Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hai apa khabar pembaca blog saya.
Dah lama saya tak update blog dengan post terbaru.
Sibuk dengan kerja kiranya..
Dalam post kali ini, saya nak kongsikan satu tip, cara untuk pilih kereta khusus bagi orang muda, terutamanya yang baru memulakan kerjaya.
Beberapa puluh tahun sebelum ini, seseorang yang membeli dan memiliki kereta dianggap sebagai seorang yang kaya, tapi pada masa kini, kereta ibarat satu keperluan, kerana ia dapat membantu kita keluar bekerja, bergerak dari A ke B dengan lebih cepat dan selamat.
Bagi kebanyakan orang muda yang baru memulakan kerjaya, pastinya akan jadi rambang mata untuk membeli kereta idaman mereka.
Jenama kereta yang mewah seperti Honda, Ford, Kia dan Mitsubishi menjadi pilihan dan tanpa berfikir panjang, mereka membuat pembelian kereta tersebut.
Akhirnya selepas 2-3 bulan memandu kereta kesayangan tersebut, terpalit rasa menyesal kerana terpaksa menanggung beban komitmen bayaran pinjaman kereta yang mencecah sehingga RM800-1000 sebulan.
Lebih memeningkan kepala, bebanan komitmen ini perlu ditanggung untuk tempoh yang panjang, iaitu selama 9 tahun.
Itulah yang terjadi kepada kebanyakan orang muda pada sekitar tahun 2011 sehingga ke hari ini, terutamanya mereka yang dikatakan mempunyai pendapatan 'besar' sekitar RM3000-RM4000 atau lebih sebulan.
Kereta yang besar dan mewah menjadi penanda aras yang mereka telah mencapai kejayaan.
Pada pandangan mereka, mereka telah berhempas-pulas belajar selama 4-5 tahun di kolej dan universiti, inilah masanya untuk menunjukkan yang mereka telah berjaya.
Hakikatnya, itu adalah satu penanda aras kejayaan yang salah.
Kata mentor saya, orang yang baru mula bekerja masih belum berjaya, mereka cuma baru berjaya mendapat pekerjaan. Cabaran baru bermula.
Ibarat bayi yang baru lahir, dan kanak-kanak yang baru belajar berjalan, itulah gambaran bagi orang yang baru memulakan kerjaya.
Oleh yang demikian, bagi orang muda yang baru memulakan kerjaya, pastikan yang anda tahu bahawa, kereta hanyalah satu keperluan.
Kereta anda perlukan untuk membantu anda keluar pergi bekerja, lainlah kalau anda hanya bekerja di rumah sahaja.
Kereta yang anda pandu tidak perlu terlalu mewah dan selesa.
Cukup sekadar boleh membawa anda dari A ke B dalam tempoh masa yang munasabah dan selamat dari hujan dan panas.
Malah kalau boleh, kereta tersebut tidak mempunyai banyak masalah atau selalu meragam yang membuatkan anda pening kepala untuk menyelenggarakannya selalu.
Mungkin ada yang bertanya, yang mana lebih baik, beli kereta baru atau second hand?
Ini adalah satu soalan yang menarik yang perlu diambil perhatian yang sewajarnya.
Sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya, kenapa nak beli kereta second hand?
Adakah sebab ianya lebih murah dari harga pasaran?
Sebenarnya, jika anda membeli kereta second hand, kadar interest untuk pembelian kereta tersebut adalah lebih tinggi berbanding jika anda membeli kereta baru.
Selain itu, kereta second hand adalah kereta yang pernah digunakan oleh orang lain.
Faham-faham sajalah kalau orang dah guna, pasti akan ada kesan wear & tear walaupun sedikit.
Jadi risiko kereta tersebut berada dalam keadaan yang tidak perfect shape adalah lebih tinggi.
Oleh yang demikian, pada pandangan saya, adalah lebih baik untuk membeli kereta baru, fresh from the oven.
Cuma belilah kereta baru yang semurah mungkin yang anda boleh cari.
Contoh yang paling mudah adalah kereta Perodua Viva dan Perodua Myvi ataupun Proton Saga. Anda boleh memiliki kereta baru dengan komitmen bulanan sekitar RM500 ke bawah.
