Hye, the date has come. Hari yang ditunggu-tunggu, iaitu hari keputeraan beta. Perh! Berangan pulak.. =p
Anyway, today is my birthday! 26 April 2010 bersamaan hari isnin yang mulia, wahaha.
Sebenarnya aku bukan la jenis suka meraikan hari ulang tahun. Selalunya member-member akan sambut birthday dengan perang tepung dan gelak ketawa. Tapi percaya tak, aku tak pernah rase semua tu. Hari ulang tahun aku biasa nya biasa saja, sama macam hari-hari yang lain. Bosan? Tak lah, biasa ja.
Aku jenis yang tidak membesarkan sangat tarikh hari lahir dengan sambutan yang berlebih-lebihan. Cukuplah sekadar tarikh itu menjadi ingatan tentang kesukaran ibuku melahirkan aku. Semoga aku tidak pernah lupa akan pengorbanan mama dan akan terus berbakti kepadanya sementara hayat masih ada, InsyaAllah.
Kini umur aku memasuki tahun 23. Aku kini di antara kategori belia dan dewasa. Beberapa hari ini, aku mula mengerti erti kehidupan dan perjuangan. Pernah masa sekolah dulu, masa pergi kem motivasi, antara pesanan daripada pelatih yang aku masih ingat ialah "sekarang kamu masih belum matang untuk menilai, bila kamu dah dewasa nanti, barulah kamu akan nampak apa kesan daripada latihan keras yang mungkin kamu anggap bodoh sekarang".
Masih jelas sebenarya suara-suara nasihat seperti itu kedengaran di telinga aku, dan membuatkan aku sedar, pentingnya tunjuk ajar daripada orang terdahulu untuk pedoman kita. Aku sudah melepasi tempoh pembentukan remaja. Kini perlu beralih ke alam dewasa yang penuh tanggungjawab dan survival. Bermula semula di umur 23. =)
Aku bersyukur masih diberi ruang dan peluang waktu untuk terus hidup. Semoga perjalananku di muka bumi ini sentiasa dirahmati dan diberkati yang Maha Esa.
(Nampaknya David Beckham cuba nak menyambut birthday aku tahun ni.. =p)
Kepada yang ingat dan wish birthday aku tahun ni, aku dengan in advancenya mengucapkan ribuan terima kasih. Sokongan anda semua amat aku hargai. =)
Ohya, kini aku cuma tinggal setahun saja lagi untuk menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan farmasi di Cyberjaya Universiti College of Medical Sciences (CUCMS). Sekarang tengah prepare untuk final exam tahun ke 3. Doakan aku dapat tawan exam kali ni dengan baik k. Thanks! =)
P/S: Jangan lupa ni post hari jadi tau, so hadiah tu jangan lupa dihulur.. Sebab aku sangat suka dapat hadiah k! =D
4 comments:
selamat hari lahir!.
may ALLAH bless u
:)
Thanks for the birthday wish in my blog. =)
hApPy BuFdAy!!!
SoRrY lAmBaT wIsH..
bArU Je lAwAt BloG nI....
Ok Thanks Anonymous. =)
Post a Comment