19-28 Mac 2010 ni akan berlangsung Kuala Lumpur International Book Fair 2010 di PWTC. Sepanjang seminggu ni, macam-macam aktiviti jualan buku, sesi bertemu penulis buku, dan lain-lain yang menarik akan diadakan. Antara syarikat penerbit buku yang aku biasa (familiar) ialah PTS Publishing dan TrueWealth.
InsyaAllah esok atau lusa plan nak pergi. Mungkin nak beli few books lagi. For sure buku berkaitan motivasi, pengurusan, perniagaan dan kemahiran-kemahiran tertentu. Dengar-dengarnya ada diskaun sehingga 30% kalau bawa kad pelajar. So apa lagi, borong la ye x..? Hehe tak lah.. kena berjimat-jimat sikit. Dan habis banyak duit kot ni.. =p
Anyway, Dr Irfan Khairi kata, jangan kedekut atau takut untuk laburkan duit demi ilmu. Belajarlah perkara yang akan improve diri dan ia penting untuk masa depan kamu sendiri. Tapi buku dan notes course work pun macam tak habis baca je, nak tambah lagi ke..? Hehe..
Cuma berpada-padalah. Kalau beli buku, pastikan kita baca dan amalkan ilmu yang kita dapat tu. Ia akan jadi membazir kalau beli, tapi cuma letak di rak sampai berhabuk.
Jadi tipsnya, kalau nak beli buku, beli buku yang kita minat. Buku yang kita rasa betul-betul nak tahu sesuatu dari isinya. Dari situlah minat membaca akan timbul dan seterusnya menjana minda yang lebih aktif dan kreatif.
InsyaAllah pesta buku sebegini adalah program yang sihat untuk rakyat Malaysia terutamanya generasi muda. Peluang yang ada ini perlu digunakan dengan sebaiknya untuk bersaing dalam dunia global yang penuh perlumbaan berkaitan maklumat dan informasi. (maklumat dan informasi tu sama tak? =p)
Jadi jom kita membaca!! =D
0 comments:
Post a Comment