Wednesday, July 28, 2010

Hari yang sakit.. ='I

2 comments

Hari ni aku jatuh sakit dan xdapat pergi kerja macam biase. Bermula malam semalam, aku diserang asthma lebih kurang pukul 1 pg. Rase sangat sesak nafas dan tak boleh nak tidur. So aku ambik 2 mg ventolin tapi rase tu tak relief jugak.

Aku terpakse ambik lagi 2 mg ventolin dan aku beransur rase ok skit. Sebab rase sesak nafas tu jugak, mungkin aku kekurangan oksigen dan aku rase sakit kepale sepanjang malam, tidur pun tak lena.

Perbezaan rongga peparu normal dan asthmatic patient

Bangun subuh, aku rase kepale makin pusing, tak larat nak bangun. Aku tahu memang aku xboleh nak drive ke nilai kalau macam ni. Rase frust skit, dan dalam pukul 7 tu aku sms ke Azhar yang aku tak dapat datang. Memang rase sangat tak larat dan tak boleh belah. =(

Tanda dah sms =p

Aku tahu aku just need a rest. Aku baring dan biarkan badan aku berehat sepenuhnya. Dalam pukul 10 pg macam tu aku terjaga. Badan masih lemah, tapi boleh la nak bangun sikit. Aku just minum air kosong, tak de makanan. Tak selera nak makan roti. Rase nak demam, so aku baring semula, sampailah tengah hari.

Bila dengar azan zuhur, aku bangun, siap2 semua dan keluar g cari makanan kat foodcourt putrajaya. Beli je la pape yang lebih kurang. Rase janggal pulak, sebab dah terbiase ade kat nilai mase2 macam tu. Rase macam budak sekolah tengah ponteng sekolah g jalan2.. =p


Balik rumah dan makan. Hmm, aku minum air 100 plus untuk gain some electrolyte. Then lepas selesai aku segera telan triprolidine dan ventolin. It happened fast, mate aku naik gatal2 (alahan) dan selsema jadi makin teruk. Oh aku dah tahu, ni mesti ade drugs interaction dengan 100 plus yang aku ambik (mungkin). Condition aku makin buruk. Erghh.

Aku kene sambung rehat dan aku ambik 2 biji Paracetamol lagi before tidur dan minum banyak air mineral. I just need a rest and I know it will be ok from time to time.

Sekarang dah lebih kurang pukul 7 ptg. Aku dah rase ok skit dan ambik peluang ni untuk share with all of you, what has happened to me. Thanks to all yang really concern about my health, keep smsing, ym dan facebooking bertanye khabar.

Maaf kalau tak larat nak reply semue. But just to let you guys know, I'm resting well today. Hopefully I will fully recover by tonight, InsyaAllah.

Hmm, by this sickness, record attendance 100% industrial training aku kat Royce Pharma dah terlebur. Sob2.. Takpelah, dah nak sakit nak buat macam mane.

I will try my best to come for the last 2 days yang tinggal. Nak kena submit evaluation forms to 3 departments dan lepas tu industrial training akan tamat, bermula semula hidup baru di main campus.

Begitulah sihat dan sakit datang dalam hidup. Mengajar kita erti kesabaran. Ok sampai sini dulu. Thanks for reading, dan thanks juga for praying so that I get better. =) Salam.

Saturday, July 24, 2010

Ada apa dengan QC department?

4 comments

Diam tak diam, dah 2 hari aku lalui industrial training di QC department Royce Pharma. Banyak pengalaman yang aku dapat setakat ni. Selalu balik rumah je aku kepenatan, xsempat nak tulis blog. So di hari sabtu yang indah nian ni, boleh lah aku share sikit sebanyak ape yang berlaku sepanjang khamis dan jumaat lepas. Mesti korang semue tertunggu2 nak tahu kn? hehe..

Ok, hari pertame kat QC department, hari khamis. Aku sampai on time gak, pukul 8 pg. Semangat lah konon, masuk new department..

QC department ni terbahagi kepade beberapa bahagian. Contohnya QC office; tempat yang digunakan untuk sediakan manual lab preparation, buat report analysis, lepak, rehat, main facebook dan makan (haha!). Selain tu ade HPLC room; iaitu tempat untuk buat analisis product menggunakan HPLC instruments.

Then berdepan dengan QC office, ade QC lab di mane semue lab preparation dan aktiviti2 lab dijalankan. Kat situ gak ade bilik Microb lab test dan analysis instruments yang lain macam Infra red (IR), Gas Chromatography (GC) dan Thin Layer Chromatography.