Berbanding dengan membeli kereta mewah yang lain, anda telah berjimat sekitar RM300-500 sebulan dan membolehkan anda merangka perbelanjaan dengan lebih baik ataupun menambahkan wang untuk simpanan bulanan anda.
Kesimpulannya, untuk orang muda yang baru memulakan kerjaya, kereta adalah keperluan dan belilah mengikut keperluan sahaja.
Malu nak pakai kereta murah, nanti kena ejek dengan kawan-kawan?
Beritahu diri anda sendiri, bukan mereka yang bayar setiap bulan untuk kereta anda.
Thursday, January 30, 2014
Cara Pilih Kereta Untuk Orang Muda
Tuesday, January 28, 2014
Monday, January 27, 2014
Apa Yang Anda Dapat Lihat?
Friday, January 10, 2014
Realiti Cuti Hari Jumaat
"Hari jumaat hari yang penuh keberkatan. Ada banyak amalan yang kita boleh buat pada hari jumaat, antaranya bla bla bla.. Bila cuti hari jumaat kita boleh banyakkan beribadah. Iktikaf lama-lama kat masjid. Good, good."
Saya ada pendapat yang sedikit berbeza dengan orang yang bercakap macam ayat di atas tu.
Bila saya suarakan pendapat, saya akan dilabelkan sebagai:
-gila kejarkan keuntungan dan kenikmatan dunia.
-tak tahu kehebatan hari jumaat.
-bajet cakap nak menang sajerr..
Saya terpaksa diam je lah, susah kalau bercakap dengan orang yang tak boleh berbeza pendapat.
Lagi teruk kalau sedap melabel orang macam-macam.
Baiklah hari jumaat kini hari cuti, dan saya perhatikan, orang yang cakap macam ayat kat atas tu buat apa pada hari jumaat?
1. Tido, tido, tido (Yang ni paling best).
2. Pergi berkelah, jalan-jalan, seronok-seronok, happy-happy.
3. Bentang tikar buat MLM, masyuk masuk duit banyak.
4. Bila habis solat jumaat, bertempiaran lari dari masjid secepat mungkin dan sejauh mungkin.
Banyak lagi saya boleh listkan sebenarnya.
Hidup jangan menjunjung hipokrasi.
Ok sampai sini saja dulu, Salam Jumaat.
Thursday, January 9, 2014
Shinji Kagawa + Kiyotake vs 55 Budak Kecik!
Menarik, teringat zaman-zaman komik bola Kapten Tsubasa. =P
Status 46
"Bermimpi itu memang indah, tapi sampai masa kita harus bangun, tinggalkan mimpi dan teruskan hidup." -Nizam Malek
[SurveyMonkey] Tips Memilih Kerjaya Bagi Lepasan SPM!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semalam saya sempat login ke akaun SurveyMonkey saya dan saya dapat beberapa soalan daripada pembaca Nizam Malek Blog.
P/S: Anda boleh gunakan kotak SurveyMonkey yang ada di bahagian bawah blog ini untuk memberikan cadangan, tajuk artikel yang anda mahu saya tulis.
Terima kasih kepada yang menghantarkan cadangan dan hari ini saya akan menulis artikel mengikut cadangan daripada seorang pembaca Nizam Malek Blog ini.
Beliau ingin mendapatkan tips untuk memilih kerjaya atau jurusan bagi lepasan SPM.
Bagus cadangan ini, sebab memang saya sendiri menerima banyak soalan daripada lepasan SPM tentang aspek pemilihan kerjaya atau jurusan yang dapat diharapkan dapat membina masa hadapan yang lebih baik.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada lepasan-lepasan SPM yang fokus dan mempunyai kesedaran untuk berfikir tentang masa hadapan.
Orang muda mesti mempunyai visi, misi dan matlamat serta perancangan untuk masa depan agar kehidupannya dapat dibentuk menjadi lebih baik dan teratur.
Tapi sudah pasti, orang muda seperti lepasan SPM tidak mempunyai panduan untuk membina kerjaya dan masa hadapan.
Ramai yang blur dan tidak tahu apa yang harus mereka lakukan.
Oleh sebab itu, jangan segan bertanya, insyaAllah di Nizam Malek Blog ini, saya akan menulis artikel-artikel bermanfaat berdasarkan pengalaman dan pengamatan yang insyaAllah dapat membantu lepasan SPM bagi mencari haluan kerjaya masing-masing.
