Friday, March 26, 2010

Menu baru. Lalala..



Yeay hari ni aku belajar satu menu baru iaitu Ayam Masak Merah + Rasa Paprik. Wah panjang jugak namenye.. Hehe..

Kalau sebelum ni asyik makan nasi putih + ayam goreng + telor mata kerbau + kicap je.. dah itu je yang reti nak buat macam mane.. =( Tiap-tiap hari merase minyak goreng-goreng.. Sampai geli rase tekak.. Hehe.. So sekarang boleh lah bertukar-tukar menu.. Wuhuu..

Walaupun aku masih slow bab memasak ni, tapi boleh la kalau nak survive dan berjimat-jimat kalau nak hidup kat Cyberjaya ni. Ape nak buat, banyak benda kena bayar.. Kereta, duit sewa rumah, bil celcom & blackberry internet service, bil streamyx, air & letrik, minyak petrol, roti, dan macam-macam lagi lah..

Itulah hidup.. Money is not everything but everything needs money.. So kalau boleh cut cost sikit kat makanan dengan masak sendiri.. kan lebih elok..

Jadi aku cuba menyahut cabaran ni.. Masak ala bujang pun bujang lah.. Lain lah kalau dah kahwin.. Ade isteri yang cantik boleh tolong masakkan.. Aduh sedapnyaa.. Sembang~ Ni macam dah lari tajuk sikit? Xpe2 ade kaitan sebenarnye.. =p

Anyway, masak ni makin mudah bagi aku.. dari dulu yang xsuke ke dapur, geli nak sentuh ayam mentah dan kaku memegang alat-alat masakan, sekarang dah boleh lah jugak nak isi perut kalau lapar tahap hypoxia.. Erh, hypoglycemia..

So dengan tekad nak cuba resepi baru, aku pun pergilah Alamanda beli ingredients yang diperlukan macam bawang merah, ayam dan lain-lain.. Sebelum ni aku tak makan sayur pun.. So beli salad.. (waw salad tu..) Lepas ni lebih sihatlah masakan aku.. wuhuu.. =D

Dah siap beli, so boleh lah mula memasak. Masak punya masak, maka siap lah dia..




Walaupun rupa die biasa/buruk je, tapi rasa dia.. Memang masyukk lah.. (puji diri sendiri pulak.. )

Special thanks to Nami yang ajar cara nak masak Ayam Masak Merah + Rasa Paprik ni. Nanti aku kasi markah lebih untuk peer assessment.. Hahah.. Nanti next time bile aku dah tere masak menu ni nanti aku akan terkenang name kau.. Ngah3..

P/S: aduh pening kepale plak rasa lepas makan.. Mungkin terlebih cili boh.. =p Inilah hidup seorang bujang sepertiku~ ("_") Chaiyok2 Nizam.. =D

4 comments:

Anonymous said...

wahhh..mcm sedap je..hehe (:

Nizam Malek on March 26, 2010 at 11:05 PM said...

Ni first try untuk ayam masak merah + rasa paprik..

Masih banyak kekurangan dari segi rasa..

Takpe.. Nanti boleh improve lagi lepas 5 6 kali masak yang same..

Lepas tu boleh bukak Restoran Paprik Nizam kot.. Lalala.. =p

Thanks for your comment. =)

Anonymous said...

hehe..nnt da bukak restoran gtaw kat mane..sure dtg nk pekene ayam masak merah + rasa paprik ni..huhu :)

Nizam Malek on March 26, 2010 at 11:13 PM said...

Hehe.. orite.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.