Kat 2nd floor ade rooms untuk simpan retention and samples of product. Kat situ, setiap product yang dihasilkan oleh company akan di kawal mengikut suhu2 tertentu dan samples akan di uji secara berkala untuk menilai tahap kestabilan product yang dihasilkan. Kalau ade product recall, retention product akan dibuka dan diuji untuk dibandingkan dengan product lain dalam batch no yang same.

Dan yang terakhir ialah bilik IPQC which stands for In Process Quality Control yang terletak di block B production floor.

Ok mase first time sampai tu, aku diperkenalkan kepade semue personnel yang ade kat QC department. Mostly semue kat situ berstatus chemist. Then aku dihantar ke IPQC room. Kat situ aku dilatih oleh Maziah dan Achik. Diorg ni memang giler (gile2, hehe). Satu hari tu je aku dah dibawak pusing satu kilang. Dari block B, ke block C, ke sorting, ke washing area, ke primary packaging, tableting, secondary packaging, packing dan macam2 lagi lah.

Seharian aku pakai jumpsuit. Ohye, jumpsuit untuk QC department ni special, warne pink. Kire feminin skit lah.. hehe..


Hello~ (ape die kat pipi kanan aku tu? contaminant kot..)

Ngan Maziah n Achik ni asyik gelak je. Diorg suke berlawak tak kire lah kat mane. Macam2 borak. Tapi time training, training betul2 lah. Aku belajar banyak bende2 yang aku tak terfikir pun sebelum ni.

IPQC ni buat ape? Ok, IPQC ni bertanggungjawab untuk monitor segale process yang berjalan kat dalam production floor dari manufacturing sampai ke packing so that semue nye menepati piawaian GMP (Good Manufacturing Practice) dan BPFK (Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kebangsaan).

Selain tu kene buat line clearance, iaitu bagi approval sebelum sesuatu process tu boleh dijalankan. IPQC personnel gak kene ambik sample untuk dihantar ke QC lab bagi tujuan analysis. Semue aktiviti2 tu aku dapat tengok sendiri dalam satu hari tu. Ade few pics yang aku sempat snap.

Ni mesin untuk buat friability test

Ni plak mesin untuk buat dissolution test

Ni plak folic acid yang akan diuji..
Mesin ni untuk test diameter, dan hardness sesuatu tablet

Kerja IPQC ni sebenarnye relax je. Boleh jalan2 suke2 hati, dan tak la sebusy mane sampai tak sempat nak tengok kiri dan kanan. Tapi kene teliti lah perhatikan process, check pakaian operators dan lain2, sebab kalau QA personnel masuk production floor dan detect pape error yang berlaku, IPQC personnel lah yang kene ketuk dulu awal2.

Satu yang menarik pasal QC department ialah, mostly semue aktiviti adalah practical dan perlu bergerak ke sini ke sane. Tak ngantuk sangat dan mase pun cepat je berlalu. Tak macam kat Production n QA department dulu. Tengok jam macam tak nak bergerak je.. hehe..

2nd day plak hari jumaat. Aku ditempatkan kat QC lab untuk belajar/assist Azhar prepare Salbutamol bagi analysis menggunakan HPLC. Same je macam mase lab kat sekolah or kolej, tapi buat test betul2 untuk dapatkan result product.

Antare activiti yang aku buat kat lab hari tu ialah weighing, prepare mobile phase for HPLC dan sample Salbutamol. Lab manual die mudah difahami dan rase seronok je buat preparation tu. Nasib baik ade basic lab technique. Kire tak lah kekok sangat.

Then lepas dah siap buat Salbutamol preparation, masuk ke HPLC room untuk run test. Kak Lin ajar macam mane nak handle HPLC. Tekan situ, tekan sini.. banyak gile, naik pening aku dibuatnye. Teringat mase Ms Ismin ajar instrument HPCL untuk Pharmaceutical Analysis dulu. Mase tu teori je, sekarang dapat real practical experience. Baru boleh appreciate the knowledge. Rase bertuah.. =p

Ni lah die HPLC

Ohye, lupe plak nak inform. Kat QC office tu ade Kak Lin (senior chemist), Azhar, Khairi, Anis, Dayah, Zah, dan Ijan. Kadang2 Rizal datang lepak kat situ. Mase rehat tengah hari, diorg ajak g rumah sewa Azhar kat Nilai Perdana. Best lah gak, jalan2. Makan tengah hari, lepak2, then g solat jumaat kat Masjid Nilai.

Lepas balik solat jumaat, sambung lagi buat analysis untuk Salbutamol tu. Kebanyakkan manufacturing company tak kasi student trainee untuk run test pakai HPLC diorg, mungkin sebab mahal dan nak dapatkan result yang betul2 bagus.

Tapi kat QC department ni, aku dapat peluang untuk buat run test dan troubleshoot bile ade pape prob. Untuk Salbutamol ni, banyak masalah teknikal berkaitan column die. So kene try banyak kali untuk dapatkan column yang sesuai.

