Wednesday, April 7, 2010

Story of the first week in April


Salam and hye all. Wah, tiba-tiba dah hampir seminggu berlalu dalam bulan april ni. Ya, seminggu = 7 hari. Sekelip mata masa berlalu.

Sibuk betul bulan April ni. Macam-macam benda kena buat sampai tak perasan pun masa berlalu meninggalkan kita. Awal minggu ni kitorg ada macam-macam presentation kena buat untuk subject Pharmacology of CNS dan Toxicology.

Akhir minggu ni dan minggu depan pula ada presentation untuk Veterinary pharmacy. Life can be very hectic at the moment.

Sebab dah seminggu tak update blog, let me summarize all things that I have encountered within this week, k:


Best masuk April!

Tak tahu kenapa, bila masuk bulan April ja, rasa lain. Tak rasa terlalu stress macam bulan lepas. Walaupun masih terbeban dengan workload coursework, tapi rasa boleh handle lah.

I don't want to be entangled with stress too much or too deep. I just cannot perform well with those dragging bad emotions. So far so good. I feel great and ready to face challenges.


Pergi hantar Viva ke Perodua Service Center

Hmm, dah setahun lebih Viva jadi peneman setia aku. Ke mana ja aku nak pergi, viva bawakkan. So far sangat berpuas hati dengan performance viva biru ku.

Walaupun kecik je, tak sporty, dan tak selaju kereta-kereta mahal yang lain, I feel good enough driving it as a student. Pasal minyak paling best.

Rekod isi minyak full tank, then remain pakai untuk 4 minggu! Bayangkan sebulan drive tak payah isi minyak, gila best kan?? =p. Sekarang dah tukar balik pakai RON95 Petronas.

Tak larat lah nak pakai RON97 Shell. Performance sama je, dan tak lah lebih kilometer pun. Sama je, tiada beza. So beralih ke minyak yang lebih murah. huhu.

Cuma sedih sikit sebab tinted viva dah rosak. Sebab panas sangat, tintednya dah ade kesan gelembung-gelembung udara kat tingkap kiri dan belakang. Nampak buruk lah skit. Mungkin kalau ada masa nanti nak claim warranty.

Ohya, masa service kat perodua hari tu, Service advisor tu cakap shock absorber kanan belakang dah stiff. So boleh claim warranty. Meaning perodua akan tukarkan absorber yang baru FOC!! Yahoo!!


Wise Advises

Awal April ni aku ada dapat banyak nasihat dan pengajaran daripada pengalaman orang lain. Contohnya masa pergi hantar service Viva kat Perodua Puchong tu, aku terjumpa seorang mak cik masa tengah menunggu. So kami pun borak-borak lah.

Dah sembang-sembang tu, aku teringat satu phrase yang mak cik tu cakap, "apa-apa yang terjadi dalam dunia ni, semua nya telah ditetapkan oleh Allah". "So jangan la kita terlalu menyesal atas apa saja yang berlaku, sebab jika sesuatu itu telah ditakdirkan berlaku, ia pasti berlaku".
Then mak cik tu cakap lagi, kalau kita selalu tersesal dengan benda-benda yang lepas, ia akan menghantui kita dan kita tak akan dapat perform dengan lebih baik untuk membina masa depan kita. For me, it's a good advise, sebab sometimes, kita selalu rasa menyesal yang terlebih-lebih bila kita dah terbuat salah/silap.

Sampai it takes days to weeks for us untuk lupakan semua yang berlaku. Dan dalam masa seminggu tu kita akan down je. Sebenarnya tak elok macam tu. Tiada manusia yang sempurna. So kita kena bersemangat sikit untuk terus berjuang untuk hari esok.

Lebih elok jadi diri sendiri daripada terikut-ikut kata orang. We will perform better if we always believe in ourselves and know what we are searhing for in life.


Bola Sepak!

Sejak akhir-akhir ni aku agak terbiasa pergi tengok bola. Mungkin juga salah satu cara nak release stress, lepak kat luar. Biasanya pergi tengok kat Padi ngan kawan.

Sokong team apa? Mesti lah Manchester United (ManU), =D. So bersemangat lah pergi tengok game ManU, pakai baju merah ManU tu. Konon die hard fans lah.

Tapi slek lah pulak. Asal most game yang aku tengok, ManU kalah lah pulak. Macam masa kalah 1st leg champions league to Bayern Munchen.

Then kalah 1-2 to Chelsea kat Old Traffold. Almalang jugak lah. Hehe. Malam ni 2nd leg champions league lawan Bayern Munchen. Hope ManU menang!! =D

On the hands, team yang dah berjaya lepas ke separuh akhir ialah Barcelona yang kalahkan Arsenal dan Inter Milan yang singkirkan CSKA Moscow.

Barcelona memang calon juaralah, tapi bila lawan Inter Milan nanti, I predict Inter Milan will go through to the final. Quite interesting for now. =D


Karnival Mesra Ubat!

Karnival Mesra Ubat adalah satu program yang akan kami organize this coming May kat perkampungan orang asli Jasin, Melaka.

It's a community service or public health program. So we have to prepare lah for that. Aku ditugaskan untuk marketing/sponsorship. Cari duit lagi lah jawabnya. Lunyai.

Tapi tulah, dah 3rd year ni tak larat+tak ada masa nak luangkan masa bukak booth jualan untuk dapatkan duit. So nak harapkan sponsorship je lah.

So aku pun try lah mintak few companies macam Staedtler, Reckitt & Benckiser, Hovid, Constant Pharmacy, Caring Pharmacy dan Faber Castell.