Dalam pemilihan kerjaya, ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan, iaitu:
1. Perhatikan apakah minat anda yang sebenarnya. Setiap orang adalah berbeza. Anda tidak sama dengan kawan anda atau adik beradik anda semuanya. Setiap orang ada citarasa dan kecenderungan tersendiri. Pastikan anda mengetahui, apakah minat anda yang sebenarnya dan kesukaan anda. Adakah bidang sains? Seni dan sastera? Keagamaan? atau apa? Selami hati anda dan cari apakah minat anda.
2. Apakah cita-cita anda? Cita-cita memainkan peranan penting dalam proses pemilihan kerjaya. Cita-cita adalah sesuatu yang kita impikan sebelum kita mencapainya. Contohnya, mungkin kita bercita-cita untuk menjadi doktor, pharmacist, pegawai bank, peniaga dan sebagainya. Apabila kita ada cita-cita, kita mempunyai inspirasi terhadap kerjaya tersebut.
3. Banyakkan bertanya. Apabila kita tidak tahu, banyakkan bertanya. Jangan segan untuk mendapatkan pendapat daripada ibu bapa, ahli keluarga, kawan-kawan dan mereka yang memang terlibat dalam bidang tersebut. Contohnya, jika anda meminati bidang Farmasi, anda perlu banyak berhubung dengan Ahli atau Pegawai Farmasi untuk mendapatkan informasi berkenaan bidang Farmasi. Dapatkan sebanyak mungkin informasi berkenaan sesuatu kerjaya dan nilainya secara kualitatif dan kuantitatif.
4. Hadiri expo kerjaya! Pada tempoh-tempoh masa tertentu, akan diadakan expo-expo kerjaya di tempat-tempat tertentu. Lihat iklan di surat khabar berkenaan expo kerjaya ini dan hadirinya. Di situ, dapatkan informasi berkenaan kerjaya-kerjaya yang ditawarkan dan juga, tempat-tempat belajar seperti kolej dan universiti. Lihat dan dengar semua tentang kerjaya yang ada, nilai baik dan buruk setiap kerjaya dan berbincang dengan orang lain untuk mendapatkan pandangan dan pendapat yang bernas.
5. Buka minda tentang kerjaya. Ingin saya tekankan, zaman belajar dan zaman kerja ini sangat jauh berbeza cara dan cabarannya. Sebagai lepasan SPM yang akan berusia 18 tahun ke atas, anda perlu membuka minda anda dan perlu berupaya melihat masa hadapan. Jangan sekadar melihat prospek kerjaya pada hari ini sahaja. Cuba dapatkan statistik dan progress sesuatu kerjaya untuk 5-10 tahun akan datang.
Demikian 5 tips memilih kerjaya bagi lepasan SPM yang dapat saya kongsikan buat masa ini.
Semoga ianya dapat membantu anda yang bertanya dan semoga lebih ramai orang muda Malaysia berfikiran jauh dan lebih berdaya saing pada masa hadapan.
Salam maju jaya. =)
P/S: Artikel ni bermanfaat? Jangan cuma baca, kongsikan dengan kawan-kawan anda, dan bincangkan! =)
Wednesday, January 8, 2014
Anda Suka Berhutang?
Hutang adalah satu perkara utama yang telah menyebabkan statistik golongan belia di Malaysia jatuh muflis, meningkat dari tahun ke tahun.
Hutang menjadi satu gejala yang serius dan boleh menyebabkan seseorang jadi begitu terdesak.
Benarkah begitu?
Hakikatnya kita berhutang untuk mendapatkan wang ketika kita tidak mempunyai wang untuk digunakan dan kita akan membayar semula wang tersebut apabila kita mempunyai wang.
Masalahnya, ramai yang berhutang dan tidak tahu bila mereka mempunyai wang untuk membayar semula hutang yang diambil.
Dalam pengurusan kewangan, soal hutang adalah satu topik yang tersendiri.
Banyak yang kita boleh pelajari tentang seni dan masalah berhutang.
Pada pendapat saya, hutang bukan masalahnya.
Masalahnya adalah sikap manusia itu sendiri.
Apakah pendekatannya terhadap hutang dan bagaimana cara manusia menguruskan wang dan hutang mereka lah yang menjadikan hutang tersebut satu beban mahupun satu fasiliti.
