Wednesday, March 31, 2010

Jumpa lagi Mac



Akhirnya, sampai masa menulis untuk penutup bulan Mac. Tamat juga akhirnya bulan ni. Bulan yang rasanya amat panjang bagi aku. Rasa nak cepat saja masa berlalu. Aku mahu lari dari masalah-masalah yang membelenggu.

Bulan mac ni juga aku nampak diri aku dalam keadaan terserabut pernah difikirkan untuk tahun 2010. Hampir-hampir saja buat aku rasa nak berputus asa dan lari. Bagai tak kenal diri sendiri. Tapi semua perkara yang terjadi dan aku lalui itu buat aku lebih kenal diri sendiri.

Ok xpe, jom flashback semula apa yang dah terjadi dalam bulan Mac ni. First pasal National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) 2010 kat MSU. Semuanya masih ok masa tu. Aku rasa bersemangat, dan enjoy je. Bersukan memang best. Tapi lepas NPSC 2010, hampeh je nak bersukan. Malas je rase. Erm, dah lame jugak lah tak exercise ni. Hmm..

(gambar ni macam over je?)

Then pasal research project. Walaupun hari rabu dan khamis takda kelas, sebab allocate khas untuk research project, aku tak lah sesibuk kawan-kawan yang lain yang kena pergi ke hospital or lab. Research aku dah bermula lebih awal masa cuti raya cina dulu. Masa seminggu cuti tu, mostly orang study dan prepare untuk mid sem exam. Tapi aku keluar, pusing-pusing satu JB pergi distribute questionnaires.

Kira berbaloi jugak lah. Sebab pengorbanan tu, aku dah relax sikit sekarang. Cuma fikirkan pasal thesis dan analyze data. Selain hand-deliver distribution, aku ada guna internet untuk distribute questionnaires. Dan cara tu sangat-sangat lah mudah, pantas dan berkesan. So dapat lah selesaikan data collection ikut dateline supervisor. So far Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Cuma bab menulis thesis ni yang aku lemah. Pasal citation dah ok, supervisor dah jelaskan macam mana nak buat citation ikut APA system. Tapi masalahnya nak mantapkan penulisan tu supaya nampak berkualiti tu yang payah sikit. Satu sebab kurang pengalaman, yelah nama pun first research project. Dan salah satu sebab ialah kekurangan vocabulary yang baik untuk menulis. Hmm tulah, masa sekolah xrajin membaca, sekarang dah susah. =p

Ohya, then minggu kedua pulak, banyak join aktiviti-aktiviti kat kolej. Macam Kempen Cinta dan Sambutan Maulidur Rasul 2010. Dari situ juga lah kenal few other juniors. Almaklumlah diorg semua akan join pharmacy student di Main Campus InventQ. So kalau dapat lebih ramai kawan/kenalan lagi best kan. Tak lah bosan sangat InventQ.

Well, stress, stress, stress. Stress memang menggunung bulan mac ni. Banyak benda yang berlaku tapi aku tak suka kan nya, dan aku tak mampu nak ubah. Aku mula jadi serabut.. Tido tak cukup.. Makan tak selera.. Pergi meeting pun lambat je.. Amat tak terurus.. Tension.. (Tension pasal apa? rahsia dong!)

(cian dia stres tak dapat jawab exam.. Hanya gambar hiasan..)

Dah lah cuaca pun tak menentu. Selalu panas terik sangat. Ramai orang jatuh sakit. So campur stress+cuaca tak baik, aku pun sama jatuh sakit. Demam kuat. Aku dah agak dah akan demam bila start sakit-sakit tekak. So aku decide tinggalkan Cyberjaya, balik JB, nak release stress dan tenangkan diri. Kat rumah tu aku just rehat, sakit lah katakan.. Alhamdulillah lepas balik dari JB tu, aku rasa ok sikit, lebih bersemangat dan kuat.


(I love Johor Bahru!)

Then minggu depannya start Kuala Lumpur International Book Fair 2010 kat PWTC. Walaupun masih belum 100% sembuh, aku pergi jugak. Naik LRT. Dengan shiapa? (adalah, rahsia.. =p) Best jalan-jalan. Aku rasa Book Fair tu lagi best daripada PC Fair. Suasananya lain. Ramai yang memesan dari aku. Novel, majalah.. Orang tengok aku macam kuat membacalah beli banyak-banyak tu.. Hehe.. Aku cuma beli 1 buku je. Tajuk dia Tips Menjadi Penulis Bestseller tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publishing.


