27 mac 2010 telah dipilih sebagai hari berlangsungnya kempen 'Earth Hour'. Seluruh dunia diharapkan dapat menyertai kempen ini dengan memadamkan lampu kediaman selama sejam bermula 8.30 malam hingga 9.30 malam. Dengan bermotokan 'Sayangi Bumi', aktiviti sebegini sebenarnya cuba memupuk nilai kesabaran dan kesedaran dalam diri kita.
Bayangkan terpaksa bergelap selama satu jam, pasti ada yang merungut dan rasa menyampah dengan idea sebegini. Tapi sebenarnya ia dapat mengetuk pintu minda kita untuk kembali menilai rasa sayang dan prihatin terhadap bumi kita ini. Terpulang kepada individu, tapi konsep asasnya ada pada aktiviti sebegini.
Pada mac tahun lepas saya tidak berkesempatan menyertai kempen ini, sebab tak tahu pun ada kempen macam ni. Itulah masalah kalau malas nak baca surat khabar, dengar radio atau pun tak ada TV kat rumah. Bila dah tahu, masa dah berakhir. Nak padam lampu pun, satu dunia yang lain dah mula mencerah. Naik rasa seram sejuk plak kalau gelap-gelap sorang-sorang. Hehe.
So tahun ini, saya bersedia bersama-sama yang lain untuk Earth Hour dan menulis blog post ni dalam kegelapan. Walaupun tidak banyak sumbangan kita pada bumi, tapi niat, ingatan dan tanggungjawab untuk menjaga bumi ini sebagai khalifah di dunia perlulah sentiasa di semat dalam hati.
Semoga bumi ini terus aman dan damai tanpa pencemaran, persengketaan dan peperangan.
P/S: Smile always, walau dalam gelap. =D
2 comments:
I know this if off topic but I'm looking into starting my own blog and was curious what
all is needed to get set up? I'm assuming
having a blog like yours would cost a pretty penny?
I'm not very internet smart so I'm not 100% sure.
Any recommendations or advice would be greatly
appreciated. Kudos
Here is my blog post ... warszawa firma wentylacja
Hi Anonymous, yes, you can work harder on it.
Best regards.
Post a Comment