Dalam dunia Pelaburan Hartanah pula, hutang dianggap sebagai satu leverage atau fasiliti yang boleh digunakan untuk kita membeli hartanah atau rumah.
Sudah pasti, tanpa konsep berhutang, majoriti daripada kita tidak akan mampu untuk membeli rumah.
Cuma sudah pasti kita perlu tahu dengan siapa kita berhutang, berapakah jumlah hutang tersebut dan apakah perancangan kita untuk membayar hutang.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang konsep berhutang dari segi Pelaburan Hartanah, sila baca di sini ==>> http://www.rumahjohorbahru.com/2014/01/konsep-berhutang-dalam-pelaburan.html
Tuesday, January 7, 2014
Bina Friends List Di Facebook!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bermula tahun 2014 ni, saya sebenarnya bercadang nak menulis lebih banyak tips dan ilmu pasal Pelaburan Hartanah di Facebook saya.
Sejak beberapa minggu ke belakangan ni, memang boleh nampak lah, banyak saya update status pasal tips Pelaburan Hartanah.
Ada juga respons yang saya terima daripada perkongsian tips pasal Pelaburan Hartanah daripada kawan-kawan Facebook saya.
Cuma biasalah, ada yang suka, ada yang tak berminat. Asal tengok muka Nizam Malek update status je mesti pasal Property. Naik meluat bak hang~
Bagi saya, tak guna bercakap dengan orang yang tak berminat nak mendengar, atau menulis pada mereka yang tak berminat untuk membaca.
Kalau buat sakit hati, lagi boleh jadi gaduh pula..
Saya faham, bukan semua orang berminat pasal Pelaburan Hartanah. Mungkin mereka lebih berminat untuk baca dan bersosial pasal topik lain seperti politik, aktiviti harian dan cakap-cakap kosong sahaja.
Saya tak salahkan sesiapa, saya faham sangat semua orang ada minat masing-masing dan tersendiri.
Jadi untuk tidak memurungkan muka sesiapa yang tak berminat, saya pun bertindak membuat friends list khas di Facebook.
Macam mana saya buat Facebook friends list ni? Meh saya berkongsi sikit caranya.
Cara-cara saya buat Facebook friends list:
1. Login Facebook.
2. Klik Home.
3. Lihat side bar di sebelah kiri, skrol sikit ke bawah dan kita akan nampak tab 'Friends'.
4. Bawa cursor mouse ke sebelah kanan tab Friends tu, dan klik MORE.
5. Kemudian klik button '+ Create List'.
6. Isikan List Name.
7. Taipkan nama kawan-kawan yang anda nak masukkan dalam list yang anda bina tu.
8. Contohnya saya letak List Name : Pelaburan Hartanah.
9. Kemudian saya masukkan nama kawan-kawan saya yang mungkin berminat dengan topik Pelaburan Hartanah sahaja. Kita boleh pilih siapa yang kita nak.
10. Lepas dah siap masukkan kawan-kawan dalam list tu, klik button 'Create'.
11. Dah siap dah list Facebook friends kita.
Macam mana cara nak guna list Facebook friends ni? Senang gila kot.
Ok katakan hari ni saya nak update satu tips pasal Pelaburan Hartanah, jadi saya pun masukkan tips tu dalam ruangan 'status' di profile Facebook saya.
Kemudian sebelum saya postkan status tersebut, saya boleh pilih untuk halakan status yang saya baru tulis tersebut ke kawan-kawan yang berada dalam list Pelaburan Hartanah saya sahaja.
Klik dropbar yang berada di sebelah button 'Post'. Ada pilihan seperti 'Public', 'Friends', 'Only Me', dan list-list yang telah saya bina iaitu Pelaburan Hartanah.
Selepas dah pilih list, terus klik 'Post' dan kawan-kawan yang berada dalam list Pelaburan Hartanah saya sahaja yang akan dapat membaca status tips tentang Pelaburan Hartanah yang saya tulis itu.
Mereka yang tidak berada dalam list Pelaburan Hartanah saya, buat macam mana pun tak kan dapat baca tips Pelaburan Hartanah yang saya kongsikan.
Apa faedah nya buat Facebook friends list ni?
- Kita boleh pilih jenis status yang nak kita kongsikan dengan kawan-kawan di Facebook kita.
