Wednesday, January 8, 2014

Anda Suka Berhutang?


Hutang adalah satu perkara utama yang telah menyebabkan statistik golongan belia di Malaysia jatuh muflis, meningkat dari tahun ke tahun.

Hutang menjadi satu gejala yang serius dan boleh menyebabkan seseorang jadi begitu terdesak.

Benarkah begitu?

Hakikatnya kita berhutang untuk mendapatkan wang ketika kita tidak mempunyai wang untuk digunakan dan kita akan membayar semula wang tersebut apabila kita mempunyai wang.

Masalahnya, ramai yang berhutang dan tidak tahu bila mereka mempunyai wang untuk membayar semula hutang yang diambil.

Dalam pengurusan kewangan, soal hutang adalah satu topik yang tersendiri.

Banyak yang kita boleh pelajari tentang seni dan masalah berhutang.

Pada pendapat saya, hutang bukan masalahnya.

Masalahnya adalah sikap manusia itu sendiri.

Apakah pendekatannya terhadap hutang dan bagaimana cara manusia menguruskan wang dan hutang mereka lah yang menjadikan hutang tersebut satu beban mahupun satu fasiliti.

Dalam dunia Pelaburan Hartanah pula, hutang dianggap sebagai satu leverage atau fasiliti yang boleh digunakan untuk kita membeli hartanah atau rumah.

Sudah pasti, tanpa konsep berhutang, majoriti daripada kita tidak akan mampu untuk membeli rumah.

Cuma sudah pasti kita perlu tahu dengan siapa kita berhutang, berapakah jumlah hutang tersebut dan apakah perancangan kita untuk membayar hutang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang konsep berhutang dari segi Pelaburan Hartanah, sila baca di sini ==>> http://www.rumahjohorbahru.com/2014/01/konsep-berhutang-dalam-pelaburan.html



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.