Bersedia untuk test Salbutamol

Ni antare result yang keluar hasil run test yang aku buat. Buruk gile peak die.. Macam gunung kat banjaran titiwangse atau Batu Caves.. =p

Walaupun HPLC ni rumit (memang pening!), tapi bile dihandle oleh chemist yang dah mahir macam Azhar dan Khairi, memang bende tu semue nampak sangat mudah, macam main game je, tekan2 sane sini. Itulah orang putih cakap, respect and appreciate those people with skills.

Ok, sampai sini dulu pengalaman 2 hari kat QC department. Kak Safni nak tahu my point of view pasal chemist kat QC department ea? Huhu, boleh2, tapi tunggu ler last day.. =p

So, 5 more days to go. Bersemangat sikit untuk selesaikan industrial training ni. =D See yah!

Wednesday, July 21, 2010

The memories in QA department

7 comments

Hari ni merupakan hari terakhir aku 'attached' kat QA department. Begitulah pantasnya 7 hari berlalu. Menggamit kembali kenangan hari pertama di QA department, aku sentiasa segan-segan. Duduk kat kerusi belakang Abang Wan, mostly sampai tengah hari tu bace file SOP. Then petang tu aku start diberi task untuk bantu QA department.

Begitulah berterusan setiap hari, aku belajar banyak berkaitan documentation, buat summary products, release BMR or additional copy of BMR, and etc. Jarang sekali aku dibawak turun ke Production floor, mungkin tak sempat. Tapi tak pe, aku gunakan peluang untuk 'feel' the environment kerja dalam office. Most of the time diorg relax, gurau2, gelak2, borak2. Tapi sometimes ade gak mase sangat stressing mase diorg buat kerja, biaselah kan..

Kat QA department ni aku rase lebih dekat dengan diorg semue; Kak Has, Fairuz, Us, Abang Wan, Kak Khuzai, Kak Safni (sehari je) dan Geoffrey (sebutnya Jefri ya, =p). Diorg semue baik2 and very supportive.

Bile mase diorg borak2, gelak, I felt really fun staying with them. Sometimes I knew, they were in stress due to work, then they took few minutes sitting together and talk. Macam sesi luahan perasaan lah, and I could see after that, they continued their work like having a new positive spirit. I really impressed with that.

That's true, mase kat QA department, I didn't get the real exposure about what should I know regarding Quality Assurance responsibilities in a manufacturing company, but the fact is, I did learn a lot about the working environment; serious vs fun while working.
Haa, I would like to take this opportunity to give a short speech to all personnel yang kat QA department lah. Special tau ni, =p

Kak Has: Kak Has ni QA manager. She is a really soft/kind looking manager dan tak sombong bile orang nak bertanye. Thanks for putting your trust on me to do the PCC summary, Product review and others. I knew sometimes it was an overload to a trainee like me, but not a big deal, I loved what I did and I learnt a lot from it. Kalau ade salah silap dalam tasks yang saye buat tu maaflah k.. =p. Pape pun, you are a really nice manager. =)

Abang Wan: Hye abang Wan. Thanks again sebab belanje lunch kat Taman Semarak hari tu. Take care well of your Viva, and in advance congratulation for new baby nanti! =)

Fairuz: Fairuz is the man of QA department. Selalu ceria dan suke mengusik. Rasenye, I was quite close to Fairuz berbanding yang lain. Fairuz yang banyak ajar pasal kerja-kerja kat QA department, walaupun sometimes aku blur2, lambat pick up ape yang diajar, tapi Fairuz tak pernah tunjuk muke stress kat aku. Walaupun Fairuz selalu ceria, tapi last day aku kat QA I could see he was really down due to work. It seemed that nothing could help him. Muke stress gile. Aku rase sedih sebab tak dapat tolong pape =( dan sampai lah satu saat I got a chance to tap his shoulder. I hope that really can at least make him smile. Pape pun, I did learn a lot from Fairuz, especially on how to become a good employee/colleague. Those experience will always remain with me. Thanks. =)

Geoffrey: Semue panggil die Jef. He is a funny Indian guy. He can be really strict regarding Quality Assurance procedure. Paling tak kan lupe mase you tried reply complaint dari Klinik Kesihatan Bangi berkaitan label product. That time you were stressed up, but at the same time funny! =p

Uswatun: I met Us mase first time sampai kat Royce Pharma, dalam meeting room. Thanks for helping me mase printing Product Review for Hydrorazide. It came out really nicely. An easy going and sweet lady, but at the same time you can do work. All the best for your career, and as you said, "See you in QC". Peace!

