Thursday, January 7, 2016

Buat Keputusan Untuk Berjaya Hari Ini!

5 comments

Mungkin ada yang kata.. 

"Nizam, kau boleh lah. 

Sekali profit saham RM20k, RM50k.. 

Boleh lah beli rumah banyak-banyak...

Aku ni, gaji pun kais pagi makan pagi je..

Janganlah cakap macam semua perkara mudah sangat..."

Ermm..

Saya tak lah kata semua perkara mudah sangat.

In fact saya pun lalui banyak kesusahan dan keperitan sebelum mencapai apa yang saya nak.

Profit saham RM20k, RM50k?

Hehe, tak de lah, profit saham ciput je... grin emoticon

Cuma saya nak berikan fakta bahawa, saya mula melabur dalam hartanah ketika berumur 25 tahun, ketika saya masih belum berkahwin lagi, lebih spesifik pada tahun 2012.

Dan saya telahpun berjaya memiliki empat buah rumah ketika saya belum pernah kenal apa itu saham.

Kiranya masa tu saya dalam keadaan saham jahiliah lah. Hehehe.

Apa yang saya nak beritahu anda adalah, kita kena BUAT KEPUTUSAN untuk berjaya dalam hidup ini.

ILMU memainkan peranan penting dalam proses membina kejayaan.

Mentor hartanah saya pesan, invest for knowledge.

"Kalau ada orang boleh ajar sesuatu perkara yang bermanfaat yang anda tak tahu, pergi belajar dengan dia, walaupun kena bayar RM5,000."

Itulah pesanan mentor saya dan saya ikut nasihat beliau.

Saya dah spend a few thousands untuk pergi belajar, antaranya:

★ Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan IMKK (RM997)
★ Kelas Advance Gegar Saham Syariah (RM1,900)
★ Kelas FCPO basic + advance (RM1,000)
★ Millionaire Marketing Mastery (RM2,997)
★ Intensif Momentum Perniagaan Internet (RM3,599).

Dan Alhamdulillah ia merubah banyak perkara dalam hidup saya.

Memang saya cuma manusia biasa, tiada sayap dan masih selalu sakit juga.

Tapi alhamdulillah saya dapat capai apa yang saya nak dengan adanya ilmu dan sistem yang betul.

Pesanan saya, jangan EGO dan BESAR KEPALA kalau hendak berjaya.

Tundukkan diri dan belajarlah daripada orang lain yang lebih tahu daripada kita.

Seperti petikan dalam surah An-Nahl ayat 43, Allah berfirman "..Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui."

Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi buat anda.

-Nizam Malek



Friday, January 1, 2016

Bagaimana Anda Boleh Mencapai Apa Sahaja Yang Anda Inginkan Pada Tahun 2016?

1 comments

Adakah ANDA Rasa Bosan Kerana 
Pencapaian Anda Tidak Seberapa?

Adakah Anda Rasa Pelik Lihat Orang Lain 
Berjaya Dengan Mudahnya?

Adakah Anda Tertanya-tanya Apakah 
Cara Sebenar Untuk Membina Kejayaan?

2015 telah selamat berlalu..

Apakah pencapaian anda yang 
membanggakan sepanjang tahun?

Tiada?

Lihat kembali, pasti ada kejayaan yang anda 
ada capai dalam tahun 2015 kan?

"Ada Nizam, tapi pencapaian saya style ikan bilis je.. 
Tiada apa yang boleh dibanggakan pun..
Nak sebut pun malu... Hurmmm"

Kira ok lah juga, ada pencapaian kan daripada 
tak ada langsung, betul tak?

"Betul, tapi saya saya lihat orang lain punya 
pencapaian,mantap betul.. Kalau orang lain 
berniaga dapat buat banyak sales,
kalau yang melabur hartanah 
dapat beli 5-6 biji rumah, 
kalau yang main saham, p
rofit sampai RM12k bagai.. 
Saya apa pun tak de... Sobs.."

Yeke, tahu tak kenapa orang lain 
dapat buat pencapaian yang luar biasa?

"Tak tahu pulak.. Kenapa ya?"

Sudah pasti ada rahsianya.....

Setiap orang yang berjaya berkongsi rahsia yang sama. 

Kerana itu mereka berjaya mencapai 
apa sahaja yang mereka inginkan.

Biar saya beritahu anda..

Sekiranya anda tahu apakah rahsia 
orang-orang berjaya, sudah pasti
anda juga akan turut mencapai kejayaan 
dengan lebih mudah..

Kalau orang lain boleh berjaya, 
kenapa anda tidak boleh pula?

"Betul ke Nizam? Boleh tak share dengan 
saya apakah rahsia-rahsia orang yang berjaya ni?
Saya nak cuba praktikkan dan lihat hasilnya.."

InsyaAllah saya boleh sharekan caranya.

Kebetulan saya juga telah lakukan perkara 
yang sama seperti yang mereka lakukan 
dan saya dapat melihat hasilnya hari ini.

Kalau anda berminat nak tahu, saya ada rakamkan 
satu siri video berkongsikan satu teknik bagaimana anda
boleh mencapai apa sahaja yang anda inginkan khususnya 
di tahun baru 2016 ini.

Jom tonton salah satu video yang saya rakam tersebut..




"Wah, saya berminat nak tahu lebih lanjut lah Nizam, 

macam mana caranya?"

Boleh, anda boleh download dan dapatkan 6 lagi video dalam 
siri video ini dengan melayari laman ini:




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.