Mana tahu ada bakat jadi penulis buku. Boleh tulis bukukan? =p Maybe next time. Tapi sejak beli sampai post ni ditulis, tak sempat lagi baca buku ni. Tak sempat menyempat. Busy sangat lah katakan. Hope dapat baca nanti.

Cerita pasal buku juga, aku baru habis baca buku yang dibeli sebelum ni. Yang tajuk dia Cara Mudah Berucap di Khalayak tulisan Amin Hazyq.


Dapatlah juga tips-tips berguna untuk diapply masa buat presentation. Antara tips yang penting masa buat presentation for me ialah senyum. Selalunya kita tak senyum sebab rasa gemuruh dan terlalu fikirkan isi presentation kita. Tapi bila kita senyum pada audience, sebenarnya semua akan jadi lebih mudah untuk kita. Selain tu, tipsnya ialah, cara maintain eye contact. Iaitu kita bahagikan audience kita kepada beberapa bahagian. Contohnya kiri, tengah dan kanan. Gerakkan muka kita ke tiga-tiga arah tu semasa berucap. Selepas kita dah terbiasa begitu, berlatih lagi untuk pandang setiap individu yang ada pada 3 bahagian audience kita itu. Lama-lama, kita akan lebih berani untuk mantain eye contact dengan audience, dan presentation kita akan lebih mudah diikuti.

Banyak lagi ilmu yang boleh diperoleh dengan membaca buku self-improvement seperti ini. Tapi pokoknya ialah, kita sendiri yang perlu mengamalkannya. Mulakan dengan satu tip, dan latih diri kita untuk mencapai standard yang lebih baik. Pada saat itu, kita akan dapati bahawa, Knowledge Is Really Powerful.

So apa cerita untuk business bulan mac ni? Hmm, aku nak slow down sikit. Sebab terlalu sibuk dan stress dengan life. Aku nak stop sekejap berbusiness. Inilah kelebihan online business. Boleh buat bila suka dan berhenti bila-bila saja mahu. InsyaAllah dah free-free sikit nanti, kita sambung cerita pasal business lagi.

Ohya lagi, bulan mac ni juga aku mula belajar masak. Sebelum ni cuma tahu masak ayam dan telor goreng. So sekarang dah reti masak ayam masak merah dan ayam kari. Kira tak lah bosan tiap-tiap hari makan benda yang sama je.

Masak ni bagi aku tak lah susa sangat. Cuma kena rajin lah. Lepas makan nak kena kemas-kemas semua. Nanti ada pulak suara-suara sumbang dok sound, kan.. hehe.. Tapi oklah, sebab utama masak ialah sebab nak jimat.
Bulan mac ni macam-macam benda kena bayar. Sampai nak pokai je dah.. Hehe.. Tapi jimat-jimat macam ni pun duit keluar jugak.. Lunyai..

Cakap banyak pasal aktiviti.. Study macam mane wei? Oklah.. Mid sem exam hari tu ok je.. Alhamdulillah tak da fail pape. Tapi kena study betul-betullah. Tu dok interview kawan-kawan yang scorer dalam kelas. Tanya lah kot-kot tahu rahsia nak berjaya. So antaranya bagi tipsnya, study awal, tido awal dan be yourself. Jangan ikut cara orang lain. Know yourself dan follow the best way for you. Masalahnya the best way for us tido je lah kan.. =p..

Begitulah berlalunya Mac 2010. Peluang datang dan pergi. Masalah datang dan datang. (pergilah jauh-jauh masalah oi!). Tapi aku amat bersyukur. Walau susah pun hidup aku, sedih yang aku rasa, tekanan yang aku alami, aku masih mampu survive. Dalam kedukaan aku, Allah masih beri sinar kegembiraan, peluang dan ruang untuk aku hidup dan berjuang selagi masih ada masa. Thanks Allah.

2 comments:

Zamri Mohamad on April 1, 2010 at 7:08 AM said...

Terima kasih atas kesudian saudara membaca karya saya , Tip Menjadi Penulis Bestseller. Mudah-mudahan makbul.

Komen dan kritikan dialu-alukan.

Nizam Malek on April 1, 2010 at 3:02 PM said...

Wah, penulis buku terkenal beri komen kat my blog!!

Thanks Bro Zamri.. Kalau ada peluang, boleh kita jadi kawan dan share knowledge yang ada.

Thanks again bro! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.