Kak Khuzai: Hye Kak Khuzai. Kak Khuzai ni dok kat sebelah my table. Selalu je sibuk, meja tak pernah clear, mesti je ade document sane sini. Kak Khuzai selalu bagi makanan macam biskut, gula-gula, dan jeruk. Thanks2.. =D

Esok aku akan bermula semula di Quality Control (QC) department. Tak tahulah ape azabnye pulak. Kenape azab? hehe, yela tahu je la aku bab2 lab ni lomah sikit.. Tak pernah nye berjaye.. Kalau tak dapat result yang diharapkan, mesti je ade radas yang pecah. Selalunye, sape2 yang terer lab ni, kalau satu group ngan aku, mesti fail gak akhirnye.. Haa, berhantu tak? hehe..

Ok xpe2, just go through the attachment, tinggal 7 hari lagi untuk dilalui. Lepas tu merdeka!! hehe..

So for the time being, let say good bye to QA department, see again and thanks for the memories. =')


Monday, July 19, 2010

For Monday Blues

4 comments

19 July 2010, minggu baru bermula lagi dengan hari Isnin. Tak tahu kenape, aku rase a bit down dr awal. Mungkin sebab tido dekat pkl 1 pg semalamnye, aku bangun agak lewat dari kebiasaan.

Bersiap macam biase, tapi tak tahu kenape, waktu berlalu amat pantas macam sengaje ingin menjerat aku. Bila dah start driving, jam menunjukkan pukul 7.30pg, aku tahu aku boleh sampai tepat pade mase.. So aku rileks je.. aku teruskan je driving..
Tapi agak malang lor.. Time2 aku tak banyak mase la jalan jadi jem pulak.. Lepas je jalan Dengkil, kerete tetibe jadi banyak.. Aku terpakse la ikut je traffic.. Buat aku mengantuk sikit.. dan akhirnya aku tibe di kilang Royce Pharma.. Jam time tu dah pukul 8.07pg. Aku tahu aku dah terlewat.. Hmm..
Ok takpe, bukan nye aku kene punch card (buat pe sedih sgt? =p).. Aku masuk ke QA department macam biase.. Duduk kat meja kerusi yang ade.. Sebenarny aku agak mengantuk mase tu.. Rase ting tong je.. Kalau boleh tido tu best ny la.. (~_~)

Hari ni aku ade 2 task yang masih belum siap. 1 finalize Product Quality Review untuk Hydrorazide dan task yang kedue kene buat Process Change Control (PCC) summary. Yang task Hydrorazide tu dah nak siap dah, sikit je lagi.. Tapi yang PCC tu.. mak ai, tak de bende ke yang lagi banyak..? =p Dengan keberatan kepale yang mengantuk tu, aku kuatkan gak semangat untuk terus menaip dan alert. Positive2..!

Dalam mase2 buat task tu, sometimes Abang Anuar dr Production Department datang nak mintak additional copy untuk BMR. Sebab dah pernah diajar macam mane nak releasekan additional copy, aku diberikan kepercayaan untuk sepenuhnya buat release additional copy. Bile disuro, aku ok je, cume sebenarnya aku dah ingat2 lupe macam mane nak kasi release itu additional copy.

Aku buat je la yang mane aku ingat. Macam confident je.. Tengok2 banyak yang aku termissed.. Silap situ dan sini.. Habislah log book tu dah comot hasil kerja tangan aku.. Geram gak tgk.. Rase agak silly di situ.. Dah la kepale agak2 ting tong.. Maaflah.. Hehe..

Then time lunch plak makan kat luar ngan Fairuz n Kak Nadia. Us xnak join, sombong.. hehe.. Kitorg g makan kat Restoran T-Box dok pekena Nasi Ayam Penyekz.. Sambil2 tu macam-macam la borak2 ngan diorg berdue.. Pasal kerja, pasal life n so on.. Mase makan la rase rapat ngan diorg.. Rase macam dah lame kenal.. =p Ohye, thanks Kak Nadia sebab belanje, nyum2.. =D

Time balik plak, Kak Nadia telah dengan nekadnye merembat teddy bear yang ade dalam kete aku.. Erghh.. habis die g tunjuk kat semue orang kat department production.. Malu la aku cm ni.. Hehehe..

Inilah ilustrasi teddy bear yang telah dirembat itu..

Hmm, lepas lunch sampai ke balik tu aku buat kerje je. Siap kan PCC summary dan release BMR ke production department. Banyak gak bende yang aku belajar time kat QA department ni.. Mostly semue master document dah ade, just nak cari dan releasekan yang betul. Kat QA gak aku belajar untuk jadi lebih teliti untuk make sure everything is in right order.

