Thursday, January 9, 2014

[SurveyMonkey] Tips Memilih Kerjaya Bagi Lepasan SPM!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam saya sempat login ke akaun SurveyMonkey saya dan saya dapat beberapa soalan daripada pembaca Nizam Malek Blog.

P/S: Anda boleh gunakan kotak SurveyMonkey yang ada di bahagian bawah blog ini untuk memberikan cadangan, tajuk artikel yang anda mahu saya tulis.

Terima kasih kepada yang menghantarkan cadangan dan hari ini saya akan menulis artikel mengikut cadangan daripada seorang pembaca Nizam Malek Blog ini.

Beliau ingin mendapatkan tips untuk memilih kerjaya atau jurusan bagi lepasan SPM.

Bagus cadangan ini, sebab memang saya sendiri menerima banyak soalan daripada lepasan SPM tentang aspek pemilihan kerjaya atau jurusan yang dapat diharapkan dapat membina masa hadapan yang lebih baik.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada lepasan-lepasan SPM yang fokus dan mempunyai kesedaran untuk berfikir tentang masa hadapan.

Orang muda mesti mempunyai visi, misi dan matlamat serta perancangan untuk masa depan agar kehidupannya dapat dibentuk menjadi lebih baik dan teratur.

Tapi sudah pasti, orang muda seperti lepasan SPM tidak mempunyai panduan untuk membina kerjaya dan masa hadapan.

Ramai yang blur dan tidak tahu apa yang harus mereka lakukan.

[SurveyMonkey] Tips Memilih Kerjaya Bagi Lepasan SPM!
Sebagai orang yang telah melalui zaman tersebut, sudah pasti menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi pengalaman dan memberikan nasihat kepada lepasan SPM ini dalam proses membina kerjaya.

Oleh sebab itu, jangan segan bertanya, insyaAllah di Nizam Malek Blog ini, saya akan menulis artikel-artikel bermanfaat berdasarkan pengalaman dan pengamatan yang insyaAllah dapat membantu lepasan SPM bagi mencari haluan kerjaya masing-masing.

Dalam pemilihan kerjaya, ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan, iaitu:

1. Perhatikan apakah minat anda yang sebenarnya. Setiap orang adalah berbeza. Anda tidak sama dengan kawan anda atau adik beradik anda semuanya. Setiap orang ada citarasa dan kecenderungan tersendiri. Pastikan anda mengetahui, apakah minat anda yang sebenarnya dan kesukaan anda. Adakah bidang sains? Seni dan sastera? Keagamaan? atau apa? Selami hati anda dan cari apakah minat anda.

2. Apakah cita-cita anda? Cita-cita memainkan peranan penting dalam proses pemilihan kerjaya. Cita-cita adalah sesuatu yang kita impikan sebelum kita mencapainya. Contohnya, mungkin kita bercita-cita untuk menjadi doktor, pharmacist, pegawai bank, peniaga dan sebagainya. Apabila kita ada cita-cita, kita mempunyai inspirasi terhadap kerjaya tersebut.

3. Banyakkan bertanya. Apabila kita tidak tahu, banyakkan bertanya. Jangan segan untuk mendapatkan pendapat daripada ibu bapa, ahli keluarga, kawan-kawan dan mereka yang memang terlibat dalam bidang tersebut. Contohnya, jika anda meminati bidang Farmasi, anda perlu banyak berhubung dengan Ahli atau Pegawai Farmasi untuk mendapatkan informasi berkenaan bidang Farmasi. Dapatkan sebanyak mungkin informasi berkenaan sesuatu kerjaya dan nilainya secara kualitatif dan kuantitatif.

4. Hadiri expo kerjaya! Pada tempoh-tempoh masa tertentu, akan diadakan expo-expo kerjaya di tempat-tempat tertentu. Lihat iklan di surat khabar berkenaan expo kerjaya ini dan hadirinya. Di situ, dapatkan informasi berkenaan kerjaya-kerjaya yang ditawarkan dan juga, tempat-tempat belajar seperti kolej dan universiti. Lihat dan dengar semua tentang kerjaya yang ada, nilai baik dan buruk setiap kerjaya dan berbincang dengan orang lain untuk mendapatkan pandangan dan pendapat yang bernas.

5. Buka minda tentang kerjaya. Ingin saya tekankan, zaman belajar dan zaman kerja ini sangat jauh berbeza cara dan cabarannya. Sebagai lepasan SPM yang akan berusia 18 tahun ke atas, anda perlu membuka minda anda dan perlu berupaya melihat masa hadapan. Jangan sekadar melihat prospek kerjaya pada hari ini sahaja. Cuba dapatkan statistik dan progress sesuatu kerjaya untuk 5-10 tahun akan datang.


Demikian 5 tips memilih kerjaya bagi lepasan SPM yang dapat saya kongsikan buat masa ini.

Semoga ianya dapat membantu anda yang bertanya dan semoga lebih ramai orang muda Malaysia berfikiran jauh dan lebih berdaya saing pada masa hadapan.

Salam maju jaya. =)

P/S: Artikel ni bermanfaat? Jangan cuma baca, kongsikan dengan kawan-kawan anda, dan bincangkan! =)

6 comments:

Anonymous said...

sy nak tanya . kalau sy ambik asasi , rasa2 berbaloi tak?

Nizam Malek on January 2, 2015 at 10:42 PM said...

Asasi ok. Berbaloi.

Anonymous said...

sy remaja lepasan spm. sy nak blaja tapi sy sndiri tak yakin dgn minat sy dan cita cita sy.

Nizam Malek on March 15, 2015 at 12:22 AM said...

Anonymous, kena yakin pada diri sendiri.

Cuba banyakkan baca buku motivasi.

InsyaAllah pasti lebih yakin dengan diri sendiri.

Cari apa yang anda minat dan kejar cita-cita anda.

Nizam Malek on March 15, 2015 at 12:22 AM said...

Anonymous, kena yakin pada diri sendiri.

Cuba banyakkan baca buku motivasi.

InsyaAllah pasti lebih yakin dengan diri sendiri.

Cari apa yang anda minat dan kejar cita-cita anda.

Anonymous said...

Sy xthu apa minat & cita2 sy..mcm mana tu..sbnrnya sy nk sgt jdi doktor bedah,tpi sy xpsti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.