- Kalau kita jenis suka share tips bernilai jutaan ringgit, kita boleh mengelakkan silent readers daripada mencedok tips kita tu secara percuma.
- Ada kawan yang kita tak nak unfriend diorg, tapi kita pun tak nak dia baca status-status update kita yang tertentu, jadi kita boleh tapis.
- Kita boleh elakkan orang-orang tertentu macam boss atau kawan-kawan sekerja yang suka stalk Facebook kita. Almaklumlah politik di tempat kerja ni sangat tidak menyenangkan.
- Kita boleh buat pemasaran tertumpu. Dan kita boleh pilih sendiri dengan siapa kita nak bercakap. Teknik ni macam lebih power berbanding teknik Email Marketing. Ha!
- Kalau agak-agak ada kawan dalam Facebook friends list kita tu yang tak berminat dengan jenis status yang kita update khas untuk list tu, kita boleh remove diorg bila-bila masa.
- Kita pun boleh tambah kawan-kawan dalam Facebook friends list kita tu bila-bila masa. Sangat mudah dan fleksibel!
- Kawan-kawan yang kita masukkan dalam Facebook friends list kita tu tak tahu pun diorg dimasukkan dalam list tu. List tu adalah milik kita, dan kita bebas nak pilih siapa masuk dalam list kita.
- Dalam Facebook friends kita mungkin ada ahli keluarga kita macam ayah sedara ke, mak sedara ke, sepupu ke, saudara jauh ke. Mungkin kita segan kalau diorg baca status-status update kita yang tertentu, nak unfriend, macam tak kena. Jadi kita boleh tak masukkan diorg dalam Facebook friends list kita yang tertentu. Kita senang hati dan boleh berinteraksi dengan ahli keluarga kita tu seperti biasa.
- Dalam Facebook Friends kita mungkin juga ada lecturer-lecturer atau cikgu-cikgu kita masa zaman belajar dulu. Kalau dia tengok kita update status pasal topik-topik tertentu mesti diorg pelik je. Jadi untuk mengelakkan kepelikan itu, kita tak masukkanlah diorg dalam Facebook friends list kita. Settled!
P/S: Ohya, kepada sesiapa yang agak-agak berminat nak baca status saya berkenaan Pelaburan Hartanah di Facebook, tapi tak termasuk dalam Facebook friends list saya, boleh contact saya direct dan saya akan masukkan nama mu sebagai Facebook friends list saya untuk topik Pelaburan Hartanah. Percuma je, jangan risau lah! =D
Monday, January 6, 2014
The Art of Asking Questions (Versi Bahasa Melayu)
Wednesday, January 1, 2014
Selamat Tahun Baru 2014!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini bertarikh 1 Januari 2014 dan merupakan hari pertama di tahun baru Masihi 2014.
Selamat menyambut tahun baru saya ucapkan kepada semua pembaca dan pelawat Nizam Malek Blog.
Tahun ni saya menyambut tahun baru di Sungai Petani, Kedah.
Takde lah menyambut sangat, tapi kebetulan dapat cuti panjang, jadi pergilah bercuti jauh sikit dari Johor Bahru.
Apa perancangan tahun baru 2014?
Dah tercapai ke azam dan matlamat tahun 2013?
Sejujurnya, saya dah tak ingat apa azam dan matlamat tahun 2013 saya.
Ada tulis ke tak, saya tak dapat recall.
Tapi tak dinafikan, banyak juga pencapaian luar biasa yang berjaya diperolehi sepanjang tahun 2013 ni, yang tak dapat saya kongsikan kat sini.
Apa-apa pun, bagi saya, matlamat tu memang lah penting, sebab tanpa matlamat, kita tidak ada hala tuju dan fokus.
Tapi apa yang lebih penting bagi saya adalah membuat tindakan.
Tiada guna menulis matlamat panjang berjela, tapi tiada tindakan yang dibuat untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Ramai daripada kita, dahlah tak tulis matlamat, bertindak pun tidak, jadi selalu sahaja menyalahkan pihak lain dan takdir.
Cakap pasal orang lain pun tak guna juga.
Lebih baik fokus pada diri sendiri dan perbaiki diri sendiri dari semasa ke semasa.
Ok sampai sini dulu coretan ringkas di hari pertama tahun baru 2014.
Kata kuncinya, ambil tindakan! =)