Ohye, selain tu gak, aku dapat tengok macam mane care personnel handle complaints. Banyak complaint yang memeningkan kepale. Ade yang masalah dari company, supplier or mgkn gak customers sendiri. So QA kene bijak menyusun ayat untuk deal ngan customers yang buat complaint. Interesting sebenarny.. =)

Hmm, macam tu lah seharian hari ni. Aku rase penat gak lah, still mgkn sebab penangan monday blues. Okla, untuk post kali ni, aku nak share lah ape kirenye care2 untuk menghadapi monday blues:

  1. Jangan fikirkan sangat benda2 yang tak best. Ape nak jadi, jadi..
  2. Enjoy your day.
  3. Never give up, sebab peluang datang dalam kesempitan. Ingat, jangan give up.
  4. Keep smiling. Senyum akan buat kite rase gembira.
  5. Untuk menghadapi monday blues, kite perlukan tenage, jadi minumlah Tongkat Ali, yeah!
Kalau korang ade tips2 lain, boleh lah share2. Mane tahu boleh digunekan untuk tuesday blues, wednesday blues dan hari2 yang seterusnye.. haa.. =D

P/S: ade gak yang tanye2, tak de ambik gambar ke kat Royce Pharma? Hmm, tu la masalahnye, tak de camera lor.. Tengok lah kalau ade terjumpe camera kat tepi2 jalan boleh lah aku ambik gambar banyak2 nanti ye.. heheh!
Agak2 la.. takkan nak pakai camera gabak ni..

Tuesday, July 13, 2010

9th day at Royce Pharma. Any stories?

2 comments

Hari ni merupakan hari pertama aku di department Quality Assurance (QA) Royce Pharma. Macam biasa, mula-mula aku diberikan file Standard of Procedure (SOP) for QA department. Tak macam mase kat production department, aku tak dapat meja sendiri. Just merempat kat tepi-tepi dinding.. hehe..

Then dalam pukul 9 lebih tu aku dipanggil untuk ke Secondary Packaging department untuk training. Training tu khas untuk operators dan yang bestny, soalan assessment yang diorg jawab lepas training tu adalah hasil tangan aku ni.. haha.. Amacam, susah x? =p
Lepas settle training, aku kembali kat QA department. Abang Fairuz ade gak la bagi basic penerangan berkaitan QA department ni. Yang aku ingat, QA ni terbahagi kepada 2 section, iaitu validation and compliance. Kalau yang validation ni mostly nak evaluate and verify the process run by production department. Make sure everything is in right form.
Compliance plak responsibility die lebih besar. Antaranya nak kene handle customers' complaint, consider product recall, report dan macam2 lagi. Generally, employees kat QA department ni kene active dan perlu ada good communication skills sebab perlu deal dengan other departments, customers dan juga Biro Penguatkuasa Farmasi Kebangsaan (BPFK).

Then aku sambung baca SOP. Bosan dan ngantuk sangat. Erm, SOP ni sebenarnya guideline untuk setiap procedure yang perlu dijalankan. Kalau nak hafal or fahamkan skali baca tu, memang xkene care nya la (tak masuk akal =P).

Tapi takpe, aku just go through, mane tahu dapat rahsia pape ke.. huhu.. Tapi most of the time aku banyak mengelamun je.. lunyai.. hehe.. Nasib baik aku bawak Sony mp3.. dapat lah layan lagu2 yang tak kena tempat macam lagu Newboyz dan Wondergirls yang Nobody2 But You tu! hehe.. ape nak jadi ngan aku da..

Tunggu punye tunggu, akhirnya sampailah masa lunch. Seronok sebab QA execs ajak g lunch same2. First time g lunch kat luar ngan execs dan manager Royce Pharma. Makan kat Taman Semarak, abang Izwan yang belanje semue. Thanks2. =)

Petang pulak, aku diberi tugas untuk buat audit checklist warehouse. Almaklum QA department ni more towards documentation, so semua perkara perlu direkodkan dengan jelas dan berprotokol. Pening gak kepale aku nak cari example audit checklist untuk warehouse kat internet. Aku start buat sikit2, tapi tak tahu lah betul ke x tu.. hehe..

QA department ni selalu je bising (happening), sangat berbeza mase kat Production Department dulu. Mungkin kerja diorg ni banyak berhubung antara satu same lain, or memang culture kerja kat QA department. Anyhow, okla macam ni, xla stress sangat kerja, kot. =p. Sebelum balik, we took dalam 15 minutes untuk adekan majlis perpisahan hari terakhir untuk Kak Safni bekerje di Royce Pharma. Ohye, hari ni pun hari terakhir Esya dari AIMST buat attachment kat Royce Pharma. See you guys again, keep in touch!