Semua most jawab tak ada bajet, lepas lebih kurang 2 3 minggu follow up. Kalau tak ada bajet tu cakap je lah awal-awal. Jangan lah dok meninggikan bil postpaid aku.. Hahah.. (geram ni).. hahah.. Grr... grr..

Tapi tulah, memang susah lah skit sebab fund raising tak bergerak-gerak. Harap-harap miracle akan berlaku nanti. Hmm..


Pharmaceutical Care Attachment

Oh ni lagi satu kenangan yang tak akan dilupakan on 7 April 2010. My group and I went to Nilai Cancer Institute.

So kami dapat lah pengalaman 'indah' kat situ. First time kena 'ugly'! hahahah.. Mungkin ini cuma rahsia antara kami berlima. Rahsia.. =p


Hajat Prayer

Ohya, untuk Cyberjaya University Society of Pharmacy Students (CUSPS) tahun ni, aku dalam biro kerohanian.

So sekarang aku dan Iman tengah propose untuk buat annual solat hajat sempena final exam untuk setiap sem for pharmacy students.

Alhamdulillah proposal dah siap dan dalam proses reviewing by faculty dan kolej. Kalau semua ok, insyaAllah program tu akan diadakan pada 15 April 2010 ni di InventQ.


Research Project

Selain tu, sibuk juga dengan research project. Semua orang mula stress, sampai tiada masa nak bersenyum-senyum (ya kah? hehe..). Research project aku dah masuk ke fasa data analysis. Hampir semua result dah dapat dalam spss software.

So proses seterusnya ialah untuk menulis, dan menulis. Lepas tu siap lah. Actually, I'm really grateful sebab dapat Madam Zie as my supervisor.

Walaupun working with her sometimes can be stressful sebab timeframe for working quite short, but Alhamdulillah I'm managed to follow the expectation till now.

I hope that she is satisfied with my work. I'm ready to work hard for this research because, I just love it and I hope that the result will be good for my cgpa as well.


Annual Pre-Grad Dinner

Ohya, 9 April 2010 ni akan diadakan Annual Pre-Grad Dinner untuk pharmacy students. Tahun ni, juniors 2nd year yang organize. Sempat juga join rehearsal diorang 2 3 hari lepas.

Nampaknya bagus lah, hampir semua yang terlibat komited dengan tugas masing-masing. Hope everything will be fine nanti. So for me pulak, tahun ni mungkin pakai baju biasa ja. Memang bukan tradisi aku beli baju baru khas untuk pakai kat malam dinner je.

Biase aku pakai baju yang ada ja. So maybe just pakai formal biasa + sweater tanpa lengan warna hitam, seluar hitam dan kasut hitam.


Study?

Ya, sibuk-sibuk pun study jangan dilupa. Harap-harapnya dapat study sikit-skit lebih awal. Sebelum ni selalu study last minute. Result pun xbest sangat.

Sekarang ni banyak revise pasal Pharmacology of CNS a.k.a killer subject for this sem. Walaupun best study subject ni, ramai yang tak score.

Mungkin teknik menjawab kurang tepat atau memang disebabkan kurang membaca point-point yang penting.

This is the final exam for us, untuk tamatkan tahun ke 3.

Next year will be my final year, and insyaAllah will graduate. One year to go.

I hope I will be strong enough to finish this.
____________________________________________________________________

Well lebih kurang macam tulah cerita sepanjang seminggu ni. banyak benda yang aku encounter. Walaupun banyak yang aku tulis, tapi sebenarnya banyak juga lagi yang aku tak tulis. Tak pelah, tulis sikit-sikit, simpan untuk month summary nanti. Huhu.

tapi so far aku ok lah. Walaupun sibuk dan amat sibuk, aku tak mahu entangle diri aku dengan stress.

Aku nak try teknik rationalization yang Prof Hatta ajar. So that I dont become too anxious bila sesuatu benda yang aku tak suka berlaku. =)

Oklah, sampai sini dulu, jumpa lagi on the next post! =D

5 comments:

Mardhiyah on April 8, 2010 at 11:43 AM said...

wownizammcmbusyjeupunyeaprilschedule.andbythewayisiminyakpenuh4minggubolehpakai????gilebess...syisipenuhplg2pun2minggujeleh..huhu..vivajugak..

p/s:sorrykeyboardlaptopnirosak

Nizam Malek on April 8, 2010 at 11:52 AM said...

Huhu, biase dapat tahan 3 ke 4 minggu. Lain lah kalau selalu keluar dari Cyber. =D Ermm.. memang, busy.. busy sampai bosan.. hehe..

wirdiana on April 8, 2010 at 7:03 PM said...

mantap ah viva kamu.. sokong mar! viva kami mmg x mampu pya nk bertahan cmtu..
ye r.. dr kolej nk g gate pn dh 4km.. kedai2 plg dekat & psr mlm pn 8km dr uitm.. huu~
~mar.. br dpt ass mr tommy ek arini? huhu..
~nizam.. slmt tension2 ngn fyp.. i'm done! Alhamdulillah..

Nizam Malek on April 8, 2010 at 7:10 PM said...

Hehe, kira oklah tu 2 minggu tak isi minyak kan? Wah, ade ke doakan selamat tension2.. kejam nye.. haha.. doakan lah semoga research project saye boleh dapat A.. =D

wirdiana on April 8, 2010 at 10:59 PM said...

haha.. dh mmg cmtu.. x mgkn kot wat fyp x tension.. hurmm..
InsyaAllah dpt A.. doakan saye dpt A juga utk 4 subjek sem ni.. lalalala.. ~berangan!~ =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.