapat juga jumpa kenalan pelajar farmasi semasa di NPSC tahun lepas di UiTM, iaitu Mardhiyah UiTM, Zaidi MSU dan Faiz USM. Seronok sebenarnya ada kawan farmasi dari universiti lain. Nanti kerja insyaAllah jumpa lagi.

Selepas makan malam, kami bertolak balik ke Cyberjaya dan sampai pada pukul 10 malam. Begitulah berakhirnya hari sabtu aku pada hujung minggu ini.

Macam biasa, gambar-gambar ekslusif NPSC 2010 akan di upload pada next-next post. Tunggu~

Mata dah jadi kecik. Masanya untuk tido.. =D

11 comments:

Mardhiyah on March 7, 2010 at 7:51 AM said...
This comment has been removed by the author.
Mardhiyah on March 7, 2010 at 7:59 AM said...

sorry delete post sblm ni sbb nak add smtg hehe. kalah takpe, asalkan join in and be there to support the event... tahniah gak utk CUCMS!! heee.. and it was nice meeting you :)

Nizam Malek on March 7, 2010 at 8:02 AM said...

Owh, ingat nape tetibe delete. Haha. Congrates gak UiTM!

wirdiana on March 8, 2010 at 8:42 PM said...

sungguh sombong ye kamu di hari kejadian.. =p
~moja wujud di mana2 sahaja program pharmacy.. huk..

Nizam Malek on March 8, 2010 at 11:23 PM said...

Haa? sombong?? bile?? di mane?? tidakk.... =p

wirdiana on March 9, 2010 at 10:14 AM said...

pada 6 mac 2010.. di stadium panasonic itulah.. benar.. =p

Nizam Malek on March 9, 2010 at 3:52 PM said...

Mane ade sombong~ apa buktinya~ Spotted me ke? knp xtego.. =D

wirdiana on March 10, 2010 at 9:57 PM said...

okla.. okla.. anda x sombong..
nape x tego? LUPA NAMA!!! wakakaka..

Nizam Malek on March 10, 2010 at 11:40 PM said...

kalau ternampak tego je.. jgn segan2 k.. =D

Anonymous said...

Helpful blog, bookmarked the website with hopes to read more!

Nizam Malek on October 24, 2010 at 7:36 AM said...

Thanks, for bookmarking Nizam Malek Blog. Maybe you can suggest the topics that you like to read. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.