Begitulah coretan hari ke 9 industrial training aku di Royce Pharma. Memanglah penat tiap2 hari kene bangun awal dan drive ke Nilai, tapi alhamdulillah, so far attendance aku masih 100% (walaupun attendance xdiambil). Tak kesahlah, bagi aku, inilah peluang untuk aku latih diri mematuhi peraturan dan disiplin bekerja. Aku try follow procedure dan learn as much i could dan grab all the positive opportunities yang ade.

I feel good undergoing training at Royce Pharma. I started having new friends and it's good that I have the chance to develop my social/interpersonal skills with surrounding new people. I'm trying my best, and most of all, I have nothing to lose. =)

Monday, July 12, 2010

Last day in production department

0 comments

Salam all, today was my last day in Production Department for industrial attachment kat Royce Pharma. Sekejap je, 8 hari berlalu. Rase macam baru semalam start industrial attachment kat situ (typical sentence, hehe).

Hmm, so for this post, boleh lah aku sharekan sikit pengalaman 8 hari di production department. Basically, production department is the core department in a manufacturing company/factory sebab department ni yang bertanggungjawab untuk achieve target penghasilan produk yang akan dijual kepada customers.

Kat production office, almost all managers, executives dan clerks sangat baik. Walaupun selalu sibuk, diorg akan senyum dan tegur bila berselisih. Sometimes aku dibawa ke production floor untuk diberi penerangan berkaitan proses penghasilan sesuatu produk. Setiap kali dibawa ke production floor, aku betul-betul dapat faham proses yang dilakukan dan lepas tu, lebih mudahlah nak faham document standard of procedure.

Selain tu, aku jugak ada join few training session dengan staff company. First training berkaitan document security dan yang terakhir dengan Regulatory Department Executive. Lepas training tu macam ade discussion or Q&A session, so macam2 persoalan boleh diberi keterangan yang lebih jelas.

Ok, kat Royce Pharma, aku masuk pukul 8 pg dan balik pkl 6 ptg. Mula-mula rase lame lah sangat. Lunyai.. Tapi lepas beberape hari, tak rase sangat dah, sebab ade macbook datang meneman.. Hehe.. Aku mule diberi few typing assignment dan aktiviti macam tu dapat lah jugak memakan mase yang ade.. Kalau tak mesti bosan je..

Time lunch pukul 12.30 tgh hr sampai 1.30 ptg. Makanan kat cafe sangat sedap, siap ade subsidi lagi lah.. hehe.. then lepas makan lepak kat surau sambil tunggu masuk waktu zuhur dalam lebih kurang pukul 1.20 ptg. Dah jadi macam rutin harian lah.. =p

Ohye, mase kat production department, ade student AIMST, Esya. So most of the time bile g training, ke production floor or RnD lab, kite akan g sesame. Kire ade kawan lah. Tapi attachment die tamat 13 July ni bersamaan esok.

So lepas ni hanye aku sendiri yang terus buat attachment at each department. Anyway, I have new pharmacy student friends from AIMST, and this is one step ahead for good networking in future working life.

Cakap pasal working life, I would like to add a bit on what I have learnt. I could see the real working life. Berbeza ngan dunia study. For working life, discipline and right attitude are the best criteria to be worn all the time. With great discipline, work can be done efficiently and with right attitude, you will be able to build up good relationship with other colleagues and then may reduce the stress of working. Working under stress can be a real mess, right? =)

As for industrial attachment purposes, I could see the contribution of pharmacists in manufacturing company. It's true that this has been a great experience for me in industrial field which I used to know nothing about it that made me felt nothing great on it.

Anyway, it just been a week plus for me. To be frank, i need more time and deeper exposure to really evaluate the excitement or nightmares working in industrial area as a pharmacist. Nonetheless, it has been a great first impression for me, i like. =)

Ok lepas ni, I will be placed in the QA department. QA department ni sangat penting untuk memastikan segala proses production mematuhi piawaian GMP. It should be a very important and interesting department as well to be covered.

For the time being, just can say bye2 to production department and thank you very much, see you guys again. :'D

Sunday, July 11, 2010

To my future wife. =)

2 comments

This is a song that really has made me feels loving.. Hehe..

Here is the lyric, and enjoy! =)


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart


Best from Maher Zain

Download the song: Just Click Here


Monday, July 5, 2010

Dispensing raw material at Block A Royce Pharma~

0 comments

Hari ni 5 July 2010, hari ke 3 aku menjalani industrial training. Hari ni atok demam, mc, so aku sendirian drive ke Nilai. Awal aku bertolak, sampai 15 minit awal. Aku rase segar, bersemangat. Naik ke production office, duduk di kerusi meja aku.

Tanpa disuroh, aku bukak BMR dan baca. Aku mula faham ape yang ditulis dalam BMR tu. Mungkin hasil ulangkaji masa weekends, aku lebih faham proses untuk menghasilkan sesuatu produk, beza antara QA dan QC, kemungkinan deviation yang berlaku sepanjang proses manufacturing dan basic GMP (Good Manufacturing Practice).

Then dalam pukul 10.30-11.00 pagi macam tu, Ms Rhema ajak turun ke production area. Ms Rhema nak introduce to dispensing office di block A. Lepas siap pakai JumpSuit secara GMP, kitorg bergerak ke dispensing office. Kat situ ada sorang pekerja Nepal, name die Netra, dan sorang brader baru masuk kerja 2 hari.

So kat itu Ms Rhema ajar lah step by step dari mula macam mane proses nak dispense raw material. Dispense tu ape? Well, dispense ni senang kate nak prepare the right raw material, amount untuk setiap active pharmaceutical ingredient dan excipients untuk digunakan bagi menghasilkan sesuatu product. Raw material yang didispensekan akan diserahkan kepade pekerja-pekerja di block B dan C untuk dijadikan tablet, capsule, liquid or ointment.

Lepas dapat briefing pasal lokasi setiap pintu yang ade, aku diajar cara untuk tulis label ikut piawaian GMP. Banyak kali aku buat salah. Banyak label kene buang macam tu je. Itulah dia proses belajar. Yang aku pastu ingat, cara GMP untuk tulis tarikh ialah macam ni "050710" dan bukan 5/7/2010.

Then untuk hari ni, produk yang nak didispensekan ialah folic acid. So aku diberi peluang untuk involve dengan semua proses yang ada. So dapat lah tengok dan belajar cara-cara yang selama ni tak pernah dibuat. Dari mula raw material dibawa masuk dari warehouse ke Clean Down Room Powder. Then dibawa masuk ke Powder Room untuk ditimbang.

Menarik jugak lihat cara Powder room disediakan untuk meminimumkan kesan kekotoran powder yang tumpah apabila dikeluarkan. Proses nak dispense semua ingredients yang diperlukan ambil masa lebih kurang 3 jam. Netra memang kuat angkat bungkusan raw materials tu semue. Then die gak yang buat cleaning 100% dispensing office tu. Orang Nepal kuat bekerja walaupun mungkin gaji kecik, so kena ambik iktibar.

Then lepas siap semua, Ms Rhema ajar macam mana nak ambik room humidity dan temperature guna device yang ada. Bacaan humidity dan temperature perlu direkodkan setiap pagi dan petang. Bila humidity yang direkodkan terlalu tinggi, satu device akan dipasang untuk merendahkan humidity dan kalau temperature jadi terlalu tinggi, dispensing proses mesti dihentikan serta merta. Contohnya kalau ada problem dengan aircond, so technician akan diarahkan untuk pergi check.

Well macam tu lah lebih kurang seharian hari ni. Rasa seronok, tak ngantuk sebab berdiri, menulis dan belajar banyak benda.

Satu yang aku perhatikan, pekerja di Royce Pharma sangat polite. Environment yang jarang diperhatikan mase kat hospital/clinical attachment dulu. Mungkin kerja kat hospital stress sampai nak senyum pun susa. Well, kerja kat manufacturing company pun mesti lah susa dan challenging, tapi caranye tak same dan lebih rileks.

I did learn a lot of things today, rasa sangat bermakne la gak, hehe. Hopefully akan dapat belajar lebih banyak benda yang interesting in the next2 days. Ms Rhema kate nak bawak masuk ke Block B esok. Block B ni khas untuk proses penghasilan tablet dan capsule. Mungkin akan lebih rumit, tapi aku berjanji akan terus berikan komitmen pade diri sendiri dan belajar sebanyaknye, insyaAllah.

Jumpa lagi! =)



Sunday, July 4, 2010

Industrial Training di Royce Pharma!

4 comments

Ada apa dengan industrial training? Huhu.. Ok, sebelum tu, let me introduce what I'm doing now. Currently I'm undergoing my industrial training at a pharmaceutical manufacturing company, Royce Pharma Sdn Bhd. It is located at Nilai 2 Industrial Estate, Nilai, Negeri Sembilan.

It takes me around 30 minutes driving from Cyberjaya/Putrajaya to reach there. Ohya, I did the training there with my colleague, Hanif@Atok. Both of us will be trained there for one month (1st July-30th July)

Waktu kerja ialah pukul 8pg-6ptg (Lunyai..). Masa first day, sampai 8.30 pagi, tapi relax je. Kitorg dipanggil ke bilik meeting kat atas dan diberi penerangan awal berkaitan company oleh HR Manager, Pn Rozila atau lebih suka dipanggil Kak Ogy, oh. Kak Ogy ni nampak garang, biasa lah HR Manager, tapi rasenye hati die baik. =p Then kitorg di bawak jalan-jalan/pusing-pusing satu kilang oleh Kak Anis.

So lepas briefing tu, kitorg pun dapat lah schedule untuk industrial training ni. Aku dan atok akan dipisahkan. Schedule aku bermula dengan Production department, then Quality Assurance(QA) department dan akhirnya Quality Control(QC) deparment.

Di Production department office, aku diberikan kepada seorang pharmacist, Ms Rhema. So dia akan ajar lah pape yang berkaitan dengan production department. First sekali mesti lah bukak file SOP (Standard of Procedure). Then Ms Rhema ada gak tunjuk BMR (Batch Manufacturing Record) dan BOM (Bill of Material).

BMR ni ialah document yang digunakan untuk merekod sebarang aktiviti production untuk sesuatu batch product bermula dari perancangan, order raw material, calculation actual amount sehingga ke finish good product. BOM pula ialah satu slip yang disediakan oleh Production Clerk bagi process mendapatkan ingredients yang diperlukan untuk production. BOM ni ibarat slip prescription yang akan disahkan oleh pharmacist dan perlu diberikan kepada warehouse dan dispensing employees untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.

Tapi most of the time aku just ditinggalkan dengan file SOP dan BMR. Baca dan baca. Naik juling dah. Bosan sangat.. Aku tengok jam macam xbergerak je.. Hehe.. Begitulah seharian sampai pkl 6.. Then melompat lah balik! haa.. Cam tu je.. Hehe..

Second day plak, hari jumaat. Sampai cun2 pkl 7.55pg. Kira boleh jadi trainee contoh lah konon. Tapi takde sape pandang pun lah.. Masing-masing sibuk ngan kerja masing-masing.. Takde shiapa peduli kewujudan aku.. hehe.. Ms Rhema off hari tu, so aku just duduk lah baca SOP, menjulingkan mata lagi.

Pukul 10.45pg diorg panggil untuk join meeting training berkaitan Production dan QA. Lepas dengar presentation, diorg discuss macam mane nak improve document security. It was a quite interactive session that time, aku rasa segar sikit. Walaupun tak dapat terlibat dengan discussion, aku dapat tangkap lah ape yang diorg bincangkan sebab dah tahu sikit basic Production department.

Then rehat pukul 12.30 tengah hari sampai 2.30ptg. Pergi solat jumaat kat Masjid Nilai.

Ohya, selain both of us, ada student pharmacy dari AIMST 3 orang buat industrial training kat situ. Diorg buat 6 minggu dan akan tamat lagi seminggu lebih. So kat Production department tu kira trainee aku dan sorang AIMST student, name die Eisya. Die kira dah biasa lah kat situ sebab sebelum ni she was trained kat QA dan QC. So she helped me a lot macam mana nak biasa kan ngan kilang Royce Pharma ni.

Then she showed me the production area. Production area ada 3 blok; Block A, Block B dan Block C. Block A khas untuk dispensing area, di mane raw material yang dipesan oleh production deparment akan ditimbang dan disediakan di staging area. Lepas tu, raw material akan diambil oleh pekerja-pekerja di blok2 yang berkenaan. Block B untuk production tablet dan capsule; Block C pulak untuk Liquid dan Ointment.

Selain tu, sempat jugak tengok ke area primary packaging. Interesting sangat tengok pekerja buat blister packing guna machine. Sangat teratur dan menarik. =D

Tapi bila pusing-pusing tu, aku rasa pening daa.. Pakai jump suit yang tutup satu badan termasuk ngan mask, aku rasa lunyai semacam. Cepat aku nak keluar cari nafas sikit. hehe.. Then bila balik ke ofis, macam biasa, sambung baca SOP. Tapi kali ni aku try sketch layout production area based on kefahaman aku pergi pusing-pusing tadi. Kira revise balik lah ape yang aku ingat.


Tup3, tiba-tiba dah pukul 6ptg. So apa lagi, sorong kerusi, balik lah! Yahoo! So macam tu lah berakhirnya pengalaman 2 hari industrial training di Royce Pharma. Masih banyak lagi yang boleh belajar kat sane. Cume tgk lah kalau ada orang free nak ajar. Hope ade nanti. So far so good, pekerja kat Royce Pharma semua mesra dan baik2. Mostly diorg ade kerja nak buat dan tak kesah sangat pun dengan trainee macam kitorg. So tak delah stress sangat rasa dikongkong ke ape.

Hmm, macam tulah sedikit sebanyak pengalaman kat Royce Pharma. InsyaAllah I will cerita-cerita lagi pengalaman seterusnya dalam next2 posts. Peace! =D

P/S: so far blm ada ape2 pics yang diambil, mgkn esok lusa try snap mana yang boleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.